analisis itemtafsiran skor ujian terkini

38
[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012] 1.0 PENGENALAN Ujian dan peperiksaan dilakukan untuk mengukur proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2001) menyatakan peperiksaan dilakukan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ismail Ali (1985) menyatakan ujian adalah cara terbaik dalam penilaian prestasi pelajar. Abdullah Nordin (1989) turut menyokong pendapat tersebut dan menyatakan bahawa cara utama untuk mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah ialah menggunakan ujian dan penilaian. Seorang guru yang berkualiti selain mampu menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan, guru juga mampu menyediakan soalan ujian yang baik, keobjektifan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dan kepenggunaan ujian yang diberikan. Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Sesuatu ujian yang sah mestilah boleh dipercayai, sebaliknya ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah digunakan. Jika data yang diperoleh datangnya daripada sesuatu ujian atau instrumen pengukuran yang tidak sah, maka data tersebut tidak boleh digunapakai dalam pengukuran dan penilaian. Sebarang keputusan yang dibuat mengenai subjek berdasarkan data yang tidak sah berkemungkinan akan berlaku kesalahan atau tidak tepat. Sesuatu ujian yang yang dapat memberi keputusan yang konsisten setelah diuji berulang kali adalah mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dan suasana pengujian sepatutnya berada dalam keadaan yang sama. Kesahan tidak merujuk kepada alat tetapi kepada penafsiran yang dibuat terhadap skor atau markah. Pernyataan kesahan dibuat berdasarkan ‘darjah’, iaitu ia boleh diterangkan dalam perkataan ‘kesahan tinggi, sederhana atau rendah’ dan bukannya sesuatu yang mutlak seperti ‘sah atau tidak sah’. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan, ketepatan atau kejituan yang dibuat. Ujian kebolehpercayaan yang tinggi menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan beberapa kali dalam keadaan yang sama. Kita tidak boleh menganggap bahawa ketekalan akan berlaku seratus peratus kerana terdapatnya beberapa faktor yang berubah yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti ingatan dan emosi, ciri- ciri ujian seperti ujian tidak jelas dan kabur, kaedah pemeriksaan seperti salah kira, kecuaian, faktor tempat dan suasana peperiksaan 1

Upload: sharifah-azma-kamarudin

Post on 06-Aug-2015

171 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

1.0 PENGENALAN

Ujian dan peperiksaan dilakukan untuk mengukur proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2001) menyatakan peperiksaan dilakukan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ismail Ali (1985) menyatakan ujian adalah cara terbaik dalam penilaian prestasi pelajar. Abdullah Nordin (1989) turut menyokong pendapat tersebut dan menyatakan bahawa cara utama untuk mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah ialah menggunakan ujian dan penilaian. Seorang guru yang berkualiti selain mampu menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan, guru juga mampu menyediakan soalan ujian yang baik, keobjektifan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dan kepenggunaan ujian yang diberikan.

Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Sesuatu ujian yang sah mestilah boleh dipercayai, sebaliknya ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah digunakan. Jika data yang diperoleh datangnya daripada sesuatu ujian atau instrumen pengukuran yang tidak sah, maka data tersebut tidak boleh digunapakai dalam pengukuran dan penilaian. Sebarang keputusan yang dibuat mengenai subjek berdasarkan data yang tidak sah berkemungkinan akan berlaku kesalahan atau tidak tepat. Sesuatu ujian yang yang dapat memberi keputusan yang konsisten setelah diuji berulang kali adalah mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dan suasana pengujian sepatutnya berada dalam keadaan yang sama.

Kesahan tidak merujuk kepada alat tetapi kepada penafsiran yang dibuat terhadap skor atau markah. Pernyataan kesahan dibuat berdasarkan ‘darjah’, iaitu ia boleh diterangkan dalam perkataan ‘kesahan tinggi, sederhana atau rendah’ dan bukannya sesuatu yang mutlak seperti ‘sah atau tidak sah’. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan, ketepatan atau kejituan yang dibuat. Ujian kebolehpercayaan yang tinggi menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan beberapa kali dalam keadaan yang sama. Kita tidak boleh menganggap bahawa ketekalan akan berlaku seratus peratus kerana terdapatnya beberapa faktor yang berubah yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti ingatan dan emosi, ciri-ciri ujian seperti ujian tidak jelas dan kabur, kaedah pemeriksaan seperti salah kira, kecuaian, faktor tempat dan suasana peperiksaan dalam jangka masa yang panjang, faktor-faktor lain seperti pengalaman, usia, pemakanan dan kesihatan mungkin boleh mempengaruhi prestasi. Faktor-faktor luaran ini menyebabkan berlakunya selisihan pengukuran. Oleh itu, kebolehpercayaan sebenarnya berkaitan dengan pengiraan selisihan atau kesilapan pengukuran. Kurang kesilapan bermakna ia lebih dipercayai kerana diandaikan markah yang diperoleh sangat hampir melambangkan kebolehan sebenar pelajar.

Ramai orang beranggapan bahawa membina item untuk sesuatu ujian sebagai satu perkara yang boleh diambil mudah. Apabila item mula ditadbirkan kepada para pelajar, akan timbul pelbagai masalah seperti salah faham, tiada jawapan atau ianya terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab. Perkara sebegini akan menyumbang ke arah terjejasnya kesahan sesuatu item ujian itu. Oleh itu, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat analisis item untuk mengetahui indeks diskriminasi dan indeks kesukaran.

1

Page 2: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Tugasan yang diberikan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian dan bahagian kedua pula ialah analisis item. Kedua-dua bahagian ini diuji berdasarkan kepada 30 set kertas jawapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur dalam Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, 2012. Maklumat lengkap seperti di bawah ini.

