kerangka transformasi kdn - moha.gov.my · pdf filede corps, globalisasi, dunia tanpa...

16
PELAN TRANSFORMASI KDN 1 KDN meletakkan prinsip dan asas nilai bersama sebagai keutamaan Pelan Transformasinya iaitu; Prinsip 1Malaysia; Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan; Keselamatan Tanggungjawab Bersama; Merakyatkan Penguatkuasaan; 5 Nilai Teras KDN (Integriti, Kualiti, Inovasi, Profesionalisme dan Esprit De Corps); Globalisasi dan Dunia Tanpa Sempadan; Perlembagaan, Akta dan Perundangan; Rukun Negara; Strategi Lautan Biru; dan Good Governance. Bagi mencapai matlamat dan keberhasilan strategi kementerian, 9 Teras telah ditetapkan yang merangkumi 4 Teras Keselamatan Awam dan 5 Teras Perkhidmatan Awam. Teras-teras inilah yang akan memastikan keberhasilan strategik, misi dan visi KDN tercapai. Sembilan Teras ini diyakini akan menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan dan kesejahteraan awam serta membolehkan persekitaran yang ideal kepada semua pelan transformasi kerajaan iaitu GTP, ETP, PTP, STP dan FTP dapat dijalankan. Ini bagi membolehkan indeks kebahagian rakyat mencapai tahap yang diidamkan. KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Upload: hoangquynh

Post on 13-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN1

KDN meletakkan prinsip dan asas nilaibersama sebagai keutamaan PelanTransformasinya iaitu;

• Prinsip 1Malaysia;• Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan;• Keselamatan Tanggungjawab Bersama;• Merakyatkan Penguatkuasaan;• 5 Nilai Teras KDN (Integriti, Kualiti,

Inovasi, Profesionalisme dan Esprit DeCorps);

• Globalisasi dan Dunia TanpaSempadan;

• Perlembagaan, Akta dan Perundangan;• Rukun Negara;• Strategi Lautan Biru; dan• Good Governance.

Bagi mencapai matlamat dankeberhasilan strategi kementerian, 9Teras telah ditetapkan yang merangkumi4 Teras Keselamatan Awam dan 5 TerasPerkhidmatan Awam.

Teras-teras inilah yang akan memastikankeberhasilan strategik, misi dan visi KDNtercapai. Sembilan Teras ini diyakini akanmenyumbang kepada peningkatan tahapkeselamatan dan kesejahteraan awamserta membolehkan persekitaran yangideal kepada semua pelan transformasikerajaan iaitu GTP, ETP, PTP, STP dan FTPdapat dijalankan. Ini bagi membolehkanindeks kebahagian rakyat mencapaitahap yang diidamkan.

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Page 2: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN

PRINSIP DAN ASAS

T E R A S S T R A T E G I K

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Keselamatan TanggungjawabBersama, Merakyatkan Penguatkuasaan, Integriti, Kualiti, Inovasi, Profesionalisme, Esprit

De Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance

• Peneraju Keselamatan Dalam Negeri Dan Kesejahteraan Awam• Keselamatan Sempadan Yang Kukuh Dan Resilien• Organisasi Bertaraf Dunia• Jalinan Dan Kerjasama Keselamatan Global Yang Mantap

KEBERHASILAN STRATEGIK

2

• Mendaya Upaya Bakat• Merekayasa Organisasi• Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan• Merangkum & Sepunya• Membudaya Nilai

TERAS KESELAMATAN TERAS PERKHIDMATAN AWAM

• Keselamatan dan Kesejahteraan Awam• Penyampaian Perkhidmatan• Keselamatan Sempadan• Kerjasama Keselamatan

VISI: Peneraju

Keselamatan dan Keamanan Dalam

Negeri

MISI: Memastikan

Keselamatan Dan Keamanan Dalam

Negara Terjamin Dan Kesejahteraan Rakyat

Terpelihara

KEBERHASILAN UTAMA: KESELAMATAN DAN

KESEJAHTERAAN AWAM

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

PTP

ETP GTP STPFTP

WAWASAN 2020(Happiness Index: Inclusiveness, High Income, Low Tax)

Page 3: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN3

TERAS KESELAMATAN KDN1. Menguatkuasakan undang-undang punitif

dan pencegahan

2. Merakyatkan usaha membanteras jenayah

3. Mempelbagaikan institusi rawatan, pemulihan dan rehabilitasi

4. Mentadbir Urus isu-isu sensitif dan keselamatan dengan berkesan

5. Meningkatkan gelombang kesukarelawan dalam hal keselamatan dan kesejahteraan awam

6. Memperluaskan skop dan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk rakyat

7. Memupuk budaya penyelidikan, pembangunan dan inovasi, berfikiran dan bekerja melangkaui kebiasaan

8. Meningkatkan tahap kebajikan dan kesejahteraan warga KDN

9. Menangani cabaran globalisasi melalui kerjasama serantau dan antarabangsa

KDN telah menetapkan empat teraskeselamatan yang akan menjadi tonggakutama kepada kelestarian KDN dalammemastikan keselamatan dankesejahteraan awam terus terpelihara.Teras tersebut adalah seperti berikut:

