memilih raket

48
1.0 KEMAHIRAN ASAS SUKAN TENIS 1.1 Memilih Raket Rajah 1.1 Anatomi alatan Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu : i. Saiz gengaman tangan ii. Saiz dan berat raket Rajah 1.2 Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru mula bermain tenis. 1

Upload: anonymous-vbmv08

Post on 14-Dec-2015

672 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kata

TRANSCRIPT

Page 1: Memilih raket

1.0 KEMAHIRAN ASAS SUKAN TENIS

1.1 Memilih Raket

Rajah 1.1 Anatomi alatan

Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

i. Saiz gengaman tanganii. Saiz dan berat raket

Rajah 1.2

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru

mula bermain tenis.

1

Page 2: Memilih raket

Rajah 1.3 Raket untuk pemain yang baru mula bermain

Cara memilih raket untuk beginner: Terdapat pelbagai jenis raket tenis yang ada di pasaran

saat ini. Secara kasar terdapat 3 jenis raket berdasarkan saiz kepalanya, iaitu :

i. Mid size : 85-90 sq.inch

ii. Mid-plus : 95-105 sq.inch

iii. Oversize : 110-135 sq.inch

Ukuran kepala raket umumnya berkait dengan kekuatan yang akan dihasilkannya.

Raket-raket dengan ukuran kepala yang besar (Oversize) biasanya menghasilkan tenaga

yang besar dan apabila anda memegang raket jenis ini maka umumnya akan terasa lebih

berat di kepala raket (head heavy/ berat depan). Raket dengan ukuran kepala yang kecil

(Mid size) umumnya memiliki kekuatan yang kecil dan keseimbangan raket ini akan terasa

lebih berat di bahagian pemegang raket (head light/ berat belakang). Sedangkan raket

midplus berada di antaranya dengan berat yang seimbang.

Rajah 1.4 Jenis-jenis raket

2

Page 3: Memilih raket

1.2 Cara Memegang Raket Tenis

Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara

memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang

pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan

pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.

1.2.1 Rajah Memegang Raket

Rajah 1.5 Cara memegang raket

Rajah 1.6

3

Page 4: Memilih raket

1.2.2 Jenis Kaedah Memegang Raket

1.2.2.1 Forehand Continental grip

Rajah 1.7 Cara memegang continental grip

Grip ini merupakan grip klasik yang selalu digunakan oleh pemain-pemain tenis jaman

dahulu ketika raket kayu masih digunakan. Posisi tangan berada tepat di atas ganggang

raket dan posisi pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut

4 (untuk pemain kidal).

Pemain profesional modern yang tercatat masih menggunakan tipe ini adalah

Stefan Edberg dan sebelumnya adalah John McEnroe. Grip ini sangat baik digunakan di

permukaan lapangan yang cepat, seperti rumput, dan digunakan oleh pemain dengan jenis

permainan ‘Service Volley’. Saat ini tidak banyak yang menggunakan tipe continental

sebagai pegangan forehand utamanya kerana tempo permainan yang semakin cepat

dengan bola yang semakin berputar (spin). Minus grip ini adalah hanya boleh dipakai untuk

pukulan mendatar (flat) dan mengiris (slice), sedangkan untuk pukulan spin agak sukar.

Pemain yang menggunakan grip ini juga seringkali menghadapi kesukaran bola-bola top

spin yang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, grip continental merupakan grip

standard untuk melakukan servis dan juga untuk pukulan volley serta overhead kerana

tangan yang mantap mencengkam ganggang raket.

1.2.2.1 Forehand Eastern grip

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini seringkali

disebut sebagai ‘pegangan berjabat tangan’. Anda dapat mencobanya dengan memulai

pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke ujung gagang raket. Posisi

4

Page 5: Memilih raket

dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan) atau

sisi kiri (untuk pemain kidal).

Rajah 1.8 Cara memegang Eastern grip

Pegangan jenis ini dapat memberikan variasi pukulan yang lengkap, baik itu flat,

slice, maupun spin. Pilihan grip ini cocok sekali bagi pemain yang sering mengandalkan

permainan volley ke depan net karena anda dapat dengan mudah dan cepat menyesuaikan

grip untuk pukulan volley ke depan net. Namun minus pegangan ini sekali lagi agak susah

untuk menghadapi bola-bola topspin yang bersifat parabolik.