Nama Ujian: Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan

Kod Sekolah: WEA 0201Pusat Ujian: SMK Petaling, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Mata Pelajaran: Perdagangan (Kertas 1) Tingkatan: 5 Ekonomi AsasTarikh Ujian: 12 September 2012Masa Ujian: 9.35 pagi – 10.50 pagi Bilangan Pelajar: 30Guru Matapelajaran: Puan Dzuriati binti Yusoff

Satu ujian telah ditadbirkan ke atas sekumpulan pelajar seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia melibatkan pelajar Melayu, Cina dan India. Soalan yang diberikan adalah berbentuk aneka pilihan yang terdiri daripada pelbagai topik subjek Perdagangan Tingkatan 5. Soalan yang diberikan meliputi aras Taksonomi Bloom. Selepas memperoleh markah mentah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk menganalisis item-item soalan sama ada keobjektifan, mengukur kesahan dan kebolehpercayaan dan kepenggunaan ujian tersebut. Dalam Bahagian 1, guru perlu memasukkan markah mentah pelajar sebelum menganalisis item-item tersebut. Analisis yang dibuat antaranya ialah mentafsir skor ujian, menyediakan taburan kekerapan skor (tak terkumpul) dan taburan peratus kumulatif, melukis ogif bagi taburan skor tersebut, menentukan pangkat persentil bagi dua pelajar, memberi tafsiran tentang pencapaian dua pelajar yang telah dipilih, menganalisis item, memilih dua item dan menghitung indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item berkenaan, serta memberikan komen tentang indeks-indeks berkenaan dan implikasinya.

Tugasan ini mengandungi:-

Senarai Jadual Senarai Rajahi. Jadual 1 Skor calon Peperiksaan Percubaan SPM 2012 (Perdagangan) mengikut nama.ii. Jadual 2 - Pangkat persentil bagi dua orang pelajar.iii. Jadual 3 - Sisihan piawaian data-data tidak terkumpul. iv. Jadual 4(a) - Taburan Kekerapan Skor. v. Jadual 4(b) - Taburan Kekerapan Data.vi. Jadual 5 – Taburan Peratus Kekerapan.vii. Jadual 6 – Taburan Kekerapan Skor & Data Berkumpulan.

viii. Jadual 7 – Pangkat Persentil Bagi Dua

i. Rajah 1 – Agihan Pencongan Positifii. Rajah 2 – Keluk Normaliii. Rajah 3 – Histogram Taburan Skor Pelajariv. Rajah 4 – Poligon Kekerapanv. Rajah 5 – Ogifvi. Rajah 6 – Persentil

2

Page 3: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Orang Pelajar.

Untuk rujukan soalan ujian tersebut sila rujuk pada Lampiran A. Bagi keseluruhan analisis yang dilakukan terhadap jawapan pelajar berdasarkan setiap item soalan dalam tugasan ini, sila rujuk pada Lampiran B untuk jadual keseluruhan pencapaian ujian yang diperolehi oleh setiap pelajar.

3

Page 4: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

2.0 STATISTIK

Statistik merupakan satu bahasa komunikasi yang digunakan untukmenerangkan ciri-ciri sampel atau kumpulan objekti. Asas statistik boleh mendorong guru memahami, menganalisis dan menerangkan keputusan ujian. Terdapat tiga jenis statistik iaitu pengukuran kecenderungan pemusatan (purata), pengukuran varian (sebaran markah), dan pengukuran sekaitan (korelasi).

2.1. PEROLEHAN DATA

Data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan guru membuat ringkasan tentang kajian. Perolehan data ini didapati daripada data markah Peperiksaan Percubaan SPM 2012 dalam subjek Perdagangan.

2.1.1 PENJADUALAN DATA Jadual 1 menunjukkan skor bagi 30 pelajar yang dikumpulkan bagi

Tingkatan 5 Ekonomi Asas. Pentafsiran Skor Ujian , dilaksanakan bagi membantu guru membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam ujian perdagangan tidak memberi makna kecuali guru boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah tercapai. Menurut William (1998), Stiggins (1999 dan Arter (2003) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa faktor literasi pentaksiran guru merupakan kriteria penting kea rah memperkayakan pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.

Setelah ujian ditadbirkan dan 30 helai kertas jawapan telah diperiksa oleh guru, guru boleh menggunakan keputusan yang diperoleh untuk membuat analisis dan kemudian membuat kesimpulan tentang prestasi dan pencapaian pelajar dalam ujian itu. Analisis dan pentafsiran bagi keputusan ujian dilakukan mengikut peringkat-peringkat penting dalam proses penilaian yang melibatkan aktiviti berikut.

4

Page 5: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Bil. Nama Pelajar Skor Bil. Nama Pelajar Skor1 Abdul Rasyid bin

Mohammad21 16 Muhammad Kamal Hasan

bin Yousf26

2 Ahmad Asnawi bin Aman 19 17 Muhd Aniq bin Ahmad 183 Amerul Kamal bin Zaini 24 18 Muhd Hanif bin Azhar 184 Amirul Asyraf bin

Kamarudin12 19 Muhd Rasyid bin Hamdan 25

5 Amirul Hayat bin Abdul Rasyid

19 20 Noor Azlinda binti Karim 14

6 Amixa binti Mohamad Amiruddin

16 21 Noor Zabirah binti Adam Malik

18

7 Eliza Najwana binti Ekram 13 22 Nor Shafiq bin Noor Rashid

19

8 Gan Chee Keen 15 23 Nur Aini binti Rosli 159 Hasnita Norhalis Binti

Harun14 24 Nur Atikah binti Jaafar 19

10 Mohamad Syazwa Azim bin Yacob

25 25 Nur Dania Tasha bin Mohd Khir

22

11 Muhamad Amir bin Azaman 19 26 Nurul Aisyah binti Muhamad Azhar

14

12 Muhamad Faizwan bin Zukifli

25 27 Ong Rui Hong 11

13 Muhammad Abdul Hanan bin Hashim

15 28 Sithi Aslinah binti Abdullah 21

14 Muhammad Amirrudin bin Muhamad Radzi

25 29 Siti Nur Hayani binti Hedzir 17

15 Muhammad Amiruddin bin Khairul Anuar

25 30 Uvathy a/p Kumar 18

Jadual 1: Skor Calon Peperiksaan Percubaan SPM 2012 (Perdagangan) mengikut nama.

