perlembagaan

30

Click here to load reader

Upload: munnianwar

Post on 25-Jun-2015

69.846 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Nota untuk pelajar tingkatan 6

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan

munni

PERLEMBAGAAN

Disediakan olehPn. Munni

Mbsskl

Page 2: Perlembagaan

munni

Takrif dan konsep perlembagaan

• “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.

Page 3: Perlembagaan

munni

RUMUSAN

• Ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah

Page 4: Perlembagaan

munni

Jenis Perlembagaan • Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu

• i perlembagaan bertulis (diamalkan di negara-negara seperti Malaysia dan Amerika Syarikat) .Kuasa Parlimen diperolehi daripada Perlembagaan.

• - Undang-undang yang dibuat digubal atau dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

• ii.dan perlembagaan tidak bertulis (diamalkan di negara sebagai Britain). Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda aapa jua jenis undang-undang tanpa sekatan. -Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan pada perlembagaan.

Page 5: Perlembagaan

munni

Konsep ketertinggian perlembagaan

• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

• Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan.

Page 6: Perlembagaan

munni

Jenis-jenis Perlembagaan Malaysia

• Terdiri daripada:• a) perlembagaan persekutuan• b) perlembagaan negeri

Page 7: Perlembagaan

munni

• Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan,perundangan persekutuan dan lain-lain

• - Perlembagaan persekutuan pada masa kini mengandungi 15 bahagian berhubung 183 perkara

Page 8: Perlembagaan

munni

MENGENALI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan kepada beberapa fasal. Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.

• 183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian.

Page 9: Perlembagaan

munni

Bahagian

Butir-butir Perkara

1 Negeri-negeri Agama dan Undang-Undang Persekutuan

1-4

2 Kebebasan Asasi 5-13

3 Kewarganegaraan 14-31

4 Persekutuan 32-69

5 Negeri-negeri 70-72

6 Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri-negeri

73-95E

7 Peruntukan-peruntukan kewangan 96-112D

8 Pilihan raya 113 -120

Page 10: Perlembagaan

munni

9 Kehakiman 121-131A

10 Perkhidmatan Awam 132-14811 Kuasa-kuasa khas menentang Perbuatan

Subversif dan Kuasa-Kuasa Darurat149-151

12 Am dan Pelbagai 152 -161E

13 Peruntukan Sementara dan Peralihan 162-180

14 Berkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya

181

15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja

182-183

Page 11: Perlembagaan

munni

PERUNTUKKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• i. Kebebasan Asasi• ii. Kewarganegaraan• iii. sistem pemerintahan- raja

berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan negara persekutuan

Page 12: Perlembagaan

munni

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Page 13: Perlembagaan

munni

HirakiH

• Malayan Union• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1948• Suruhanjaya Reid• Jawatankuasa 11 orang• Majlis Perundangan TM• Parlimen British• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Page 14: Perlembagaan

munni

KEBEBASAN ASASI

• Kebebasan Diri• Keabdian dan kerja paksa dilarang• Perlindungan daripada undang-undang

jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang

• . Sama rata• Larangan buangan negeri dan kebebasan

bergerak

Page 15: Perlembagaan

munni

• Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan

• Hak-hak berkenaan dengan pelajaran• . Hak terhadap harta

Page 16: Perlembagaan

munni

Kebebasan diri

• Nyawa ataupun kebebasan diri seseorang tidak boleh diambil kecuali menurut undang-undang. • Jika sesuatu penahanan itu tidak

sah maka boleh dibuat pengaduan kepada Mahkamah Tinggi. • Kalau betul ditahan secara tidak sah

maka mahkamah boleh membebaskannya .

Page 17: Perlembagaan

munni

• Penahanan seseorang itu tidak sah kalau tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

• 1. Kesalahan seseorang mesti diberitahu semasa penahanan

• 2. Pesalah hendaklah dibenarkan berunding dengan peguamnya.

• 3. Seseorang yang ditahan mesti dihadapkan ke seorang majistrate dalam tempoh masa 24 jam.

• 4. Hanya kalau majistrate benarkan, pesalah itu boleh berada dibawa tahanan polis lebih dari 24 jam.

• Keistimewaan di atas tidak dapat diaplikasikan jikalau pesalah ini adalah musuh negara, kediaman terhad dan imigresen. (Boleh dipenjarakan dari 14 hari ke 2 tahun tanpa perbicaraan)

Page 18: Perlembagaan

munni

Keabdian dan kerja paksa dilarangAmalan pengabdian tidak dibenarkan

–Sebarang kerja paksa dilarang namun parlimen boleh membuat peruntukan untuk tujuan kerah tenaga bagi maksud negara–Kerja yang dilakukan oleh banduan

tidak dikategorikan sebagai kerja paksa.

Page 19: Perlembagaan

munni

Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang

– Tidak seorangpun boleh dihukum dengan hukuman terkini untuk sesuatu kesalahan yang telah berlaku.

– Tiada seorangpun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa itu.

– Seseorang tahanan yang telah dibebaskan daripada kesalahannya atau telah dijatuhkan hukuman tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika hukuman atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah membebaskan atau menjatuhkan hukuman .

Page 20: Perlembagaan

munni

Sama rata

• Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

• Kecuali dinyatakan dalam perlembagaan , tidak boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama,kaum,keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang, jawatan, pekerjaan

Page 21: Perlembagaan

munni

Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak

• Seseorang warganegara tidak boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan

• Namun negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan yang mana boleh mengenakan sekatan undang-undang untuk memasuki negerinya.

• Walaubagaimanapun seseorang boleh dibuang negeri mengikut undang-undang.

Page 22: Perlembagaan

munni

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan

• Setiap warganegara adalah bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata dan menubuhkan persatuan. Walaubagaimanapun kesemua kebebasan di atas adalah bersyarat.

• Parlimen boleh dengan undang-undang menggenakan sekatan terhadap kebebasan tersebuat jika mendapati kebebasan ini boleh mengancam keselematan dan ketenteraman persekutuan

Page 23: Perlembagaan

munni

• Juga demi kepentingan keselematan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung . (Perkara 152, 153 dan 181)

• Antara undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen untuk menyekat kebebasan di atas adalah seperti berikut:

Page 24: Perlembagaan

munni

AKTA

• Undang-Undang Subversif• Undang-Undang Darurat• Akta Universiti dan Kolej Universiti• Akta Rahsia Rasmi• Akta Mesin Cetak• Akta Hasutan• Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak

Page 25: Perlembagaan

munni

Kebebasan ugama

• Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan boleh mengembangkannya. Namun undang-undang persekutuan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang berugama Islam.

• Tidak sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

Page 26: Perlembagaan

munni

• Tiap –tiap kumpulan ugama adalah berhak menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri; menubuh dan menguruskan yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat dan memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

• Ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

• Kesemua kebebasan di atas boleh disekat jika didapati apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Page 27: Perlembagaan

munni

Hak-hak berkenaan dengan pelajaran

• Kecuali dengan peruntukkan perlembagaan tidak boleh ada pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir.

• Ini termasuklah pentadbiran mana-mana yayasan tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran , bantuan kewangan

Page 28: Perlembagaan

munni

• Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri

• Tidak sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam upacara atau sembahyang sesuatu agama selain dari agamanya.

Page 29: Perlembagaan

munni

Hak terhadap harta

• Tidak seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang

• Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi

Page 30: Perlembagaan

munni

TERIMA KASIH