sejarah kini

21
Pengertian Sejarah 1 .0 Pengertian Sejarah 1. Tambo 2. Riwayat 3. Tawarikh 4. Peristiwa yang telah berlaku pada masa yang lalu 5. Kajian mengenai peristiwa yang masa lalu 6. Salasilah 7. Asal-usul (keturunan) 1.1 Erti Sejarah dari pelbagai pandangan ahli sejarah yang lain. Mengikut Leopold Von Ranke sejarah adalah peristiwa yang benar-benar pernah berlaku pada masa yang lalu , sehingga pengikutnya J.B.Bury mengatakan bahawa “Sejarah adalah sains, tidak lebih tidak kurang”. Akan tetapi , terdapat ahli-ahli sejarah yang tidak mempersetujui pandangan J.B.Bury dan tradisi Ranke. Antaranya ialah R.G.Collingwood , E.H.Carr , Benedetto Croce dan lain-lain. Mengikut :- 1. R.G.Collingwood , sejarah adalah satu pemikiran. 2. E.H.Carr, sejarah adalah suatu proses interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya dan suatu dialog yang tidak terputus-putus antara masa kini dengan masa lalu. 3. Croce , sejarah adalah sejarah sezaman. 4. Menurut Aristotle , sejarah merupakan peristiwa – peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan , rekod – rekod atau bukti – bukti yang kukuh. 1 [1] 1

Upload: asma1705

Post on 19-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kini

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Kini

Pengertian Sejarah

1 .0 Pengertian Sejarah

1.    Tambo

2.    Riwayat

3.    Tawarikh

4.    Peristiwa yang telah berlaku pada masa yang lalu

5.    Kajian mengenai peristiwa yang masa lalu

6.    Salasilah

7.    Asal-usul (keturunan)

1.1 Erti Sejarah dari pelbagai pandangan ahli sejarah yang lain.

Mengikut Leopold Von Ranke sejarah adalah peristiwa yang benar-benar pernah berlaku pada masa

yang lalu , sehingga pengikutnya J.B.Bury mengatakan bahawa “Sejarah adalah sains, tidak lebih tidak

kurang”.

Akan tetapi , terdapat ahli-ahli sejarah yang tidak mempersetujui pandangan J.B.Bury dan tradisi

Ranke. Antaranya ialah R.G.Collingwood , E.H.Carr , Benedetto Croce dan lain-lain.

         Mengikut :-

1.    R.G.Collingwood , sejarah adalah satu pemikiran.

2.    E.H.Carr, sejarah adalah suatu proses interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya dan suatu

dialog yang tidak terputus-putus antara masa kini dengan masa lalu.

3.    Croce , sejarah adalah sejarah sezaman.

4.    Menurut Aristotle , sejarah merupakan peristiwa – peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan , rekod

– rekod atau bukti – bukti yang kukuh.1[1]

5.    Menurut Bapa Sejarah Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh

bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

         Memang tidak dapat dinafikan pandangan J.B.Bury itu bertentangan dengan apa yang kita terima hari

ini kerana sejarah adalah kajian mengenai kemanusiaan dan bukannya bahan-bahan jirim atau unsur-

unsur sains jati dari sains semula jadi. ( see Penjelasan Sejarah )

1

Page 2: Sejarah Kini

         R.O.Winstedt (orang yang menghasilkan kamus dewan) pula menyatakan bahawa perkataan “sejarah”

ini adalah daripada perkataan Arab iaitu Syaratun yang bererti “pohon”. Beliau juga menyatakan

bahawa sejarah juga bermaksud tawarikh, babad dan salasilah. Perkataan tawarikh ini juga perlu

dijelaskan di sini. Perkataan tawarikh ini sebenarnya adalah daripada perkataan Arab iaitu al-tarikh

yang kemudiannya ditukarkan kepada bahasa Melayu dalam perkataan tawarikh. Pada zaman awal

lagi, perkataan tawarikh ini biasa digunakan oleh ahli-ahli sejarah tempatan , tetapi kewujudan

perkataan sejarah yang lebih jelas itu telah menggantikan istilah tersebut pada zaman yang baharu ini.

         Sejarah dalam bahasa asing pula , khususnya di Barat , bermaksud history (bahasa Inggeris,

maksudnya penyelidikan). Perkataan tersebut adalah berasal dari bahasa Yunani Purba iaitu historia

yang bererti penyelidikan. Kedua-dua perkataan itu yang membawa maksud penyelidikan itu

sebenarnya ada perbezaan dari erti sebenar iaitu : -

History Historia

Peristiwa yang pernah berlaku pada masa

lampau dan ingatan yang tercatat mengenai

masa lalu itu.

Ia bukan satu penyelidikan tentang peristiwa yang

silam, tetapi kajian tentang peristiwa semasa atau

sezaman ataupun ingatan seseorang penyelidik

dan penyaksi peristiwa yang diselidik dengan

berlandaskan kepada penyaksian pendengaran

dan pemerhatian.

         Sejarah melalui ruang dan waktu mengandungi dua pengertian iaitu yang pertama lebih umum, lazim,

dan luas keadaannya manakala yang satu lagi lebih khusus dan terbatas keadaannya.

         Yang pertama: sejarah adalah masa lalu itu sendiri. Sejarah sebagai masa lalu bermaksud semua

peristiwa sejarah telah berlaku dan berlalu sama ada kumpulan atau kejadian yang berasingan

bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan, yang pentingnya ia sudah berlaku dan berlalu.

         Yang kedua: sejarah merupakan suatu catatan mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada

masa lalu. Ia terbatas oleh tempat , keadaan , kebudayaan , anutan agama, dan waktu.

  Sumber sejarah:

  Sumber lisan –> peristiwa yang diceritakan oleh seseorang saksi dan dikumpulkan oleh ahli-ahli sejarah

dengan menggunakan alat perakam untuk membentuk sebuah sejarah.

Page 3: Sejarah Kini

  Tradisi lisan –> sesuatu peristiwa sejarah yang diceritakan oleh seseorang itu tetapi dia tidak

menyaksikan secara langsung peristiwa yang dia ceritakan itu atau dia tidak hadir dalam peristiwa

tersebut dan apa yang diceritakan olehnya adalah diterima daripada nenek moyangnya secara lisan.