2.2 TABURAN KEKERAPAN

2.2.1 Taburan Kekerapan Skor Pelajar & Taburan Kekerapan Data Pelajar

Taburan kekerapan skor menunjukkan bilangan calon yang mendapat sesuatu skor dalam ujian atau peperiksaan (Jadual 4(a)). Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil iaitu bilangan pelajar yang tidak melebihi 30 orang pelajar. Jika sebaran skor adalah besar (melebihi 30 orang pelajar), maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan. Jadual 4(b) pula menunjukkan kekerapan taburan data yang dikumpulkan bagi 30 orang pelajar Tingkatan 5 Ekonomi Asas dalam mata pelajaran Perdagangan untuk 40 item yang diuji. Dalam jadual ini, dapat diperhatikan beberapa orang pelajar mendapat skor yang sama dan sebaliknya.

5

Page 6: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Jadual 4(a): Jadual 4(b):Taburan Kekerapan Skor Taburan Kekerapan Data

2.2.2 Taburan Peratus Kekerapan Kumulatif

Peratus kumulatif menunjukkan jumlah kekerapan pelajar yang mendapat sesuatu skor tertentu dan pelajar yang mendapat skor dibawahnya. Jadual 2 menunjukkan skor, kekerapan, kekerapan kumulatif dan peratus kumulatif bagi 30 orang pelajar. Berikut adalah rumus pengiraan peratus kekerapan kumulatif :

6

Skor( X )

Kekerapan( f )

11 112 113 114 315 316 117 118 419 520 021 222 123 024 125 526 1

BIL SKOR KEKERAPANKEKERAPANKUMULATIF

PERATUSKEKERAPAN

(%)1 11 1 1 3.32 12 1 2 6.73 13 1 3 104 14 3 6 205 15 3 9 306 16 1 10 33.37 17 1 11 36.78 18 4 15 509 19 5 20 66.7

10 21 2 22 73.311 22 1 23 76.712 24 1 24 8013 25 5 29 96.714 26 1 30 100

Markah RendahMarkah Tinggi

Page 7: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Jadual 5 : Taburan Peratus Kekerapan Kumulatif

2.2.3 Taburan Skor Tidak Terkumpul

Skor mentah yang disusun secara menaik dalam jadual kekerapan kumulatif (Jadual 5). Jadual 5 ini diperolehi daripada analisis yang dijalankan terhadap jawapan objektif peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Perdagangan, Tingkatan 5 Ekonomi Asas, SMK Petaling, Jalan Klang Lama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia mempamerkan skor yang diperolehi oleh pelajar daripada 40 item soalan yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Daripada jadual ini boleh dilihat bahawa skor yang tertinggi ialah 26 manakala skor terendah ialah 11. Julat markah yang diperolehi pelajar dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berada antara 11 hingga 26 sahaja. Ini bermakna paling banyak pelajar dapat menjawab item dengan betul ialah 26 item daripada 40 item yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan pelajar dalam kelas ini tidak dapat menjawab separuh item soalan yang dikemukakan.

Kekerapan ini merujuk kepada bilangan pelajar yang mendapat sesuatu skor. Daripada jadual di atas jelas menunjukkan bahawa kekerapan tertinggi ialah 1. Ini bermakna terdapat seorang pelajar yang mendapat skor 11, 12, 13, 16, 17, 22, 24 dan 26 dalam peperiksan tersebut. Kekerapan terendah pula ialah 4. Sebagai contohnya untuk skor 29 hanya 1 orang pelajar yang mendapat markah tersebut.

Kekerapan kumulatif pula merujuk kepada kekerapan terkumpul bagi setiap skor. Nilai setiap skor ditambah dari kekerapan skor sebelumnya dengan kekerapan selepasnya. Sebagai contoh untuk skor 11 kekerapannya ialah 1 dan untuk skor 12 kekerapannya ialah 1. Maka kekerapan kumulatif pada skor 11 ialah 1 dan kekerapan kumulatif pada skor 12 ialah 6 (1+1). Daripada pengiraan kekerapan kumulatif perkara yang boleh dilihat ialah

7

Page 8: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

bilangan pelajar yang mendapat skor di bawah suatu takat skor. Sebagai contoh, bagi skor 8, kekerapan kumulatifnya ialah 15. Ini bermakna terdapat 15 orang pelajar yang mendapat skor 8 dan ke bawah. Peratus kekerapan kumulatif pula diperolehi dengan membahagikan kekerapan sesuatu skor dengan bilangan pelajar dan didarabkan dengan 100. Ia menunjukkan kekerapan bagi sesuatu skor dalam bentuk peratusan.

2.2.4 Taburan Skor Terkumpul

Skor mentah yang terlalu banyak akan disusun dalam bentuk skor terkumpul yang dipanggil selang kelas. Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Selang kelas disusun berdasarkan skor mentah yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz selang kelas (Jadual 6).

