sejarah perkembangan negara-perlembagaan&kontrak_sosial

29
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA PENGENALAN Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik. Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan yang mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sumber ini dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia . Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Azman Bin Salleh 750312025163 1

Upload: manroy

Post on 08-Jun-2015

8.571 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

PENGENALAN

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan

politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan

perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik

seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu

rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional

dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan

yang mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di

Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk

berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sumber ini dipetik dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia .

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada

Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka

Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dibahagikan

kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang

relevan.

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

Bahagian 2 - Kebebasan asasi

Bahagian 3 - Kewarganegaraan

Bahagian 4 - Persekutuan

Bahagian 5 - Negeri-negeri

Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

Bahagian 8 - Pilihanraya

Bahagian 9 - Kehakiman

Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

Bahagian 12 - Am dan pelbagai

Azman Bin Salleh750312025163

1

Page 2: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Bahagian 13 - Peruntukan sementara

Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Menurut Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan Negara ada

menyatakan pada aswasnya, Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas

yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem

pemerintahan seperti yang termaktud sama ada dalam undang – undang atau

adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang – undang yang

mengandungi peraturan – peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary ada menyatakan

”Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana

undang – undang dan prinsip – prinsip kerajaan tersebut berpandukan

bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah”.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang perlembagaan di atas maka menurut

http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6- perlembagaan -

malaysia (Dr. Fisol Mydin) telah mendefinisikan Perlembagaan sebagai satu

set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang

mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang

lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam serta sebagai satu dasar

formula yang menyatakan tugasan kuasa – kuasa awam di dalam sesebuah

negara

Apakah konsep Perlembagaan? Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan

http://budaklaw.wordpress.com di dalam tajuk Perlembagaan Malaysia dalam

Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada menyatakan Perlembagaan adalah

sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Ia juga berperanan sebagai

panduan bagi pembentukan undang – undang samada di pihak kerajaan atau

rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu

Azman Bin Salleh750312025163

2

Page 3: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun

dalam satu dokumen.

Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak

terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan

oleh Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.

Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,

kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang

kita ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada :

1. Teks

15 Bahagian

183 Perkara dan fasal – fasal

2. Jadual – jadual

13 jadual

Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,

kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan

dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di

Malaysia, tidak ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian

kuasa Perlembagaan. Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan

Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga

tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa – kuasa perundangan dan

kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk kepada sekatan –

sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan.

Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada

perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama

persekutuan dan apa – apa undang – undang yang diluluskan yang

berlawanan dengan Perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan

itu terbatal.

Azman Bin Salleh750312025163

3

Page 4: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Unsur – unsur tradisi di dalam Perlembagaan.

Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identiti

Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan

sebuah kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur

tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi

Bahasa

Agama

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

serta kedaulatan pemerintahan beraja.

Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam

Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara

Malaysia. Hak bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam

sebagai agama rasmi negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan

Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau

dipertikaikan.

Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau

lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( Internal Security

Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan

berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan

boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini

unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang

dijadikan isu perbincangan awam.

______________________________________________________________________________________

¹Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.TafsiranDalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan manamana Negeri di Malaysia;“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut; “penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkarabertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula ataukeluaran semula substansial apa-apa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain,sama ada secara lisan atau bertulis;

Azman Bin Salleh750312025163

4

Page 5: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sekarang cuba kita sama –sama lihat ketiga – tiga unsur tradisi ini secara

ringkas.

1. Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang

diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan

(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-

apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan

Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara

dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum

lain di dalam Persekutuan.

Bahagaian awal petikan yang terdapat pada Perlembagaan pada Perkara 152

telah menerangkan bahawa bahasa rasmi negara Malaysia adalah bahasa

Melayu dan digunakan untuk urusan rasmi. Maka kita sebagai rakyat Malaysia

perlu tahu dan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa utama dinegara kita.