Salah satu pemain profesional yang menguasai tenis di tahun 90′an, yaitu Pete Sampras,

memakai grip ini sebagai pilihannya kerana dia merupakan tipikal pemain Service Volley

yang sangat selesa untuk menggunakan grip ini.

1.2.2.1 Forehand Semi-Western grip

Rajah 1.9 Cara memegang Semi-Western grip

Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern, terutama

yang memiliki jenis permainan baseliner (termasuk saya sendiri).

Anda dapat mencuba grip ini dengan menempatkan pangkal jari telunjuk anda di

sudut 2 (untuk pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau boleh juga berawal

dari grip eastern kemudian tangan anda diputar kearah jarum jam satu sudut ke sudut 2 atau

3.

5

Page 6: Memilih raket

Keunggulan dari grip ini adalah anda dapat memukul spin dengan baik sehingga

kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar karena sifatnya yang parabolik. Grip ini

juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk memukul slice.

Minus dari grip ini adalah sukar untuk mengantisipasi bola-bola rendah yang dihasilkan dari

pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat (grass atau hard court).

Beberapa contoh pemain profesional yang menggunakan grip ini adalah : Andre Agassi,

Roger Federer, Marat Safin.

1.3 Tempoh Permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set

dikira pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan

kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set.

1.4 Cara Mendapatkan Mata

Rajah 2.0 Contoh papan pengiraan

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan

sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.

Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0;

mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka

dikira 40-0. Jika mata seterusnya diperolehi oleh pemain berkenaan, dia dikira sebagai

pemenang untuk permainan itu.

Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua

pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk

6

Page 7: Memilih raket

mencapai kemengan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi

lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya

pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.

Seorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu

set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan sehingga

salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.

Apabila permainan masih seri pula pada angka 6 (6-6), maka permainan akan

dilanjutkan pada perhitungan Tie Break. Tie Break terjadi pada skor game 6-6 dan pemain

yang memiliki giliran servis memulainya dari sisi lapangan sebelah kanan pemain (deuce

court) satu kali dan kemudian pindah servis pada lawannya yang memulai dari sisi kiri

lapangan (ad court) dengan dua kali kesempatan dan selanjutnya masing-masing

memperoleh dua kesempatan servis.

Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan

kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira

pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

1.5 Daerah dan Garis Permainan

Untuk game single atau perseorangan, daerah permainannya adalah zon dalam minus

daerah alley, sedangkan untuk game double atau beregu garis permainannya meliputi

seluruh lapangan didalam garis baseline.

Rajah 2.1 Ukuran gelanggang tenis

7

Page 8: Memilih raket

Garis merupakan batas dari daerah permainan. Apabila seluruh bahagian atau sebahagian

dari bola menyentuh garis permainan maka bola dikatakan masuk kerana bola menyentuh

lapangan yang dibatasi oleh suatu garis.

Point: Seorang pemain kehilangan point apabila:

1. Melakukan dua kali kesalahan pada servis

2. Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.

3. Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).

4. Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.

5. Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.

6. Seorang pemain menyentuh bahagian dari net dengan raketnya atau dengan

bahagian badannya saat bola masih dimainkan.

7. Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.

8. Bola menyentuh bahagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain

raket tenis.

9. Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.

10. Pada permainan beregu, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.

8

Page 9: Memilih raket

1.6 Kawalan Kaki dan Kesediaan

9

Keadaan Bersedia

Bersedia untuk Pukulan Pepat

Bersedia untuk Pukulan Kilas

Page 10: Memilih raket

1.7 Jenis-Jenis Pukulan

1.7.1 PUKULAN PEPAT

Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan

balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut lajak.

Teknik pukulan :

1. Diri sedia (stance)

2. Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.

3. Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )

4. Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan

denganmembuat kontak pada bola.

5. Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus

sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak

dengan bola.

6. Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.

7. Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan

bergerakkea rah hadapan atau ke atas.

10

Page 11: Memilih raket

1.7.2 PUKULAN KILAS

Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raketyang

dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu

pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.