Jadual 6:Taburan Kekerapan Skor dan Data Terkumpul

Berdasarkan Jadual 6 di atas boleh ditafsirkan seperti berikut: Bilangan Skor dalam selang kelas = 4 (Misalnya 11,14)Saiz selang kelas = 4 (bilangan skor) Dalam selang kelas 11- 14Sempadan kelas bawah = 10.5Sempadan kelas atas = 14.5Saiz sempadan kelas = 14.5 – 10.5 = 4Nilai titik tengah = sempadan kelas (bawah + atas) / 2

(14.5 + 10.5) / 2= 12.5

2.2.5 Taburan Kekerapan Data Berkumpulan

Taburan kekerapan data berkumpulan hampir sama dengan taburan kekerapan data kecuali skor yang digantikan dengan sela atau kategori. Jadual 6 menunjukkan satu taburan kekerapan data berkumpulan. Di sini terdapat 4 sela dengan lebar ialah 4. Gunakan sebanyak mungkin sela yang berpatutan untuk menunjukkan variasi dalam kekerapan skor. Jadual 6 menunjukkan terdapat 7 orang calon mendapat skor antara 23–26, diikuti dengan sela skor 15 - 18 seramai orang, sela 19–22 seramai 8 orang dan sela skor 11–14 adalah seramai 6 orang.

2.2.6 Graf Bar atau Histogram

8

BILSelang Kelas

KekerapanKekerapan Kumulatif

Peratus Kekerapan

(%)1 11 – 14 6 6 202 15 – 18 9 15 503 19 – 22 8 23 774 23 - 26 7 30 100

Page 9: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Histogram atau Graf bar ialah satu kaedah graf berbentu bar menegak atau mendatar untuk menunjukkan susunan data tentang kekerapan taburan mengikut kumpulan atau kategori. Ia mempersembahkan data dalam bentuk rectangular column. Dasar bagi setiap turus ialah lebar bagi sela kelas (dikenali juga paksi-X) dan ketinggian turus bersamaan dengan kekerapan skor atau bilangan calon dalam sela kelas berkenaan (dikenali juga sebagai paksi-Y). Pembinaannya melibatkan label paksi-X sebagai titik akhir kelas dan paksi –Y sebagai kekerapan.

Panduan Membina Histogram :i. Tentukan bilangan selaii. Tentukan kekerapan maksimum

(Jadual 3 – Kekerapan maksimum = 9)iii. Tetapkan sela bag unit kekerapaniv. Sesuaikan panjang paksi Y dengan Paksi X

Rajah 3: Histogram Taburan Skor pelajar

Rajah 3 menunjukkan histogram bagi taburan kekerapan skor tidak terkumpul untuk Jadual 5. Histogram juga boleh menujukkan jumlah kekerapan tertinggi dan terendah di antara skor-skor setiap pelajar seperti Rajah 3 di atas dengan nyata menunjukkan kekerapan yang tertinggi ialah 5 dengan skor pelajar adalah 19 dan 25 manakala kekerapan terendah adalah 1 dengan skor markah pelajar adalah 11, 12,13, 16, 17, 22, 24 dan 26 dalam Peperiksan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah dijalankan.

2.2.7 Poligon Kekerapan

9

0

1

2

3

4

5

6

11 12 13 14 15 16 17 18 19 21 22 24 25 26

KEKE

RAPA

N

SKOR MENTAH

HISTOGRAM TABURAN SKOR PELAJAR

Page 10: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Merupakan graf garisan tentang taburan kekerapan. Graf ini diplot di titik tengah bagi setiap sela kelas pada ketinggian kekerapan bagi setiap skor dalam sela berkenaan. Titik-titik ini disambungkan dengan garisan lurus. Berikut ialah langkah-langkah membina graf poligon kekerapan berdasarkan data terkumpul di Jadual 6.

i. Senaraikan semua skor dalam sesuatu ujian. Tentukan bilangan calon bagi setiap skor. Kumpulkan skor-skor kepada beberapa sela. Bagi bilangan calon yang ramai sela 5 hingga 15 adalah sesuai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

ii. Letakkan semua skor kumpulan dalam paksi mengufuk (paksi X) pada sela yang sama, bermula dari skor yang terendah sekali.

iii. Letakkan kekerapan skor pada paksi menegak (paksi Y) pada sela sama dengan bermula dengan sifar pada paksi mengufuk.

iv. Bagi setiap skor (kumpulan) carikan titik tengah bagi kumpulan berkenaan (sela) dan tandakan titik pada bahagian tengah.

v. Sambungkan semua titik dengan garisan lurus.

Rajah 4 : Poligon Kekerapan Pelajar

Histogram dan kekerapan poligon menggambarkan dua kaedah mempersembahkan data yang sama- memberi gambaran tentang taburan skor bagi sesuatu ujian. Pada umumnya sekolah kerap menggunakan histogram untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran bagi setiap peperiksaan di peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM mengikut tahun peperiksaan. Badan-badan peperiksaan kerap menggunakan poligon kekerapan untuk menjelaskan turun naiknya pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran merentasi beberapa tahun.

2.3 Ogif Normal

10

POLIGON KEKERAPAN SKOR CALON

SKOR MENTAH

K

E K

E R

A P

A N

Page 11: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Ogif atau pun poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan taburan kekerapan. Graf bagi ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan dengan kekerapan longgokkannya.

Dalam pembinaan ogif, skor markah diletakkan pada paksi-x graf bermula daripada markah terendah hingga yang tertinggi. Manakala kekerapan longgokkan diletakkan pada paksi-y graf tersebut bermula dengan nilai sifar hingga takat yang lebih sedikit kepada bilangan keseluruhan kekerapan. Kemudian titik-titik diplotkan dan disambungkan untuk membentuk ogif.

Ogif Bagi Taburan Skor Tersebut

Berdasarkan Jadual 6

Rajah 4: Ogif skor pelajar (1)

Untuk melukis ogif, nilai data (skor) berada di paksi-x, manakala peratus kekerapan berada pada paksi-y. Rujuk ogif pada Rajah 4 Ogif skor pelajar (1) (berdasarkan Jadual 6). Untuk membentuk ogif graf peratus kekerapan kumulatif diplotkan berbanding skor. Bentuk ogif bergantung kepada bentuk taburan kekerapan skor terkumpul.

