perlembagaan kelab rukun negara

4
PERLEMBAGAAN PERSATUAN RUKUN NEGARA 1. NAMA Persatuan ini dinamakan Persatuan Rukun Negara SK Chepor, Chemor Perak. 2. MATLAMAT Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. 3. OBJEKTIF: 3.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara 3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara 3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan 3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu- padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. 4. KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid SK Chepor,Chemor Perak. 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan. 5. GURU PENASIHAT 5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.

Upload: sricahaya

Post on 13-Nov-2015

708 views

Category:

Documents


78 download

DESCRIPTION

Perlembagaan Kelab

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN RUKUN NEGARA1.NAMA

Persatuan ini dinamakan Persatuan Rukun Negara SK Chepor, Chemor Perak.

2.MATLAMAT

Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.

3.OBJEKTIF:

3.1Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara

3.2Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara

3.3Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

3.4Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu-padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid SK Chepor,Chemor Perak.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang disediakan.

5. GURU PENASIHAT

5.1Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.

5..2Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.AHLI JAWATANKUASA

6.1Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.

6.3Pemilihan AJK secara undian.6.4AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada:

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK KELAS6.7Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.7.DERMA

7.1Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang ditetapkan.

7.2Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

7.3Ahli yang menyertai projek yang memakan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

8.KEHADIRAN / PENYERTAAN

8.1Ahli dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

8.2Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian.

9.AKTIVITI

9.1Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

9.2Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10.PERATURAN-PERATURAN

10.1Peraturan sekolah adalah peraturan asas persatuan.

10.2Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh persatuan hendaklah dipatuhi oleh ahli.

10.3Ahli-ahli yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan tata tertib.

11.TINDAKAN DISIPLIN

11.1Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelas dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

11.2Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

10.2.1Amaran lisan

10.2.2Amaran bertulis10.2.3Menggantung keahlian

10.2.4Pecat keahlian11.3Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak ahli kelab.11.4Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil bomembuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.12.PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1Mana-mana bahagian dari perlembagaan persatuan ini sah sehingga ia dipinda.

12.2Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru penasihat, murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah secara bertulis.

12.3Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.

13.HAL-HAL LAIN

13.1Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap persatuan masing-masing.

13.2Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti persatuan dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan Sekolah

---------------------------------------------

Tarikh:

Guru Besar

SK Chepor, Chemor Perak