panduan memilih bola petanque

11
PANDUAN MEMILIH BOLA PETANQUE  Oleh: George Aiman Milin Tiga (3) perkara penting yang perlu diambilkira dan dipertimbangkan ketika memilih dan membeli bola petanque untuk kegunaan sendiri (peribadi) ialah seperti; 1. Adakah bola tersebut mematuhi Peraturan pertandingan; 2. Adakah bola tersebut sesuai untuk kita; 3. Berapa bajet kita untuk memiliki satu-satu jenis bola petanque.  Gambarajah 1: Bola Untuk Pertandingan 1. ADAKAH BOLA TERSEBUT MEMATUHI PERATURAN PERTANDINGAN Ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memilih/membeli bola petanque. Ini kerana bola petanque yang dijual dalam pasaran ada 2 jenis dan pelbagai  jenama. Jenis pertama ialah Bola Latihan (Training Ball) dan jenis kedua ialah Bola Pertandingan (Competition Ball). Bola Latihan (training ball) boleh dikenali dengan ciri-ciri seperti; harga yang lebih murah dan bola besi yang kosong/plain (tiada engrave jenama, kod, berat, saiz pada bola) dan ada juga bola latihan dibuat daripada bukan logam (getah sentetik, kayu, dsb). Sementara Bola Pertandingan (Competition Ball) mestilah bola diperbuat dari logam, harganya lebih mahal dan ada tertera / engrave jenama pengeluar, berat bola dan kod atau saiz pada bola. Nama atau singkatan nama pemilik boleh juga diengrave pada bola tetapi ianya tidak wajib.

Upload: t-ibrahim-t-soh

Post on 29-Oct-2015

917 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

permainan

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 1/11

PANDUAN MEMILIH BOLA PETANQUE Oleh: George Aiman Milin 

Tiga (3) perkara penting yang perlu diambilkira dan dipertimbangkan ketika memilih dan

membeli bola petanque untuk kegunaan sendiri (peribadi) ialah seperti; 1. Adakah bola

tersebut mematuhi Peraturan pertandingan; 2. Adakah bola tersebut sesuai untuk kita; 3.

Berapa bajet kita untuk memiliki satu-satu jenis bola petanque. 

Gambarajah 1: Bola Untuk Pertandingan 1.  ADAKAH BOLA TERSEBUT MEMATUHI PERATURAN PERTANDINGAN 

Ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memilih/membeli bola

petanque. Ini kerana bola petanque yang dijual dalam pasaran ada 2 jenis dan pelbagai

 jenama. Jenis pertama ialah Bola Latihan (Training Ball) dan jenis kedua ialah Bola

Pertandingan (Competition Ball). Bola Latihan (training ball) boleh dikenali dengan ciri-ciri

seperti; harga yang lebih murah dan bola besi yang kosong/plain (tiada engrave jenama,

kod, berat, saiz pada bola) dan ada juga bola latihan dibuat daripada bukan logam (getahsentetik, kayu, dsb). Sementara Bola Pertandingan (Competition Ball) mestilah bola

diperbuat dari logam, harganya lebih mahal dan ada tertera / engrave jenama pengeluar,

berat bola dan kod atau saiz pada bola. Nama atau singkatan nama pemilik boleh juga

diengrave pada bola tetapi ianya tidak wajib.

Page 2: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 2/11

 Gambarajah 2: Syarat Bola Pertandingan 

Hanya bola pertandingan (Competition Ball) sahaja dibenarkan untuk sebarang

pertandingan rasmi. Dan bola tersebut mestilah mematuhi peraturan yang telah

ditetapkan dalam Artikel 2a. Sekiranya melanggar peraturan dalam Artikel 2a, pemain

boleh dikenakan denda seperti dalam Artikel 2b. Oleh itu, pesanan saya kepada pemain

petanque, janganlah memilih bola berdasarkan harganya yang murah (Training Ball)

kerana ianya tidak diterima dalam kejohanan rasmi. Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi

kreteria-kreteria berikut ; (i)  Bola mestilah diperbuat daripada logam. (ii)  Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum). (iii)  Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). Tanda

pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan

 jelas. (iv)  Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke atasnya selepas

pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan. Walau bagaimanapun

nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’ boleh diukir (engrave) di atasnya. Artikel 2b : Denda jika bola tidak memenuhi syarat 

  Pemain yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi peraturan dipara (iv) akan

dibatalkan daripada menyertai pertandingan dengan sertamerta, bersekali dengan rakan

atau rakan-rakan pasukannya.

