perkembangan pendidikan di malaysia

55
1. REFLEKSI 2. ESEI : (a) (b) 3 FORUM JUMLAH EDU 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK PORTFOLIO PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR KUMPULAN EL-A05

Upload: anas-saffuan-alkodiangi

Post on 15-Apr-2017

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. REFLEKSI2. ESEI :

(a)(b)

3 FORUMJUMLAH

EDU 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIOPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH

DAN DASAR

KUMPULANEL-A05

NAMA TUTOR E-LEARNING  : DR MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIBTARIKH SERAH : 15 DISEMBER 2011

Page 2: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

ISI KANDUNGANHalaman

1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN:1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah

pembangunan insan dan negara 3

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 5

1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan 6

1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 7

1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 9

1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 10

1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia 12

1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan 14

1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia 15

1.10 Akta Pendidikan 1996 16

2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi

kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

18

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. 25

3.0 FORUM E-LEARNING3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan

tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

31

3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda. 33

3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. 34

3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. 36

3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan. 38

2

Page 3: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menceritakan perihal perkembangan sejarah pendidikan di Malaysia seiring dengan peredaran zaman. Perkembangan pendidikan ini telah digarap dengan baik oleh masyarakat dahulu bagi meneruskan kemandirian didalam hidup mereka . Unit ini juga telah mengupas pendidikan era sebelum penjajahan Inggeris; semasa penjajahan Inggeris ; sebelum kemerdekaan; era selepas kemerdekaan. Pendidikan era selepas kemerdekaan pula menceritakan pendidikan sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta pendidikan dalam era melinium. Semasa pendidikan sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan dijalankan secara tradisional iaitu lebih kepada ilmu warisan turun temurun yang diwarisi generasi ke generasi lain. Berkesinambungan dari situ perkembangan pendidikan boleh dilihat berkembang semasa penjajahan Inggeris (1786-1957) dan era sebelum kemerdekaan yang melibatkan beberapa tokoh. Hasil daripada ketokohan mereka, sistem pendidikan era selepas kemerdekaan telah mengalami satu lonjakkan. Sistem pendidikan terus berkembang dengan pesatnya pada era melinium dengan pendidikan lebih bercirikan global. Selain itu juga dalam ini turut mengupas fungsi pendidikan ke arah pembangunan insan dengan mengikut acuan yang telah ditetapkan dalm FPN dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Dimensi Sosial Merupakan sesuatu yang melekat pada kebudayaan yang diadaptasi secara turun temurun oleh pewarisnya dan hal ini sangat berkait erat dengan nilai adat istiadat.

2. Modal Insan Manusia dilihat sebagai 'modal' yang dinamakan 'modal insan'dan merupakan aset tenaga yang sungguh bernilai dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, dan pembangunan negara.

3. Golongan teknokrat Golongan yang mahir dalam bidang sains dan kejuruteraan ataupun teknologi seperti pakar-pakar perubatan, jurutera-jurutera, pakar IT dan sebagainya.

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terdahulu ianya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia merupakan dasar dan menjadi garis panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia.

5. Pendidikan tradisional

Pendidikan yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu dan ianya diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

3

Page 4: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Unit ini memberi lebih banyak pendedahan kepada saya tentang sejarah pendidikan yang berkembang pesat dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi kesedaran dan manfaat kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab yang akan diberikan kepada saya bagi meneruskan perkembangan yang positif dalam sistem pendidikan dewasa ini.Sebagai seorang guru seharusnya kita perlu mengkaji dan mengimbau kembali sejarah agar ianya dapat menjadi pedoman dan panduan dimasa akan datang.

UNIT TAJUK

4

Page 5: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK):HURAIAN DAN PENGHAYATAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dihuraikan dalam unit ini. Guru merupakan agen penyampai maklumat haruslah menghayati dasar pendidikan dalam FPK ini. Selain dari menghuraikan secara mendalam mengenai dasar FPK, definisi falsafah dari barat dan falsafah dalam Islam juga telah diselitkan bagi membuat perbandingan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, apabila difahami turut menerapkan kedua-dua falsafah itu agar menjadi lebih sempurna. FPK bersesuaian untuk diterapkan kepada seluruh masyarakat. Ini kerana ia akan menjadi teras kepada perpaduan antara masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita disebabkan terdapat elemen Rukun Negara yang terkandung didalamnya.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Epistemologi Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu "episteme" dan "logos". "Episteme" bermaksud pengetahuan manakala "logos" pula bermaksud teori. Epistemologi membahas secara mendalam segenap proses yang terlihat dalam usaha kita untuk memperolehi pengetahuan.Dari segi bahasa bermaksud teori tentang ilmu pengetahuan.

2. Logik Dari fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip adalah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu samada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung) dan demonstrasi (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian)..

3. Mazhab Bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam

4. Metafizik Merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.

5. Falsafah Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada kata pinjaman bahasa Arab yang فلسفة juga berasal daripada perkataan yunani philo dan sophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan bertujuan untuk mencari kebenaran.

1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang maksud FPK dan keperluan menghayatinya. Dasar FPK yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk lebih berpandukan FPK agar dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

UNIT TAJUK

5

Page 6: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Penghasilan guru yang berkualiti pula didasarkan kepada FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Manakala yang kedua pula telah memberi fokus kepada pembinaan dan perkembangan profesionalisme guru yang memerlukan guru membina sikap, pengetahuan dan kemahiran agar menjadi seorang guru yang mantap. Fokus yang ketiga pula menghuraikan kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang perlu menjadi rujukan kepada guru. Fokus keempat pula merujuk kepada Standard Guru Malaysia yang perlu dipelihara oleh guru agar profesion perguruan akan lebih jitu dan mantap .

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Standard Guru Malaysia

Suatu piawaian yang ditetapkan bagi menilai amalan nilai profesionalisme keguruan dalam setiap aspek yang berkaitan dengan jaminan guru yang dihasilkan benar-benar berkualiti tinggi.

2. Kompeten Layak untuk melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan sempurna.

3. Profesionalisme (profesionalisme) sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

4. Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno falsafah moral) merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan yang betul atau prinsip akhlak atau kelakuan yg baik (atau mulia).

5. Martabat Kedudukan pada pandangan mata masyarakat, darjat, pangkat dan maruah.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini didapati banyak memberi pendedahan kepada saya tentang kriteria atau ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk mengetahui matlamat dalam pembinaan watak seorang guru dari segi pemikiran dan amalan.Walau bagaimanapun terdapat kelemahan/kekurangan di dalamnya seperti tidak begitu menyerlahkan agama dalam dasar FPG. Oleh itu saya mencadangkan rujukan berlandaskan agama perlu sebagai penambahbaikkan agar dapat melahirkan seorang guru yang baik dan mengamalkan ilmu agama yang dianutinya.