  Babad –> 1. menurut Profesor F.J.Teggart , babad ialah satu rekod atau daftar kejadian-kejadian yang

disusun mengikut urutan waktu dan memasukkan secara berisian-sisian hal-hal yang berbeza dan

tidak bersangkut-paut antara satu sama lain manakala sejarah mementingkan paduan, ikatan, dan

perkembangan dalaman yang berkaitan dengan hal-hal yang dilaporkan oleh babad itu. 2. Menurut

Profesor A.C.Danto pula babad sebagai “catatan tentang yang yang berlaku dan tidak lebih dari itu”.

Sejarah pula cuba mengesan suatu makna di dalam fakta-fakta yang seolah-olah yang dilaporkan oleh

babad.2[2]

1.2 Tiga ciri utama dalam sejarah

              I.        Bersifat kajian : -

Dalam mengemukakan penakrifannya tentang sejarah profesor R.G. Collingwood memperakukan

unsur kajian sebagai satu ciri yang penting dan profesor Maurice Mandelbaum juga mempersetujui

pengiktirafan itu.

Mengikut R.G. Collingwood, ciri ini adalah mendedahkan usaha untuk mengetahui sesuatu yang

belum diketahui, yang mana ahli sejarah menanyakan soalan dan cuba menjawabnya.3[3] Keadaan

yang sama wujud di bidang lain contohnya bidang perubatan, sekiranya kita tidak tahu apa punca

penyakit AIDS maka para penyelidik akan menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan jawapan itu.

Dalam usaha mencari jawapan, Collingwood telah mensifatkan ini sebagai sains, kata beliau : “sejarah

adalah mengetahui sesuatu , dan dari segi itu sejarah adalah sejenis sains”.

Dalam pengiktirafan unsur tersebut , Collingwood menyebut dua implikasi yang timbul daripadanya,

iaitu : -

      I.        Kajian dalam sejarah adalah berasaskan kepada penafsiran bukti atau sumber-sumber sama ada

dalam bentuk tulisan atau kesan-kesan peninggalan lama. Seseorang ahli sejarah akan mencari

jawapan kepada soalan-soalan yang dikaji olehnya dengan menggunakan sumber atau bukti yang

dipilih olehnya.

    II.        Kajian dalam sejarah patut dibuat oleh orang yang ahli dalam bidang itu.4[4] Ini bermaksud walaupun

terdapat ramai orang yang berpendidikan tinggi terdedah kepada pemikiran sejarah tetapi mereka ini

2

3

4

Page 4: Sejarah Kini

tidak layak mereka atau memberi sebarang pendapat tentang sejarah dan hanya orang yang

berkelayakan sahaja barulah boleh mereka atau memberi pendapat tentang satu sifat, tujuan, kaedah,

dan nilai pemikiran sejarah.

Soal kajian dalam sejarah sangat penting, mengikut profesor Mandelbaum ia adalah untuk memajukan

bukti yang bebas untuk mengesahkan kebenarannya.5[5]

Perkara penting di sini ialah sejarah sebagai ilmu iaitu sesuatu tulisan yang tidak berdasarkan bukti

atau sumber (iaitu kajian) tidak boleh diiktiraf sebagai sejarah. Contohnya, tulisan yang berbentuk

kenangan-kenangan tidak boleh dilihat sebagai sejarah kerana ia adalah berdasarkan ingatan

seseorang sahaja. Contohnya, karangan YAM Tunku Abdul Rahman yang berjodol Pandang Balik

yang berdasarkan ingatan beliau semata-mata sahaja. Walaupun beliau mendakwa bahawa “semua

yang saya sebutkan adalah bertujuan untuk memberikan data, fakta dan angka-angka sejarah” ,

namun beliau juga mengakui bahawa “semua kertas-kertas yang saya simpan telah hilang semasa

saya berpindah ke Sekretariat Islam dari Jeddah pada tahun 1970 hingga tahun 1974.6[6] Jelaslah

bahawa karya beliau tidak boleh diiktiraf sebagai sejarah tetapi ia adalah satu sumber sejarah sahaja.

            II.        Ruang lingkup sejarah : -

1     Menurut F.J. Teggart, sejarah hanya tertumpu pada tindak-tanduk atau tindakan manusia sama ada

individu atau sesuatu kelompok yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti rakyat,

masyarakat dan negara.

2     Menurut Ranke, ruang lingkup sejarah terbatas dengan hal-hal peperangan, pentadbiran, tentera dan

diplomasi. Hal-hal seperti sosial, ekonomi, kedudukan wanita dan orang ramai diabaikan.

3     Ketidakpuasan hati terhadap pensejarahan tradisi itu telah melahirkan aliran-aliran baharu itu pada

abad ke-20 bagi memperluaskan ruang lingkup sejarah lagi. Antaranya termasuk aliran Annales,

sejarah sosial , sejarah rakyat.

      i.        Aliran Annales : menganjurkan “sejarah keseluruhan” atau “total history” yang mana

kegiatan-kegiatan manusia dikaji dalam konteks alam dan institusi sosial.7[7] Aliran ini dipimpin oleh

Lucien Febvre, Marc Bloch, Fernand Braudel dan lain-lain.

    ii.        Aliran Sejarah Sosial : (profesor Hobsbawm) aliran ini menitikberatkan tiga hal iaitu, pertama,

sejarah orang miskin atau kelas-kelas bawahan, kedua, kehidupan manusia dipandang dari pelbagai

sudut termasuk tabiat, adat resam dan kehidupan harian, ketiga ialah sejarah sosial berserta dengan

ekonomi yang man perubahan-perubahan ekonomi dan kesannya ke atas struktur masyarakat diberi

5

6

7

Page 5: Sejarah Kini

tumpuan.8[8] Kajian sejarah dalam aliran ini melibatkan soal kependudukan, keluarga, pergerakan

sosial, kelas dan bandar.

   iii.        Aliran Sejarah Rakyat : mengikut Dr. Samuel, aliran ini bertujuan merendahkan hal-hal politik

kepada hal-hal kebudayaan dan sosial serta menawarkan satu bentuk sejarah yang lebih luas berbeza

dari apa yang diajar di sekolah-sekolah.9[9] Beliau mencadangkan supaya kegiatan manusia dikaji dari

semua perspektif seperti alat-alat dan teknologi kepada pergerakan sosial dan kehidupan keluarga,

serta tidak mengabaikan golongan bawahan seperti penyamun dan golongan sesat.