Menunjukkan kedudukan pelajar berbanding rakan dalam kumpulan yang

mengambil ujian yang sama.

Dibuat dengan melihat kedudukan skor pelajar dalam ogif taburan peratus kekerapan kumulatif.

Kecerunan yang curam bagi ogif menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam kekerapan

11

K

E K

E R

A P

A N

SKOR MENTAH

Page 12: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Rajah 4 menunjukkan kecerunan yang curam berlaku pada selang kelas skor pelajar 21-22 dan 25-26 dengan jumlah kekerapan adalah 7

2.4 Pangkat Persentil

Satu titik pada satu agihan di mana terdapat peratusan skor tertentu di bawahnya. Ianya merupakan satu teknik membandingkan perbezaan bagi skor ujian individu.

Pangkat persentil ialah satu skor yang mempunyai medium 50 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan skor di sepanjang taburan skor. Daripada jadual ujian pencapaian pelajar bagi peperiksaan ini, data dua orang pelajar telah diambil untuk menentukan pangkat persentil mereka. Pengiraan pangkat persentil adalah seperti berikut:

Pengiraan Pangkat Persentil

P = Kekerapan Kumulatif* x 100 N

* Pada skor yang dihitung.

N = Jumlah Pelajar

Pangkat Persentil bagi Muhammad Kamal Hasan bin Yousf

P = 29 x 100 30= 96.6

Pangkat Persentil bagi Gan Chee Keen

P = 15 x 100 30= 20.0

Pelajar Skor KekerapanKekerapanKumulatif

PangkatPersentil

Muhammad Kamal Hasan bin Yousf

26 1 29 96.6

Gan Chee Keen 15 3 6 20 Jadual 7 :

Pangkat persentil bagi dua orang pelajar

Skor Mentah Batasan Kekerapan Bilangan Kes Pangkat

12

Page 13: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Bawah Selang Skor Mentah

Mendapat Skor Bawah

Persentil

27 26.5 0 30 10026 25.5 1 29 96.625 24.5 5 24 8024 23.5 1 23 76.622 21.5 1 22 73.321 20.5 2 20 66.619 18.5 5 15 5018 17.5 4 11 36.617 16.5 1 10 33.316 15.5 1 9 3015 14.5 3 6 2014 13.5 3 3 1013 12.5 1 2 6.612 11.5 1 1 3.311 10.5 1 0 0.0

Jadual 8: Pengiraan Persentil Dan Pangkat Persentil (N=30)

Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti telah dilakukan di atas (Rujuk Jadual 7), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang telah dibuat di bahagian Rajah 4 ogif skor pelajar (2) di bawah. Ogif pada rajah 4 tersebut menggambarkan kedudukan dua orang pelajar yang dipra-uji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.

Rajah 4: Ogif skor pelajar (2)

2.4.1 TAFSIRAN PENCAPAIAN

13

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11-14 15-18 19-22 23-26

Series1

Nama Pelajar : Muhammad Kamal Hasan bin YousfSkor Mentah : 26Pangkat Persentil ke 92Skor bawah = 29

K

E K

E R

A P

A N

Nama Pelajar: Gan Chee KeenSkor Mentah: 15Pangkat Persentil ke 10Skor bawah = 6

SKOR MENTAH

Page 14: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Berdasarkan ogif yang telah dibina seperti Rajah 4, tafsiran telah dibuat menegnai pencapaian dua orang pelajar yang telah dipilih secara rawak dalam peperiksaan Percubaan Sijili Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tingkatan lima bagi mata pelajaran Perdagangan. Dalam pemerhatian ini, pelajar Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf telah mendapat skor mentah 26 dan memperoleh pangkat persentil ke 90. Manalaka seorang lagi pelajar iaitu Gan Chee Keen telah memperolehi skor mentah sejumlah 15 dan mendapat pangkat persentil ke 10

Berdasarkan pencapaian kedua-dua orang pelajar tersebut, Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf mengatasi pencapaian Gan Chee Keen dalam peperiksaan tersebut. Melalui pemerhatian ini juga dapat disimpulkan bahawa Muhammad Kamal Hasan Bin Yuosf yang mendapat pengkat persentil 90 berkedudukan mengatasi 29 orang pelajar di bawahnya. Manakala Gan Chee Keen yang memperoleh pangkal persentil 10 berkedudukan mengatasi 7 orang pelajar dibawahnya.

2.5 KECENDERUNGAN MEMUSAT

2.5.1 Min

Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama.

Fomula :

xL = 1

n

x̄< = Min 1 = Skor individu n = Jumlah bilangan skor

Pengiraan Min :

x̄< = 11+12+13+14+15+16+17+18+19+21+22+24+25+2614

= 18 (Purata pelajar mendapat skor untuk peperiksaan)

Nilai setiap skor akan mempengaruhi min. satu skor tertinggal atau satu skor terendah dalam set data akan memberi kesan kepada min.

2.5.2 Median

14

Page 15: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Median adalah satu titik di tengah-tengah yang membahagi skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor ditengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Titik pembahagi pada 50% dipanggil median.

Pengiraan Median :11 12 13 14 15 16 17 18 19 21 22 24 25 26

Median = 17 + 18 2

= 17.52.5.3 Mod

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Mengikut jadual 1 bilangan pelajar paling ramai mendapat skor 19 dan 25 iaitu 2 orang bagi setiap skor.

2.6 KEBERUBAHAN

2.6.1 Julat

Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan. Julat ialah perbezaan atau jarak antara dua skoryang ekstrem (paling tinggi dengan yang paling rendah) setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun.

Pengiraan julat :

Julat = Skor Tertinggi – Skor Terendah= 26 – 11= 15

2.6.2 Sisihan Piawai

Sisihan piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubahan keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain. Begitu juga semakin besar nilai sisihan piawai semakin besar sebaran skor dalam taburan.