Teras 1 : Keselamatan Awam

Teras 2: Penyampaian Perkhidmatan

Teras 3: Keselamatan Sempadan

Teras 4: Kerjasama Keselamatan Global

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Pelan Strategik 5 tahun KDN telahmengenalpasti sembilan Hala Tuju yangperlu digembling secara bersepadu. 9halatuju tersebut adalah seperti berikut:

Page 4: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN4

TERAS 1: KESELAMATAN AWAM

Keselamatan awam adalah perananutama KDN dalam menjamin, melindungidan memelihara kestabilan negara.Tanggungjawab KDN berfokus kepadalima matlamat iaitu:

1. Keselamatan dan kesejahteraanawam;

2. Rawatan, pemulihan dan tindakanpunitif yang berkesan;

3. Ruang siber yang selamat;

4. Pencegahan jenayah, keganasan danpembasmian fahaman pelampau; dan

5. Menjana gelombang kesukarelawan

Pelan Tindakan

• Memastikan keselamatan dankesejahteraan awam terpeliharasepanjang masa melalui tindakanyang efektif berlandaskanperlembagaan dan undang-undangnegara.

• Meningkatkan keberkesanan programrawatan dan pemulihan sertatindakan punitif melalui program daninisiatif yang menyeluruh denganpenglibatan semua lapisanmasyarakat.

• Memastikan KDN sentiasa bersediadalam menghadapi ancamankeselamatan dari alam siber dancabaran daripada teknologi masa kinidan akan datang.

• Memantapkan program pencegahankeganasan dan pembasmian fahamanpelampau.

• Menjana gelombang kesukarelawansetiap lapisan masyarakat dengankeutamaan kepada golongan belia danprofesional.

• Menggembeling tenaga sukarelawanmelalui Crisis Management Team(CMT) yang terlatih sebagai tenagabantuan bila diperlukan.

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Page 5: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN5

TERAS 2: PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

KDN merupakan agensi utama yangbertanggungjawab memeliharakeselamatan negara dan kesejahteraanrakyat. Dalam melaksanakantanggungjawab tersebut, penyampaianperkhidmatan yang cepat, tepat, mesradan berintegriti adalah penting bagimemenuhi kehendak stakeholder danpelanggan.

Teras ini direalisasikan melalui empatmatlamat utama: memantapkan danmeneruskan penyampaian perkhidmatancemerlang; meningkatkan keupayaanmodal insan dan integriti organisasi;memupuk budaya inovasi, penyelidikandan pembangunan; dan berfikir danbekerja melangkaui kebiasaan.

Pelan Tindakan

• Memantapkan perkhidmatanKementerian kepada masyarakatdengan memberikan perkhidmatanyang mesra, berkualiti, cepat, tepatdan mematuhi standard yangditetapkan.

• Mewujudkan sistem dan programpembangunan modal insan yangberkesan dan memberi manfaatsecara langsung dan tidak langsungkepada stakeholders, pelanggan danwarga Kementerian.

• Memantapkan integriti pegawai dankakitangan Kementerian dan semuaagensi di bawahnya sertamengurangkan persekitaran yangmenggalakkan gejala rasuah danpenyalahgunaan kuasa.

• Memupuk dan menggalakkan budayakajian dan penyelidikan serta amalanbekerja di luar kebiasaan.

• Memantapkan sistem penyampaianperkhidmatan melalui pendekatanperekayasaan proses kerja (businessprocess reengineering-BPR)

• Meningkatkan perkongsianmaklumat/ data antara agensi

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Page 6: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN

Pelan Tindakan

• Menguatkuasa Undang-undangImigresen dengan lebih tegas.

• Memperketatkan prosedurkeselamatan di pintu-pintu masuknegara yang sah atau tidak sahtermasuk penggunaan teknologi tinggidan koordinasi bersepadu antaraagensi.

• Membanteras jenayah rentassempadan dan bersama memerangipemerdagangan orang danpenyeludupan migran.

6

TERAS 3: KESELAMATAN SEMPADAN

Pergerakan manusia secara tidak sahmelalui jalan darat, udara dan lautmerupakan suatu ancaman kepadakeselamatan negara dan kesejahteraanrakyat. Tidak dinafikan, kemasukan wargaasing secara sah mendatangkan faedahkepada negara. Namun begitu, perkarayang amat membimbangkan bukansahaja penyeludupan manusia disempadan negara tetapi juga melibatkanaktiviti penyeludupan barang-barangharam termasuk senjatapi dan dadah.

Teras inidirealisasikan melaluitiga matlamat utama:menguatkuasakanundang-undangimigresen dengan tegas;mengukuhkankeselamatan sempadan;dan membanterasjenayah rentassempadan.