Namun, remaja kini lebih gemar memartabatkan bahasa asing berbanding

bahasa rasmi negara kita sendiri. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai

bahaswa rasmi negara namun kerajaan tidak menghalang mana – mana kaum

untuk menggunakan bahasa ibunda mereka namun mereka haruslah menerima

dan menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi negara Malaysia.

2. Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,

kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan

setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan,

tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan

Azman Bin Salleh750312025163

5

Page 6: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh

dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang

berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan,

amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain

hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-

Pertuan Agong mewakilinya.

Membincangkan di sini, Perkara 3 dalam Perlembagaan (1) telah

menyebut bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam. Kesemua

kaum yang terdapat di negara ini harus menerima pernyataan ini namun, adalah

diberi kebebasan beragama jika diamalkan secara aman dan damai. Malah telah

ditetapkan bahawa Ketua Agama Malaysia adalah Yang di Pertuan Agong.

Ketua Agama bagi negeri yang bersultan adalah diketuai oleh Sultan negeri itu

sendiri. Bagi negeri yang tidak bersultan adalah dibawah Yang diPertuan Agong.

Maka, unsur tradisi ini adalah dipersetujui oleh semua kaum ketika

Perlembagaan digubal dan ianya adalah tidak boleh di pinda atau dipertikaikan

lagi.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,

dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan

istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong

hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-

undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran

yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam

Azman Bin Salleh750312025163

6

Page 7: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada

biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang

seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh

Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh

undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau

perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara

ini, daripada permit dan lesen itu.

Unsur Tradisi yang ketiga yang terkandung di dalam Perlembagaan ialah

berkaitan dengan kedudukan dak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak yang menjadi kepentingan untuk dijaga, dilindungi dan tidak

boleh dipertikaikan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia ini juga memberikan

tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong untuk menjaga hak

keistimewaan berikut termasuk kerajaan dengan mendirikan kuota kemasukan

dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga boleh

dianggap sebagai sebuah Kontrak Sosial yang menjaga dan mempertahankan

hak ketuanan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia.

Kesimpulannya, unsur – unsur tradisi yang termaktub dan terdapat di

dalam Perlembagaan haruslah dipertahankan dan dijaga. Pengetahuan tentang

perkara ini amat penting untuk semua kaum agar kaum lain mengetahui dan

tidak akan mempertikaikannya. Akta Hasutan yang disediakan adalah semata –

mata untuk menjaga unsur tradisi yang telah dipersetujui ini terjaga.

Azman Bin Salleh750312025163

7

Page 8: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sejarah penggubalan Perlembagaan

Menurut Mohamad Salleh Abas (1987) Sejarah Perlembagaan Malaysia,

ada menerangkan bahawa sejarah Perlembagaan Malaysia berasal sejak Tanah

Melayu berlindung di bawah naungan kerjaan Inggeris pada akhir abad ke -19.

Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan pahang yang dkenali sebagai Negeri – negeri

Melayu Bersekutu. Pada 10 September 1899, Mesyuarat pertama Majlis Negeri

Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan

Tanah Melayu.

Selepas Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali, mereka merancang

untuk memperkenalkan malah meluluskan penubuhan Malayan Union pada 10

Oktober 1945 di mana Sir Harold Mac Micheal dilantik wakil Inggeris untuk

mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Perkara ini telah mendapat

tentangan hebat dari kaum orang Melayu pada masa itu. Antara sebab – sebab

penubuhan Malayan Union adalah:

1. Untuk menyatukan negeri – negeri dan meningkatkan kecekapan

pengurusan pentadbiran.

2. Pihak British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu

telah bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan bertujuan untuk

melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya kuasa raja-raja.

3. Menjadi asas kepada pihak British untuk masyarakat tempatan

memerintah negara sendiri.

Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu

kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu

terutama kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu

terhadap Malayan Union adalah kerana:

1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeri

dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu

dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal

sebagai tanah jajahan British.

Azman Bin Salleh750312025163

8

Page 9: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk

asing yang bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan

Union secara automatik akan mendapat kerakyatan atau menjadi

warganegara.

4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira

bangsa yang menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang

keistimewaan.

5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja

Melayu dengan cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan

kemarahan orang Melayu yang mana cukup setia dan menjunjung ke

atas rajanya.

Maka, penentangan yang hebat telah berlaku pada masa itu, pada januari 1946,

di Alor Star, dianggarkan seramai 50,000orang Melayu telah mengadakan

demonstrasi membantah penubuhan tersebut. Pada tanggal 10 Februari 1946, di

Johor, dianggar seramai 150,000 orang telah mengadakan demonstrasi. Namun,

pada 11 April 1946, British cuba mengisytiharkan Malayan Union dan Sir Edward

Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Pengisytiharan itu telah

dipulaukan oleh orang Melayu dan mahukan Malayan Union digantikan dengan

Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya British sedar bahawa tanpa sokongan

orang Melayu, Malayan Union akan gagal.

Akhirnya Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan

Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini

telah dipersetujui dan berjalan dengan beberapa pengubahsuaian sehinggalah

Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Setelah British melihat

kemenangan Parti PERIKATAN pada Pilihanraya umum pada 1955, telah

menjadi bukti bahawa orang Melayu dan bukan Melayu boleh bekerjasama di

dalam membentuk dan mentadbir sebuah negara. Maka British telah

menawarkan kemerdekaan andainya semua rakyat di negara ini bersatu padu

dan mampu bekerjasama.

Berikutan tawaran tersebut, pada Januari 1956, rombongan lapan orang

wakil Persekutuan Tanah Melayu telah berangkat ke London yang diketuai oleh

Azman Bin Salleh750312025163

9

Page 10: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Tunku Abdul Rahman. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari

sehinggalah 8 Febuari 1956 iaitu telah mengambil masa selama 3 minggu.

Hasilnya pada 8 Febuari 1956, termetrailah perjanjian yang dikenali sebagai

Perjanjian London. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah:

British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos

1957.

Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan

pemerintahan secara demokrasi.

British mendapat hak menempatkan askarnya di Tanah Melayu.

Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan

Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantkan

dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dipegang oleh rakyat

tempatan.

Maka, melalui Suruhanjaya Reid, Perlembagaan telah digubal dan antara

mereka yang terlibat di dalam Suruhanjaya Reid ialah :

1. Lord Reid (British)

2. Sir Ivor Jennings (British)

3. Sir Williamn Mckell (Australia)

4. B. Malik (India)

5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Menurut pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid , Suruhanjaya

Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka

Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu

memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini

telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah

Rayuan England, Lord William Reid. Pertemuan sebanyak 118 kali telah

diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti

Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131

memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat

Azman Bin Salleh750312025163

10

Page 11: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan

terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari

1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja

diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti

yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi

British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai

laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah

diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.

Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan

Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya

pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos.

(Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas

kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan

beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan

Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan

Sarawak lalu membentuk Malaysia

Kesimpulannya disini, proses penggubalan telah mengambil kira masa dan

pengorbanan yang telah dicurahkan terutama oleh kaum Melayu. Sepanjang

tempoh era penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Sifat

keterbukaan orang Melayu pada masa itu menerima kaum lain di dalam Parti

Parikatan untuk menubuhkan kerajaan sendiri biarpun tanpa memerlukan jumlah

kerusi dari MCA dan MIC pada masa itu.

Azman Bin Salleh750312025163

11

Page 12: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kepentingan Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang

bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri

budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini

bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana

anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku

yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola

keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan

ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,

Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya

bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul

dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil,

malah berada ditahap rendah atau tidak bermoral. (Dr. Pisol Maidin,

http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ )

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga

tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur

sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep

keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek

moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat

dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan

mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada

kedudukan geografi yang berbeza.

Azman Bin Salleh750312025163

12

Page 13: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Pembahagian Jumlah etnik di Malaysia dari 1957 hingga 2005

Etnik Tahun 1957 Tahun 2005

Melayu &

Bumi/

putera

  49.8% 16.1 j 65.9 %

Cina   37.2% 6.2 j 25.3 %

India   11.1% 1.8 j 7.5 %

Lain-lain   - 0.3 j 1.3 %

Jumlah   100% 24.4 j 100 %

Rajah 1 : Perangkaan jumlah etnik di Malaysia (1957-2005)

Sumber :http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/

Setelah kita mengetahui maksud etnik itu, maka, dapatlah sekarang kita lihat

kepentingan perkara – perkara di dalam Perlembagaan yang menyentuh konteks

hubungan etnik di Malaysia.

Pertama merujuk kepada Perkara 3 (1), Islam ialah agama bagi

Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan

damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara ini menunjukkan bahawa setiap etnik di Malaysia harus mengetahui

bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan tidak boleh dipertikaian

amalan dan hukum – hukum agama tersebut haruslah dipatuhi. Kelonggaran

telah diberikan kepada etnik lain untuk menganut agama pilihan mereka namun

Perlembagaan tetap tertulis bahawa Agama Islam adalah yang utama.

Azman Bin Salleh750312025163

13

Page 14: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Seterusnya, merujuk kepada Perkara 8: Kesamarataan. Ia merujuk

kepada semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak

mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Maka,

setiap etnik di Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan ini dan tidak terkecuali

di dalam menerima undang – undang yang dikeluarkan oleh negara ini. Namun

terdapat pengecualian peruntukan di dalam soal agama, kedudukan

keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pentingnya

dimaktubkan di dalam Perlembagaan agar, etnik lain tahu kedudukan mereka

dan sama – sama bernaung di bawah hak kesamarataan.

Antara perkara lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh hubungan

etnik ialah pada Perkara 10(4) : Pada mengenakan sekatan-sekatan demi

kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau

ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan

undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,

kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau

dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181

melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang

dinyatakan dalam undang-undang itu.

Perkara ini merujuk kepada batasan hak kebebasan bersuara daripada

menyentuh kedudukan Raja – Raja, agama Islam, Keistimewaan hak orang

Melayu dan Bumiputera dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa ia

adalah isu sensitif yang perlu dielakkan dijadikan isu perbincangan awam.

Antara Perkara lain yang terapat di dalam Perlembagaan yang menyentuh

konteks hubungan etnik ialah

Perkara 38: Memberi kuasa kepada Majlis Raja – Raja untukmenghalang

Parlimen membuat undang – undang yang menyentuh kedudukan Raja –

raja Melayu, Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Agama Rasmi

dan Bahasa Kebangsaan.

Azman Bin Salleh750312025163

14

Page 15: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Perkara 1510(6) : Menyentuh kedudukan agama Islam, adat istiadat orang

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan

kewarganegaraan untuk dipertikaikan walaupun keadaan darurat.

Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

tanpa menafikan hak – hak bangsa lain untuk menggunakan bahasa

mereka.

Perkara 153: Kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Perkara 153 amat penting sekali terutama di dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia. Pemahaman yang tinggi perlu diterapkan kepada etnik lain untuk

memahami perjanjian atau Perlebagaan ini yang telah dipersetujui dahulu dan

diambil kira hingga masa kini atau masa akan datang.

Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Perlembagaan telah termaktub

menyenaraikan undang – undang dan peraturan yang perlu dipegang teguh oleh

setiap etnik di Malaysia bagi menjaga kestabilan politik, keamanan dan

kesejahteraan setiap rakyat di negara ini. Kecuaian kefahaman tentang perkara

ini seringkali menimbulkan suasana yang tidak selesa di Malaysia. Malah

sepatutnya setiap individu warganegara ini perlu memahami dan menjunjung

Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita terdahulu.

Azman Bin Salleh750312025163

15

Page 16: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak Sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa

kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-

memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan

pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan

Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada

kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada

bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang

mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. (Sumber yang

dipetik daripada http://mymassa.com Artikel 153 Perlembagaan Malaysia,

Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial )

Melalui laman web ini juga (http://mymassa.com) ada menerangkan

bahawa dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak

sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam

kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-

habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang

Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan

golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan

seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional.

Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak

sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Azman Bin Salleh750312025163

16

Page 17: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya

pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat

formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak

sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Azman Bin Salleh750312025163

17

Page 18: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam

Azman Bin Salleh750312025163

18

Page 19: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-

parti politik sejak kebelakangan ini. Semangat muhibah dikalangan pemimpin-

pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang

menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak

sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu, di mana pemimpin-pemimpin

Melayu tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?

Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan

dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga

adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu)

yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya

anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ’hidup’ di masa hadapan

sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita

kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. (Petikan di

Azman Bin Salleh750312025163

19

Page 20: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

atas dimuat turun daripada http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/2008-

04-24.html )

Kesimpulannya, kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam

menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya

telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan

orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan

Bumiputera dan pemberian hak kearga negaraan kepada orang bukan Melayu.

Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telha menyebabkan ramai

golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan

bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih

digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila – bila. Namun dewasa ini, perkara ini

telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka

wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum

Bumiputera dipertikaikan. Pada pendapat saya, kontrak sosial ini harus

diterapkan di dalam kurikulum pendidikan terutama diperingkat sekolah rendah

atau menengah untuk menanam dan memberi kefahaman kepada golongan

muda tentang perkara ini. Ini agar dapat menjaga dan memelihara kedaulatan

kaum Melayu dan Bumiputera seterusnya menjamin dan menjaga kesejahteraan

semua kaum di Malaysia.

Azman Bin Salleh750312025163

20

Page 21: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Rumusan

Kesimpulannya, keseluruahan tugasan Kajian Sosial kali ini banyak

membincangkan berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Bagaimana

golongan terdahulu berkorban untuk mendapatkan Kemerdekaan malah

membentuk sebuah kerajaan daripada tangan Penjajah.

Melalui tugasan kali ini juga telah memberi peluang kepada saya

untuk mendalami dan memahami kandungan Perlembagaan Malaysia. Ia juga

memberi peluang kepada saya mengkaji dan menilai peraturan dan undang –

undang yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Malah, secara tidak langsung

ia dapat meningkatkan kefahaman saya tentang unsur – unsur tradisi yang

terkandung di dalam Perlembagaan dan keutamaan untuk mengetahui dan

menjaganya.

Selain itu, tugasan ini telah membuka mata saya tentang hubungan etnik

di Malaysia dan kepentingan sebuah Perlembagaan untuk menjaga dan

mengawal kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara yang mempunyai

berbilang etnik. Selain itu, ia juga memberi pemahaman kepada saya tentang

kewujudan kontrak sosial yang harus di peliharan dan difahami.

Akhir kata, melalui tugasan ini dapat kita simpulkan bahawa bukan mudah

untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di

dalamnya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dihayati

sebagai satu panduan menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

Azman Bin Salleh750312025163

21

Page 22: Sejarah Perkembangan Negara-Perlembagaan&kontrak_sosial

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

BIBLIOGRAFI

Digitallibrary.my (2008) Perlembagaan Persekutuan, (atas talian),

http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/

338_Perlembagaan_Persekutuan.pdf (30Okt 2008).

Dr. Fisol Maidin (2008) Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik

di Malaysia,(atastalian)

http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6- perlembagaan -

malaysia (23 Okt 2008)

Dr. Fisol Maidin (2008) Konsep Konsep Asas Hubungan Etnik,(atastalian)

http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/

(23 Okt 2008)

Muhammad Salleh Abas (1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan

Bahasa Dan Pustaka. Kuala lumpur.

Mymassa.com (2008) Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan

Kontrak Sosial, (atas talian)

http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/2008-04-24.html

(18.Okt.2008).

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan

Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2103 Sejarah Perkembangan Negara,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Wikipedia (2008) Perlembagaan Malaysia, (atas talian),

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia ( 23 Okt 2008).

Wikipedia (2008) Suruhanjaya Reid, (atas talian),

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid ( 23 Okt 2008).

Azman Bin Salleh750312025163

22