perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini

2
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Menurut Grove et al. (2004), nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan sedangkan dalam kajian Roblyer & Schwier (2003) mendapati teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat. Menurut Cuban (2001), justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya. Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi. Menurut Mohammed Sani (1998), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efisien tanpa menganggu objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu mengintergrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum sekolah untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara kelebihannya, ia amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar yang ramai dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang lemah mengikuti pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar melaksanakan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan,

Upload: amir-hamza

Post on 22-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Telah Banyak Mempengaruhi Budaya Kehidupan Masa Kini

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya

kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam

pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat

merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara

pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran

bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa

pelajar. Menurut Grove et al. (2004), nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu

dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan sedangkan dalam kajian Roblyer &

Schwier (2003) mendapati teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti,

menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran

yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat. Menurut Cuban (2001), justifikasi ini

timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui

keberkesanannya. Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong

kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.

Menurut Mohammed Sani (1998), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efisien tanpa menganggu objektif

pelajaran yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu mengintergrasikan teknologi maklumat

dan komunikasi dalam kurikulum sekolah untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

yang telah ditetapkan.

Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara kelebihannya, ia

amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi bilangan pelajar yang ramai dengan

kemampuan yang berbeza. Justeru itu ia dapat membantu pelajar yang lemah mengikuti

pengajaran guru berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar melaksanakan tugasan-

tugasan yang telah ditetapkan, manakala sebahagian yang lain pula boleh meneruskan

menggunakan komputer. Keadaan ini dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian pendidikan yang berbeza mengikut

tahap kemampuan pelajar. Dalam masa yang sama bagi pembelajaran dalam kalangan pelajar

yang lebih cekap diberikan aktiviti pengayaan dengan memberi peluang melayari laman web

Page 2: Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Telah Banyak Mempengaruhi Budaya Kehidupan Masa Kini

yang lebih mencabar minda pelajar. Pelajar digalakkan menjawab soalan-soalan atau gerak kerja

yang terdapat di dalam laman web bagi meningkatkan kecekapan pembelajaran mereka.