4     Menurut R.G. Collingwood, keistimewaan sejarah ialah unsur pemikiran

dan unsur ini telah membezakan sejarah dengan sains semula jadi. Mengikut beliau, sejarah dalam

mengkaji tindak-tanduk manusia dari dua segi iaitu “lahiriah” dan “dalaman”. Dalaman merujuk kepada

pemikiran seseorang manusia yang mencetuskan sesuatu peristiwa sejarah itu dan lahiriah pula

merujuk kepada aspek fizikal tindak itu. Contohnya Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon pada

tahun 49 S.M.. Dari aspek dalaman ialah pemikiran Caesar yang mendorong beliau menyeberangi

Sungai Rubicon dan mengikut Collingwood tindakan Caesar itu adalah hasratnya untuk menentang

rang undang-undang yang digubal oleh Senat Rom bagi menyekat perebutan kuasa oleh Caesar. Dari

segi lahiriah pula adalah bagaimana atau cara Caesar dan sekutu-kutunya menyeberangi Sungai

Rubicon itu sama ada berjalan kaki atau menunggang kuda, berapa ramainya askar, apakah senjata

yang digunakan dan sebagainya. Collingwood juga menyatakan bahawa ruang lingkup sejarah ialah

ahli sejarah akan mengambil kira hal-hal yang melibatkan nasib manusia.

Idea R.G. Collingwo od VS F.J. Teggart

Contoh : satu kes pembunuhan yang dirancangkan oleh seseorang suami untuk membunuh isterinya

bagi mewarisi harta isterinya.

Sekiranya kita mengikut pendapat Collingwood yakni mengambil kira semua hal-hal yang melibatkan

nasib manusia, peristiwa pembunuhan sejarah ini harus dikaji oleh ahli sejarah dan ahli sejarah juga

berkeupayaan untuk menghayati pemikiran si suami yang melakukan itu.

Walau bagaimanapun , sekiranya kita mengikut pendapat Teggart kejadian pembunuhan itu tidak akan

dikaji oleh ahli sejarah kerana ia tidak memberi kesan kepada masyarakat atau negara. Dengan

8

9

Page 6: Sejarah Kini

mengikut pendapat Teggart itu (yakni memberi kesan kepada masyarakat dan negara), kejadian

pembunuhan yang harus dikaji dan memberi perhatian oleh ahli sejarah adalah seperti pembunuhan

Birch dan bukannya pembunuhan yang melibatkan nasib individu.

           III.        Berbentuk Narratif : -

         Satu ciri lagi ialah penggunaan narratif sebagai cara penyampaian.

         Seperti yang diutarakan oleh Collingwood, kajian ahli sejarah menghasilkan sebagai “barang siapnya

narratif sejarah” yang mana peristiwa-peristiwa yang ditinjau itu “dihubungkaitkan dengan urutan

waktu”.

         Teggart pula menyatakan bahawa sejarah sebagai pernyataan yang berbentuk narratif yang bertujuan

menyediakan paduan, di samping menjadikan persembahan sebagai satu pementasan yang

mempunyai titik permulaan, pertengahan dan kesudahan.10[10] Contohnya, karya Herodotus yang

mengenai Perang antara orang Yunani dengan orang Parsi diceritakan dan disusun mengikut urutan

waktu dengan menghuraikan dahulu keadaan yang menimbulkan ketegangan di antara orang Yunani

dengan orang Parsi dan seterusnya memaparkan perjalanan perang itu.

         Mandelbaum pula menyatakan bahawa “sebuah gambaran sejarah adalah satu narratif” dan gaya

narratif itu boleh memaparkan dengan lebih ketara perubahan yang berlaku di dalam pola kejadian-

kejadian yang dikaji itu.

         Namun bukannya semua penulisan sejarah adalah berbentuk narratif misalnya rencana Abdullah B.

Ghazali yang berjodol “Pembunuhan J.W.W. Birch’ yang satu kajian tentang pembunuhan Birch yang

tidak disusun mengikut urutan waktu. Sebaliknya, penulis mula-mula menyampaikan pandangan ahli

sejarah dahulu dan lalu menurunkan bukti yang diambil dari sumber-sumber British yang

membolehkan beliau mengenal pasti orang-orang yang memang bertanggungjawab terhadap peristiwa

tersebut.

         Kesesuaian cara narratif juga dipertikaikan oleh aliran-aliran baharu itu yakni sejarah keseluruhan

(total history) , sejarah sosial dan sejarah rakyat.

         Mereka ini mendapati bahawa gaya narratif itu hanya bertujuan penceritaan soalan-soalan “apa” dan

“bagaimana” sahaja tentang sesuatu peristiwa dan bukan menghuraikan “mengapa” yang ditekankan

oleh aliran-aliran baharu itu. Oleh itu, aliran-aliran baharu itu berpendapat bahawa cara penyampaian

narratif bukan satu cara yang paling baik digunakan itu. Aliran-aliran baharu ini lebih cenderung untuk

menganalisis masyarakat dan bukan peranan tokoh telah juga menjadikan gaya narratif kurang sesuai.

10

Page 7: Sejarah Kini

         Kaedah penganalisis lebih memberatkan “model Marxis” , “model demografi” atau “model cliometrik”

yang mana penghuraian dan penjelasan tentang masyarakat dan pola-pola perubahan sosial disertai

dengan gambar rajah, carta, graf dan data.11[11]

1.3 Kesimpulan

a.    Sejarah bererti peristiwa-peristiwa yang benar-benar pernah berlaku pada masa lalu.

b.    History (bahasa Inggeris) yang berasal dari perkataan historia Yunani Purba itu yang bermaksud

penyelidikan.

c.    Tiga ciri utama dalam pengertian sejarah ialah sejarah bersifat kajian, kajian itu adalah mengkaji tindak-

tanduk atau tindakan sosial manusia, dan hasil kajian yang disampaikan melalui penulisan sejarah

yang berbentuk narratif.