1.7.3 PUKULAN KILAS SATU TANGAN

1. Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang, ayun hadapan,

kontak dan ikut lajak.

2. Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala kearah

bola yang hendak dipukul.

3. Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.

4. Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih

tenaga.

5. Selepas kontak, ikut lajak.

11

Page 12: Memilih raket

1.7.4 PUKULAN KILAS DUA TANGAN

Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak

pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah tangan

tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat pergerakan utama

yangterlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.

1. Diri sedia

2. Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras

pinggangdengan lutut dibengkokkkan .

3. Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.

4. Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan daya.

12

Page 13: Memilih raket

5. Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan

keatas.

6. Selepas kontak , ikut lajak.

13

Cara memegang raket

dengan kedua belah

tangan

Bersedia untuk pukulan kilas kedua

belah tangan

Page 14: Memilih raket

1.7.5 SANGGA / VOLI

14

Voli Rendah

Voli Tinggi

Voli Bersudut (Placing Voli)

Page 15: Memilih raket

Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi

memastikanbola.Voli tidak memerlukan ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama dalam

melakukanvoli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah seperti yang

berikut :-

1. Diri sedia

2. Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas

kakihadapan.

3. Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.

4. Kontak, membuat ‘punch’ pada bola dengan ketinggian bahu.

1.7.6 SERVIS

Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas,

American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang.

Sekiranyamenggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada

30-35 cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya.Terdapat empat fasa

utamasemasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

15

Cara memegang dua biji bola Pegangan sebiji bola

Kedudukan bola untuk

diservis

Pergerakan secara turutan bagaimana servis dilakukan

Page 16: Memilih raket

1. Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola

hendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri).

2. Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.

3. Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.

4. Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum

bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.

5. Ikut lajak.

1.7.7 REJAMAN / SMESY

Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan

jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan,

kontak danikut lanjak.Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :-

1. Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket

mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.

16

Pusingan bahu ke arah bolaMata memandang ke arah

bolaKawalan raket

sampai ke bawah paras bahu

Smesy dengan tepat

Ikut lajak Smesy

Page 17: Memilih raket

2. Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat

badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.

3. Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul

boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.

4. Ikul lajak

1.7.8 LOB

Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada

dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul mendapatkan

semula posisi mengawal gelanggang.

1. Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.

2. Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan

raketbermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.

3. Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak

1.8 Isyarat-isyarat Tangan Rasmi Tenis

17

PENJAGA GARISAN

Angkat tangan hampir ke aras bahu dan tunjuk ke sisi

(sebelah bola keluar). ‘Keluar’ – bola mendarat di

luar kawasan permainan

PENJAGA GARISAN

Kedua-dua belah tangan diluruskan dan tunjuk ke

bawah (tapak tangan ke bawah).

‘Dalam’ – bola mendarat dalam kawasan permainan.

Page 18: Memilih raket

18

PENJAGA GARISAN

Kedua-dua belah tangan seolah-olah

hendak menutup muka. ‘Tidak nampak’ – kurang pasti bola dalam atau keluar.

PENJAGA GARISAN

Angkat tangan dan tunjuk ke atas.

(i) Let’ – servis semua (tiada mata kepada mana-mana pihak.

(ii) ‘Faul kaki’ – kesalahan kaki semasa melakukan servis.

Page 19: Memilih raket

2.0 KEMAHIRAN ASAS SUKAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :

1) Menendang

i. Tendangan leret

ii. Tendangan lambung

iii. Tendangan voli

2) Menyerkap

i. Menyerkap bola leret

ii. Menyerkap bola tinggi

3) Menggelecek

4) Melakukan hantaran

i. Hantaran ke hadapan

ii. Hantaran ke sisi

iii. Hantaran silang

5) Menanduk

i. Menanduk ke hadapan

ii. Menanduk ke sisi

6) Menjaga gol

i. Menangkap bola leret

ii. Menangkap bola tinggi

iii. Menumbuk bola

iv. Tendangan bola

19

Page 20: Memilih raket

2.1 MENENDANG

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang

pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa

yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan

sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari

kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan

tendangan voli.

2.1.1 Tendangan Leret

Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret :

1. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata

memandang bola.