6

Page 7: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

4 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membincangkan tentang 5 subtopik yang berkaitan dengan dasar-dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia . Dalam subtopik yang pertama ia mengfokuskan kepada kepentingan dan matlamat dasar dalam kehidupan. Dasar-dasar yang dikaji dengan teliti dilihat dapat mencorak perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih baik. Seterusnya fokus kedua ialah tentang dasar yang telah diikuti masyarakat terdahulu hingga sekarang. Disitu kita dapat merumuskan bahawa penjajah sememangnya sengaja meminggir dan membiarkan penduduk berada ’dibawah tempurung’ dan ini menyebabkan berlaku kemunduran masyarakat terdahulu sebelum era kemerdekaan.Fokus ketiga ialah dasar & hala tuju pendidikan, disini kita dapat melihat perubahan dan rombakan dasar yang telah dicipta dapat menentukan hala tuju pendidikan kearah yang lebih sistematik. Manakala fokus yang keempat pula membincangkan mengenai elemen dan landasan dasar yang telah digubal dalam pendidikan di malaysia. Dasar-dasar yang digubal ini berdasarkan rujukan daripada dasar-dasar yang telah diguna pakai sebelumnya. Fokus terakhir berkaitan dengan dua dimensi dasar pendidikan Malaysia. Dua dimensi dasar ini menjadi tunjang perkembangan pendidikan di Malaysia.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Dimensi Aspek baru yg harus dicari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yang hakiki dan tercapai.

2. Ordinan Membawa maksud perintah, peraturan atau undang-undang . Ianya dibentuk oleh pihak berkuasa didalam bidang yang berkaitan dengannya.

3. Holistik bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja: model ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi.

4. Dualisme Keadaan ini wujud apabila dua sifat yang ketara saling bertentangan pada diri seseorang.Fahaman yang berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan seperti antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap.

5. Dasar Merupakan rancangan yg menentukan dasar-dasar yg akan dijalankan pelbagai bidang atau sektor (pembangunan, politik, pendidikan dan sebagainya).

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini, memberi banyak pendedahan kepada saya mengenai dasar yang digubal dan dilaksana untuk tujuan disiplin atau kawalan , inovasi, solusi dan kebajikan atau perkhidmatan. Sebagai seorang guru yang menjadi pelaksana, perlulah akur dengan setiap

7

Page 8: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

dasar yang telah dibuat kerana dasar tersebut telah pun melalui kajian dan tapisan yang tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini amat penting kerana melalui isi yang dikupas dalam tajuk ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai tatacara dasar-dasar digubal selama ini.

8

Page 9: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

5 RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang rancangan kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan menerusi Rancangan Malaysia(RM) dan dalam pada masa yang sama perlu memastikan kesepaduan penduduk dimana rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum, tradisi dan agama . Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencorak sistem pendidikan di Malaysia kearah yang lebih baik. Disamping itu juga turut dinyatakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2005-2010 sebagai satu garis panduan bagi mencapai wawasan negara. Pada bahagian yang berikutnya pula dihuraikan Teras Strategi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. PIPP yang terdiri dari enam teras, bagi memastikan pendidikan di Malaysia mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Selain itu juga, turut dijelaskan hubungkait rancangan pembangunan dengan aspirasi negara.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Kualiti Menjadi kayu ukur untuk menilai mutu perkhidmatan atau produk sama ada baik ataupun tidak.

2. Akta undang-undang tentang sesuatu hal yang telah diluluskan oleh parlimen sebelum diisytiharkan.

3. Pembangunan mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dan sebagainya

4. PIPP Satu garis panduan dalam perancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun ( 2006-2010 )

5. Perpaduan Melalui sistem pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah,kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap dapat memupuk perpaduan rakyat.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang pendidikan di Malaysia yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia mampu bersaing dan mendapat pengiktirahan di peringkat global. Sebagai seorang guru haruslah tahu bagaimana pihak kerajaan yang telah bertungkus-lumus menkaji dan membuat perancangan yang teliti agar semua rakyatnya mendapat kesan yang positif dan dapat menaikkan martabat kita dimata dunia.

9

Page 10: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

6 KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 3 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan . Dalam bahagian pertama fokus kepada penakrifan kurikulum dimana perkaitan antara manusia dan kurikulum . Disamping itu juga turut dibincang pendapat beberapa orang tokoh luar dan dalam negara berkaitan kurikulum. Unit ini, juga membincangkan mengenai ciri-ciri, struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan. Tidak ketinggalan satu kurikulum baharu yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR turut dibincangkan dalam unit ini.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Kurikulum Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti. Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya.

2. Kegiatan kokurikulum

Gerak kerja yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

3. Kurikulum formal Sukatan yang tersurat,boleh dilihat,tersedia,terancang dan berurutan. .

4. Menaakul kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.

5. Komunikasi satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang FPK yang menjadi panduan dalam menggubal kurikulum . Melalui KSSR yang telah pun dilaksanakan bermula pada tahun lepas telah memperlihatkan kita bahawa pihak kerajaan tidak mahu lagi bergantung kepada peperiksaan sebagai alat untuk mengukur prestasi murid. Kandungan ini memang

10

Page 11: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

amat sesuai kerana ia memberi pengetahuan bahawa kerajaan begitu peka dan prihatin bagi memastikan melalui sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, seimbang dan harmonis.

UNIT TAJUK

11

Page 12: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

7 REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Bahagian pertama dalam unit ini memberi fokus kepada peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan. Sememangnya tugas pendidik menuntut kesabaran yang tinggi dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Dalam bahagian kedua pula fokus diberikan kepada konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P). Sememangnya guru telah pun diberi kursus dan taklimat mengenai KSSR dan telah diberi contoh bagi merancang P&P yang berkesan. Seterusnya ialah mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan pelaksaaan pengajaran dan pembelajaran serta membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahap pendidikan.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Humanisme Istilah umum untuk berbagai jalan fikiran yang berbeza yang memfokuskan dirinya ke jalan keluar umum dalam masalah-masalah atau isu-isu yang berhubungan dengan manusia.

2. Kognitif Kemahiran kompleks yang mengandungi pemikiran dan kecerdasan melalui kematangan dan pengalaman dari persekitaran.