Pemikiran Tokoh – Tokoh Filsafat Sejarah dan Model   CLM Ditulis pada November 6, 2011

Leopold Von Ranke

Leopold Von Ranke (1795-1886), adalah sejarawan Jerman, ia memberikan reaksi terhadap aliran Romantisisme. Bila di zaman romatik penulisan sejarah banyak dihanyutkan oleh perasaan dan dibumbui oleh komentar serta

11

Page 8: Sejarah Kini

keindahan, maka Leopold Von Ranke tampil mengadakan reaksi menentang Romantisisme dalam sejarah. Leopold Von Ranke mengemukakan bahwa perlu dibuangnya bungkus perasaan dalam sejarah, dengan menulis sejarah seperti kejadian yang sesungguhnya.Abad kesembilan belas adalah suatu zaman agung bagi fakta, fakta secara keseluruhan dianggap memuaskan. Leopold Von Ranke mengemukakan, bahwa untuk mencapai penulisan sejarah sebagaimana sesungguhnya terjadi itu, diperlukan ke arah mencari kebenaran faktual. Leopold Von Ranke dengan amat yakin bahwa suratan takdir akan menentukan arti sejarah, sekiranya dia mengawasi fakta-faktanya. Untuk mencari kebenaran faktual diperlukan methode yaitu metode kritis. Di dalam metode kritis terdapat langkah-langkah antara lain, kritik ekstern dan intern terhadap sumber, mempunyai sikap kritis dan menggunakan perbandingan sumber. Leopold Von Ranke di dalam penulisan sejarah berusaha untuk dapat seobyektif mungkin, dan yakin bahwa sejarah dapat ditulis secara obyektif. Bertolak dari fakta sejarah dan digarap dengan metode kritis, Leopold Von Ranke yakin dapat menerangkan yang sebenarnya terjadi. Bapak metode sejarah kritis ini mengatakan bahwa ”Sejarah baru mulai apabila dokumen dapat dipahami, lagi pula, cukup banyak dokumen yang dapat dipercaya”. Selain itu ia juga berpendapat ”Fakta tidak perlu diwarnai, dihias, dengan maksud disesuaikan dengan selera atau nilai subjektif tetapi diungkapkan seperti apa adanya, jadi terlepas dari segala kepentingan”(2) . Adanya metode kritis dari Leopold Von Ranke ini, maka sejarah dianggap syah sebagai ilmu sejarah.

Georg Wilhelm Friedrich Hegel

Dalam pembahasan tentang dialektika Hegel terhadap filsafat sejarah kali ini, terlebih dahulu kita mengetahui filsafatnya tentang Yang Absolut atau Roh Mutlak, di mana Hegel mengatakan bahwa Yang Absolut adalah totalitas, yaitu seluruh kenyataan. Seluruh kenyataan ini dipahami Hegel sebagai suatu “proses menjadi”. Namun, Hegel tidak hanya menggambarkan pada suatu proses saja, melainkan apa yang menjadi tujuan dalam proses itu sendiri. Kemudian Hegel memahami Yang Absolut adalah sebagai subjek, di mana objeknya adalah dirinya sendiri. Sehingga Hegel membuat pernyataan bahwa Yang Absolut adalah subjek yang memikirkan dirinya sendiri atau pikiran yang memikirkan dirinya sendiri. Dengan kata lain, Hegel mengartikan Yang Absolut adalah Roh Mutlak.

Hegel juga mengatakan bahwa segala sesuatu atau fenomena dipahami sebagai aktivitas Roh, karena segala apapun ada dalam Roh. Dalam dunia Roh-lah yang menjadikan sejarah universal berada di dalamnya. Di mana secara umum kita mengetahui bahwa dunia tidak hanya mencakup pada alam fisik saja melainkan juga pada alam psikis. Akan tetapi dunia Roh di sini memiliki peran dalam metode perkembangannya yang merupakan salah satu tujuan substansial manusia.

Ini merupakan kunci penting pandangan Hegel tentang sejarah yang pandangannya berkaitan dengan Roh. Di mana secara substansi, hakikat Roh adalah kebebasan, karena semua kualitas yang ada pada Roh terletak dalam kebebasan dan kebebasanlah satu-satunya kebenaran Roh. Dalam filsafatnya, Hegel membagi Roh dalam dua bagian, yaitu Roh Subjektif dan Roh Objektif. Roh Subyektif memiliki tiga macam tahap peralihan dari alam kepada Roh, yaitu jiwa manusia yang merupakan tahap terendah yang dipahami sebagai subjek yang menginderai, tahap kedua adalah kesadaran diri, dan ketiga pikiran subjektif. Sedangkan Roh Objektif adalah Roh yang mengobjektivikasi diri dalam kehidupan sosial.

Dari sinilah sejarah dimasukkan ke dalamnya dan sejarah pun termasuk ke dalam Roh Objektif, seperti filsafat politik atau hukum. Kemudian Roh dikaitkan lagi dengan dialektika yang dipaparkan Hegel, di mana dalam dialektika Hegel dijelaskan bahwa proses dialektika mempunyai tiga fase, yaitu thesis, anti-thesis, dan sintesis.

Pemikiran Hegel yang senantiasa berdialektika terhadap realitas dan memandang adanya “realitas mutlak” atau Roh Mutlak atau idealisme mutlak dalam kehidupan, sangatlah mempengaruhi dalam memandang sejarah secara global, ini terbukti saat dialektikanya mampu memasukkan pertentangan di dalam sejarah sehingga dapat mengalahkan dalil-dalil yang bersifat statis. Bahkan hingga terbukti pembuktian- pembuktian ilmiah yang dihasilkan. Dari sanalah filsafat sejarah layak ditempatkan, sebagai bagian yang utuh dari dunia kefilsafatan.

Page 9: Sejarah Kini

Karena proses dialektika menuju Roh Yang Mutlak inilah yang kemudian memberikan dasar bagi filsafat Hegel mengenai sejarah. Baginya sejarah adalah proses realisasi Idea yang Mutlak. Pada mulanya, Ruh Absolut ini menampakkan dirinya pada dunia melalui bentuknya yang paling sederhana. Tetapi melalui proses dialektik, Ruh ini, yang menjadi determinan gerak laju sejarah, menjadi semakin kompleks dan akhirnya menampakkan dirinya sebagai Idea Yang Mutlak, yang tidak ada sesuatu selain dirinya sendiri.

Hegel juga memandang bahwa sejarah merupakan suatu kondisi perubahan atas realitas yang terjadi, dia pula yang menyatakan sejarah menjadi sebuah hasil dari dialektika, menuju suatu kondisi yang sepenuhnya rasional. Menurutnya dialektika merupakan proses restorasi yang perkembangannya berasal dari kesadaran diri, yang akhirnya akan mencapai kesatuan dan kebebasan yang berasal dari pengetahuan diri yang sempurna, dia pula merupakan suatu aktvitas peningkatan kesadaran diri atas pikiran yang menempatkan objek-objek yang nampak independen ke arah rasional, yang kemudian diadopsi Marx menjadi bentuk lain yakni “alienasi”.

R. G. Collingwood

R.G. Collingwood adalah seorang ahli filsafat terkemuka, terutama dalam bidang filsafat sejarah. Pada masa hayatnya dia adalah Guru Besar dalam bidang Filsafat Metafisika yang dijabatnya dari tahun 1935 sampai dengan tahun 1941 di Universitas Oxford Inggris. Namun pada masa hidupnya dia tidak begitu dikenal, tetapi setelah meninggal tahun 1943, barulah para ahli sejarah mengakui kehebatannya di dalam bidang sejarah dan mereka merasa berhutang budi kepadanya. Tulisan-tulisannya yang berupa makalah-makalah yang disampaikannya di dalam ceramah-ceramah, diterbitkan secara anumerta sehingga para ahli menamakan bukunya ini sebagai “one of the great voices of our time” sebagai satu pemikiran besar pada masa sekarang ini. Collingwood menganggap ide modern terhadap sejarah dimulai pada masa Herodotus sampai kepada masa sekarang ini. Baginya sejarah bukanlah apa yang dapat dibaca dari buku-buku dan dokumen-dokumen, karena itu hanya merupakan keinginan dari orang sekarang. Dalam pemikiran ahli sejarah adalah apabila dia memberikan kritik dan interpretasi dokumen-dokumen itu, yang dengan demikian memberikan bayangan baginya mengenai ciri-ciri dari pemikiran-pemikiran yang diselidikinya.

Secara singkat pandangan Collingwood mengenai masalah filsafat sejarah, pada dibagi kepada dua:

1. Mengenai ide modern yang berkembang semenjak Herodotus sampai abad ke 20.2. Gambaran-gambaran filsafat mengenai sifat, isi dan metode sejarah.

Model CLM

model CLM (Cover Law Model). Model ini diperkenalkan oleh David Hume, seorang filosof dari Skotlandia (1712-1776). Model ini sebagai bentuk pengembangan metode penilitian imiah. Pada era abad 18-an diharuskan seluruh penilitian menggunakan pedoman eksata yang diwajibkan untuk membuat sebuah hukum atau teori sejarah. CLM disini mengenalkan sebuah hukum dalam pola suatu peristiwa sejarah. Berikut rumus dari CLM :

(1) C1 (C2, C3, …) E

(2) C1 (C2, C3, …)

(3) E

sehingga hukum tersebut menjadi patokan formal dalam menerangkan peristiwa sejarah. Adapun keterangan dari rumus diatas apabila dijadikan sebuah premis yaitu ;(1) C1 (C2, C3, …) E ,Terdapat pola-pola C1 (C2, C3, …)yang dapat mendorong terjadinya suatu peristwa E.

(2) C1 (C2, C3, …) , Bila terdapat pola-pola yang sama maka dapat diperkirakan hasil dari kejadian yaitu

(3) E , Peristiwa E .

Page 10: Sejarah Kini

Maka dapat ditarik sebuah kesimpulan apabila terdapat ciri-ciri atau pola-pola sama dengan masa silam dapat memicu terjadinya peristiwa yang sama seperti masa lampau di masa sekarang.

Meski CLM dijadikan hukum secara umum dalam menerangkan peristiwa sejarah, namun model ini terdapat beberapa kekurangan sehingga dalam buku Anker Smith menyebutkan banyak dari kalangan filosof sejarah mengkritik model tersebut. Diantara para filosof yaitu W.H. Dray yang secara mati-matian menyerang CLM. Kekurangan dari model ini antara lain;(1) Jarak antara eksplanans dan ekplanandumnya. (2) Keberatan terhadap pola hukum probabilitas. (3) Sifat formal dari CLM.

Menurut saya teori yang paling dapat untuk dipertanggungjawabkan adalah teori Leopold von Ranke. Von ranke, yang mengembangkan penulisan sejarah dengan metode modern. Yaitu tidak hanya dengan memaparkan bukti bukti sejarah secara mentah akan tetapi juga memaparkan pendapat kita sebagai penulis sejarah. Hal ini membuktikan bahwa dalam mengungkap suatu peristiwa sejarah kita tidak mungkin mengungkap suatu kejadian sejarah hanya dengan bukti mentah tanpa menganalisis kebenarannya dan menarik suatu hubungan antara bukti sejarah satu dengan yang lainnya. Salah satu cara untuk membuktikan pendapat ini adalah dengan ilmu bantu yang lain,hal ini dimaksudkan untuk mengidentifikasi kejadian yang sebenarnya.