  Jika didapati bola telah diubahsuai atau ditempa semula, permit / essen pemain boleh

digantung sehingga satu tempoh yang telah ditetapkan dalam Kod Disiplin, bersekalidengan denda yang akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Petanquenya. 

Page 3: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 3/11

  Jika bola yang diubahsuai itu adalah bola pinjaman dan pemiliknya telah dikenalpasti,

pemilik bola itu juga boleh dikenakan tindakan yang serupa.   Jika bola itu tidak diubahsuai, tetapi berubah dari bentuk asalnya kerana terlalu lama

usianya, atau berubah bentuk asalnya akibat proses pengeluaran, tidak lulus pemeriksaan

atau tidak mematuhi mana-mana syarat seperti di para (i), (ii) dan (iii) di atas, pemain

boleh menukarkan bola tersebut. Pemain perlu menukarkan keseluruhan set bola.   Sebarang bantahan mengenai peraturan (i), (ii) dan (iii) di atas hanya boleh diterima

sebelum permainan / perlawanan bermula. Oleh itu, setiap pemain perlu memastikan

bola mereka dan bola pihak lawan mematuhi syarat-syarat berkenaan sebelum

perlawanan bermula.   Bantahan berkaitan peraturan (iv) pula boleh dibuat bila-bila masa ketika perlawanan

sehingga ‘END’ yang kedua. Namun pada atau selepas ‘END’ ketiga, jika didapati bantahan

terhadap bola pihak lawan adalah tidak berasas, pemain berkenaan atau pasukannya

akan dikenakan denda 3 mata dan mata tersebut akan ditambah kepada jumlah pungutan

mata pihak lawan.   Pengadil atau juri boleh pada bila-bila masa ketika perlawanan memeriksa bola mana-

mana pemain. 

2. ADAKAH BOLA TERSEBUT SESUAI UNTUK ANDAPerkara seterusnya yang perlu diambil perhatian adalah kesesuaian bola tersebut

dengan pemiliknya. Ada beberapa aspik yang harus dipertimbangkan dalam memilih bola

yang sesuai untuk anda; 1. Saiz bola yang sesuai (Kecil, Sederhana, Besar); 2. Anda jenis

pemain apa (Pointer, Medium, Shooter); 3. Bola dibuat dari logam/metal apa (keras,

sederhana, lembut). (i)  Saiz bola yang sesuai (Kecil, Sederhana, Besar) 

Asas dalam pemilihan bola yang sesuai ialah adakah anda mempunyai genggaman

(grip) yang mantap kepada bola anda. Untuk itu anda perlu mengukur saiz tapak tangan

anda. Pemain wanita biasanya menggunakan bola yang lebih kecil (71, 72, 73) kerana

tapak tangan mereka lebih kecil. Sementara pemain lelaki menggunakan bola yang lebih

besar. Ada beberapa alat pengukur untuk memastikan saiz bola yang sesuai dengan tapak

tangan anda. Antaranya adalah seperti alat pengukur di bawah. Letakkan ibu jari di

sebelah kiri dan jari tengah (jari hantu) di sebelah kanan (Seperti Gambarajah). 

Gambarajah 3: Pengukur Saiz Tangan untuk Bola Selain itu anda juga boleh memilih bola berdasarkan jadual 1 seperti di bawah; Saiz

tangan adalah ukuran bukaan tapak tangan dari hujung ibu jari sehingga hujung jari

telunjuk. 