3. Konsep Kesinambungan

Kandungan kurikulum yang dipilih hendaklah disusun dengan teliti .Tyler mencadangkan tiga prinsip iaitu kesinambungan, ketertiban(turutan) kandungan, dan kesepaduan kandungan. Keseimbangan bermaksud pemeringkatan ilmu ,kemahiran,nilai sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia. Kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar daripada peringkat asas dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif dan kandungan hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan pelbagai kaedah bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

4. Pemikiran kombinatorik

Pemikiran berkaitan dengan matematik

5. Bersepadu Erat dan berkaitan antara satu sama lain

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya, untuk cuba menentukan pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah dipilih.

12

Page 13: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Kefahaman guru terhadap kurikulum perlu dikuasai dengan sebaiknya bagi membuat perancangan yang lebih tersusun dan mantap. Ini kerana guru yang dapat memahami dan menguasai kurikulum dengan baik akan memastikan matlamat pendidikan yang disasarkan itu dapat dicapai dengan jayanya.

UNIT TAJUK

13

Page 14: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

8 PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini, membincangkan tentang kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah yang terdiri dari kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah. Disamping itu peranan kurikulum juga ada dinyatakan beserta matlamat dan objektif kurikulum dalam sukatan dan huraian sukatan. Selain itu juga turut diterangkan juga asas pertimbangan pembinaan kurikulum kebangsaan yang terdiri dari empat asas. Penterjemahan kurikulum kebangsaan menerusi pengajaran dan pembelajaran turut dihuraikan. Dalam unit ini juga ada menerangkan tentang struktur penterjemahan FPK yang meliputi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disampaikan oleh guru kepada murid. Unit ini perlu menjadi rujukan penting bagi para guru merujuk kerana terdapat beberapa prosedur yang tepat untuk diikuti oleh guru dalam melaksana dan merancang pengajaran dan pembelajaran.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Kurikulum skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain atau senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi. pendidikan

2. Kurikulum kebangsaan

Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi JERI serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

3. Kurikulum sekolah Pelaksanaan akademik dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan.

4. Kurikulum akademik Mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional.

5. Rancangan pengajaran harian

Rangka dan langkah kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah bagi satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara dan teknik serta prosedur yang tepat semasa dan sebelum pengajaran dan pembelajaran disampaikan kepada murid. Pada pandangan saya kandungan ini amat diperlukan oleh guru agar menjadi rujukan dalam menghubungkaitkan kurikulum dengan P&P yang berkualiti.

14

Page 15: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

9 KOD ETIKA PERGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membincangkan etika perguruan di Malaysia yang perlu diamalkan oleh seorang guru. Terdapat penerangan mengenai ciri-ciri guru profesional yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, unit ini turut menghuraikan secara ringkas nilai-nilai utama kerja dalam perkhidmatan awam yang boleh menjadi garis panduan disamping etika kerja Kementerian Pelajaran yang sedia ada. Selain memfokuskan kepada Kod Etika Perguruan turut disenaraikan tanggungjawab-tanggungjawab seorang guru untuk difahami dan diperhalusi. Perkara atau larangan kepada penjawat awam juga disenaraikan dan dikupas satu persatu supaya lebih jelas mengenai larangan-larangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Kepentingan Kod Etika Profesion Keguruan turut diperjelaskan agar guru lebih faham dan menjiwainya. Unit ini juga turut menghubungkaitkan dan membuat perbandingan di antara tanggungjawab dan akuantabiliti.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Profesion Keguruan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.

2. Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban , peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

3. Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.

4. Peraturan Pegawai Awam

Satu sistem kawalan disiplin dalam bentuk pembentulan, penghukuman dan langkah-langkah peningkatan disiplin.

5. Akauntabiliti Keguruan

Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

3. Pandangan/komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Tajuk ini membincang dan menerangkan dengan begitu jelas tentang Kod Etika Keguruan yang perlu dijadikan garis panduan bagi meningkatkan dan mengharmonikan lagi tugas yang digalas oleh guru selama ini. Sebagai seorang guru, saya begitu yakin dengan mengaplikasikan dan menjiwai Kod Etika Keguruan kita dapat merasai sausana kerja yang begitu kondusif dan secara tidak langsung produk (murid) yang akan kita hasilkan semestinya akan benar-benar berkualiti dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15

Page 16: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

UNIT TAJUK

10 AKTA PENDIDIKAN 1996

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit yang terakhir ini, menjelaskan asas pembentukan Akta Pendidikan 1996. Setelah diamati dan difahami kita perlu sedar banyak pengorbanan dan jasa pemimpin yang menjadi perintis dalam mencetuskan idea-idea baru sehingga terbentuknya Akta Pendidikan 1996. Hasil dari pelaksanaannya telah banyak memberi manfaat kepada golongan pendidik dan masyarakat. Kini negara Malaysia berada di era pembangunan yang begitu pesat. Ianya turut memberi kesan yang begitu ketara kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Banyak hasil yang boleh dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia setelah melalui beberapa penambahbaikkan. Peningkatan peratus pelajar cemerlang meningkat setiap tahun begitu juga dengan penurunan kadar bilangan pelajar lemah dalam menguasai 3M. Ini semua implikasi daripada penggubalan Akta Pendidikan 1996.Sebagai seorang guru harus sentisa memahami isi kandungan Akta Pendidikan 1996 bagi merealisasi matlamat kearah negara yang maju, selari dengan wawasan 2020 yang dicanang selama ini. Implikasi Akta Pendidikan sememangnya dapat memperkembangkan pendidikan diMalaysia yang sentiasa dinamik.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannyaKonsep Penjelasan

1. Akta pendidikan 1996 Suatu Akta yang telah digubal hasil dari proses pindaan Akta Pelajaran 1961.Ianya bertujuan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia.

2. Wawasan 2020 Idea ini dicetuskan oleh bapa pemodenan negara Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

3. Prasekolah Sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

4. Surat pekeliling Surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diwarwarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu)

5. Kurikulum Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam

16

Page 17: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini banyak memberi pendedahan dan menyedarkan saya kandungan dan kepentingan Akta Pendidikan 1996 didalam memberi satu anjakan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Akta ini amat penting bagi menjamin wawasan 2020 yang diihamkan oleh Tun Dr Mahathir dapat direalisasikan. Sebagai seorang guru, saya haruslah memahami dan menghayati isi kandungan akta tersebut agar segala yang dihajati dapat dicapai bagi menjamin negara bersaing menjadi sebuah negara yang maju dan dikenali di mata dunia.

17

Page 18: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

2.0. Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

2.1. Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

Guru berasal daripada bahasa Sanskrit. Ianya dikenali juga sebagai pengajar, pendidik,

Mudarris dan pengasuh. Tugas seorang guru merupakan tenaga pengajar dalam institusi

pendidikan seperti sekolah. Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang

digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru

merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat

universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu

mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau

sains prinsip pengajaran. Sebagai seorang guru, seseorang itu perlulah memiliki perwatakan

yang menarik dari segenap segi. Ini kerana guru sentiasa menjadi contoh ikutan setiap pelajar

yang mendampinginya. Sekiranya buruk perlakuan guru tersebut maka akan terhasillah pelajar

yang buruk perlakuan tetapi jika sebaliknya akan lahirlah pelajar yang baik dan cemerlang

dalam pelajarannya.