  1Adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada peristiwa sejarah yang adaunsur pemikiran semata-mata?Wilma Binti Talib1.0 Pengenalan

Page 11: Sejarah Kini

Sejak abad ke -14 sehingga kini, beberapa takrifan sejarah telah diutarakanoleh para sarjana. Menurut Collingwood, sejarah merupakan satu bidang ilmu yang bersifat kajian yang mana menyelidik peristiwa pada masa lepas.1Hal ini menunjukkan bahawa Collingwood memperakui unsur kajian atau penyelidikan sebagai satu ciri yang penting dalam mengemukakan takrifaannya tentang sejarah.2Bagaimana pula denganruang lingkup sejarah?Timbul persoalan tentang apa yang perlu dikaji dalam bidang sejarah. Terdapat banyak pandangan tentang apa yang perlu dikaji dalam kajian sejarah sehinggamenimbulkan perdebatan dalam kalangan sejarawan. Menurut R. G Collingwood peristiwa yang dikaji dalam sejarah bukanlah kejadian semata-mata. Ia mempunyaiunsur dalaman ataupun unsur pemikiran. Oleh yang demikian penjelasannyamemerlukan pengkajian pemikiran sipelaku sejarah itu. Merujuk kepada pandanganCollinwood ini, adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada peristiwa sejarah yangada unsur pemikiran semata-mata? Bagaimana pula dengan tindakan manusia yangtidak mempunyai unsur dalaman tetapi memberi kesan kepada masyarakat atau negara,adakah hal tersebut tidak perlu dikaji oleh para sejarawan? Dalam penulisan ini beberapa hujah tentang pendapat Collingwood berkaitan ruang lingkup sejarah akandiutarakan begitu juga persoalan-persoalan yang timbul tentangnya dan kritikan

  2kelemahan idea Collingwood akan dijelaskan dengan mengemukakan beberapa contoh peristiwa.2.0 Tafsiran Collingwood tentang sejarahR.G. Collingwood pernah mengatakan: ´Sains menyelidiki sesuatu perkara dandari segi itu sejarah adalah sains´.3Di sini menunjukkan bahawa sejarah itu disamakandengan sains di mana kajian-kajian mesti dibuat bagi mencari kebenaran dan bukti-buktisesuatu perkara itu terjadi. Hal ini menunjukkan sejarah dan kajian tidak bolehdipisahkan. Jadi untuk menghasilkan penulisan sejarah, kajian hendaklah dijalankan dan persoalannya hal apa yang perlu dikaji?Menurut Collingwood, kejadian yang perlu dikaji dalam sejarah adalahtindakan yang reflektif iaitu mempunyai unsur pemikiran. Unsur pemikiran inilah yangmembezakan kajian sejarah dengan kajian alam semulajadi yang mana dalam kejadianalam tidak wujud unsur dalaman. Kejadian alam boleh dianggap bersejarah dalamsifatnya jika ia dapat memenuhi syarat iaitu proses kejadian alam itu ditentukan olehaspek pemikiran. Namun syarat ini tidak dipenuhi, maka wujud perbezaan di antarasejarah dan sains semulajadi dan tanggapan tentang kesejarahan semua hal tidak  berasas.4 Oleh itu, kejadian bencana alam seperti taufan, banjir kilat, gempa bumi danletusan gunung berapi disingkirkan dalam bidang kajian sejarah. Sebagai contoh, peristiwa Tsunami pada 25 Disember 2004 yang berlaku di Aceh telah meragut beribu-ribu nyawa manusia dianggap tidak perlu dikaji oleh ahli sejarah jika menurutCollingwood kerana tidak wujud unsur pemikiran dalam proses kajadian bencana alamtersebut.Tindakan manusia yang tidak reflektif seperti tingkah laku manusia yangditentukan oleh sifat kebinatangan, nafsu dan selera manusia. Contohnya, soal makandan tidur tidak perlu dikaji kerana perkara tersebut berpunca daripada naluri semula jadisebagai seorang manusia begitu juga dengan kejadian-kejadian biologi seperti kelahiran,tumbuhbesaran, kematian dan penyakit tidak perlu dikaji dalam sejarah kerana iamerupakan proses semula jadi dan bukannya berpunca daripada pemikiran reflektif.Persoalan emosi juga menurut Collingwood tidak perlu dikaji. Penyingkiransoal perasaan dan emosi dalam skop kajian sejarah mendapat bantahan. Prof W.HWalsh yang merupakan ahli falsafah berpendapat bahawa Collingwood telahmenyempitkan istilah pemikiran hanya kepada perkara yang reflektif sahaja. IdeaCollingwood bertentangan dengan idea aliran Idealis sseperti Wilhelm Dithey yangmenganggap pemikiran reflektif merangkumi unsur perasaan, emosi dan juga sensasimanusia. Walau bagaimanapun, tidak dapat