Page 4: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 4/11

SAIZ

TANGAN  16cm  17cm  18cm  19cm  20cm  21cm  22cm  23cm  24cm  25cm SAIZ

BOLA  71  72  73  74  75  76  77  78  79  80 Jadual 1: Ukuran Saiz Tangan dan Saiz Bola

Saiz yang tepat akan memastikan cengkaman dan genggaman anda pada bola adalah

selesa, ini akan membuatkan anda mudah untuk mengendalikan bola anda ketika

membuat lontaran. Keselesaan ini juga akan membuat anda mudah menyelaraskan

kekuatan lontaran (tenaga yang digunakan) dengan jarak lontaran dan target. Konsep ini

disebut oleh Professor Diraja Ungku A.Aziz sebagai “Acundali”. 

Gambarajah 4: Panduan Asas memilih Bola (ii)  Anda jenis pemain apa (Pointer, All Rounder, Shooter) 

Kesesuaian bola juga bergantung kepada anda jenis pemain apa. Jika anda adalah

pemain Pointer (Peranan mendekatkan bola dengan jeck), anda memerlukan bola yanglebih kecil (71-73 mm) tetapi lebih berat (710-800g). Tujuan penggunaan bola kecil dan

Page 5: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 5/11

berat ialah supaya dapat menyukarkan pihak lawan memukul (shooting) bola anda,

sekiranya shooting lawan tidak tepat, maka bola yang berat tidak akan beralih jauh. Dari

segi Pattern pula, pemain “Pointer” biasanya akan menggunakan bola yang bercorak

banyak seperti corak no.2, no.3 dan no.6 (Lihat Gambarajah 5). Tujuannya ialah untuk

menambah grip/genggaman ketika hendak membaling bola agar mudah untuk membuat

teknik inswing dan outswing. 

Gambarajah 5: Pelbagai Corak Bola Sementara jika anda pemain All Rounder atau Medium atau Anchor, anda

memerlukan bola yang sederhana iaitu saiz 73-75 mm dan berat 690-720g. All Rounder

Player adalah pemain yang berperanan mendapatkan mata samaada dengan

mendekatkan bola dengan jeck atau dengan memukul (shooting) bola lawan atau jeck.

Untuk permainan bertiga (triple), biasanya pemain All Rounder adalah pemain ketiga.

Pettern atau corak yang sesuai untuk pemain All Rounder ialah corak sederhana banyak

seperti corak no.1 dan no.4 (Lihat Gambarajah 5). Namun ianya bergantung kepada

keselesaan pemain tersebut. Kebanyakan pemain All Rounder juga suka manggunakan

bola tanpa corak iaitu No.0 sahaja. Pemain Shooter atau Gunner atau Killer adalah pemain yang berperanan memukul

(shooting) bola lawan. Pemain Shooter biasanya menggunakan bola yang lebih besar (75-

78 mm) dan lebih ringan (670-710g). Tujuan penggunaan bola yang lebih besar adalah

untuk meningkatkan kebarangkalian untuk shooting yang mengena. Bola yang lebih

ringan digunakan oleh pemain shooter kerana pemain jenis ini perlu menggunakan tenaga

yang lebih banyak kerana perlu membuat hayunan yang lebih bertenaga, penggunaan

bola yang berat akan menyebabkan pemain akan cepat kepenatan (kehilangan tenaga)

yang seterusnya akan menjejaskan pristasi permainannya. Bola tanpa corak (botak) iaitu

bola No.0 adalah bola yang popular untuk pemain Shooter. Bola tanpa corak digunakan

oleh pemain Shooter kerana pemain Shooter tidak memerlukan teknik inswing dan

outswing. Pemain Shooter cuma memerlukan balingan lurus (Rolling, Half Lop dan Full