Guru yang berdedikasi, bertanggungjawab sentiasa sanggup berkorban dalam apa jua

situasi, merupakan sebahagian daripada ciri-ciri guru yang berkualiti. Proses pendidikan

berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran tercapai objektifnya atau

berkesan. Ini membawa bermaksud, setiap input yang disampaikan oleh guru dapat diserap

dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan watak yang penting dalam mempengaruhi

kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Seseorang guru perlu

sentiasa bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar. Ianya juga dikenali

sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte (1993). Menurut Andrews (1961), “ia

adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang melalui pengalaman-pengalamannya yang

membawa kepada penambahbaikan dan pertumbuhan dirinya. Seorang guru, perlu melibatkan

diri dalam program pembagunan tahap profesional secara berterusan. Pada era globalisasi,

ilmu yang dimiliki dan diperolehi oleh seseorang akan ketinggalan dengan pantas. Oleh itu ahli

dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri, perlu menghayati dan memahami himpunan

ilmu mengenai profesion itu sendiri.

18

Page 19: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Profesion perguruan adalah suatu bidang yang mempunyai keunikan dalam

perkhidmatan, ianya bersifat tetap dan diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. Keunikannya

itu hanya akan dapat dirasai dan difahami oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya

warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan

terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan

personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan kearah pembentukan insan dan

ihsan manusia yang sempurna. Ianya bertujuan menjadikan manusia yang sempurna itu

mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam

ini serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Dari sudut perspektif agama, kedudukan

seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli

masyarakat merupakan satu ibadah yang menjadi tuntutan. Dari segi konsep profesionalisme,

ia adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ianya perlu wujud

dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti,

kecekapan dan tanggungjawab. Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang profesional iaitu bersemangat tinggi dalam

perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, berkemahiran mengurus bilik darjah, berkebolehan

komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi terhadap murid, berupaya memberi yang terbaik,

mempunyai pengetahuan dan penguasaan kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam.

Mempunyai hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan majikan.

Seseorang yang memiliki kemahiran profesional didapati mampu melaksanakan tugasnya tanpa

menimbulkan banyak masalah dan kesalahan. Apa yang perlu ada pada seseorang

professional ialah beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga perlu

berpengetahuan yang luas dalam bidang-bidang lain. Sebagai seorang guru yang profesional,

mereka juga harus memiliki sahsiah yang baik agar dihormati serta dicontohi oleh murid.

Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa

bersifat tenang walau dalam apa situasi sekalipun. Guru yang profesional juga seharusnya

berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja sekadar mengajar atau

mendidik anak bangsa, malah sebenarnya ia lebih daripada itu. Tugas sebagai pentadbir,

pengurus, perancang, pelaksana dan sebagainya sentiasa menuntut penglibatan setiap individu

yang terlibat dalam profesion ini.

Guru juga perlu bijak menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu

mengetengahkan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan bersama murid.

19

Page 20: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion

keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail

Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu

mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan dedikasi, selain tidak

mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru mempunyai

hubungan yang rapat dengan mutu pendidikan dalam beberapa faktor,sebagai contoh sikap

dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai

pelajar. Begitu juga dengan beberapa pendekatan yang digunakan sedikit sebanyak turut

memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan

pembelajaran. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan

usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab dan amanahnya terhadap

pelajar, sekolah dan masyarakat. Dalam memupuk profesionalisme guru, etika keguruan dan

peraturan pendidikan dikalangan guru. Huraian seperti yang terdapat di dalam unit 9, sedikit

sebanyak turut memberi banyak impak.

Etika adalah suatu konsep yang dan sememangnya diperakui sangat penting dalam

kehidupan dan semua profesion khususnya perguruan. Etika didapati memberi nilai dan

bermakna kepada sesuatu profesion. Guru yang beretika akan sentiasa mengamalkan tingkah

laku yang baik , mematuhi peraturan dan etika kerja serta menjalani kehidupan dengan budaya

hidup yang sihat dan harmonis. Pembinaan etika keguruan perlulah dimulai dengan pembinaan

kekuatan dalaman terlebih dahulu. Pembinaan kekuatan dalaman bertujuan memurnikan lagi

etika keguruan ke arah memberi suatu perkhidmatan keguruan yang berkualiti.

Seperti profesion yang lain, profesion perguruan juga mempunyai komitmen terhadap

pernyataan tentang amalan etika atau kod etika. Ia telah ditegaskan bahawa status professional

bagi profesion keguruan terletak atas asas moral. Di Malaysia, Laporan Aziz (1971) telah

mengesyorkan satu kod etika atau kanun tatasusila bagi guru-guru dalam Pembentukan

Tatasusila Guru. Apabila etika ini diwujudkan sedikit sebanyak telah memberi kesedaran

kepada para guru untuk terus menjaga dan memperbaiki tatasusila serta keperibadian diri

sebagai seorang pendidik. Pada masa kini, terdapat 24 perkara yang terdapat di dalam

Tatasusila. Disebabkan perkara-perkara inilah yang menyebabkan pentingnya tajuk Etika

Keguruan dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia ini bagi memberi petunjuk kepada guru agar

guru tidak tersasar dari matlamat yang sebenar. Selaras dengan perkembangan dan kemajuan

yang dicapai oleh negara dalam pelbagai sektor, profesion perguruan juga tidak ketinggalan

dari mengalami anjakan yang begitu pesat demi mengikut arus perubahan. Kepesatan ini

20

Page 21: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

juga tidak sunyi dari dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kerjaya yang pada suatu

ketika dahulu menjadi sanjungan dan impian, tetapi kini teIah terhakis kehormatannya

lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya guru mempunyai

persamaan dengan kerjaya lain. Mutakhir ini, seringkali profesion perguruan ditimpa pelbagai

masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering menjadi wadah dalam mengeluarkan

kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Isu yang sering didengar bukan

sahaja mengenai sistem pengurusan tetapi adakalanya melibat keperibadian guru itu sendiri.

