rukun negara

19

Upload: mis-sem

Post on 03-Dec-2014

1.488 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun negara
Page 2: Rukun negara

1.1 ~ LATAR BELAKANG1.2 ~ KONSEP 1.3 ~ PRINSIP1.4 ~ OBJEKTIF & MATLAMAT1.5 ~ PENJELASAN PRINSIP

Page 3: Rukun negara

LATAR BELAKANG

Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh majlis perundingan negara (MPN)

Visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama M’sia.

Doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara M’sia

Page 4: Rukun negara

KONSEP RUKUN NEGARA

Menggariskan 5 prinsip

Dibentuk mengikut acuan M’sia dan dimiliki bersama-sama oleh rakyat M’sia yang berbilang kaum dan agama

Page 5: Rukun negara
Page 6: Rukun negara

PRINSIP RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIAMendukung cita-cita untuk : Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil bagi kemakmuran

Negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Page 7: Rukun negara

MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan dan Kesusilaan

Page 8: Rukun negara

OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

UNTUK MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM KALANGAN SELURUH MASYARAKAT

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing .

Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum,wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum

Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk masyarakat yang mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

Page 9: Rukun negara

UNTUK MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK Perlembagaan Negara menjamin kebebasan

hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun tidak boleh disalahgunakan untuk membakar perasaan perkauman,memusnahkan sistem demokrasi negara.

Sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan supaya kestabilan dan keselamatan negara terjamin.

Page 10: Rukun negara

UNTUK MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.

Masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju.

Page 11: Rukun negara

UNTUK MEMBENTUK SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI KEBUDAYAAN

Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.

Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat. Jadi, kita hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat yang dapat menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .

Page 12: Rukun negara

UNTUK MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi .

Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 .

Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.

Page 13: Rukun negara
Page 14: Rukun negara

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Lima prinsip rukun negara1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN #Bangsa dan negara ini telah diwujudkan

atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. #Islam ialah agama rasmi,tetapi agama-

agama lain masih boleh diamalkan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang. #Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing #Prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Page 15: Rukun negara

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA#Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara.

#Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri. Yang diPertuan Negeri~negeri yang tidak beraja.

#Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.

#Bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

Page 16: Rukun negara

3. KELUHURAN PERLEMBAGAANN #menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini.

# Berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu agama Islam =agama Persekutuan, Bahasa Malaysia=bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

#Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan,

Page 17: Rukun negara

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG # memberi taraf yang sama kepada rakyatnya

di sisi undang-undang negara.

# undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan.

#Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

#Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang.

#Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Page 18: Rukun negara

5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN #menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat~untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

# Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini.

#Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang .

# Jika dipraktikkan- membentuk indivivu berdisiplin dan bermoral- membantu mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni

Page 19: Rukun negara