Page 12: Sejarah Kini

dinafikan wujud satu garis pemisah yangmutlak antara pemikiran reflektif dan unsur-unsur emosi, perasaan dan sensasi.Seterusnya, Collingwood turut tidak memberi perhatian kepada soal ingatan atau persepsi. Sebagai contoh, usaha untuk mengingati sesuatu nama atau perkara yangterlupa. Hal ini demikian kerana ahli sejarah tidak berkemampuan untuk menghayatisemula pengalaman orang yang berkemungkinan mempunyai cara yang berbeza-bezauntuk mengingati atau melihat sesuatu. Setiap pengalaman yang cuba untuk diingatsemula tidak seratus peratus tepat dengan perkara sebenar yang telah terjadi.  43.0 Dua unsur utama dalam pengkajian sejarahMenurut Collingwood, unsur pemikiran merupakan keistimewaan sejarah yangtidak ada dalam ilmu sains dan sejarah sejarah adalah sejarah pemikiran yangmementaskan kembali pemikiran masa lampau di dalam akal fikiran sejarahwan.5 Collingwood menyimpulkan kajian sejarah mesti meliputi dua aspek yang penting iaitutindakan dalaman manusia dan tindakan luaran manusia. Hal ini menunjukkan bahawa peristiwa yang dikaji dalam sejarah itu bukanlah kejadian semata-mata. Unsur  pemikiranlah yang menjadi titik tolak sama ada sesuatu kejadian itu perlu dikaji atautidak dan penjelasannya semestinya memerlukan pengkajian pemikiran sipelaku sejarahitu.Tindakan dalaman manusia merupakan pemikiran manusia yang mencetuskanatau yang mendorong seseorang untuk melakukan suatu tindakan, pemikiran inimerupakan satu perancangan yang dibuat oleh si pelaku sejarah manakala tindakanluaran pula merupakan aspek fizikal tindakan itu yang mana asalnya daripada tindakandalaman. Collingwood juga mendakwa bahawa tindakan manusia yang dikaji dalamsejarah adalah terbatas hanya kepada apa-apa yang didorong oleh pemikiran reflektif.Sebagai contoh, peristiwa Julius Caeser menyemberangi sungai Rubicon pada tahun49S.M. Dalam peristiwa tersebut, perkara yang perlu dikaji ialah aspek dalaman iaitu pemikiran Caeser yang mana didorong oleh hasratnya menentang rang undang-undangyang digubal oleh Senat Rom yang menyekat perluasaan kuasanya. Aspek lahiriah pulamenyentuh tentang bagaimana Caeser dan sekutunya menyemberangi sungai Rubicon, berapa bilangan tentera yang turut serta dan senjata jenis apa yang mereka gunakanSeterusnya, perkara-perkara lain boleh dianggap sebagai objek sejarah adalahhal-hal yang ada pemikiran reflektif iaitu sesuatu yang dirancang atau mempunyai niattertentu sebagaimana perkara berkaitan politik dikaji kerana setiap tindakan ahli politik itu adalah reflektif. Hal ini demikian kerana ahli politik mempunyai sebuah dasar iaitusebuah rancangan yang difikirkan sebelum pelaksanaan, dan kejayaan yang diperolehisetimpal dengan tindakan yang dilaksanakan. Sebagai contoh, tindakan Hitler menyerang beberapa wilayah Jerman yang pernah jatuh di tangan musuh selepas PerangDunia Pertama adalah kerana wilayah tersebut mempunyai potensi untuk memulihkanekonomi Jerman kerana kekayaan hasil bumi disamping mampu menarik pelaburandaripada luar Jerman. Misi inilah yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua1939. Jelas dapat dilihat Hitler sebagai peminpim politik membuat keputusanmenyerang wilayah-wilayah tersebut atas tujuan tertentu bukan kerana dia saja berperang tanpa ada sebarang matlamat.Peperangan juga boleh dikaji dalam sejarah kerana tujuan seseorang pemimpin boleh difahami daripada laporan-laporan yang telah dicatat. Melalui kajian dan penyelidikan daripada laporan-laporan yang dibuat oleh seseorang pemimpin misalnyamembolehkan kita membina semula dalam akal kita akan rancangan peperangan yangcuba dilaksanakan olehnya. Sebagai contoh, perang Teluk oleh Amerika Syarikat keatas Iraq ada tujuannya. Amerika Syarikat mendakwa bahawa pasukan ketenteraan yangdiketuai oleh negara mereka bertujuan untuk menghentikan pencerobohan Iraq ke atasKuwait pada tahun 1990. Namun hakikatnya tindakan Amerika Syarikat ini bukanlahsemata-mata ingin membebaskan Kuwait dari pencerobohan Iraq tetapi sebaliknyaAmerika Syarikat sememangnya sudah merancang untuk menguasai Iraq yang kayadengan minyak petrol dan dengan menguasai Iraq maka Amerika Syarikat akan mampuv 

Page 13: Sejarah Kini

6menguasai ekonomi seluruh dunia. Begitu juga dalam hal ekonomi, agama dan akhlak,selagi ada tindakan reflektif maka hal yang demikan boleh dikaji dalam sejarah.4.0 Kritikan Kelemahan Pandangan CollingwoodMenurut Collingwood, mana-mana kejadian yang melibatkan pemikiran reflektif  perlu dikaji dalam sejarah sama ada dalam aspek politik, ekonomi, sosial mahupunagama boleh dikaji dalam sejarah. Sebagai contoh, kes pembunuhan yang dirancangoleh seorang suami untuk mewarisi harta isterinya. Bagi Collingwood, kejadian pembunuhan ini perlu dikaji kerana melibatkan tindakan yang didorong oleh pemikiranreflektif iaitu pembunuhan tersebut dirancang oleh si suami untuk mewarisi hartaisterinya. Ahli sejarah berkeupayaan untuk menghayati semula pemikiran si suami yangmelakukan pembunuhan dengan mengkaji tindakan lahiriah si suami yang membunuhisterinya. F. J Teggart mendakwa bahawa bidang kajian sejarah itu hanya tertumpukepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok sepertirakyat atau negara. Selain itu, perjuangan genting yang menentukan nasib bangsa dannegara merupakan suatu hal yang perlu dikaji dan bukanlah mengkaji tentang kehidupanseseorang individu.6 Melalui takrifan ruang lingkup sejarah menurut Teggart ini maka dapat kitasimpulkan kejadian pembunuhan tersebut tidak perlu dikaji kerana ianya bukanlah peristiwa yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat yang besar. Walaupun peristiwa pembunuhan si suami terhadap isterinya ini merupakan tindakan individu danmemberi kesan kepada dirinya dan mungkin juga melibatkan kelompok kecil sepertikeluarga mereka tetapi ianya tidak melibatkan kesan kepada kelompok yang besar 6F. J Teggart, 1972,Theory and processes of history,hal 18.

seperti kelompok masyarakat dan negara. Dalam hal ini pendapat Collingwood tidak sesuai digunakan kerana pembunuhan kes seperti ini walaupun melibat unsur pemikirannamun ianya tidaklah sepatutnya dikaji sebagai peristiwa sejarah kerana pembunuhansebegini merupakan sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat dan bukan sesuatuyang besar kesannya kepada kelompok yang besar.Lain pula halnya apabila terjadi satu peristiwa yang sama sekali tidak dirancangtetapi memberi kesan yang besar kepada kelompok masyarakat dan negara. Sebagaicontoh individu A secara tidak sengaja telah membunuh individu B dan kes pembunuhan ini telah telah mengakibatkan rusuhan kaum dalam sebuah negara. Jikamenurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikaji kerana ianya tidak melibatkantindakan reflektif. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengemukakan idea Teggarttentang ruang lingkup sejarah. Menurut Teggart peristiwa ini hendaklah dikaji keranaianya merupakan tindakan manusia yang akhirnya memberi kesan yang sangat besar dalam sesebuah negara yang mana pembunuhan tanpa niat ini mengakibatkan rusuhankaum dan huru hara dalam masyarakat mahupun negara. Nyata disini terdapatkelemahan pada idea Collingwood yang hanya memfokuskan kajian sejarah hanyakepada kajian peristiwa yang mempunyai unsur pemikiran semata-mata sedangkanterdapat juga kejadian-kejadian yang tidak dirancang menjadi sejarah sesebuah negarakerana kesan besar yang dialami itu sama ada positif atau negatif.Demikian juga dengan kejadian spontan yang berlaku akibat perasaan marahkadang kala membawa kesan-kesan seperti peperangan dan rusuhan. Sebagai contoh,kemalangan yang melibatkan dua puak yang berbeza