Kesalahan-kesalahan tersebut sememangnya kerap berlaku di sekolah-sekolah dan ini telah

memberi satu gambaran buruk kepada masyarakat persekitaran. Seterusnya permasalahan ini

menarik minat ibu bapa dan masyarakat sekeliling bercerita mengenai imej guru di sekolah

sesama mereka. Selalunya, isu-isu ini diselesaikan di peringkat dalaman sekolah tersebut

terlebih dahulu. Namun,sejak kebelakangan ini pada tajuk-tajuk utama akhbar seringkali kita

terbaca perihal permasalahan yang ditimbulkan oleh guru. Ianya seolah-seolah

mempersendakan profesion yang sememang dipandang mulia suatu ketika dahulu. Seseorang

yang dipilih untuk menceburi bidang perguruan sebenarnya telah diberi dan mendapat latihan

serta kelayakan yang sepatutnya. Tidak cukup dengan itu, setiap kurikulum yang disediakan

bagi melatih guru turut diterapkan nilai-nilai murni dan etika profesion dalam melahirkan

seorang guru yang benar-benar berkualiti. Inilah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu

tidak sepenuh hati mendalami dan menghayati etika profesion perguruan yang perlu ditanam

dalam diri ini. Permasalahan yang berlaku ini telah menyebabkan golongan pendidik di negara

ini mendapat pelbagai tekanan. Situasi ini turut memberi kesan kepada keyakinan dan

keseronokan guru terhadap kerjayanya dalam melaksanakan tugas. Dalam menjalankan tugas

sebagai pendidik, guru perlu menjalankan pelbagai peranan lain sama ada yang berkaitan

dengan pendidikan atau sebaliknya. Profesion perguruan yang merupakan profesion terulung

di pandang rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini

menggambarkan masyarakat kurang memberi penghormatan dan penghargaan terhadap

sumbangan guru dalam pembentukan masyarakat pada hari ini.

Bagi mengekalkan etika nilai keguruan, terdapat nilai utama dalam etika kerja, guru

perlu diambil kira bagi melibatkan diri dalam profesion perguruan perihal yank berkaitan dengan

amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Guru perlu memiliki kod

etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana

kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.

Ianya sesuai untuk di jadikan rujukan dan diamalkan oleh guru. Kandungan yang terdapat

21

Page 22: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

dalam Kod Etika Perguruan di negara ini, menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod

etika di negara-negara lain. Guru boleh membuat perbandingan keunikan etika yang diamalkan

sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, adalah usaha

untuk menyemak semula kod ini agar ianya sesuai dan dapat dilakukan.

Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod

etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat

meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ia juga dapat

membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta

menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Selain daripada etika dan profesionalisme perguruan, akuntabiliti keguruan juga penting

dalam memberi impak atau kesan terhadap perkembangan profesionalisme perguruan. Akaunt-

abiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan

oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau

tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru

terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, serta profesion

keguruan amnya. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid den-

gan kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu perkara yang perlu dilak-

sanakan untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi

kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti

juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keber-

tangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti terbahagi

kepada 5 kategori iaitu akauntabiliti guru terhadap pelajar, akauntabiliti guru terhadap sekolah,

akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara, akauntabiliti guru terhadap profesion kegu-

ruan dan akauntabiliti guru terhadap diri sendiri.

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diambil dan digunapakai bagi

menghukum mana-mana pegawai awam yang melanggar mana-mana peraturan supaya dapat

membaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan serta ianya dapat dijadikan pengajaran dan

panduan pada orang lain. Begitu juga dengan penguatkuasaan peraturan-peraturan kelakuan

dan tatatertib. Ianya perlu sentiasa dikemas kini bagi memastikan semua pegawai awam

22

Page 23: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

memahaminya isi kandungannya. Perkara-perkara yang tidak dibenarkan dilakukan oleh pen-

jawat awam (Peraturan 4(2)) serta larangan-larangan kepada penjawat awam turut disebutkan.

Ini adalah untuk memastikan agar guru tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang atau

tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru seperti isu-isu yang selalu dibicarakan di sekolah

seperti tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, penampilan yang tidak terurus, terlibat dengan aktiv-

iti sampingan sehingga menjejaskan tumpuan kepada sekolah dan sebagainya.

Kesalahan-kesalahan terse-

but dikaui memang kerap berlaku di sekolah-sekolah dan telah mempamerkankan imej buruk di

kalangan masyarakat setempat. Selalunya, isu-isu ini diselesaikan di peringkat dalaman seko-

lah tersebut. Namun begitu apabila salah laku tersebut kerapkali berlaku, ianya akan menjadi

buah mulut ibu bapa dan penjaga pelajar di sekolah.Guru sewajarnya mempunyai sahsiah yang

baik dan sesuai bagi mencerminkan watak seorang guru. Disamping mempunyai sahsiah yang

sesuai, seorang guru juga perlu mempunyai sikap yang baik, mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan dan

mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran.

Seharusnya setiap orang yang bergelar guru perlu memahami, menghormati dan mentaati kod

etika perguruan yang telah diwujudkan iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab

terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab terhadap

rakan sejawatan dan profesion perguruan. Segala aspek-aspek penting yang terkandung dalam

pembentukan Etika Perguruan Malaysia haruslah dijjadikan panduan kepada setiap insan yang

bergelar guru.

Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin meningkat.

Isu yang dihadapi oleh guru bukan sahaja masalah murid dan peralatan tetapi lebih jauh dari-

pada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru menghadapi masyarakat be-

rasaskan ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebih global. Profesion kegu-

ruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu pendidikan. Guru masa kini tidak mungkin dapat

bertahan dan mempertahankan kredibiliti mereka tanpa menunjukkan ciri-ciri profesionalisme

seperti profesion-profesion yang lain. lni akan hanya dapat dicapai apabila guru sedia untuk

terus memajukan diri dan profesionnya.. Oleh itu, guru di sekolah tidak seharusnya terpisah dari

aliran perdana pendidikan guru. Bagi tujuan ini pihak sekolah bersama para guru harus mem-

bina permuafakatan dengan guru yang pernah menjadi mentor dan pembimbing mereka pada

satu masa dahulu.. Di samping itu, guru pula dapat memahami realiti sebenar alam persekola-

han untuk dijadikan bahan pengajaran dalam kelas mereka.

23

Page 24: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Perkara penting yang perlu diingat oleh golongan pendidik di negara ini ialah mereka

perlu sentiasa bermotivasi diri dengan mempunyai iltizam yang kuat dan sentiasa bersedia

menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan ilmu mereka sebagai golongan

pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat. Budaya mengajar

yang masih berada di takuk lama, cara tradisional dan kurang berkesan menangani masalah

asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan

yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya

di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih radikal perlu dilakukan.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang

berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang

progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk memban-

gunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi,

bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Sebarang langkah yang

dilakukan bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan

merugikan masyarakat dan negara.

