perkhidmatan pengkatalogan dalam penerbitan di malaysia · 2016. 3. 30. · buku kerja. buku...

4
Perpustakaan PERKHIDMATAN PENGKATALOGAN DALAM PENERBITAN DI MALAYSIA olell ADIDAH AHMAD RAFAE* ABSTRACT ntis article reviews a CIP (Cataloguing-In-Publication) service provided by Perpustakaan Negara Malaysia to local publishers. It includes the definition, benefits and scope of ClP, application procedures and rhe problems that Perpustakaan Negara Malaysiafaces in providing the service. PENGENALAN Ii'I erkhidmatan Pengkatalogan - dalam- ... Penerbitan (PDP) atau lebih dikenali sebagai ' Cataloguing-in-Publication (ClP), Lelah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia sejak tahun 1978. Perkhidmatan ini disediakan bertepatan dengan peranan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Pusat Bibliografi Negara di bawah Akta Perpuslakaan Negara, 1972 dan Akra Perpustakaan Negara (Pindaan), 1987yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan. Perkhidmatan inijuga telah disarankan aleh IFLA/UNESCO melalui 'Inlemational Congress on Bibliographies' yang berlangsung di Paris pada tahun 1977. Institusi akademik merupakan institusi yang mula sekali menyertai perkhidmatan ini. lni termasuklah Penerbit Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini perkhidmatan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan telah berkembang luas meliputi penerbit kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk orang perseorangan dan persalUan- persatuan. Seramai 204 penerbit swasta dan 60 penerbit kerajaan dan badan berkanun menggunakan perkhidmatan ini. Pada tahun 1995 sebanyak 1,542 entri judul penerbitan Malaysia telah diberi data PDP. Penerbit-penerbit yang mendapatkan perkhidmatan ini termasuk INT AN, Jabatan Pertanian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelaneongan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sahagian Hal Ehwallslam (BAHEIS), MARDI, ITM, Fajar Bakti, ISTAC , Delta Publication dan Pelanduk Publication. Penerbit-penerbit baru yang mendapatkan perkhidmatan ini bertambah setiap tabun disamping penerbit-penerbit sedia ada walaupun ada diantaranya yang masih aktif dan kurang aktif dalam aktiviti penerbitan bahan. Pegawai Perpu stakaan 53 (KUP), Sahagian Khidmat Teknik . Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • S~kitur Perpustakaan

    PERKHIDMATAN PENGKATALOGAN DALAM PENERBITAN DI MALAYSIA

    olell

    ADIDAH AHMAD RAFAE*

    ABSTRACT

    ntis article reviews a CIP (Cataloguing-In-Publication) service provided by Perpustakaan Negara Malaysia to local publishers. It includes the definition, benefits and scope of ClP, application

    procedures and rhe problems that Perpustakaan Negara Malaysiafaces in providing the service.

    PENGENALAN

    Ii'I erkhidmatan Pengkatalogan - dalam-... Penerbitan (PDP) atau lebih dikenali sebagai ' Cataloguing-in-Publication (ClP), Lelah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia sejak tahun 1978. Perkhidmatan ini disediakan bertepatan dengan peranan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Pusat Bibliografi Negara di bawah Akta Perpuslakaan Negara, 1972 dan Akra Perpustakaan Negara (Pindaan), 1987yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan. Perkhidmatan inijuga telah disarankan aleh IFLA/UNESCO melalui 'Inlemational Congress on Bibliographies ' yang berlangsung di Paris pada tahun 1977.

    Institusi akademik merupakan institusi yang mula sekali menyertai perkhidmatan ini. lni termasuklah Penerbit Universiti Malaya, Universiti Pertanian

    Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini perkhidmatan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan telah berkembang luas meliputi penerbit kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk orang perseorangan dan persalUan-persatuan. Seramai 204 penerbit swasta dan 60 penerbit kerajaan dan badan berkanun menggunakan perkhidmatan ini. Pada tahun 1995 sebanyak 1,542 entri judul penerbitan Malaysia telah diberi data PDP. Penerbit-penerbit yang mendapatkan perkhidmatan ini termasuk INT AN, Jabatan Pertanian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelaneongan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sahagian Hal Ehwallslam (BAHEIS), MARDI, ITM, Fajar Bakti, ISTAC , Delta Publication dan Pelanduk Publication. Penerbit-penerbit baru yang mendapatkan perkhidmatan ini bertambah setiap tabun disamping penerbit-penerbit sedia ada walaupun ada diantaranya yang masih aktif dan kurang aktif dalam aktiviti penerbitan bahan.

    • Pegawai Perpustakaan 53 (KUP), Sahagian Khidmat Teknik .

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • DEFINISI

    Perkhidmatan Pengkaralogan dalam Penerbitan (PDP) adalah satu program kerjasama diantara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan penerbit tempatan dimana data katalog akan diberikan kepada buku terbitan Malaysia sebelum ianya diterbitkan.

    FAEDAH PERKHIDMATAN PENGKATALOGAN

    DALAM PENERBITAN

    I . Menyebarkan maklumat terkini mengenai buku-buhl baru yang akan diterbitkan iaitu melalui ' Senarai Buku-buhl Baru Yang Diberi Data Pengkatalogan dalam Penerbitan' yang boleh diakses oleh orang awam di Malaysia dan di luar Negara melalui Jaringan I1mullnternet.

    2. Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses pemilihan dan perolehan buku tempatan.

    3. Membantu promosi jualan kepada penerbit-penerbit melalui penyebaran maklumat mengenai judul-judul barll sebelum ianya diterbitkan.

    4. Membantu perplistakaan dalam kerja-kerja pengkatalogan dan mempercepatkan pemerosesan bahan tersebut untuk kegunaan pembaca.