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Page 7: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN7

TERAS 4: KERJASAMA KESELAMATAN GLOBAL

Pelan strategik KDN tidak lengkap jikatidak mengambil kira jaringan kerjasamaserantau dan antarabangsa. Malaysiasudah lama menjalinkan kerjasama eratdengan negara lain dalam menangani isukeselamatan rakyatnya di dalam dan luarnegara. Kerjasama sedemikian perluditeruskan dan mestilah mendatangkanfaedah bersama. Bagi menjayakan misiini, KDN hendaklah memperluaskankerjasama dengan lebih aktif dan kreatif.

Teras ini direalisasikan dengankerjasama yang lebih luas di peringkatantarabangsa.

Pelan Tindakan

• Mengenalpasti jalinan baru kerjasamaantarabangsa dan menerokausahasama kreatif dengan negaraserantau dan antarabangsa.

• Mengoptimumkan perkongsian ilmudan pengalaman dengan badan-badanantarabangsa dan agensi keselamatanberkaitan di peringkat serantau danantarabangsa.

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Page 8: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN8

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Inisiatif Transformasi Keselamatan

Page 9: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN9

KERANGKA TRANSFORMASI KDN

Teras Transformasi Keselamatan

Page 10: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN10

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

KDN turut mengambikira dan menjadikanteras strategik perkhidmatan awam selaridengan teras srategik keselamatan awamuntuk dijadikan sebagai pelantransforamsi yang komprehensif danberkesan.

• Teras 1 Membudaya Bakat, terdapat7 langkah strategik dan 18 inisiatifstrategik.

• Teras 2 Merekayasa Organisasi,terdapat 7 teras dan 21 ini inisiatifstrategik.

• Teras 3 iaitu MerakyatkanPerkhidmatan Awam pula, 6 langkahstrategik dan 16 inisiatif strategik.

• Teras 4; Merangkum dan Sepunya, 7Langkah strategik dan 12 inisiatifstrategik.

• Teras 5 iaitu Membudaya Nilai;terdapat 8 langkah strategik dan 21inisiatif.

Jumlah keseluruhan di bawah terasstrategik perkhidmatan awam ialah 35langkah strategik dan 88 inisiatif strategikyang telah dikenalpasti.

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Page 11: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN11

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam

Page 12: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN12

Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Page 13: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN13

Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Page 14: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

PELAN TRANSFORMASI KDN14

Deduksi

Pelan transformasi secara holistik merupakan pemangkin kepadakeselamatan dan kesejahteraan Negara bagi menangkis pelbagai ancamandan cabaran yang mengugat kesejahteraan Negara. Proses transformasibermula dengan penetapan the right-mindset bagi keseluruhan wargaKDN. Peningkatan minda yang dinamis akan menjadi wacana kearahpeningkatan kualiti kerja, komited terhadap tugas seterusnya mampumenyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Inisiatif pelantransformasi KDN merupakan persepakatan yang tercapai secara kolektifdari pelbagai lapisan warga KDN.

Koloborasi di antara pengurusan atasan dan warga KDN merupakan nadipenggerak terhadap usaha Pelan Transformasi ini. Setiap sumber sokongandiselaraskan bagi membantu warga KDN melaksanakan tugas tanpasekatan. Kejayaan yang dikecapi dikongsi oleh seluruh warga KDN. Justeruitu, budaya apresiasi dan mengiktiraf wajar diimplementasikan sebagaimotivasi dan pemangkin ke arah kejayaan berterusan.

Pelan transformasi KDN mewujudkan pentadbiran kontemporari danmutakhir seterusnya memanfaatkan perubahan keberhasilan dinamis.Konotasi ini memberi tumpuan kepada agenda utama kerajaan bagitempoh jangka panjang. Struktur empat Teras Keselamatan KDN yangdisokong oleh lima Teras Perkhidmatan Awam akan memacu Malaysiakepada status Negara maju dan sejahtera.

Tuntasnya, segala perancangan dan proses yang akan dilaksanakanberdasarkan perancangan pelan ini akan melonjak kejayaan kerajaandengan dokongan warga KDN. Iltizam untuk melakukan penambahbaikanyang ada pada setiap warga KDN berdasarkan Pelan Transformasi ini akanmerealisasikan penyampaian perkhidmatan kelas pertama.

Page 15: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasihditujukan kepada setiap Bahagian, Jabatan dan Agensiyang terlibat dalam penghasilan buku ini.

15

Kementerian Dalam NegeriBahagian Perancangan Strategik

Aras 7, Blok D2, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62546 Putrajaya

Telefon: 03- 8886 2399Faks: 03-8889 1713

Email: [email protected]

Web: http://www.moha.gov.myTwitter: http://twitter.com/KDNPUTRAJAYA

Facebook: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeriCall centre: 03- 8000 8000

Page 16: KERANGKA TRANSFORMASI KDN - moha.gov.my · PDF fileDe Corps, Globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan, Perlembagaan & Akta, Rukun Negara, NBOS, Good-Governance • Peneraju Keselamatan Dalam

www.moha.gov.my

Kementerian Dalam NegeriBlok D1 & D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan,62546 Putrajaya

Tel: 03- 8000 8000 Fax: 03- 8889 1613/03- 8889 1610 emel: [email protected]