Profesion perguruan harus dikembang dan diperluaskan dengan lebih

pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari

satu perspektif yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus

menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Masyarakat

kini sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesion perguruan perlu

diberi ruang yang lebih luas dan terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid,

pendidikan dan guru boleh memberi manfaat yang besar kepada pembangunan masyarakat

setempat. Pendidikan merupakan asas dalam pembentukkan masa depan bangsa dan Negara.

Proses ini diakui bergantung kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik

dan progresif. Guru sebagai arkitek bangsa, jadi gurulah yang merancang dan membina agar

ianya terlaksana dengan jayannya.

24

Page 25: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

Guru perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang baik, mematuhi peraturan dan

etika kerja, serta menjalani kehidupan dengan membudayakan hidup yang sihat dan harmoni.

Namun masih terdapat guru yang tidak menghayati erti sebenar dalam menjalankan

tanggungjawab sebagai pendidik sehingga menimbulkan salah laku yang tidak diingini. Justeru,

kod etika penting untuk mengawal tingkah laku mereka. Kod etika menjadi panduan dan garis

panduan apabila suatu tingkah laku dan pendirian tidak selari dengan budaya, moral, dan sosial

masyarakat. Kewujudan tekanan dan pelbagai stimulais perlu diambil kira walaupun etika

keguruan mempunyai garis panduan. Faktor-faktor insentif kerja secara ekstrinsik mungkin

menyebabkan guru mempelbagaikan tugas mereka dengan menjadi seorang peniaga yang

mana implikasinya guru kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta

urusan-urusan sekolah sebaliknya lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Hal ini

berlaku disebabkan guru tidak memahami nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam iaitu

amalan amanah yang mana guru sepatutnya bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya.

Pada era globalisasi ini, kos sara hidup yang tinggi menjadi satu permasalahan kepada setiap

golongan masyarakat.

Guru perlu meningkat kualiti dari segi kerohanian untuk memperkukuhkan lagi tahap

profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki

sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Namun terdapat

guru yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Terdapat guru yang tidak mempunyai sahsiah

yang baik. Terdapat segelintir guru yang gagal menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Mereka tidak masuk kelas mengikut masa yang ditetapkan dan suka membuat sesuatu tanpa

mengambil kira perasaan orang lain seperti tidak melakukan tugas yang

dipertanggungjawabkan, ingkar pada arahan ketua dan sebagainya.

Guru kini perlu lebih memahami anak muridnya. Tahap sosial murid dahulu mempunyai

banyak perbezaaan. Murid masa kini, banyak terdedah dengan anasir-anasir yang kurang sihat.

Ini ditambahkan pula dengan perkembangan penggunaan teknologi maklumat (IT)

menyebabkan segala maklumat diperolehi hanya dihujung jari. Guru perlu memahami proses

perkembangan remaja sekarang yang didapati mudah terpengaruh kepada unsur budaya

negatif dan sukar untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. Guru perlu berhadapan

dan menangani akhlak tidak sihat murid-muridnya. Dalam menangani masalah ini, guru perlu

25

Page 26: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

mencari cara yang sesuai. Di sinilah timbulnya cabaran bagi guru-guru yang mungkin tidak

memahami etika keguruan atau peratuaran-peraturan pendidikan Malaysia dengan menghukum

murid mengikut perasaan semata-mata. Seharusnya guru perlu peka terhadap perubahan yang

berlaku dan sentiasa bersikap professional. Ini bagi mengelakkan imej mereka terjejas

disebabkan timbulnya unsur ketidakpercayaan masyarakat kepada mereka.

Guru juga sentiasa menghadapi perubahan yang mendadak dan berterusan tanpa

persediaan mental dan psikologi yang sepenuhnya. Perubahan kurikulum yang kerap

menyebabkan guru terpaksa mengadaptasi diri mereka dan ini sedikit sebanyak memberi

tekanan kepada mereka. Guru menjadi gusar dan keluh kesah menghadapi dan memenuhi

jangkaan masyarakat, inovasi dan reformasi ini menambahkan lagi tekanan guru tersebut.

Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan

profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa

dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu

aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri

dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi

emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi

ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Profesionalisme guru

dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan

sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat

sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang lain di hadapan

pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru.

Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan

kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Guru juga

perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh

seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Guru perlu bersikap adil dan saksama tidak kira samada kepada murid atau kepada diri

sendiri. Ini ada di nyatakan bahawa guru yang adil ini ialah guru yang adil pada diri sendiri yang

mana guru itu memulakan dan menamatkan pengajaran dan pembelajaran tepat pada

masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang

sepatutnya untuk “mencuri tulang” atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti

yang tidak berkaitan bidang pengkhususannya.

26

Page 27: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Bagi konteks adil dan saksama kepada murid pula, guru perlu menunjukkan sifat

keadilan kesaksamaannya terhadap semua muridnya tanpa mengira kaum, latar belakang

keluarga dan sebagainya. Keadilan dan kesaksamaan ini perlu dilakukan ketika mengajar,

menyoal murid, ketika memberi ujian, memeriksa jawapan murid, ketika memberi dorongan

ataupun hukuman dan sebagainya. Guru yang dapat menangani semua masalah muridnya dan

juga memberikan markah ujian atau peperiksaan dengan adil dan saksama ialah guru adil

dalam perlakuannya.

Murid akan menyedari bahawa adil dan saksama itu bukanlah semestinya melayani

semua murid dengan cara yang sama, tetapi memberi peluang dan ruang kepada semua murid

untuk mencapai kejayaan. Guru tidak sepatutnya hanya memberi perhatian terhadap murid

yang disukainya dan bersikap dingin terhdap murid yang tidak disukainya. Perkara ini sering

berlaku di sekolah-sekolah dan menyebabkan ada segelintir murid yang mula berjauh hati

dengan guru tersebut seterusnya menyebabkan mereka kurang memberi perhatian terhadap

pelajaran mereka. Guru patut memberikan peluang kepada mereka untuk belajar dengan

kaedah dan kecepatan sendiri sebelum menguji atau menilai mereka. Tetapi ada guru yang

tidak mempedulikan nasihat atau teguran yang diberikan. Mereka seperti tidak ambil kisah

dengan masalah yang timbul akibat daripada perbuatan mereka. Nasihat yang diberikan

diibaratkan mencurah air di daun keladi. Ini juga merupakan salah satu cabaran yang terpaksa

dihadapi dalam mengaplikasi etika keguruan dalam profesion keguruan.

Kesimpulannya guru yang beretika dalam melaksanakan amanah yang

dipertanggungjawabkan didapati banyak mencetuskan kecemerlangan dalam mencipta

kejayaan baik pada dirinya mahupun murid yang dihasilkannya. Oleh sebab yang demikian

sebagai seorang guru kita perlulah menjadi kod etika dan etika keguruan sebagai panduan dan

sumber rujukan agar dapat merealisasikan wawasan 2020 iaitu matlamat negara untuk menjadi

sebuah negara yang maju.