Page 14: Sejarah Kini

digempar-gempurkan sehingga isuyang kecil itu menjadi besar dan mengakibatkan bergaduhan dan menimbulkan huru-hara yang melibat kedua-dua puak tersebut. Kejadian ini pada dasarnya hanyalahdidorong oleh emosi contohnya marah yang meluap-luap dan sipelaku sejarah tidakmerancang kejadian tersebut. Menurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikajidalam sejarah kerana tidak melibatkan unsur pemikiran dan ianya sememangnya bertentang dengan ciri-ciri pensejarahan yang dicadangkan olehnya iaitu unsur emosidiketepikan dalam ruang lingkup sejarah yang mana kejadian-kejadian yang melibatkanunsur emosi tidak harus dikaji. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengutarakanidea Teggart yang mana menurut Teggart kejadian ini dianggap sejarah kerana member kesan besar kepada kelompak yang besar. Kejadian ini melibatkan dua puak yang bergaduhan antara satu sama lain akibat suatu perkara yang tidak dirancang dan ianyahanyalah kejadian spontan tetapi disebabkan kejadian ini memberi kesan kepadakelompak yang besar maka menurut Teggart kejadian adalah sejarah dan wajar dikaji.Idea Collingwood yang menyempitkan lingkup sejarah hanya kepada peristiwayang melibatkan pemikiran reflektif juga dibantah oleh E.H Carr. Menurut E. H Carr,kajian sejarah adalah kajian tentang sebab-munasabab.

7Hal ini bermaksud kajian yangdilakukan bukanlah kajian pemikiran sipelaku sejarah tetapi kajian tentang persoalansebab-munasabab tindakan yang telah dilakukan dan kesannya. Walaupun menurutCollingwood kajian luaran itu dapat mengambarkan pemikiran si pelaku sejarah namuntidak semua tindakan lahiriah mencerminkan pemikiran sebenar si pelaku sejarah. Namun timbul kesangsian terhadap kajian pemikiran reflektif si pelaku sejarah samaada benar dapat dirungkai dengan kajian luaran atau tidak?Berkemungkinan apa yang dirancang oleh si pelaku sejarah itu tidak seratus peratus terjadi seperti apa yang dirancangnya. Sebagai contoh gerakan reformasi MartinLuther pada tahun 1483-1546 bertujuan untuk menentang penyelewengan yangdilakukan oleh gereja Katolik Rom dan cuba membawa pembersihan dalam agamatersebut. Namun kesan tindakannya agama Kristian terpecah kepada dua mazhab iaitumazhab Protestan yang dibawa olehnya dan mazhab Katolik yang dikatakan sudahdiseleweng. Tujuan utama gerakan Refomasi yang dipinpim oleh Martin Luther tidak tercapai dan hal ini menunjukkan pemikiran Martin Luther tidak mencerminkan apayang terhasil pada akhirnya. Jadi wajarlah aspek pemikiran itu tidak boleh dikaji keranaapa yang terhasil pada akhirnya tidak sepenuhnya mencerminkan pemikiran si pelakusejarah. Tuntasnya, bukan mudah menghayati semula pemikiran sipelaku sejarahwalaupun adanya bantuan daripada kajian unsur luaran. Apa yang perlu dikaji adalah peristiwa-peiristiwa masa lalu yang mungkin penting atau tidak dan para sarjana yangakan memilih untuk mengambil peristiwa tersebut sebagai sejarah atau tidak.8 4.0 KesimpulanKesimpulannya, walaupun pandangan Collingwood tentang kajian unsur  pemikiran dalam sejarah nampak kuat dan kukuh dengan sokongan hujah-hujah yangtelah dikemukakan namun pandangannya masih mempunyai kelemahan-kelemahantertentu. Pandangan-pandangan sarjana yang lain seperti Teggart dan E. H. Carr nyatadapat membidas hujahan Collingwood tentang kajian unsur pemikiran dalamsejarah.Hal ini demikian kerana tidak semua perkara yang terjadi di dunia ini mampudikawal oleh pemikiran yang mana kadang kala perkara-perkara diluar jangkaan berlakudan menjadi peristiwa bersejarah sama ada hal-hal yang dilakukan secara tidak sengajaatau spontan. Lagipun, untuk apa kita mengkaji kejadian-kejadian yang ada unsur  pemikiran semata-mata sedangkan hakikat untuk memasuki dan memahami sanubarisipelaku sejarah itu mustahil.  10Kajian sebab-munasabab lebih wajar digunakan dalam kajian sejarah keranaianya dapat merungkai semua persoalan seperti bagaimana, kenapa, siapa, dimana danlain-lain persoalan lagi. Bukankah

Page 15: Sejarah Kini

sejarah itu skopnya luas dan tindakan Collingwoodini nyata menyempitkan ruang lingkup kajian sejarah. Sejarawan seharusnya mendekatidan meneroka ruangan yang baru dan terpinggir bukan hanya berfokuskan kepadakajian unsur pemikiran sahaja. Sekiranya kajian sejarah hanya kejadian-kejadian yangada unsur pemikiran, maka tiadalah sejarah penempatan, sejarah pinggiran dan sejarahetnik dan sejarah dari bawah. Ruang lingkup sejarah seharusnya dibuka dengan seluas-luas alam agar lebih banyak kajian dan penyelidikan sejarah yang dapat dilakukan demikepentingan ilmu pengetahuan masyarakat, negara mahupun serantau

Page 16: Sejarah Kini