Lop) yang tepat sahaja. Sebelum ini (Topik Ukuran Saiz Bola) saya menasihatkan anda memilih ukuran bola

yang sesuai dengan saiz tangan anda. Walau bagaimanapun, dalam bab ini pula saya

mencadangkan supaya, jika anda pemain “Pointer” anda patut menggunakan bola yang

lebih kecil, semantara jika anda pemain “Shooter” anda patut menggunakan bola yanglebih besar. Persoalannya sekecil dan sebesar mana bola yang sesuai untuk pointer dan

Page 6: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 6/11

shooter ini? Gambarajah di bawah menerangkan saiz yang sesuai untuk pemain “Pointer”  

dan pemain “Shooter”. 

Gambarajah 6: Ukuran bola Pointer Bagi pemain “Pointer”, apabila anda menggenggam bola anda menggunakan kedua-dua

tapak tangan anda seperti rajah di atas, jari tengah (jari hantu) anda akan bertemu satu

sama lain. 

Page 7: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 7/11

 Gambarajah 7: Ukuran bola Shooter 

Bagi pemain “Shooter”, apabila anda menggenggam bola anda menggunakan kedua-dua

tapak tangan anda seperti rajah di atas, jari tengah (jari hantu) anda akan terpisah satu

sama lain dengan jarak tidak melebihi 1cm.

(iii)  Bola dibuat dari logam/metal apa (keras, sederhana, lembut). Jenis logam yang digunakan untuk membuat bola yang anda hendak gunakan juga

perlu anda ketahui, kerana jenis logam ini juga mempengaruhi harga bola, pristasi ketika

dalam gelanggang dan jangka hayat bola anda. Kebanyakan bola pertandingan yang dijual

dalam pasaran diperbuat daripada logam khas iaitu; keluli, keluli karbon, keluli tahankarat, kromium, nikel, tembaga, titanium dan gangsa.

Gambarajah 8: Bola Keras (Hard Boules) Bola yang diperbuat daripada keluli dan keluli karbon (Carbon Steel) adalah bola

yang keras (hard boules). Bola keras sesuai digunakan oleh pemain “Pointer”. Bola keras

sesuai dalam mana-mana permukaan gelanggan, tahan lama dan sukar calar. Walau

bagaimanpun, bola jenis ini tidak boleh dibiarkan terdedah dengan udara dan

kelembapan kerana ia akan berkarat. Pemiliknya perlu memastikan bola jenis ini sentiasa

kering selepas digunakan dan sebaiknya menyapu sedikit minyak ketika hendak

menyimpannya. Contoh bola jenis ini yang ada dalam pasaran ialah seperti bola Lafranc

SM dan Obut Match (Gambarajah 8). 

Page 8: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 8/11

 Gambarajah 9: Sederhana Keras (Semi Soft Boules) 

Sementara bola yang diperbuat daripada keluli tahan karat (Stanless Still) pula

adalah bola yang sederhana keras (Semi Soft). Bola sederhana keras ini sesuai digunakan

oleh pemain All Rounder atau Medium. Kebaikan bola ini ialah, ianya tidak perlu

penjagaan yang rapi kerana ianya adalah tidak berkarat walaupun terdedah dengan air

dan udara. Bola jenis ini paling selesa digunakan dalam permainan dan paling popular

dalam kalangan pemain petanque. Walau bagaimanapun bola ini lebih mahal harganya

dan kadang-kala lebih cepat pecah jika dihentak atau dibaling dengan bola keras yang

lain. Contoh bola jenis ini ialah seperti bola Lafranc SS dan Obut Match 115 IT

(Gambarajah 9).

Gambarajah 10: Bola Lembut (Soft Boules) Seterusnya ada juga bola yang diperbuat daripada logam istimewa seperti

kromium, nikel, tembaga dan gangsa. Bola jenis ini biasanya ditawarkan dengan harga

yang sangat mahal, dan sifat bola adalah bola lembut (Soft boules). Kerana sifatnya yang

lembut, bola ini tidak sesuai digunakan dalam gelanggang yang berbatu kasar kerana ia

akan rosak dan calar balar. Walau bagaimanpun, keistimewaan bola jenis ini ialah ia

paling selesa digunakan, menyerap hentakan bola keras dan gelanggang keras. Oleh itu

pemain yang menggunakan bola jenis ini sentiasa dapat mengawal lontaran bolanya

dengan sempurna dan pemainnya sering memenangi kejohanan. Pengeluar bola jenis ini

kadang-kala memberikan promosi “Monay Back Guarantee” jika pemain yang

menggunakan bola jenis ini kalah dalam pertandingan. Contoh bola jenis ini yang ada

dalam pasaran adalah seperti Bola Nexius dan Obut ATX (Gambarajah 10). 3. BERAPA BAJET KITA UNTUK MEMILIKI BOLA PETANQUE 

Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan dalam membeli bola petanque

ialah bajet kita. Soal bajet dalam membeli bola petanque, bergantung kepada

Page 9: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 9/11

kemampuan masing-masing. Pastinya bola yang lebih mahal mempunyai kualiti yang lebih

baik dan seterusnya memberikan kesan psikologi positif kepada pemiliknya (pemain)

seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Antara jenama-jenama popular bola petanque

yang ada dalam pasaran sekarang ialah bola keluaran FBT Thailand seperti Lafranc dan

Plustong dan bola keluaran syarikat dari luar Negara seperti Perancis dan Itali seperti;

Obut, JB, MS, La Boule Blaue, La Boule Noire dan Unibloc. Apa yang penting ialah syarikat

pengeluar dan jenama-jenama ini mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan

Petanque Antarabangsa (F.I.P.J.P). 

Gambarajah 11: Logo Syarikat dan Jenama Pengeluar Bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil untuk membeli bola petanque, andabolehlah membeli bola Lafranc sahaja yang juga merupakan bola pertandingan walaupun

harganya hanya RM230 satu set (3 biji Bola) yang biasanya disertakan sekali dengan beg,

 jeck dan pita pengukur mini. Bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar dan minat

yang tinggi kepada sukan ini pula boleh membeli bola yang lebih mahal seperti bola

 jenama Obut yang mempunyai 10 jenis bola, daripada jenis Obut Match sehinggalah

kepada Obut ATX. 

Page 10: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 10/11

 Gambarajah 12: Senarai Harga Bola Petanque yang popular dalam pasaran 

Kesimpulannya, apabila anda berhajat untuk membeli bola petanque untuk kegunaan

peribadi, bola yang hendak anda beli haruslah mematuhi Peraturan, Sesuai untuk anda

dan anda bersedia untuk membeli bola yang lebih mahal. Walau bagaimanapun adalah

menjadi satu kerugian sekiranya anda membeli bola petanque tetapi tidak menggunakan

bola tersebut. Bola petanque yang anda miliki untuk anda gunakan dalam latihan dan

pertandingan hendaklah sebati dengan anda. Ini bermakna anda memahami bola anda,

tahu apakah keistemawaannya, mahir mengendalikan bola apabila anda hendak

membuat balingan. Menurut Professor Diraja Ungku Abdul Aziz, konsep ini dikenali

sebagai “Acundali”. Konsep ini merupakan kemahiran pemain dalam menyelaras dan

mengendalikan tenaga ketika membuat balingan bola dengan jarak balingan hendak

dibuat dan teknik balingan yang hendak digunakan. Apa yang penting anda haruslah tidak

 jauh daripada bola anda, atau bola petanque anda sentiasa di tangan anda apabila ada

Page 11: Panduan Memilih Bola Petanque

7/14/2019 Panduan Memilih Bola Petanque

http://slidepdf.com/reader/full/panduan-memilih-bola-petanque 11/11

kesempatan. Bak kata orang sekarang, main bola, rehat bola, makan bola, minum bola

tidur bola. BOLA PETANQUE.