    5. Menyokong amalan pengkatalogan perpustakaan yang standard bagi menggalakkan pertukaran maklumat mengenai penerbitan baru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    ELEMEN DATA

    Pengkatalogan dalam Penerbitan merupakan satu bentuk entri katalog ringkas yang dibuat berdasarkan peraturan pengkatalogan antarabangsa iaitu Anglo American Cataloguing Rules, second edition (AACR2), DelVey Decimal Classification (DDC) dan

    .';('kilar Perpuslakoan

    Library of Congress Subject Headings (LCSH). Data PDP mengandungi maklumat seperti pengarang, judul, siri, bibliografi, International Standard Book Number (ISBN), tajuk perkara dan nombor kelas.

    SKOP

    Perkhidmatan wi merangkumi semua bahan monograf yang diterbitkan di Malaysia.

    Bahan-bahan yang layak diberi data PDP

    • penerbitan monograf dalam semua bidang perkara termasuk buku kanak-kanak

    • semua jenis buku rujukan seperti kamus, bibliografi, atlas dan sebagainya.

    • penerbitan monograf yang dihasilkan oleh universitilinstitusi pengajian tinggi

    • siri monograf pelbagai jilid

    • monograf yang dicetak semula yang belum mempunyai data PDP

    • penerbitan monograf edisi barn atau edisi semak semula

    • monograf terbitan agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

    Bahan-bahan yang tidak diberi data PDP

    • buku cetakan semula termasuk 'new impressions' yang telah mempunyai data PDP

    • buku teks sekolah rendah dan menengah kecuali buku untuk institusi pengajian tinggi

    • bahan bukan buku seperti rakaman bunyi, strip filem, mikrofilem, mikrofis, perisian dan sebagainya

    • penerbitan khas yang bersifat sementara seperti katalog niaga, panduan telefon, kalendar dan jadual waktu.

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • • buku berwarna dan komik

    • buku panduan makmal. buku kerja. buku jawapan. lembaran ujian. dan sebagainya (tidak termasuk edisi guru)

    • skor muzik

    • terbitan bersiri

    CARA MENDAPATKAN DATA PENGKA TALOGAN DALAM PENERBITAN

    Perkbidmatan ini diberi percuma kepada semua penerbit di Malaysia. Penerbit dikehendaki menghantar satu salinan foto mukasurat judul dan bahan awalan (muka surat kandungan. prakata. pengenaJan) bersama borang permohonan PDP yang boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia serra deskripsi kandungan buku yang akan diterbitkan. Data PDP akan dihantar kepada penerbit dalam tempoh 2 hari selepas maklumat lengkap diterima. Perkhidmatan ini boleh dipohon secara datang sendiri. telefon. telefaks atau melalui pos. Sekiranya terdapat perubahan atau maklumat tambahan mengenai buku tersebut . pihak Perpustakaan Negara Malaysia hendaldah diberitahu segera supaya pembetulan dapat dibuat sebelum buku diterbitkan. Data PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul mengikut format yang diberi (lihat lampiran A).

    MASALAH

    Masalah utama yang dihadapi didalam penyediaan data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan ialah penerbit tidak memberi maklumat yang lengkap seperti yang

    Se/(ilar Perpusla/(aun

    diperlukan. Maldumat yang tidak lengkap ini mempengaruhi data PDP yang akan dicetak di dalam buku yang akan diterbitkan. Masalah yang kedua adalah peringkat selepas buku diterbitkan dirnana data-data yang dikeluarkan telah diubah. maklumat tambahan diisi tanpa memberitahu Perpustakaan Negara Malaysia. Disamping itu pihak penerbit tidak mengikut format yang ditetapkan.

    KESIMPULAN

    Kejayaan perkhidmatan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan ini bergantung kepada kerjasama yang diberi oleh penerbit tempatan. Disamping itu Perpustakaan Negara akan terus meningkatkan pUblisiti mengenai perkhidmatan elP ini dan menges an penerbit -penerbit baru dan lama yang belum menggunakan perkbidmatan ini.

    Maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan boleh didapati dengan menghubungi: -

    Perpustakaan Negara Malaysia Bahagian Khidmat Teknik Tingkat Bawah. Blok Timur 232. Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur.

    Tel. : 2943488 samb. 2871288 2923162 (T/Terus)

    Faks: 2929767

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • Sekilor P~rpus(akaon

    RUJUKAN

    I. Norpishah Mohd. Noor. The environment for establishing CIP programme: problems for Malaysia. Paper presented at the International CIP Meeting, Ottawa, 16-19 August 1982.

    2. Akta Perpustakaan Negara, 1972 dan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987.

    LAMPIRANA

    KK 892-75683 5101

    Skrip drama ' Yang Menjelma dan Menghilang' telah menerima satu daripada hadiah utama dalam Peraduan Menulis Ship Drama Pentas anjuran Yayasan Seni-Berita Harian 1990.

    Cetakan Penama 1992 @ Anwar Ridhwan 1992

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juaga bentuk dan dengan cara apa jua sarna ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803,50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam- Penerbitan

    Anwar Ridhwan, 1949-Yang menjelma dan menghilang / Anwar Ridhwan. ISBN 983-62-3248-6 ISBN 983-62-2714-8 (kkt.) I. Malay drama. /. Judu/. 899.2323

    Diarut Huruf oleh RDS Media Muka Taip Teks: Garamond Saiz Taip Teks: 10112 po in

    Dicetak oleh Syarikat IS

    No. 55, Persiaran Mewah Bandar Tun Razak, Cheras

    56000 Kuala Lumpur.

    $10.00

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    01020304050607080910111213141516171819202122232425262728293031323334353637383940414243444546474849505152