Pengiraan sisihan piawai :

S = ( i – x̄)² n-1

SKOR KEKERAPAN ² ²

15

Page 16: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

11 1 11 121 12112 1 12 144 14413 1 13 169 16914 3 42 196 58815 3 45 225 67516 1 16 256 25617 1 17 289 28918 4 72 324 129619 5 95 361 180521 2 42 441 88222 1 22 484 48424 1 24 576 57625 5 125 625 312526 1 26 676 676

= 253 N = 30 = 562 ² = 4887 ² = 11086

Jadual 9 :Sisihan piawaian data tidak terkumpul

Berikut adalah pengiraan bagi data tidak terkumpul di atas:

S = ( i – x̄)² n-1

S = 414233130 - 1

= 142839

= 377.94

2.6.3 Varian

Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Satu indeks pengukuran tentang keberubahan dalam satu-satu set data.

Pengiraan varian :

= ² - [ ]²N N

= 11086 - [ 562 ]²30 30

= 369.53 – 350.94

= 18.59

16

Page 17: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

2.7 PENCONGAN

Dalam sesuatu ujian senang ramai calon mendapat skor yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah, ekor bagi taburan berkenaan akan menghala ke kiri – pencong negative. Seandainya ujian yang diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon mendapat skor tinggi, maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan – pencong positif Berdasarkan jadual 9, ujian yang diberikan adalah sukar kerana ramai calon mendapat skor rendah iaitu 9 orang mendapat skor antara sela 15 hingga 18 dan hanya 7 orang mendapat skor tinggi iaitu sela skor antara 23 hingga 26. Maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan menunjukkan pencong positif

Rajah 5 : Agihan Pencongan Positif

2.8 TABURAN NORMAL

Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Keluknya mempunyai satu mod, simetrik dan mesokurtik. Ketiga-tiga pengukuran kecondongan memusat ini mempunyai nilai yang sama iaitu min, mod dan median adalah terletak pasa satu titik yang sama.

17

Mo

d

Med

ian

Min

Skor Rendah Skor Tinggi

-4.0 -3.0 -2.0 -1.0 0 +1.0 +2.0 +3 +4.0

I I I I I iiiiiii 2% 16% 50% 84% 98% iiiiiii

SisihanPiawai 14% 14%34% 34%

2%

Page 18: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Rajah 6 : Keluk Normal

Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti telah dilakukan di atas (Rujuk Jadual 7), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang telah dibuat di bahagian Rajah 4 ogif skor pelajar (2) di bawah. Ogif pada rajah 4 tersebut menggambarkan kedudukan dua orang pelajar yang diprauji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.

1.0 ANALISIS ITEM

18

2%

Page 19: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Analisis item merupakan satu proses megenalpasti dan memilih item-item yang berfungsi setelah item-item diprauji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik bagi setiap item berkenaan. Item-item yang terpilih dikumpulkan dan di simpan. Setiap item yang berkualiti mestilah menepati criteria statistik yang tertentu disamping menepati criteria yang bukan psikometrik. (Bhashah Abu Bakar, 2009). Analisis item dan ujian ini perlu dilakukan untuk memastikan item/soalan yang dihasilkan sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana, analisis item membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah, sederhana atau terlalu sukar bagi kumpulan pelajar. Analisis ini juga dapat menguji keupayaan pelajar dalam kelompok pelajar lemah atau pelajar pandai. antara tujuan dalam menganalisis item ialah untuk menentukan :

i. Kesukaran itemii. Daya tarikan opsyen bagi sesuatu itemiii. Bagaimana item mendiskriminasikan pelajar dalam menjawab sesuatu item.

Setelah item diproses melalui analisis item, maka item itu bolehlah :

i. Dikeluarkan - dibuang kerana item-item berkenaan tidak berfungsi dengan baik

ii. Disimpan - untuk kegunaan masa depan kerana terdapat banyak lagi item yang sama fungsinya dalam bank item.

iii. Diperbaiki - diprauji, disemak dan disimpan untuk digunakan kerana belum lagi mencapai tahap kualiti yang diharapkan.

Terdapat dua peringkat analisis item iaitu :i. Analisis item awalan

Dibuat pada ratusan jawapan OMR yang pertama yang telah diskorkan oleh Unit Analisis Data. Ianya bertujuan untuk :a. Menentukan semua jawapan yang diberikan oleh pembina ujian untuk

menskor kertas OMR itu adalah betul.b. Menetapkan jawapan yang diberikan oleh Pembina ujian sama dengan

jawapan yang telah di punch oleh unit analisis data.c. Mencari item cacat yang tidak dapat dikesan dalam pembinaan ujian

yang mungkin boleh dikeluarkan dari analisis.

ii. Analisis item akhiran -Dibuat pada semua kertas jawapan OMR pelajar. Analisis ini bertujuan :a. Mencari item-item yang tidak berfungsi yang tidak seharusnya diskor.

Item sebegini akan mendatangkan kekeliruan kepada pelajar dan pembina item.

1.1 Indeks Kesukaran Dan Indeks Dikriminasi

19

Page 20: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Indeks Kesukaran Item

Indeks kesukaran item atau item difficulty index ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan yang diuji dan secara konvensionalnya ditulis sebagai nilai p. Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian. Indeks ini boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item menggunakan kriteria dan piawai. Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperoleh lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960).

0.0 0.5 1.00

Sukar Sederhana Mudah

Rajah ? : Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran boleh disebut sebagai perkadaran pelajar dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0.00 hingga ke 1.00. Jika dinyatakan dalam peratusan maka julatnya 0% ke 100%.

i. Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0;ii. Nilai p adalah sentiasa positif;iii. Nilai p yang lebih tinggi menunjukkan item lebih senang; iv. nilai p yang lebih rendah menunjukkan lebih sukar.

