perlembagaan negara

8
1.0 Pengenalan Perlembagaan merupakan satu susunan rang undang-undang dasar yang merangkumi prinsip serta peraturan bagi menentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan mempertuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu. Oleh itu, setiap negara mempunyai perlembagaan dan ciri-ciri masing-masing. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal ini berlainan daripada perlembagaan United Jingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berpalimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan. Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Perkara 159 mempertuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam

Upload: fiona-ting

Post on 30-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ciri perlembagaan negara

TRANSCRIPT

3.0Peranan sistem pendidikan dalam mendaulatan perlembagaan.

1.0 Pengenalan

Perlembagaan merupakan satu susunan rang undang-undang dasar yang merangkumi prinsip serta peraturan bagi menentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan mempertuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu. Oleh itu, setiap negara mempunyai perlembagaan dan ciri-ciri masing-masing. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal ini berlainan daripada perlembagaan United Jingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berpalimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan. Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Perkara 159 mempertuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang-undnag , pemerintah dankuasa kehakiman.

Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.2.0 Kedudukan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.

Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul. Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Oleh itu, hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi.

Dalam Perkara 160 (2), Orang Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama islam, lazim bercakap bahasa Mealayu, menurut adat istiadat Melayu dan yang lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibubapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari Merdeka dan menetap di Persekutuan dan di Singapura atau zuriat seseorang yang sedemikian. Kedudukan keistimewaan Orang Melayu telah disentuh dalam Perkara 153.

Dalam Perkara 153, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewaan Orang Melayu dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberikan kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.

3.0Peranan sistem pendidikan dalam mendaulatan perlembagaan.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Akta Pendidikan 1961 telah menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Hal ini bertujuan untuk menentukan agar dasar dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.

Sebelum itu Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman talib (1960) telah menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Negara. Penyata Razak telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan suatu peraturan pelajaran kebangsaan.., dan tujuannya ialah: ..menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar (utama), walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan diperbuat dengan beransur. ( Penyata Razak 1956 : Perenggan 12 ).

Kemudian Akta Pendidikan 1996 diadakan dengan tujuan menggantikan Akta Pelajaran 1961. Antara alasannya ialah bahawa kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan utama di rantau ini, dan bahasa Inggeris perlu diwajibkan di semua peringkat persekolahan (bahasa Melayu walaupun dikatakan sebagai bahasa pengantar ternyata dikecualikan dalam keadaan tertentu). Kedudukan Bahasa kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996 dijelaskan pada perkara 17 (1) iaitu : Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. (Akta Pendidikan 1996 : Perenggan 17).

3.1Terangkan kurikulum kenegaraan , semangat perlembagaan dalam kurikulum

-pdp sivik dan kewarganegaraan sejarah

Kurikulum yang menjadi asas pendidikan bagi rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan. Mata pelajaran sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang diterapkan dalam kurikulum sejarah bertujuan memupuk semangat kewarganegaraan.Kurikulum yang ditampilkan melalui mata pelajaran sejarahperlulah bersifat futuristic dan berdaya saing di mana keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Dalam isi kandungan kurikulum, perlulah ditampilkan ilustrasi yang menarik agar dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikutinya. Kurikulum sejarah pada masa kini perlulah bersifat progresif, dinamik dan seimbang. Dengan kata lain, kurikulum yang dihasilkan perlulah berpusatkan pelajar, realistic serta praktikal dan juga boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan seharian. Isi kandungan kurikulum sejarah juga perlulah dilihat kembali agar sumbangan semua kaum di Negara ini dapat dilihat dan dihargai (Ahamad bin Rahim, et . all, 2011).Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Contohnya dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalusi dari perspektif perpaduan dan integrasi kaum di Negara ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari lebih menjuruskan kepada sejarah orang-orang melayu atau melayu centric. Seharusnya kurikulum sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat merasakan sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Hal ini sangat penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain. Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar dari semua kaum dalam menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan Negara. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan di kalangan mereka (Ahamad bin Rahim, et.all, 2011).Seterusnya adalah cadangan mengenai konteks penerapan nilai dalam sejarah. Hal ini adalah kerana subjek sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan social untuk mencorakkan perkembangan personality yang lebih seimbang.menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan sejarah dapat dibahagikan kepada empat iaitu, nilai individu, nilai politik, nilai sosial dan kemasyarakatan dan juga nilai intelek. Oleh yang demikian, kurikulum sejarah yang dibentuk perlulah memberi penekanan kepada nilai unsur ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Negara ini. Usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui pendidikan Sejarah tiada jalan noktahnya.Pendidikan Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat ini.