27

Page 28: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Bibiliografi

Mok Soon Sang (2001). Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.

Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L). Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2010.Nota Intisari & latihan P.T.K Bahagian 1:Kompetensi Generik Edisi

Pertama. Ipoh; Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Muhd Sallah Lebar (1998). Sosiologi Sekolah & Pendidikan . Batu Caves, Selangor: Thinker's

Library Sdn Bhd.

Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip.2011. Modul

Pembangunan Sahsiah

Sufean Hussin (2004). Sejarah sistem & Falsafah Pendidikan Di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://pendislami.tripod.com/profesion_guru.htm

http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_EDU3001.pdf

28

Page 29: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

BAHAGIAN B3.0 FORUM E-LEARNING

Unit 1 salam...

Memang benar apa yang saudari katakan, sistem pendidikan telah melalui beberapa era. Sebelum kedatangan Inggeris corak pendidikan ini berlaku secara tidak formal iaitu bercorak warisan turun temurun. Ianya disampaikan menerusi didikan yang kebi-asaannya diamalkan dalan aktiviti harian. Pendidikan pada waktu ini juga lebih kepada proses kearah melengkapkan diri individu untuk menjalankan tanggungjawab apabila mereka berurusan dengan masyarakat dan berumahtangga kelak. Pendidikan ini, disampaikan menerusi ibu bapa dirumah. Manakala golongan bangsawan, pendidikan lebih bercorak formal. Ia berlaku di is-tana. Ianya disampaikan oleh guru-guru khas yang telah diun-dang dan dijalankan dengan lebih sistematik lengkap berjadual dan mata pelajaran yang khusus.

Semasa era penjajahan Inggeris, telah berlaku satu anjakan yang ketara. Ini ditambah pula dengan kewujudan masyarakat majmuk berikutan kedatangan buruh India, Cina secara beramai-ramai untuk bekerja disektor perlombongan dan perladangan. Pen-didikan ketika itu, lebih terarah kepada perkauman. Masyarakat ketika itu, hidup dalam keadaan berpuak-puak. Keadaan ini berlaku disebabkan dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah mempengaruhinya. Inggeris juga telah memperkenalkan sekolah vernakular. Sewaktu itu, banyak sekolah vernakular yang be-rasakan etnik telah dibina.Bagi anak-anak pegawai kerajaan Ing-geris mereka ditempatkan di sekolah-sekolah Inggeris dengan penerapan pendidikan berideologikan penjajah dan pengekalan ciri-ciri ketuanan Inggeris. Semasa zaman pemerintahan Jepun ke Tanah Melayu banyak sekolah telah ditutup dan dijadika markas tentera. Sekolah Nihongo dibuka dan penduduk tempatan telah diminta untuk menghadiri sekolah-sekolah tersebut. Perkembangan rakyat terus berkembang. Namun begitu, soal ke-majuan dan pembangunan Tanah Melayu dipedulikan. Pen-didikan ketika itu didapati menjadi faktor pepecahan rakyat. Be-berapa jawatankuasa telah dibetuk untuk mengkaji perlaksanaan sisitem pendidikan di Tanah Melayu dan mengeluarkan beberapa laporan. Tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan diatas beberapa alasan.

Sewaktu  era menuntut kemerdekaan pendidikan dilihat telah mengalami proses perubahan. Hasil kesedaran pemimpin dan pejuang kemerdekaan maka terbentuklah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Razak Hussein dan mengeluarkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Ianya men-jadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1957dan telah diwartakan

11 Oct 2011 02:59:15 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

29

Page 30: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

namun begitu ordinan ini tidak dapat dilaksanakan. Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan Penyata Razak 1956 ini telah dikaji semula. Satu jawatankuasa telah dibentuk dan dike-nali sebagai Jawatankuasa Rahman Talib. Jawatankuasa terse-but telah mengeluarkan laporan iaitu  penyata Rahman Talib pada 1960. Berkesinambungan dengan itu Akta Pelajaran 1961 telah digubal. Akta ini terus diguna pakai sehinggalah  Akta Pen-didikan 1996 diwartakan dan dikuatkusakan pada tahun 1996. Maka bermulalah pelbagai pindaan dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman dan kesesuaian sehinggalah kehari ini.

30

Page 31: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

Forum 1

FPK adalah hala tuju matlamat pendidikan negara kita. Kita seba-gai guru bertanggungjawab  untuk mencapai matlamat tersebut, Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta nilai murni dan menggunakannya untuk mengembang potensi murid-murid serta mendisiplinkan murid dalam menjalani kehidupan bagi mewujudkan kesejahteraan dan kemakmuran negara. 

18 Dec 2011 08:25:51 PM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 1

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Membentuk keperiba-dian individu yang baik melalui aspek rohani, intelek, jasmani dan emosi dapat menjamin kesejahteraan dan penting untuk pemban-gunan negara.

18 Dec 2011 09:22:35 PM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 1

Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara.Falsafah pendidikan di Malaysia yang menjadi hala tuju sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya.Pendidikan di Malaysia adalah satu us-aha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi indi-vidu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampi-lan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mem-beri sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.  

 Seseorang guru boleh merealisasikan hasrat FPK dengan men-jadikan bidang kerjanya sebagai medium untuk memberikan ilmu dan kemahiran yang secukupnya kepada murid disamping senti-asa menekankan penghayatan agama dan nilai murni yang merentas kurikulum. Disamping itu guru juga berkeupayaan men-cungkil bakat dan potensi murid menjadi individu yang hebat bukan sahaja dalam bidang akademik bah kan meliputi bidang politik,usahawan,sasterawan, budayawan,sukan dan lain-lain lagi. Kejayaan menghasilkan individu yang seimbang ini pasti dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang cemer-lang.Sesungguhnya guru merupakan tunjang utama didalam menggerakkan dan memastikan hasrat yang terkandung didalam Falsafah Pendidikan Pendidikan tercapai.  Apabila ianya tercapai secara tidak langsung, maka akan lahirlah modal insan yang

21 Oct 2011 12:09:46 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

31

Page 32: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

tinggi nilai-nilai murni dan seimbang dalam setiap aspek.

 

Forum 1

Saya turut bersetuju dengan pandangan cikgu. Pendidikan bukan sahaja melahirkan individu yan berpengetahuan malah individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan dapat menjaga keharmonian negara. Untuk itu guru perlu memi-liki kesemuanya terlebih dahulu. Pembentukan individu seperti yang dinyatakan itu akan dapat memberi sumbangan kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara.