Bagi ujian berbentuk objektif seperti betul/salah, isi tempat kosong, padanan dan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu dengan jumlah calon yang menjawab item tersebut.

Berikut merupakan tafsiran bagi setiap aras kesukaran item. Tiga item telah dipilih untuk menguji indeks kesukarannya iaitu item no 3, 10 dan 28.

20

Page 21: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

A 0.66 < x <= 1.00 Item Yang MudahB 0.33 < x <= 0.66 Item Yang SederhanaC 0.0 < x <= 0.33 Item Yang Sukar

Jadual 8 Tafsiran bagi setiap aras indeks kesukaran

Pengiraan indeks kesukaran

Indeks =

Bilangan jawapan yang betulkesukaran (P) Bilangan pelajar

Item 1 = Soalan nombor 3

Daripada 30 orang pelajar, sebanyak 29 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah :

P =2930

  = 0.97

Item 2 = Soalan nombor 10

Daripada 30 orang pelajar hanya 6 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah:

P=

6  30

  = 0.2

Item 3 = Soalan nombor 33

21

Page 22: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

Daripada 30 orang pelajar, sebanyak 18 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka indeks kesukaran bagi item tersebut adalah :

P=

18  30

  = 0.60

No. SoalanBilangan Pelajar

Menjawab Dengan Betul

Jumlah Semua Pelajar

Indeks Kesukaran (P)

3 29 30 0.9710 6 30 0.233 18 30 0.63

Jadual 9 Indeks kesukaran tiga item

ITEM INDEKS KESUKARAN ARAS KESUKARAN1 0.77 Mudah

22

Page 23: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

2 0.20 Sukar3 0.97 Mudah4 0.37 Sukar5 0.90 Mudah6 0.93 Mudah7 0.47 Sederhana8 0.73 Mudah9 0.50 Sederhana

10 0.20 Sukar11 0.87 Mudah12 0.53 Sederhana13 0.23 Sukar14 0.90 Mudah15 0.27 Sukar16 0.43 Sederhana17 0.43 Sederhana18 0.50 Sederhana19 0.23 Sukar20 0.37 Sederhana21 0.23 Sukar22 0.57 Sederhana23 0.50 Sederhana24 0.23 Sukar25 0.33 Sederhana26 0.27 Sukar27 0.47 Sederhana28 0.63 Sederhana29 0.20 Sukar30 0.20 Sukar31 0.70 Mudah32 0.30 Sukar33 0.60 Sederhana34 0.17 Sukar35 0.87 Mudah36 0.10 Sukar37 0.27 Sukar38 0.23 Sukar39 0.40 Sederhana40 0.67 Mudah

Jadual 10 Indeks dan aras kesukaran keseluruhan item

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran item ialah, Bhasah Abu Bakar (2009)

23

Page 24: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

i. pengajaranii. latihan/ pengalamaniii. perkembangan individu – tahap umur dan perkembangan psikologi/

fisiologiiv. item tidak berkaitan dengan kandungan domain yang diuji.

Indeks Diskriminasi

Satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan individu. Sesuatu item itu dianggap berdiskriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh menjawab dengan betul berbanding dengan pelajar yang datangnya dari kumpulan berkebolehan rendah. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan T tetapi ramai pelajar kumpulan R tidak dapat menjawabnya tidak betul. Diskriminasi negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan T tetapi pelajar kumpulan R boleh menjawabnya. Bagi item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang tidak menunjukkan perbezaan kadar menjawab betul antara kumpulan pelajar T dengan kumpulan R.

Nilai indeks diskriminasi perlu berada dalam julat 0.2 – 0.8 dan soalan yang berda dalam indeks ini diikekalkan dalam bank soalan.

Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah.

Jenis Item Nisbah Murid Yang Menjawab Dengan Betul Item Tersebut

Diskriminasi positif

Diskriminasi negatif

Tiada diskriminasi

Murid berpencapaian tinggi > Murid berpencapaian rendah

Murid berpencapaian tinggi < Murid berpencapaian rendah

Murid berpencapaian tinggi = Murid berpencapaian rendah

Jadual 11 Jenis item indeks diskriminasi

Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi (D ) boleh dirumuskan seperti yang berikut:

24

Page 25: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

A lebih dari 0.4 item amat diskriminasiB 0.30 ke 0.39 iItem yang berdiskriminasiC 0.20 ke 0.29 diskriminasi yang sederhanaD 0.10 ke 0.19 kurang diskriminasi dan perlu semakan semulaE kurang dari 0.10 item kurang diskriminasi dan perlu dibuang

Jadual 12 Tafsiran bagi setiap aras indeks diskriminasi (Rule of thumb) Ebel 1965

Pengiraan Indeks Diskriminasi

25

Page 26: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

D=

(T-R)

  N/2

D - DiskriminasiT - Bilangan jawapan betul bagi kumpulan TinggiR - Bilangan jawapan betul bagi kumpulan RendahN - Bilangan pelajar

Item 1 = Soalan no 3

T - 14R - 15

D=

(14-15)  30/2

  = -0.07

Item 2 = Soalan no 10

T - 5R - 1

D=

(5-1)  30/2

  = 0.27

Item 3 = Soalan no 28

T - 9R - 10

D=

(12-6)  30/2

  = 0.4

Indeks Diskriminasi yang telah dianalisis.