2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan.

Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

3. Tendang di bahagian tengah bola.

4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.1.2 Tendangan Lambung

Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan

sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol

Teknik melakukan tendangan lambung :

20

Page 21: Memilih raket

1. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus.

Mata memandang bola.

2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

3. Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.

4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.1.2 Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk

menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa

bola di udara

Teknik melakukan tendangan voli :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.

2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

Mata memandang bola.

3. Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke

belakang.

4. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

21

Page 22: Memilih raket

2.2 MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan

tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali

tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan

bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.

2.2.1 Menyerkap Bola Heret

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian

luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.

3. Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.

4. Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah

bola datang

22

Page 23: Memilih raket

2.2.2 Menyerkap Bola Tinggi

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha

dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa

menghadap bola.

3. Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.

4. Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.

23

Page 24: Memilih raket

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan

lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.

3. Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh

bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan

dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.

3. Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa

badan ke hadapan.

2.3 MENGGELECEK

24

Page 25: Memilih raket

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke

hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik

sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan

sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk

menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.

2. Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.

3. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan

sedikit.

4. Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan

condong ke kanan.

2.4 MELAKUKAN HANTARAN

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada

rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan

kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat,

manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.

25

Page 26: Memilih raket

Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa

melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang,

bergantung kepada situasi ketika bermain.

2.4.1 Hantaran ke hadapan

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau

kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.

2. Mata memandang bola.

3. Ayunkan kaki menendang ke belakang.

4. Tendang di bahagian belakang bola.

5. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2.4.2 Hantaran ke sisi

Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura

sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk

mengawal bola.

Teknik melakukan hantaran sisi :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki

menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.

2. Tendang di bahagian sisi bola.

3. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

26

Page 27: Memilih raket

2.4.2 Hantaran silang

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki.

Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk

menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki

kanan digunakan untuk menendang bola.

Teknik melakukan hantaran silang :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.

2. Ayunkan kaki menendang ke sisi.

3. Badan condong ke arah bola hendak dihantar.

4. Tendang di bahagian sisi bola.

5. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

27

Page 28: Memilih raket

2.5 MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran.

Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa

dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan

ke sisi.

2.5.1 Menanduk ke hadapan

Teknik menanduk ke hadapan :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola

datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit.

Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

3. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.

Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

4. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

2.5.2 Menanduk ke sisi

Teknik menanduk ke sisi :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola

datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran

tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

28

Page 29: Memilih raket

3. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.

4. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

2.5.3 Menanduk ke belakang

Teknik menanduk ke belakang :

1. Kedudukan bersedia.

2. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata

memandang bola.

3. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke

atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.

4. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

29

Page 30: Memilih raket

2.6 MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan

jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai

kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran

tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran

tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan

dengan menggunakan bahagian kekura kaki

2.6.1 Menangkap bola leret

Teknik menangkap bola leret :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.

2. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.

3. Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di

belakng tumit kiri.

4. Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

30

Page 31: Memilih raket

2.6.2 Menangkap bola tinggi

Teknik menangkap bola tinggi :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.

3. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan

hampir rapat.

4. Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

2.6.3 Menumbuk bola

31

Page 32: Memilih raket

Teknik menumbuk bola :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

2. Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.

3. Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

2.6.4 Tendangan bola di udara

Teknik tendangan bola di udara :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua

belah tangan.

2. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.

Badan condong ke hadapan.

3. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.

4. Ikut lajak selepas menendang.

5. Mata memandang bola.

32

Page 33: Memilih raket

2.6.5 Tendangan lantun

Teknik tendangan lantun :

1. Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah

tangan. Mata memandang bola.

2. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang.

Badan condong ke hadapan.

3. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari

tanah. Ikut lajak selepas menendang

33

Page 34: Memilih raket

2. 7 Komponen Utama Mencemerlangkan Sukan Bola Sepak

1. FIZIKAL :

i. Human Movement

ii. Running

iii. Speed

iv. Agility /ketangkasan

v. Power /Strength

2. TEKNIKAL :

i. Kedudukan badan

ii. Cara larian

iii. Kaedah tendangan

3. TAKTIKAL

i. Formasi

ii. Ruang dan helah

4. PSIKOLOGI :

i. Anxiety /kebimbangan

ii. Nervous /gementar

iii. Arousal /kebangkitan

iv. Imagery /gambaran

v. Motivation /motivasi

2.8 Prinsip-Prinsip Utama Dalam Bola Sepak

34

Page 35: Memilih raket

1. Persediaan untuk pasukan :

Meliputi latihan pemain secara individu, latihan pemain secara pasukan, penjagaan

kesihatan dan pemakanan serta kemahiran dalam permainan.

2. Persediaan untuk perlawanan

Meliputi pembentukan pasukan, persediaan mental, mengadakan perlawanan

persahabatan, latiahan memanaskan badan dan persediaan alat-alat pertolongan

cemas.

2.9 Persediaan Pemain Untuk Pasukan

1. Latihan fizikal individu. Latihan ini meliputi segala latihan pergerakan badan

termasuk angkat berat dan larian.

2. Latihan fizikal berpasukan. Jenis latihan ini adalah sama seperti untuk individu tetapi

konsep dan aplikasi secara berpasukan diutamakan.

3. Latihan kemahiran dan taktik untuk individu serta pasukan.

4. Penjagaan kesihatan dan pemakanan. Pemain hendaklah berada pada tahap dan

tingkat kecergasan dan kesihatan yang baik. Pemain juga harus bebas daripada

kecederaan. Bentuk dan jenis pemakanan juga harus dititik beratkan.

5. Kefahaman undang-undang dan peraturan sekurang-kurangnya yang asas dan

utama.

3.0 Persediaan Pemain Untuk perlawanan

1. Pemilihan pemain dan pembentukan pasukan. Pengurus atau jurulatih harus dapat

menentukan pemain-pemain dan kedudukan mereka termasuk pemain simpanan.

2. Mengadakan latihan memanaskan badan lebih kurang setengah jam sebelum

perlawanan bermula.

3. Bersedia dengan peralatan yang lengkap dan bersesuaian.

4. Sedia menerima dan mematuhi arahan jurulatih.

5. Mengamalkan semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi di kalangan pemain-

pemain.

6. Bersedia bermain untuk mencapai kemenangan.

3.1 Formasi Permainan

35

Page 36: Memilih raket

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain penjaga gol.

Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain

yang spesifik termasuklah:

3.1.1 Pertahanan

1. Pemain yang pakar dalam mempertahankan dan mencegah jaringan gol musuh.

2. Mengawal pemain lawan dari melakukan percubaan.

3. Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.

4. Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat berbahaya.

5. Membina taktik asas pasukan.

6. Mengekalkan postur semasa perlawanan.

7. Bermain secara ringkas.

8. Bijak membaca permainan.

9. Kosentrasi yang tinggi.

Rajah 3.1 Kedudukan pertahan pergantung pada formasi (Kuning)

3.1.2 Midfield (Tengah)

36

Page 37: Memilih raket

1. Seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan

pertahanan (diwarnakan biru dalam rajah).

2. Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan,

mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut

menjaringkan gol.

3. Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain

mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang.

4. Jumlah pemain tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung

pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain tengah

dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the midfield.

Rajah 3.2 Posisi pemain tengah berbanding kedudukan lain dalam bola sepak

3.1.3 Penyerang (Forward/Striker)

1. Pemain di posisi ini merupakan pemain yang paling hampir dengan kawasan gol

pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol.

2. Posisi ini lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu untuk

menghasilkan banyak gol berbanding pemain yang lain.

3. Mereka yang bermain di posisi ini lebih dikenali dan sering menjadi pemain termahal

dalam sesebuah pasukan.

4. Sistem dengan dua forward memerlukan lebih taktikal.

5. Memandangkan fungsi forward untuk melakukan jaringan, maka kedua pemain

forward seharusnya menetapkan objektif menghasilkan jaringan setiap kali bermain.

37

Page 38: Memilih raket

Rajah 3.3 Posisi penyerang dalam bola sepak (Merah)

Refleksi

38

Page 39: Memilih raket

Pada pandangan saya, tugasan ini telah memberi banyak kesan sama ada

daripada disiplin ilmu, maklumat dan pengetahuan, dan nilai-nilai budaya belajar. Sebelum

kami memulakan tugasan, kami telah diberi taklimat terlebih dahulu mengenai tugasan yang

bakal dilaksanakan. Secara umumnya, kami perlu menyiapkan tugasan ini iaitu

melaksanakan pertandingan sukan bola sepak dan tenis.

Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman dan pengetahuan

baharu serta kemahiran asas sukan yang telah saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat

mengetahui dan menilai dengan lebih mendalam mengenai kaedah perlaksanaan sesuatu

pertandingan dengan lebih baik. Hal ini kerana saya dapat melihat dan memahami

bagaimana ilmu pengetahuan ini mampu dilaksanakan dengan cukup berkesan di sekolah

rendah nanti. Selain itu, saya mampu memberi penambahbaikan dengan lebih baik

mengenai struktur pelaksanaan pertandingan dan juga kejurulatihan serta perancangan

strategi yang lebih baik berdasarkan keadaan dan situasi pemain.

Selain itu, tugasan ini memupuk sikap kerja dan disiplin ilmu yang cukup tinggi

seperti komitmen terhadap tugasan dan ketepatan masa tugasan dihantar. Ini cukup

memberi cabaran besar kepada saya sebagai seorang pelatih guru yang masih perlu

mempelajari banyak perkara. Saya akui bukan senang untuk memberi komitmen yang tinggi

terhadap tugasan dan kerja kursus yang diberikan kerana terdapat komitmen yang lain yang

terpaksa diberi perhatian. Namun begitu, saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan

tugasan dengan sebaik yang mungkin. Selain itu, saya perlu membaiki kesilapan saya

dalam mendisiplinkan diri terhadap ketetapan masa. Itulah kelemahan terbesar saya dalam

melaksanakan tugasan. Oleh itu, saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan

dengan secepat yang boleh dan sebaik yang boleh agar markah terhadap tugasan saya

juga mendapat yang terbaik.

Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya mempunyai matlamatnya yang

tersendiri dalam memupuk sikap kerajinan dan menggalakkan para pelajar untuk

menambahkan ilmu pengetahuan sendiri di samping tidak mengharapkan ilmu dan

maklumat semata-mata daripada kuliah. Tambahan pula, ia menggalakkan pelajar untuk

mencari pengalaman dan pemerhatian yang lebih meluas dengan menemu bual sendiri

dengan guru sekolah rendah agar terbuka minda dan tercelik satu pemikiran yang baharu

bahawa ilmu perlu dipelajari di mana-mana sahaja dan perlu berani dalam meneroka

sesuatu yang baru.

RUJUKAN

39

Page 40: Memilih raket

Anne Simplein (1998) A Handbook for Teaching Sports London : Heinemann Educational Publishers

Dale Mood, Frank F. Musker, Judith E. Rink (1995). Sports and Recreational Activities. Mosby : Publishing Excellant

ITF (1999) Rules of Tennis , London ITF Ltd

Jennie Petro (1995) The One, Two, Three of Tennis , Canada : John Wiley Inc.

Stan Smith (1981) Guide to Better Tennis Florida : Professional Tennis Registry

Anne Simplein (1998) A Handbook for Teaching Sports London : Heinemann Educational Publishers

Asia Football Confideration (1999) 1 st AFC Condition Course . Kuala Lumpur : AFC

Dale Mood, Frank F. Musker, Judith E. Rink (1995). Sports and Recreational Activities : Mosby Publishing Excellent

Daud Hj. Ibrahim (1990). Manual Latihan Sepak Takraw , Kuala Lumpur : MSN

Jabatan Pendidikan Johor (1996). Panduan Pelaksanaan Kokurikulum, Bola Sepak : Dewan Bahasa dan Pustaka

Majlis Sukan Negara Malaysia (1989), Kursus Penyelarasan untuk Guru-guru Bola Sepak Shah Alam : CIAST

Persatuan Bola Sepak Malaysia (1995), Undang-undang Permainan dan Panduan Universal untuk Pengadil , Kuala Lumpur : FAM

Teng Boon Tong (1997). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan : Longman

 

40