rukun iman & rukun islam

19
RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM Disediakan oleh : Nurhayati Mardhiah bt Zulkafli Nabiilah bt Borhanudin

Upload: azalea-nabiilah

Post on 23-Jun-2015

17.914 views

Category:

Education


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun iman & rukun islam

RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM

Disediakan oleh : Nurhayati Mardhiah bt Zulkafli

Nabiilah bt Borhanudin

Page 2: Rukun iman & rukun islam

Rukun- Rukun Iman

Rukun-rukun iman ada enam: iaitu seperti disebutkan dalam hadis, ketika Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang iman. Nabi Muhammad S.A.W. menjawab: 'Kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hariakhir dan beriman kepada ketentuan baik dan buruk- Nya." Muttafaqun 'alaih.

Page 3: Rukun iman & rukun islam

Percaya Kepada Allah

Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah. Tiada pemulaan dan tiada akhir bagi Nya , tiada yang menyerupai Nya , maha berkuasa , maha mendengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. Segala yang berlaku adalah diatas kehendaknya.

Page 4: Rukun iman & rukun islam

Percaya kepada malaikat

wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan Tuhan

daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah mengingkari suruhan dan larangan Allah

Page 5: Rukun iman & rukun islam

Percaya kepada Kitab-kitabnyawajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-

rasulnya. segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab. Kitab ini

adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.

Page 6: Rukun iman & rukun islam

Percaya kepada nabi dan rasulKita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan

utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar dan juga

bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.

Page 7: Rukun iman & rukun islam

Percaya kepada Hari KiamatKita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan

hancur lebur , rosak binasa dan segala makhluk bernyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan

dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.

Page 8: Rukun iman & rukun islam

Percaya Kepada Qada’ dan Qadar wajib percaya semua yang terjadi adalah apa yang telah

ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Page 9: Rukun iman & rukun islam

RUKUN ISLAM

Page 10: Rukun iman & rukun islam

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

Makna "La ilaha Illallah"Iaitu, tidak ada yang berhak disembah secara hak di

bumi mahupun di langit melainkan Allah semata-mata. "Tiada Tuhan Selain ALLAH"

Page 11: Rukun iman & rukun islam

Syahadat “Muhammad Rasulullah”

Makna syahadat Muhammad Rasulullahadalah mengetahui dan meyakini bahwa Muhammad utusan Allah kepada seluruh manusia, dia seorang hamba biasa yang tidak boleh disembah, sekaligus rasul yang tidak boleh didustakan. Akan tetapi harus ditaati dan diikuti. Siapa yang mentaatinya masuk syurga dan siapa yang menderhakainya masuk neraka.

Page 12: Rukun iman & rukun islam

DALIL NAQLI

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang

menyombongkan diri dari menyembah-Ku (yakni berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka dalam

keadaan hina dina (Al Mukmin : 60)”

Page 13: Rukun iman & rukun islam

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

merupakan satu interaksi antara Allah dengan seorang muslim dimana ia bermunajat dan berdoa kepada-Nya. Juga untuk menjadi satu pencegah bagi seorang muslim

dari perbuatan keji dan mungkar sehingga ia memperoleh kedamaian jiwa dan badan yang dapat

membahagiakannya di dunia dan akhirat.

Page 14: Rukun iman & rukun islam

DALIL NAQLI

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman

(An Nisa: 103)”

Page 15: Rukun iman & rukun islam

PUASA PADA BULAN RAMADHAN

Seorang muslim berniat puasa sebelum waktu subuh (fajar). Kemudian menahan diri dari makan, minum dan

jima’ (hubungan lain jenis) hingga terbenamnya matahari kemudian berbuka. Ia kerjakan hal itu

sepanjang bulan Ramadhan. Dengan itu ia menghendaki redha Allah ta’ala dan beribadah kepada-

Nya.

Page 16: Rukun iman & rukun islam

Dalam puasa terdapat beberapa manfaat tak terhingga. Di antara nya :

1. Merupakan ibadah kepada Allah dan menjalankan perintah- Nya. Seorang hamba meninggalkan syahwatnya, makan dan minumnya demi Allah. Hal ini merupakan diantara yang terbesar mencapai taqwa kepada Allah ta’ala.

2. Manakala manfaat puasa dari sudut kesihatan, ekonomi, sosial

sangat banyak. Tidak dapat diketahuinya selain mereka yang berpuasa atas dorongan akidah dan iman.

Page 17: Rukun iman & rukun islam

ZAKAT

- Nisbah emas sebanyak 20 mitsqal- Nisbah perak sebanyak 200 dirham atau mata wang kertas yang senilai dengannya.- Barang-barang dagangan yang telah cukup nisbahnya, hendaklah dikeluarkan zakat darinya.- Kadar zakat bagi emas, perak dan barang-barang dagangan ialah 2.5 % setiap tahun. - Manakala biji-bijian dan buah-buahan 10 % dari hasil tanaman nya.

Page 18: Rukun iman & rukun islam

HAJIDalam ibadah haji terdapat banyak manfaat :Pertama, haji merupakan ibadah kepada Allah ta’ala dari segi ruh, badan dan harta.

Kedua, ketika musim haji kaum muslimin dari seluruh negara, dapat berkumpul dan bertemu di satu tempat. Mereka mengenakan pakaian dan menyembah Allah dalam satu waktu yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemimpin dan yang dipimpin, kaya mahupun miskin, kulit putih mahupun kulit hitam. Semua merupakan makhluk dan hamba Allah. Kaum muslimin dapat bertaaruf (saling kenal) dan taawun (saling tolong menolong). Mereka sama-sama mengingati pada hari Allah membangkitkan mereka dan mengumpulkan mereka dalam satu tempat untuk dihisab (penghitungan amal) sehingga mereka mempersiapkan diri untuk kehidupan setelah mati dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah ta’ala.

Page 19: Rukun iman & rukun islam

جزيال شكرا