26

Page 27: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

No SoalanBilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan

Tinggi

Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar Kumpulan

Rendah

Indeks Diskriminasi

3 14 15 0.0710 5 1 0.2733 12 6 0.40

Jadual 13 Indeks diskriminasi untuk tiga item

No Item Indeks Diskriminasi Aras Diskriminasi

27

Page 28: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

1 0.47 Item amat diskriminasi2 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula3 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang4 0.33 Item yang berdiskriminasi5 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang6 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula7 0.00 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang8 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula9 0.33 Item yang berdiskriminasi

10 0.27 Diskriminasi yang sederhana11 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula12 0.53 Item amat diskriminasi13 0.33 Item yang berdiskriminasi14 0.20 Diskriminasi yang sederhana15 0.33 Item yang berdiskriminasi16 0.20 Diskriminasi yang sederhana17 0.33 Item yang berdiskriminasi18 0.20 Diskriminasi yang sederhana19 0.20 Diskriminasi yang sederhana20 0.33 Item yang berdiskriminasi21 0.20 Diskriminasi yang sederhana22 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang23 0.20 Diskriminasi yang sederhana24 0.20 Diskriminasi yang sederhana25 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula26 0.27 Diskriminasi yang sederhana27 0.40 Item amat diskriminasi28 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang29 0.27 Diskriminasi yang sederhana30 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula31 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang32 0.47 Item amat diskriminasi33 0.40 Item amat diskriminasi34 0.20 Diskriminasi yang sederhana35 0.27 Diskriminasi yang sederhana36 0.20 Diskriminasi yang sederhana37 0.13 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula38 0.07 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang39 0.27 Diskriminasi yang sederhana40 0.00 Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang

Jadual 14 Indeks dan aras diskriminasi keseluruhan item

2.0 KOMEN ANDA TENTANG INDEKS-INDEKS BERKENAAN DAN IMPLIKASI

28

Page 29: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

No Item Indeks Kesukaran Indeks DiskriminasiItem 3 0.97 0.07

Item 10 0.20 0.27Item 33 0.60 0.40

Jadual ?? indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

Item 1 – Soalan 3

3. Rajah di bawah menunjukkan satu proses penciptaan nilai faedah.

diproses

Apakah jenis nilai faedah itu?A. Nilai faedah masaB. Nilai faedah tempatC. Nilai faedah milikanD. Nilai faedah bentuk

Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasii. Bagi item ini, nilai kesukarannya ialah

P = 0.97.ii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai

nilai P yang tinggi yang mempunyai indeks kesukaran yang mudah. Untuk item ini, seramai 29 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul.

iii. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran mudah.

i. Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.07.

ii. D untuk item ini berada dalam aras item yang kurang diskriminasi dan perlu dibuang. Soalan ini dalam kategori mudah dan distraktornya tidak berfungsi.

iii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang rendah.

iv. Seramai 14 pelajar dalam kumpulan T dan 15 pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi negatif.

v. Di sini guru tidak dapat menentukan aras pelajar kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar aras pandai, sederhana dan lemah memandangkan 29 daripada 30 orang dapat menjawab dengan betul.

vi. Kesimpulannya, hampir 100% pelajar memahami proses penciptaan utiliti atau nilai faedah.

Item 2 – Soalan 10

29

diprosesGetah asli Getah asli

Page 30: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

10. Berapakah jumlah diskaun tunai yang diterima oleh Jaya sekiranya menjelaskan pada 2 Julai 2012?

A. RM18B. RM20C. RM45D. RM50

Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasii. Bagi item ini, nilai kesukarannya ialah

P = 0.20.ii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai

nilai P yang rendah yang mempunyai indeks kesukaran yang sukar. Untuk item ini, seramai 6 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul.

iii. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran sukar.

i. Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.27.

ii. D untuk item ini berada dalam aras item diskriminasi yang sederhana. Soalan ini berada dalam aras item diskriminasi yang sesuai dan perlu dikekalkan dalam bank soalan.

iii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang sederhana.

iv. Seramai 5 pelajar dalam kumpulan T dan seorang pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi positif.

v. Soalan ini menggabungkan pengetahuan mata pelajaran Perdagangan dan Matematik. Kemungkinan pelajar kurang kefahaman tentang formula untuk mendapatkan jawapan yang melibatkan formula yang berkaitan. Kesimpulannya, 80% pelajar tidak mahir untuk menyelesaikan item sebegini.

Item 3 – Soalan 33

30

Jaya membeli barang secara kredit berjumlah RM1000 pada 26 Jun 2012. Beliau menerima

Diskaun niaga 10%

Diskaun tunai : 5% 10 hari, 2% 30 hari

Page 31: Analisis ItemTafsiran Skor Ujian Terkini

[KPN 4053 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN (ANALISIS ITEM)] [21 NOV 2012]

33.

Apakah peranan pergudangan itu?A. Mengelakkan kerosakan barangB. Menstabilkan harga barangC. Memecahkan pukal barangD. Menjamin keselamatan barang daripada kecurian

Indeks Kesukaran Indeks Kesukarani. Bagi item ini, nilai kesukarannya

ialah P = 0.60.ii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai

nilai P yang sederhana yang mempunyai indeks kesukaran yang sederhana. Untuk item ini, seramai 18 daripada 30 orang pelajar telah menjawab dengan betul.

iii. Soalan ini berada dalam kumpulan aras kesukaran sederhana.

i. Indeks diskriminasi item bagi item ini ialah D = 0.40.

ii. D untuk item ini berada dalam aras item amat diskriminasi. Soalan ini dalam kategori indeks diskriminasi yang sesuai dan perlu dikekalkan dalam bank soalan.

iii. Oleh sebab itu, item ini mempunyai nilai D yang tinggi.

iv. Seramai 12 pelajar dalam kumpulan T dan 6 pelajar dalam kumpulan R dapat menjawab soalan ini dengan betul. D untuk item ini merupakan diskriminasi positif.

v. Kesimpulannya, 60% pelajar memahami peranan pergudangan dalam sesi pembelajaran Tingkatan 5..

31

Menyimpan barang lebihan

Mengeluarkannya apabila terdapat kurangan di pasaran