permasalahan yang dihadapi dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di...

16
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH OLEH BAYREI B. ASRIN JERED B. YUTUI MOHD. NURUL FAISHAL B. AB. GHANI KHAIRUL AZMI B. IBRAHIM Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 19 September 2008 PENGENALAN Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya

Upload: afi-le-feu

Post on 27-Jul-2015

15.446 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

OLEH

BAYREI B. ASRIN

JERED B. YUTUI

MOHD. NURUL FAISHAL B. AB. GHANI

KHAIRUL AZMI B. IBRAHIM

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

19 September 2008

PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang

penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia

memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat

dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang

menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan

kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan

melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh

mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan

berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday

tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan

tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja

pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan

komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam

satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT,

ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya

Page 2: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu,

penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam

pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan,

teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak

untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT

dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan factor

lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar,

keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta

membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di

sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan

penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu

mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT

secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah

lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu

bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang

untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis,

tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan

kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga

pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi

agr dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam

pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan

kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Definisi teknologi maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin

terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang

penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.

Page 3: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi

yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu

berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat

dan mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira

tempat dan waktu.

• Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang

melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar

berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer

untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa

ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada

kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin

membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam

pengajaran bahasa. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan

permasalahan pengintegrasian dalam pengajaran bahasa antaranya,

• Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran

dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan

kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa,

pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik

dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti

melalui komputer, internet dan sebagainya.

Page 4: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu

perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan

guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam

bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT,

oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara

sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal

ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di

kalangan pelajar.

• Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru

menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat

segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran

mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama

berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran

mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak

mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan

penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat

ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian

kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan

bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam

pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan

Page 5: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di

sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana

merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

• Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan

prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan

penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang

mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang

tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat

dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta

tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-

sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses

pengintegrasian

OBJEKTIF KAJIAN

Pengintegrasian tekonologi maklumat dalam pengajaran bahasa dapat memberi kemudahan

bukan sahaja kepada guru malah kepada murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih

berkesan. Antara objektif kajian ini adalah untuk:

1.1 Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam aspek pengintegrasian

teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

1.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan pengintegrasian tekolologi maklumat dalam

pengajaran bahasa.

1.3 Mengenal pasti pasti langkah-langkah yang sesuai dalam mengatasi permasalahan

pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah.

Page 6: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

KAJIAN LITERATUR

Meskipun keberkesanan pengintegrasian teknologi maklumat atau pun penggunaan komputer

dalam pendidikan khasnya dalam pengajarabahasa di sekolah rendah masih terlalu awal untuk

dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang membuktikan tentang keberkesanan serta

permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.

• Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah

Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran Bahasa.

• Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa:

Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan.

• Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan

ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.

Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang

keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan teknologi maklumat, namun kita percaya bahawa

melalui pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan

produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian

kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video

serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input

bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang

lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai

kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya.

Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi

bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan

video.

Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

adalah mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan

bahasa contohnya bahasa melayu. Ketrampilan sesuatu bahasa di era siber adalah bergantung

Page 7: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-

perubahan persekitarannya. Sebagai contoh, bahasa Melayu. Pengalaman lalu membuktikan

keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat

mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena

antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti

menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh

ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi

lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia.

Selain itu, melalui teknologi maklumat juga mampu memperkembangkan lagi sesuatu bahasa

tersebut contohnya bahasa Melayu. Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari

semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah

berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-

istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah

terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah

meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.

Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di

era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu,

untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam

menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah

baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah

berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu

seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam

memelayukan istilah-istilah asing.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa juga mampu memasyarakatkan

sesuatu bahasa itu dalam alam siber contohnya bahasa Melayu. Keberkesanan untuk

melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat

bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada

antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.

Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya

Page 8: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia

agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar

menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan

syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam

internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya.

Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu

usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa

Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa

Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-

bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk

menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di

persada dunia.

Dari segi aspek pendidikan juga, menurut kajian yang telah dibuat menunjukkan, penggunaan

komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap pengajaran bahasa.

Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran

apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula,

mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan

komputer. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang

berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan

pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan

yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam

pengajaran.

Dari segi permasalahan pula, menurut kajian yang dibuat oleh Yahya Otman, dapatan

menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan

komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak

mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan.

Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa

perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan

komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan

Page 9: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem

selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering

mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang

tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.

Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran

berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak

ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi

pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu

diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi

keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek

latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga

penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan

semasa perlu diberikan perhatian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan

peranan semua pihak.

• Peranan Kerajaan

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan

penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir

Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober

1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan

makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di

kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat

untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun

Page 10: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan

sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.

• Peranan Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya

semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan

pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan

sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai

pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk

menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.

Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan

pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi

perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan

terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT

dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa

dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang

pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani

dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan

sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini

mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi

tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang

digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.

Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah

ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk

membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan

secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah

mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan

kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau

supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal

Page 11: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan

Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu

mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan

berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah

dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan

menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin

sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua

bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan

murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran

kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian

keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan

instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru

menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan

bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.

Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

• Peranan guru

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku

apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi

pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses

maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini

menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid

(Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai

penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia

ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif

pembelajaran tercapai.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah

pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.

Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman

Page 12: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan

pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam

pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model

transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai

penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh

guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian

yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam

penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya

memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan

diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk

pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran

masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu.

Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta

mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori

ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman

pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui

pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan

proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan

untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan

maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru

untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini

membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia

multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui

pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji

hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran

penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi

tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini

Page 13: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan

menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau

penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu

untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru

perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti

menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam

perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan

ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk

membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan

berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio

video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di

samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan

garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan

e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh

dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas.

Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta

komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras

dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran

yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

• Peranan pelajar

Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti

untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut

keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu

dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka

indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide

Web’ seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan

bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi

Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan dongakan serta

Page 14: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk

dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama

atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama

ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek .

Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya

dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.

• Peranan Masyarakat

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai

perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti

setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan

untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT.

Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi

untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus

menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan

dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT

dalam P&P secara berkesan.

PENUTUP

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar

yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,

kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.

Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada

terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun

pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit

sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-

kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan

teknologi canggih ini.

Page 15: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam Pengajaran. Diperolehi

pada 21 ogos 2008 daripada http://72.14.235.104/custom?q=cache:

XKIubNnHofEJ:www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word%2520%252

0PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520PENDIDIKAN.pdf+

pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+pengajaran&hl=en&ct=clnk&cd=4&client

=google-coop

Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.

Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa. Diperolehi pada 28 ogos 2008

daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf

Mohd Feroz Abu Bakar, 1999. It dalam pendidikan. Diperolehi daripada

http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf

Mohd Feroz Abu Bakar. IT dalam pendidikan. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada

http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf

Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd.

Rodzes, Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Bahasa.

Diperolehi pada 25 ogos 2008 daripada http://compapplicationinlangandlit.

wikispaces.com/space/showimage/Penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520

pengajaran%2520bahasa.pdf

Page 16: Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Bahasa Di Sekolah Rendah

Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom: Implications

To Teacher Education. Diperolehi pada 20 ogos 2008 daripada

http://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/Article%20169.pdf

Sejauhmanakah keberkesananan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia.

Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada http://www.geocities.com/gardner02_8/

ilmiah5.htm

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,

7(2), 32-35.

Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru

dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008 daripada

http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf