perlembagaan kokurikulum

11
SMJK CHONG HWA JALAN GOMBAK, 53000 KUALA LUMPUR PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN / KELAB / SUKAN PERMAINAN / UNIT BERUNIFORM Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11 Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR NAMA Nama Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform _____________________________________________________________________ _ ALAMAT Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform SMJK CHONG HWA JALAN GOMBAK, 53000 KUALA LUMPUR Cogankata Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform _______________________________________________________________ _____ PERATURAN 2 : MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Upload: hl-leong

Post on 01-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aktiviti kokurikulum

TRANSCRIPT

SMJK CHONG HWAJALAN GOMBAK, 53000 KUALA LUMPUR

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN)

PERSATUAN / KELAB / SUKAN PERMAINAN / UNIT BERUNIFORM

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11 Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)

PERATURAN 1:NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

NAMA Nama Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform

______________________________________________________________________

ALAMAT

Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform

SMJK CHONG HWAJALAN GOMBAK, 53000 KUALA LUMPUR Cogankata Persatuan / Kelab / Permainan / Unit beruniform

____________________________________________________________________

PERATURAN 2:MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1Bermatlamat untuk ___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

2.2 Objektif

Untuk melahirkan pelajar yang a.____________________________________________________________

b. ___________________________________________________________

c.____________________________________________________________

d.____________________________________________________________ e. __________________________________________________________

PERATURAN 4:PERLAKSANAAN

a) Mengikut garis panduan perlaksanaan gerakerja kokurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysiab) Menurut budi bicara penasihat dan ahli jawatankuasa persatuan berdasarkan objektif persatuan.

PERATURAN 3:KEAHLIAN

Jenis keahlian

a.Ahli biasa: Terbuka kepada semua pelajar SMJK Chong Hwa yang berminat untuk menyertai persatuan ini.b.Ahli sukarela: Mereka yang tidak menjadi ahli biasa, tetapi boleh memberi kerjasama bagi mencapai objektif persatuan atau menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh persatuan tetapi mereka tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan dan tidak berhak mengundi dalam mesyuarat persatuan.

Hak Ahli

a. Berhak dicalonkan, mencadang, menyokong dan mengundi dalam mana mana pemilihan ahli jawatan persatuan.b. Berhak mengemukan cadangan atau pandangan kepada jawatankuasa atau penasihat mengenai rancangan tahunan, pengelolaan dan pengurusan persatuan.c. Menyertai sebarang persatuan yang diluluskan oleh pendaftar.

Kewajiban Ahli

a. Mematuhi atau mendukung perlembagaan persatuan mengikut arahan pendaftar.b. Menghormati dan melaksanakan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa persatuan.c. Menjaga nama baik persatuan.d. Memelihara dan menghormati segala harta benda persatuan.e. Menjelaskan dari semasa ke semasa sebarang kutipan yuran yang diluluskan oleh persatuan.f. Menghadiri perjumpaan yang ditetapkan oleh pengetua sekolah.

Lucut menjadi Ahli

Ahli-ahli yang telah didaftar tetapi tidak pernah hadir berturut-turut selama tiga kali tanpa sebab munasabah, keahliannya akan dilucut.

PERATURAN 4:AHLI JAWATANKUASA KELAB

Persatuan ini akan diselenggarakan oleh jawatankuasa kerja yang terdiri daripada: a. Pengerusib. Naib Pengerusic. Setiausahad. Penolong Setiausahae. Bendaharif. Penolong Bendaharig. Wakil-wakil tingkatani. Peralihanii. Tingkatan 1iii. Tingkatan 2iv. Tingkatan 3v. Tingkatan 4vi. Tingkatan 5 vii. Tingkatan 6

Perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja

a. Ahli-ahli jawatankuasa kerja akan dipilih dalam mesyuarat Agung Tahunan dengan cara undian majoriti. Mesyuarat Agung Tahunan ini biasanya diadakan pada permulaan tahun persekolahan.

b. Tiap-tiap calon hendaklah dinamakan oleh seorang pencadang dan seorang penyokong.

c. Seseorang itu boleh dicalonkan untuk lebih daripada satu jawatan tetapi ia tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan.

d. Apabila dua atau lebih orang calon mendapat bilangan undi yang sama, satu pengundian hendaklah dibuat sekali lagi dan sekiranya sama juga maka penasihat haruslah membuat penentuan muktamad.

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja

a. Pengerusi

i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab menentukan yang mesyuarat itu dijalankan dengan sempurna.

ii. Menandatangani semua minit mesyuarat setelah diluluskan.

iii.Membantu penasihat persatuan dalam pengelolaan persatuan ini.

iv. Berhak memanggil mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pada bila-bila masa asalkan dengan kebenaran dan pengesahan penasihat persatuan.

b. Naib Pengerusi

i. Menjalankan semua tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi.c. Setiausaha

i. Menyimpan semua rekod persatuan kecuali rekod kewangan.

ii. Bertanggungjawab dalam semua urusan surat-menyurat persatuan.

iii. Menghadiri semua mesyuarat persatuan/perjumpaan dan merekodkan perjalanan mesyuarat-mesyuarat tersebut.

iv. Memanggil semua mesyuarat persatuan ini dan menguruskan persediaan bagi mesyuarat/perjumpaan yang dipanggil.

v.Mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat.

vi.Menyediakan rekod daftar keahlian dan kehadiran ahli.

vii.Melaporkan kepada guru penasihat perkembangan persatuan serta perjalanan setiap mesyuarat persatuan ini.

d. Penolong Setiausaha

i. Menjalankan semua tugas setiausaha apabila ketiadaan setiausaha.

e. Bendahari

i. Menguruskan semua hal yang berhubungan dengan kewangan persatuan seperti mengutip wang derma dan menyimpannya.

ii.Menyimpan kira-kira semua penerimaan dan perbelanjaan wang persatuan ini.

iii.Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan.

iv.Menandatangani Penyata Kewangan Persatuan yang dibentangkan bersama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

f.Juruaudit

Menyemak dan mengesahkan laporan kewangan persatuan pada setiap bulan.

g.Wakil Tingkatan

i.Mewakili ahli-ahli persatuan dari tingkatannya

ii.Menyampaikan keputusan AJK kepada semua ahli dari tingkatannya.

iii.Menghadiri semua mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja dan perjumpaan tingkatan.

iv.Membantu bendahari mengutip yuran dan ahli-ahli persatuan dalam tingkatannya.

v. Membantu AJK mengumumkan perjumpaan persatuan kepada ahli- ahlinya.

vi.Menjalankan semua tugas yang diarahkan oleh AJK.

Perletakan dan kekosongan jawatan

i.Sebarang perletakkan jawatan haruslah dilakukan secara bertulis dan di atas sebab-sebab yang munasabah serta mendapat kelulusan daripada ahli jawatankuasa kerja dan penasihat.

ii.Jawatan yang dikosongkan boleh dipenuhi dengan cara perlantikan oleh penasihat atau AJK melalui mesyuarat tergempar.

PERATURAN 5:JENIS-JENIS MESYUARAT

a.Mesyuarat Agung Tahunan

i. Mesyuarat ini diadakan awal sesi persekolahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

ii. Penasihat persatuan akan memberi ucapan.

iii.Mengesyorkan dan membincangkan usul/rancangan aktiviti tahunan daripada ahli-ahli persatuan.

iv. Melantik AJK persatuan ini.

v. Setiausaha bertanggungjawab menyediakan agenda mesyuarat.

b. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK)

i. Mesyuarat antara AJK bergantung kepada keperluan. Penasihat persatuan mesti dijemput hadir.

ii. Setiausaha bertanggungjawab memberitahu semua ahli jawatankuasa dan menyediakan agenda mesyuarat.

c. Mesyuarat / Perjumpaan Biasa

i. Perjumpaan ini diadakan dua (2) minggu sekali seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Walau bagaimanapun, adakalanya berlaku perubahan mengikut keadaan sekolah.

ii. Semua ahli persatuan dikehendaki menghadiri perjumpaan ini melainkan mereka yang ada sebab munasabah.

PERATURAN 6 :KEWANGAN

a.Tahunan KewanganTahunan kewangan persatuan hendaklah berakhir pada 30 September tiap-tiap tahun.

b.Sumbangan Tahunan

Tiap-tiap ahli persatuan hendaklah menyumbang kepada tabung kewangan persatuan iaitu sumbangan tahunan yang ditetapkan oleh AJK dan ahli-ahli persatuan.

c.Kumpulan Wang Persatuan

i.Sumber-sumber wang persatuan adalah dari sumbangan ahli-ahli persatuan.

ii.Penasihat bertanggungjawab menyimpan dan memastikan penggunaan wang persatuan.

iii.Akaun persatuan hendaklah dioditkan pada tiap-tiap akhir bulan oleh dua (2) juru audit dalam yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan dan pada akhir tahun kewangan diperiksa oleh dua (2) juruaudit luar yang bukan ahli persatuan.

PERATURAN 7: SURAT MENYURAT

i.Semua surat menyurat peratuan yang dihantar keluar dari sekolah hendaklah mengikut saluran tertentu iaitu melalui guru penasihat , penolong kanan kokurikulum dan pengetua.

ii.Segala surat-menyurat, pengumuman, kenyataan dan buletin persatuan hendaklah ditandatangani oleh:a.Pengerusi atau Setiausaha kelabb.Guru Penasihat kelab.c. Penolong kanan kokurikulumd. Pengetua

PERATURAN 8:KEHADIRAN / PENYERTAAN

1. Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut akan diberi surat amaran. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.3. Semua pelajar hendaklah terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang akan menentukan 10% markah kokurikulum dan penilaian PAJSK ke IPTA.4. Pelajar yang tidak dibenar oleh ibu bapa / penjaga melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum hendaklah melalui prosedur dan persetujuan untuk memberi markah E dalam 10% pemarkahan kokurikulum dan pemarkahan PAJSK kepada mereka.5. Bukti kehadiran dalam aktiviti kokurikulum bagi tujuan penilaian 10% dan penilaian PAJSK adalah berdasarkan rekod kehadiran sama ada buku log atau buku kehadiran aktiviti.6. Jumlah kehadiran minima bagi setiap elemen dalam setahun ialahi) Badan Beruniform :18 kaliii) Kelab / Persatuan:12 kaliiii) Sukan Dan Permainan:12 kali7.Setiap ahli hendaklah melengkapakan Borang Maklumat Kokurikulum yang Dilampirkan salinan sijil-sijil yang diperolehi untuk pemarkahan 10% kokurikulumDan pemarkahan PAJSK.8.Borang Maklumat Kokurikulum hendaklah dikendalikan oleh guru penasihat dan diselia oleh Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Penyelaras Kokurikulum

PERATURAN 9 :TINDAKAN DISIPLIN

1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:a) Amaran lisanb) Amaran bertulis3. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat kelab secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah MUKTAMAD.PERATURAN 10:TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT

1. Memastikan mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Perlembagaan dan peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Unit badan beruniform, Kelab/ Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9.Memastikan minit mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

10. Mendaftarkan Unit badan beruniform, Kelab Perrsatuan dan Kelab Sukan / Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12. Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah/zon/daerah/ negeri dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dalam pencapaian ahli.

15. Menandatangani Buku kehadiran ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat berkaitan dengan unit diwakili.

17. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.

18.Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

PERATURAN 11:PENGGANTUNGAN & PEMBUBARAN KELAB

1. Persatuan ini tidak boleh digantung / dibubarkan oleh ahli-ahli atau Guru Penasihat.2. Pengetua sebagai Penolong Pendaftar berhak menggantung/ membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.3. Apabila ianya berlaku, segala harta dan baki wang hendaklah diserahkan kepada Majlis Persatuan sekolah itu sendiri.

TAFSIRAN

Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

Keputusan Pengerusi (Pengetua) adalah muktamad.

_____________________________________________________( )( )

Penasihat KelabPengerusi Kelab________________________ _______________________Tarikh:Tarikh:

____________________________________________________( )( )Setiausaha KelabBendahari Kelab__________________________________________________Tarikh:Tarikh:

Disahkan oleh,

__________________________(GOH CHEE CHIANG )PengetuaSMJK Chong HwaTarikh: