modul kem kelab rukun negara

44
Bil Kandungan Muka surat 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1971 RUKUN NEGARA 1 - 3 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17 / 2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah 4 - 5 3. Jadual Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 6 4. Cadangan Soalan ’Pra Post’ Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 7 - 8 5. Modul / Panduan Guru Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 9 - 30 6. Laporan Pelaksanaan Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 31 - 32 KELAB RUKUN NEGARA 0

Upload: harubiru75

Post on 29-Nov-2015

448 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Bil Kandungan Muka surat

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1971RUKUN NEGARA 1 - 3

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17 / 2000:Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah 4 - 5

3. Jadual Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 6

4. Cadangan Soalan ’Pra Post’ Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 7 - 8

5. Modul / Panduan Guru Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 9 - 30

6. Laporan Pelaksanaan Kem Kelab Rukun Negara Peringkat Sekolah 31 - 32

KELAB RUKUN NEGARA 0

Page 2: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Ref: K.P. 8609/1/(3)Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur.

12hb.Januari, 1971

Ketua Pegawai Pelajaran, Semua Negeri, Malaysia Barat.

Pengarah Pelajaran,Sarawak/Sabah. (dengan mel udara)

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1971

RUKUNEGARA

Sebagaimana yang tuan-tuan ketahui Rukunegara telah diisytiharkan oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada 31hb. Ogos, 1970.

2. Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa samua sekolah di Malaysia hendaklah berusaha dengan segala upaya yang boleh untuk menanarnkan cita-cita unggul Rukunegara ke dalam jiwa kanak-kanak kita di sekolah. Semangat dan amalan lima prinsip itu perlu ditegaskan ketika mengajar Rukunegara.

3. Berikut ialah beberapa cadangan bagaimana Rukunegara, boleh diajar:-

(i) Guru-guru Besar/Pengetua-pengetua bolehlah berceramah berkenaan pelbagai aspek Rukunegara di Perjumpaan Mingguan Sekolah.

(ii) Dalam pelajaran Sivik (dari darjah empat hingga Tingkatan Enam) guru-guru boleh menghurai cara-cara mengamalkan pelbagai aspek Rukunegara itu.

(iii) Aspek-aspek Rukunegara boleh digunakan sebagai tema atau tajuk-tajuk untuk perbincangan di perjumpaan-perjumpaan kelab dan persatuan sekolah.

(iv) jika sekolah-sekolah mencetak buku-buku rampaian mereka sendiri, Rukunegara bolehlah dicetak di muka sebelah dalam kulit hadapan buku itu.

4. Guru-guru Besar/Pengetua-pengetua hendaklah cuba:-

(i) mendapatkan beberapa poster Rukunegara untuk pejabat-pejabat, dewan sekolah, bilik-bilik darjah dan bilik-bilik guru mereka daripada jabatan Penerangan dan Kebudayaan Negeri. Poster ini hendaklah dimasukkan dalam frame dan digantung di tempat-tempat yang disebut itu.

(ii) mendapatkan buku-buku kecil penerangan yang cukup daripada Pejabat Penerangan untuk menentukan supaya sernua guru - guru di sekolah itu betul-betul faham dan mahir dengan Rukunegara.

(iii) menggalakkan murid-murid membuat poster-poster ukuran besar untuk dipamerkan dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri. Satu salinan Rukunegara adalah disertakan bersama surat pekeliling ini.

KELAB RUKUN NEGARA 1

Page 3: Modul Kem Kelab Rukun Negara

5. Kementerian Pelajaran juga sedang mengambil langkah-langkah berikut untuk menjadikan pengajaran Rukunegara itu lebih bermakna lagi.-

(i) Sukatan Pelajaran Sivik sedang disemak semula untuk memasukkan Rukunegara;

(ii) Pusat Alat Pengajaran Pandang Dengar, Kementerian Pelajaran sedang menyediakan carta-carta untuk sekolah-sekolah.

(iii) Sebuah lagu sedang digubah untuk Rukunegara supaya Rukunegara juga boleh dinyanyikan oleh murid-murid.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo) Bahagian Sekolah-sekolah,

b.p. Ketua Setlausaha, Kementerian Pelajaran.

s.k. S.U.S. kepada Y.B.M.Y.B. Setiausaha ParlimenK.S.K.K.P.P.T.K.S.K.T.K.P.P.Pengarah (Latihan Guru-curu) 15 salinan.Ketua Nazir - 15 salinan.Semua Ketua Bahagian.

Setiausaha Kerja, Jabatan Perpaduan Negara, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan dan Kebudayaan - 5 salinan.Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja, Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

KB/rt

KELAB RUKUN NEGARA 2

Page 4: Modul Kem Kelab Rukun Negara

RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh. masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang libreral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya. dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan mengg-unakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

(TRANSLATION)

RUKUNEGARA

OUR NATION, MALAYSIA, being dedicated

to achieving a greater unity of all her peoples;

to maintaining a democratic way of life;

to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;

to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;

to building a progressive society which shall be oriented to modem science and technology;

WE, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:

Belief in God (Kepercayaan kepada Tuhan)

Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)

Upholding the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)

Rule of Law (Kedaulatan Undang-undang)

Good Behaviour and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)

KELAB RUKUN NEGARA 3

Page 5: Modul Kem Kelab Rukun Negara

_______________________________________________________________________KP(BS)8591/Jld.XVl(17)

16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’ /Tuan / Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 17 / 2000:Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah - Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yangdianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalarn Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkanKelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti yang berikut:

2.1 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan;

2.2 Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

2.3 Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2, clan 2.3 dapat dilaksanakan.

KELAB RUKUN NEGARA 4

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,PARAS 7, BLOK J,PUSAT BANDAR DAMANSA Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150

Page 6: Modul Kem Kelab Rukun Negara

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan.

Sekian. Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

sk1 . Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato'Abdul Aziz bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato' Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y. B. Dato' Mahadzir bin Mohd. KhirSetiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam

KELAB RUKUN NEGARA 5

Page 7: Modul Kem Kelab Rukun Negara

JADUAL KEM KELAB RUKUN NEGARA ( 2 HARI 1 MALAM )

Hari Masa Aktiviti Catatan

HARI 1

07.30 – 08.30 Pendaftaran /Taklimat08.30 – 10.30 Suaikenal / Agihan Kumpulan /

PENGENALAN DAN SEJARAH RUKUN NEGARA 10.30 – 11.00 Minum11.00 – 13.00 Slot 1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN13.00 – 14.30 Makan T/hari / Solat Zohor14.30 – 16.30 Slot 2

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA16.30 – 19.00 Minum / Solat / PermainanDinamika19.00 – 19.00 Makan Malam/ Solat / Kuliah19.00 – 23.00 Slot 3

KELUHURAN PERLEMBAGAAN23.00 Minum / Tidur

HARI 2

06.00 – 07.00 Solat / Kuliah Subuh07.00 – 08.30 Sarapan / Persiapan Diri08.30 – 10.30 Slot 4

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG10.30 – 11.00 Minum11.00 – 13.00 Slot 5

KESOPANAN DAN KESUSILAAN13.00 – 14.30 Solat / Kuliah Subuh14.30 – 16.30 Penilaian dan Penutup

Bersurai

CADANGAN SOALAN “PRA POST” KEM KELAB RUKUN NEGARAKELAB RUKUN NEGARA 6

Page 8: Modul Kem Kelab Rukun Negara

SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (SEKOLAH RENDAH)

1. Tuliskan LIMA Prinsip Rukun Negara mengikut urutan

1.1 _____________________________________________________1.2 _____________________________________________________1.3 _____________________________________________________1.4 _____________________________________________________1.5 _____________________________________________________

2. Apakah agama rasmi Negara kita? ______________________________________________________________

3. Suaikan rumah ibadat dengan agama bersesuaian.

Gereja IslamKuil HinduMasjid KristianWat Buddha

4. Dari negeri manakah asal Yang DiPertuan Agong sekarang? ______________________________________________________________

5. Nyatakan 3 negeri yang mempunyai Sultan.

5.1 _____________________________________________________5.2 _____________________________________________________5.3 _____________________________________________________

6. Berapakah jalur yang terdapat dalam Jalur Gemilang? ________________________________________________________________

7.Sebutkan 3 agensi penguatkuasa undang-undang di Malaysia.

7.1 _____________________________________________________7.2 _____________________________________________________7.3 _____________________________________________________

8.Anda sebagai rakyat Malaysia,sebutkan 3 nilai murni yang patut diamalkan.

8.1 _____________________________________________________8.2 _____________________________________________________8.3 _____________________________________________________

KELAB RUKUN NEGARA 7

Page 9: Modul Kem Kelab Rukun Negara

CADANGAN SOALAN “PRA POST” KEM KELAB RUKUN NEGARASEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

(SEKOLAH MENENGAH)

1. Tuliskan LIMA Prinsip Rukun Negara mengikut urutan

1,1 _____________________________________________________1,2 _____________________________________________________1.3 _____________________________________________________1.4 _____________________________________________________1.5 _____________________________________________________

2. Apakah agama rasmi Negara kita?

______________________________________________________________

3. Nyatakan agama-agama lain yang terdapat di negara kita.

______________________________________________________________

4. Berikan nama penuh Yang DiPertuan Agong sekarang.

______________________________________________________________

5. Nyatakan 3 negeri yang mempunyai Sultan.

5.1 _____________________________________________________5.2 _____________________________________________________5.3 _____________________________________________________

6. Nyatakan negeri-negeri yang mempunyai Yang Di Pertua Negeri.

6.1 _____________________________________________________6.2 _____________________________________________________6.3 _____________________________________________________

7. Nyatakan maksud bulan dan bintang yang terdapat dalam Jalur Gemilang.

________________________________________________________________

8.Sebutkan 3 agensi penguatkuasa undang-undang di Malaysia.

7.1 _____________________________________________________7.2 _____________________________________________________7.3 _____________________________________________________

9.Anda sebagai rakyat Malaysia,sebutkan 3 nilai murni yang patut diamalkan.

8.1 _____________________________________________________8.2 _____________________________________________________8.3 _____________________________________________________

MODUL / PANDUAN GURU

KELAB RUKUN NEGARA 8

Page 10: Modul Kem Kelab Rukun Negara

SLOT – ‘ SUAIKENAL’ / PENGENALAN DAN SEJARAH RUKUN NEGARA

Aktiviti 1- (Suaikenal - Salam Sayang)

1.0 Masa : 15 minit

2.0 Alatan : Wisel

3.0 Objektif :

2.1 Dapat menjalinkan suasana mesra di kalangan peserta.

2.2 Menyediakan ruang yang selesa untuk peserta berinteraksi dalam aktiviti

yang seterusnya.

4.0 Strategi Pelaksanaan:

3.1 Mulakan sesi dengan bacaan Al-Fatihah/tafakur mengikut kepercayaan

agama masing-masing.

3.2 Nyanyian “Selamat Datang” (Lagu Pengakap/lagu-lagu yang bersesuaian)

3.2.1. Ucap tahniah kepada kawan kiri/kanan, depan/belakang-

kenalkan diri diiringi iringan muzik. (Teman sejati- Kumpulan

Brothers)

3.3 Sentuhan Mesra (sama jantina) - Menggunakan tiupan wisel

3.3.1. Tiupan pendek sekali – Pegang hidung teman

3.3.2. Tiupan pendek dua kali – Sentuh dua belah pipi dan kucup

dahi teman

3.3.3 Tiupan pendek tiga kali – Peluk teman anda

3.4 Dengarlah sayang – Membisikkan kata-kata pujian dan motivasi

kepada teman.

Aktiviti 2 ( Suaikenal -Diriku Dirimu)

KELAB RUKUN NEGARA 9

Page 11: Modul Kem Kelab Rukun Negara

1.0 Masa : 20 minit

2.0 Alatan : Edaran SK 1

3.0 Objektif

3.1 Mewujudkan interaksi antara peserta.

3.2 Membuka ruang untuk mengenali lebih ramai peserta.

3.3 Beradab dalam berkomunikasi.

4.0 Strategi Pelaksanaan

4.1 Fasilitator mengedarkan Edaran SK (1)

4.2 Fasilitator meminta peserta mengisi butiran dalam borang edaran

Dalam masa 10 minit.

4.3 Fasilitator meminta peserta mencari dan mendapatkan nama

dan tandatangan rakan yang mempunyai pernyataan yang sama

dengan dirinya.

4.4 Setiap satu pernyataan hendaklah diisi oleh individu yang berbeza.

4.5 Fasilitator meminta peserta secara rawak untuk menerangkan

tentang rakan yang mempunyai persamaan dengan mereka semasa aktiviti

tadi.

Lampiran SK (1)

KELAB RUKUN NEGARA 10

Page 12: Modul Kem Kelab Rukun Negara

DIRIKU DIRIMU

NAMA PELAJAR : ________________________________________

Arahan : (1) Isikan ruangan di bawah , cari teman mempunyai persamaan dengan diri anda.

(2) Tuliskan nama, kawasan tempat tinggal dan dapatkan tandatangan bagi setiap pernyataan.

Matapelajaran yang saya minati

NamaTempat TinggalT.tangan

Cita-cita saya ialah

NamaTempat TinggalT.tangan

Hobi saya ialah

NamaTempat TinggalT.tangan

Makanan kegemaran saya ialah

NamaTempat TinggalT.tangan

Rancangan TV yang saya minati

NamaTempat TinggalT.tangan

Pengangkutan ke sekolah

NamaTempat TinggalT.tangan

Warna kesukaan saya

NamaTempat TinggalT.tangan

Permainan yang saya minati

NamaTempat TinggalT.tangan

Idola saya ialah

NamaTempat TinggalT.tangan

Aktiviti 3 ( Suaikenal- Dariku Untukmu)KELAB RUKUN NEGARA 11

Page 13: Modul Kem Kelab Rukun Negara

1.0 Masa : 15 minit

2.0 Alatan : Kertas A4

3.0 Objektif :

3.1. Mewujudkan hubungan mesra sesama rakan

3.2 Mewujudkan interaksi antara peserta.

3.3 Keikhlasan dalam persahabatan.

3.4 Menghargai pemberian orang lain.

4.0 Strategi Pelaksanaan

4.1 Setiap peserta diberi sehelai kertas A4.

4.2 Peserta diminta melukis sesuatu untuk dihadiahkan kepada teman baru.

4.3 Peserta bertukar-tukar hasil lukisan tersebut.

4.4 Fasilititor memilih peserta secara rawak untuk menunjukkan gambar yang

diterima dari teman mereka dan menyatakan perasaannya.

Aktiviti 4 (Suaikenal -Tempat Jatuh lagi Dikenang)

1.0 Masa : 20 minit

2.0 Alatan : Tiada

3.0 Objektif

3.1 Memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat kepimpinan.3.2 Mewujudkan semangat persaingan yang positif.3.3 Mengenal potensi diri.

4.0 Strategi Pelaksanaan4.1 Fasilitator meminta beberapa orang pelajar secara rawak tampil ke

hadapan.4.2 Peserta diminta menyampaikan ucapan secara spontan.4.3. Fasilitator meminta peserta memilih penghulu dan penghuluwati berdasarkan kebolehan wakil tersebut.

KELAB RUKUN NEGARA 12

Page 14: Modul Kem Kelab Rukun Negara

PENGENALAN DAN SEJARAH RUKUN NEGARA

1.0 Masa : 50 minit

2.0 Alatan : Komputer riba, LCD dan layar putih.cd lagu Rukun Negara

3.0 Objektif :

3.1 Mengenali dan menghayati sejarah negara3.2 Menyemai dan memupuk semangat patriotisme di kalangan murid3.3 Menghargai jasa-jasa pemimpin3.4 Memberi kefahaman dan kesedaran tentang pembentukan rukun negara

4.0 Strategi Pelaksanaan:

4.1 Tayangan Slide4.2 Nyanyian Lagu Rukun Negara4.3 Pengkisahan sejarah penubuhan Rukun Negara berdasarkan kepada

butiran berikut:

APA ITU RUKUN NEGARA?

Rukun Negara adalah idealogi negara yang menjadi prinsip pegangan semua rakyat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya berdasarkan lima

prinsip penting iaitu:

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah dihasilkan oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dan

diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia,

ekoran daripada peristiwa tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969.

MATLAMAT UTAMA RUKUN NEGARA

Mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai satu semangat dan berpegang kepada

nilai-nilai yang sama demi suasana kehidupan yang seimbang, harmoni dan maju seiring

pembangunan sains dan teknologi.

KELAB RUKUN NEGARA 13

Page 15: Modul Kem Kelab Rukun Negara

TUJUAN RUKUN NEGARA

1. Negara Bersatu

Melahirkan satu bangsa dan negara yang anggota masyarakatnya menganggap diri

mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama.

2. Masyarakat Demokratik

Kuasa terletak pada rakyat yang berhak mengundi melalui sistem demokrasi.

3. Masyarakat Adil

Seluruh rakyat berpeluang menikmati kekayaan dan kemakmuran negara.

4. Masyarakat Liberal

Setiap kelompok masyarakat bebas beragama, mengamalkan adat resam dan

kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.

5. Masyarakat Progresif

Masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi tidak

terkeluar daripada batas nilai-nilai ketuhanan.

KELAB RUKUN NEGARA 14

Page 16: Modul Kem Kelab Rukun Negara

(SLOT 1)

Tajuk

Kepercayaan Kepada Tuhan

Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi

Persekutuan,tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan

aman dan tenteram dimana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan

membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang

sama sekali. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara

sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Jenis Aktiviti

1. Latihan dalam Kumpulan

2. Sumbang saran

3. Pembentangan

Objektif

1. Menyemai perasaan/sikap menghormati prinsip kebebasan beragama di kalangan

setiap warganegara.

2. Menghormati penganut-penganut agama lain.

3. Mendedahkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

KELAB RUKUN NEGARA 15

Page 17: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 1 ( 60 minit )

Kepelbagaian Kepercayaan dan Agama

1. Peserta diagihkan kepada kumpulan kecil ( 6 kumpulan)2. Peserta diminta membincangkan tentang agama-agama berikut: Kumpulan 1 : Agama Islam Kumpulan 2 : Agama Kristian Kumpulan 3 : Agama Buddha Kumpulan 4 : Agama Hindu Kumpulan 5 : Agama ............................ Kumpulan 6 : Agama ............................

3. Perbincangan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut :

3.1. Amalan dan Kepercayaan 3.2. Perayaan atau sambutan keagamaan3.3. Tarikh,bulan atau hari penting mengikut agama masing-masing.

Contoh : Agama Islam – Hari Jumaat/ Bulan Syawal/ Bulan Ramadhan3.4. Tempat beribadat

4. Pembentangan hasil perbincangan.

Personalia1.Fasilitator

Bahan

1. Kertas A4 2. Kertas mahjung3. Pen marker4. Masking tape

KELAB RUKUN NEGARA 16

Page 18: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 2 ( 60 minit )

Penerapan Nilai Sejagat Dalam Agama.1. Peserta berada di dalam kumpulan kecil.2. Peserta diminta menyenaraikan nilai-nilai murni dalam agama masing-masing.3. Peserta dibimbing untuk menghayati nilai-nilai murni dalam beragama.

Personalia.1. Fasilitator

BahanKertas mahjung, marker pen, bahan yang disediakan murid yang berkaitan dengan agama masing-masing.

(SLOT 2)

Tajuk

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

PengenalanMalaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras

dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem

beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri

yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah

merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur, dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia

kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan

taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jenis Aktiviti 1. LDK 2. Percambahan Minda

KELAB RUKUN NEGARA 17

Page 19: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Objektif1. Setiap rakyat mesti menumpukan taat setia kepada ketua negara iaitu

Yang di-Pertuan Agong.

2. Mengambil berat tentang jatuh bangun negara serta sanggup berkorban untuk

mempertahankannya jika keadaan memerlukan.

3. Setiap rakyat mesti menyokong dan menggembleng tenaga untuk melaksanakan

dasar, wawasan, projek dan lain-lain keputusan yang dibuat oleh pemerintah tanpa

pertentangan dan rasa curiga.

4. Tidak memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada anasir-

anasir subversif di dalam dan luar Negara.

Aktiviti ( 2 jam)

1. Fasilitator mengedarkan Edaran KRN 1

2. Fasilitator meminta supaya setiap kumpulan berbincang tentang siapakah diantara

ahli dalam kapal yang perlu dibuang.

3. Ketua kumpulan akan bertindak mengikut arahan Fasilitator iaitu

Kumpulan 1 dan 2 : Ketua kumpulan bersikap adil dalam membuat

keputusan

Kumpulan 3 dan 4 : Ketua kumpulan bersikap autokratik semasa

membuat keputusan

Kumpulan 5 dan 6 : Ketua Kumpulan menyerahkan sepenuhnya

tanggungjawab itu kepada ahli dan bersikap tidak

tahu apa-apa.

4. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka dan

membincangkan juga tentang peranan ketua mereka semasa

perbincangan.

5. Fasilitator membuat rumusan berdasarkan kepada objektif modul.

Personalia

1. Fasilitator

Bahan

Edaran KRN 1

KELAB RUKUN NEGARA 18

Page 20: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Edaran KRN 1

Kapal anda sedang dalam perjalanan di tengah lautan. Tiba-tiba angin kencang

beserta dengan hujan lebat melanda kapal anda. Kapal anda sarat dengan muatan

yang bernilai beserta dengan beberapa orang penting dan anak-anak kapal. Kapal

anda akan selamat sampai ke seberang sekiranya separuh dari muatan tersebut di

buang ke laut. Sebagai nakhoda kapal , apakah tindakan kamu bagi menyelesaikan

masalah ini.

Sila pilih apakah atau siapakah yang harus anda singkirkan. Tinggalkan hanya 5

pilihan sahaja.

1. Barang muatan yang berharga.

2. Anak- anak kapal

3. Hakim

4. Anak kecil

5. Ibu mengandung

6. Peniaga

7. Polis

8. Doktor

9. Tukang rumah

10.Ketua Negeri

11.Guru

12.Tentera

KELAB RUKUN NEGARA 19

Page 21: Modul Kem Kelab Rukun Negara

(SLOT 3)

Tajuk

Keluhuran Perlembagaan

Pengenalan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber

perundangan yang tertinggi. Fungsinya ialah untuk memberi perlindungan kepada setiap

rakyat negara ini akan hak dan keistimewaaan mereka sebagai warganegara. Setiap

warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud

dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan negara.

Perlembagaan Negara telah digubalkan berasaskan kesepakatan semua kaum dan

semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat

yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-

mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-

ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan

dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Jenis Aktiviti

1. Latihan Dalam Kumpulan

Objektif:

1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang ikrar

Rukun Negara, Lagu Negeri dan Lagu Kebangsaan

2. Menyemai rasa kecintaan terhadap negara.

KELAB RUKUN NEGARA 20

Page 22: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 1 ( 40 minit)

Lafaz Ikrar Rukun Negara

1. Peserta diagihkan kepada kumpulan kecil.

2. Fasilitator membimbing pelajar melafazkan ikrar Rukun Negara. (kumpulan kecil)

3. Melafazkan ikrar Rukun Negara diketuai oleh Ketua Peserta.(Kumpulan besar)

4. Fasilitator akan membincangkan maksud setiap Prinsip Rukun Negara supaya

lebih difahami oleh semua peserta dan supaya ianya dapat diamalkan sebaik

mungkin.

Ikrar ini akan dilafazkan setiap kali permulaan sesi LDK oleh peserta.

Aktiviti 2 ( 40 minit)

Nyanyian Lagu Negeri dan Lagu Negaraku. (Penghayatan)

1. Fasilitator membimbing pelajar menyanyikan Lagu Negeri

2. Fasilitator menerangkan tentang maksud yang tersirat di sebalik lagu yang

dinyanyikan dan kenapa kita sebagai anak negeri mesti memahaminya.

3. Fasilitator membimbing pelajar menyanyikan Lagu Negaraku.

4. Fasilitator menerangkan tentang maksud yang tersirat di sebalik lagu yang

dinyanyikan dan kenapa kita sebagai anak Malaysia mesti memahaminya

Lagu ini akan dinyanyikan setiap pagi oleh peserta semasa slot senaman

pagi

KELAB RUKUN NEGARA 21

Page 23: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 3 ( 40 minit )

Memahami Jalur Gemilang.

1. Peserta diagihkan kepada kumpulan kecil.

2. Peserta diberikan Lakaran Jalur Gemilang

3. Peserta mewarnakan Jalur Gemilang dengan bimbingan Fasilitator

4. Peserta menerangkan tentang maksud warna pada Jalur Gemilang dan maksud

bulan,bintang serta jumlah jalur(SR) .

5. Bagi sekolah menengah diminta melukis Jalur Gemilang pada sehelai kain putih

yang disediakan besertakan dengan logo dan motto kumpulan dan dibuat dalam

bentuk pertandingan. Dicadangkan sekolah menyediakan hadiah untuk aktiviti ini.

6. Peserta menerangkan tentang maksud logo dan motto kumpulan masing-masing.

Personalia

1.Fasilitator

Bahan.

1. Lakaran Jalur Gemilang

2. Pensil Warna

3. Kain putih

4. Cat palaka

5. Pen marker.

KELAB RUKUN NEGARA 22

Page 24: Modul Kem Kelab Rukun Negara

(SLOT 4)

PENGENALAN BADAN PELAKSANA UNDANG-UNDANG

Tajuk

Kedaulatan Undang-Undang ( 2 jam)

Pengenalan

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya

di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara

Malaysia. Undang-undang negara berasas kepada perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya

perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan

bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh

institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin

kehidupan masyarakat dan dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang

kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua

rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta

perkara-perkara sebagai mana telah dijamin oleh perlembagaan negara. Hak-hak dari

kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan

kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut

perlembagaan.

Jenis aktiviti

1. Membina Buku Skrap

2. Kuiz spontan.

KELAB RUKUN NEGARA 23

Page 25: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Objektif

1. Murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

2. Memberi kesedaran tentang kepentingan undang-undang serta penghayatan

terhadap tugas-tugas penguatkuasa.

3. Menghayati cara undang-undang dipraktikkan.

4. Mengetahui cara-cara penggubalan dasar-dasar dan peraturan tertentu.

5. Kesedaran tentang implikasi melanggar undang-undang.

6. Melihat sendiri cara-cara pentadbiran tempat berkenaan.

Aktiviti1. Peserta diagihkan kepada kumpulan kecil

2. Peserta menjalankan aktiviti membina Buku Skrap berdasarkan bahan yang

disediakan

3. Kuiz spontan diadakan selepas penghasilan Buku Skrap bagi memastikan

kefahaman peserta.

Personalia

1. Fasilitator

Alatan1. Akhbar Lama

2. Poster

3. Bahan berkaitan yang bersesuaian yang disediakan oleh murid.

4. Brosure Agensi-Agensi - PDRM (Narkotik, Jenayah, Trafik)

- Agensi Anti Dadah Kebangsaan

- Jabatan Keselamatan Jalan Raya

- Badan Pencegah Rasuah

4. Hadiah.

KELAB RUKUN NEGARA 24

Page 26: Modul Kem Kelab Rukun Negara

(SLOT 5)

Tajuk

Kesopanan dan Kesusilaan.

Pengenalan

Kesopanan dan kesusilaan ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku

seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun

dan bersusila selaras dengan kempen budi bahasa dan

nilai murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila

adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama

lain dalam masyarakat berbagai kaum di negara ini.

Objektif

1.Memberi kesedaran bahawa setiap individu itu ada kekuatan dan kelemahan

dalam diri.

2. Memberi keinsafan bahawa setiap individu melakukan kesilapan dan setiap

kesilapan itu boleh diperbetulkan.

3.Mengenalpasti elemen-elemen penting dalam kehidupan seorang individu

(Pembentukan tingkahlaku)

4. Memahami bagaimana imej seseorang boleh menyumbang kepada

peningkatan diri seorang individu dan sebagai rakyat yang baik kita

seharusnya sedar bahawa pembentukan imej berlaku melalui proses

perkembangan, pembelajaran, latihan dan sebagainya.

KELAB RUKUN NEGARA 25

Page 27: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 1(40 minit)

Muhasabah Diri

1. Fasilitator meminta setiap peserta menulis kekuatan dan kelemahan diri masing-

masing.

2. Setiap individu diminta menceritakan kepada ahli dalam kumpulan tentang

kekuatan dan kelemahan diri mereka tanpa berasa malu atau cuba berselindung.

3. Setelah semua ahli dalam kumpulan kecil selesai bercerita tentang diri masing-

masing, fasilitator meminta mereka menilai semula kekuatan dan kelemahan diri

masing-masing berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

3.1. Agama

3.2. Hukuman

3.3. Orang lain

3.4. Pengalaman/ persekitaran

3.5. Kesan/ akibat

3.6. Kebaikan / Keburukan sebagai warga negara.

Personalia

1. Fasilitator

Alatan

Kertas A4, alat tulis.

KELAB RUKUN NEGARA 26

Page 28: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 2 ( 40 minit)

BUAH

1. Fasilitator meminta setiap individu dalam kumpulan memilih masa kritikal bagi

setiap jenis buah. (Edaran KRN 2)

2. Peserta juga diminta untuk memberi penjelasan kenapa peringkat ini dianggap

kritikal.

3. Fasilitator seterusnya mengaitkan kehidupan seseorang dengan peringkat-

peringkat pertumbuhan buah tersebut.

Personalia

Fasilitator

Bahan

Edaran KRN 2

KELAB RUKUN NEGARA 27

Page 29: Modul Kem Kelab Rukun Negara

EDARAN KRN 2

BUAH

Bagi anda, pada peringkat manakah masa yang paling kritikal bagi setiap jenis buah.

Tandakan satu sahaja.

- BUNGA

- PUTIK

- MUDA

- TUA

- MASAK

Beri penjelasan kenapa anda memilih peringkat ini.

KELAB RUKUN NEGARA 28

Page 30: Modul Kem Kelab Rukun Negara

Aktiviti 3 ( 40 minit)

Wajah Diri

1. Aktiviti dijalankan secara kumpulan kecil ( 6 kumpulan)

2. Fasilitator meminta setiap kumpulan menyenaraikan nilai-nilai murni yang

sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

3. Fasilitator kemudian meminta setiap kumpulan membincangkan nilai-nilai tadi

berdasarkan aspek-aspek berikut :

3.1. BAKAT

3.2. WAJAH/ TUBUH BADAN

3.3. AKHLAK

3.4. KEBOLEHAN

3.5. KEMAHIRAN

3.6. KEPANDAIAN

3.7. BUDI BAHASA

3.8. KEISTIMEWAAN

4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

5. Fasilitator membuat rumusan menjurus kepada objektif modul.

Personalia

1. Fasilitator

Bahan

Kertas Mahjung,Pen Marker

KELAB RUKUN NEGARA 29

Page 31: Modul Kem Kelab Rukun Negara

PERMAINAN DINAMIKA ( Dijalankan secara ‘Base System’)

Objektif

1. Kerjasama dalam kumpulan2. Komunikasi secara berkesan.

Masa : 1 jam 30 minitAlatan : Belon, tali rafia, baldi,besen besar, bangku panjang, bola baling dan kayu hoki

Aktiviti

1. Sayang Sahabatku SayangMembawa belon berisi air secara berpasangan.

2. ‘ Spider Web’Melintasi ruang tanpa menyentuh jaring.

3. Perigi beracunMelintasi bekas berisi air secara meniarap tanpa menyentuh bekas atau air. ( Kerjasama rakan dalam kumpulan diperlukan)

4. Pening lalatMenjatuhkan badan (belakang)ke atas kawan dari tempat yang tinggi.(bangku)

5. Ular terpanjangMenyambung apa saja yang ada dalam kumpulan untuk membentuk seekor ular yang paling panjang

6. Si Buta SayangMemberi arahan kepada rakan yang ditutup mata untuk memukul bola dengan kayu hoki sehingga melepasi garisan dengan jarak 5 meter .

7. Permainan lain yang difikirkan bersesuaian

KELAB RUKUN NEGARA 30

Page 32: Modul Kem Kelab Rukun Negara

LAPORAN PELAKSANAAN KEM KELAB RUKUN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

1. Nama Sekolah : ………………………………………….……………………

2. Alamat Sekolah : …………...………………………………………………….

3. No. Telefon : …………………… Faks : ………………………

4. Email : ………………………………………………………………………

5. Tarikh Aktiviti : ………………………

6. Tempat : ………………………………………………………

7. Jumlah Perbelanjaan : …………………………

8. Penyertaan :

Melayu / Bumiputra

Cina India Lain-lain Jumlah

L P Jum L P Jum L P Jum L P Jum L P Jum

9. Laporan (sila sertakan gambar aktiviti)

9.1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHANNyatakan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Prinsip Di atas

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

.9.2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Nyatakan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Prinsip Di atas

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

KELAB RUKUN NEGARA 31

Page 33: Modul Kem Kelab Rukun Negara

9.3. KELUHURAN PERLEMBAGAANNyatakan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Prinsip Di atas

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

9.4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANGNyatakan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Prinsip Di atas

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

9.5. KESOPANAN DAN KESUSILAANNyatakan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Prinsip Di atas

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

Pengesahan Pengetua/Guru Besar

...........................................

SILA HANTAR LAPORAN INI KE PPD MASING-MASING UNTUK DIPANJANGKAN KE Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

Aras 7-10, Blok E2, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.(up PUAN HAJAH AZIZAH, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Tel : 03-88837000. Faks : 03-8888568

KELAB RUKUN NEGARA 32