permohonan penubuhan
DESCRIPTION
contoh surat permohonan penubuhan kelab dan persatuanTRANSCRIPT
SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA
Kelab Doktor Muda, Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat, d/a Pejabat Pelajaran Daerah Kapit, 96800 Kapit, Sarawak
Rujukan Kami: Tarikh:
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat, d/a Pejabat Pelajaran Daerah Kapit, 96800 Kapit, Sarawak
Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB DOKTOR MUDA
Saya dengan segala hormat merujuk perkara di atas.
2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Mohamad Khairulhafriz bin Shamsudin berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda mulai 16 hb Februari 2012.
3. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:
3.1 Draf Perlembagaan.3.2 Draf Aktiviti Asas.3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………..............(MOHAMAD KHAIRULHAFRIZ BIN SHAMSUDIN)Guru Penyelaras,Kelab Doktor MudaSekolah Kebangsaan Lepong Gaat, Kapit
s.k :Penolong Kanan Kokurikulum SK Lepong Gaat Pegawai Penyelaras Doktor Muda Bahagian Kapit