18 Dec 2011 08:07:06 PM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

32

Page 33: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda

Forum 2

Ya, ada benarnya kata cikgu.Latar belakang juga mempengaruhi walaupun bukannya semua.Tetapi jika di kawasan pedalaman se-bilangan besar muridnya lemah dalam bahasa inggeris. Ke-sukaran dalam memahami p&p sains dan matematik dalam ba-hasa inggeris dan subjek B.inggeris juga boleh mempengaruhi minat murid untuk sesi pembelajaran yang lain. Jadi mengapa perlu mematahkan semangat murid untuk terus belajar kerana hanya di sebabkan penggunaan B.inggeris dalam sains dan matematik.  

19 Dec 2011 02:44:15 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 2

Ya, saya setuju. Murid lebih berminat jika subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda. Di rumah juga mereka boleh dibimbing oleh ibu dan bapa jika tidak memahaminya di sekolah kerana bukan semua penjaga boleh berbahasa inggeris. Jadi tidak perlulah PPSMI kembali dilaksanakan.

18 Dec 2011 09:41:03 PM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 2

salam...

Banyak pihak sama ada yang menyokong atau menentang PPSMI, melihat PPSMI bermatlamat mempertingkatkan pen-guasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Yang menjadi isu wajarkah ianya diteruskan?Saya berpendapat ianya tidak wajar sama sekali dan bukanlah cara yang tepat untuk mempert-ingkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.Matapelajaran Ba-hasa Inggeris itu sendiri sebenarnya yang perlu dipelbagaikan kaedah pengajarannya.Jadikan matapelajaran Bahasa Inggeris itu lebih menarik, dengan mengadakan aktiviti seperti pertandin-gan pidato,lakonan, bercerita,penulisan dan minggu bahasa Ing-geris sebagai contoh,bukan dengan menganggu subjek sains dan Matematik.Tidak ada jalan mudah untuk menguasai bahasa Ing-geris kerana saya berpendapat seperti bahasa-bahasa lain,ianya juga memerlukan pemahaman,tatabahasa dan pembacaan yang berterusan.

Selain dari itu PPSMI menjadikan Bahasa Melayu bukan lagi ba-hasa ilmu,yang mana bahasa ilmu ialah bahasa yang banyak di-gunakan dalam kajian,penulisan, jurnal dan buku-buku ilmiah.Ini boleh menyebabkan martabat dan ketinggian Bahasa Melayu itu sendiri semakin terhakis.Adalah lebih diharapkan pelajar-pelajar kita dapat diterapkan dengan nilai-nilai Bahasa Melayu yang tinggi di samping mempelajari bahasa-bahasa yang lain.Kalau negara-negara lain seperti Thailand,Korea,Jepun boleh terus

07 Oct 2011 09:17:13 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

33

Page 34: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri

Forum 2

Benar, ditambah lagi walaupun PPSMI masih dilaksanakan, soalan peperiksaan adalah dalam dwi bahasa. Murid diberi kebe-basan untuk menjawab soalan dalam bahasa inggeris atau ba-hasa ibunda. Jadi, jika situasi begitu berlaku adalah lebih baik PPSMI dimansuhkan.

18 Dec 2011 09:34:16 PM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan

Forum 3

Markah matlamat negara kini adalah untuk melahirkan modal in-san. untuk  itu, transformasi pendidikan adalah salah satu usaha ke arahnya. Di sini KSSR menekankan kemahiran 4M berbanding sebelum ini KBSR 3M sahaja. Elemen maklumat dan komunikasi juga diterapkan. Penggunaan ict sangat digalakkan. Murid turut didedahkan dengan teknologi maklumat seawal 7tahun. Tidak seperti sebelum ini pengenalan pada komputer hanya pada kelas leterasi komputer atau hanya belajar diluar secara berbayar. KSSR ini adalah proses menyediakan individu dengan keperluan negara kelak. 

19 Dec 2011 03:01:20 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 3

 KSSR bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu malah memiliki kemahiran atau kepakaran, kreatif, inovatif, berdaya saing dan memiiki penampilan peribadi dan sahsiah yang mulia

19 Dec 2011 03:06:13 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 3

Saya turut bersetuju. Perubahan demi perubahan dalam pen-didikan yang dilakukan bertujuan memperbaiki kekurangan demi kebaikan individu , masyarakat dan negara. KSSR mebwa pe-rubahan lebih ketara contohnya dari segi skop pembelajaran, kaedah penyampaian dan penilaian. Potensi di nilai dari tahun satu lagi. Tujuannya agar perkembangan dapat dilihat supaya tin-dakan seterusnya dapat diambil

19 Dec 2011 03:13:52 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 3

Salam 1Malaysia,

 Berdasarkan  Rancangan Malaysia Ke-10 sistem pendidikan telah disusun semula selaras dengan usaha kerajaan untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Ianya akan dilak-sanakan oleh kerajaan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga mereka berada di alam pekerjaan. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu inisiatif dan komitmen Kemente-rian Pendidikan bagi usaha memperbaiki memurnikan lagi  kualiti pendidikan negara supaya ianya dapat ditingkatkan kepada satu tahap standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.

Sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sistem pendidikan perlu melalui dan mengalami proses perubahan. Ianya diharapkan mempersiapkan setiap individu menghadapi pelbagai cabaran alaf baru dalam segala aspek. Demi mencapai matlamat itu,

09 Dec 2011 12:45:32 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

34

Page 35: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

Kurikulum Standard telah diperkenalkan. Komponen-komponen yang terdapat dalam kurikulum yang telah diguna pakai sebelum ini telah dirombak dan ditambahbaikan. Setelah diteliti dan dikaji maka terbentuklah satu kurikulum yang telah diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Kurikulum baru itu akan menggembleng prinsip-prinsip 1Malaysia dalam pendekatan pedagogi penyampaian pelajaran dan juga memasukkan sukan sebagai satu mata pelajaran bermula tahun depan menerusi polisi '1Murid, 1Sukan'(1M1S).

  Pendidikan peringkat awal yang diperkenalkan melalui KSSR dilihat sebagai  satu langkah untuk menaikan taraf pendidikan yang mampu berdaya saing. Kurikulum ini dilaksanakan tanpa membelakangkan murid-murid yang lemah. Ini dapat memastikan setiap murid mendapat menimba ilmu sekurang-kurangnya kemahiran dan ianya akan juga memberi manfaat apabila mereka di alam pekerjaan kelak. 

35

Page 36: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan

Forum 4

Salam 1Malaysia,Saya begitu bersetuju dengan pendapat cikgu. Apabila diungkap-kan "Guru Sebagai Arkitek Bangsa" terbayang dibenak pemikiran bahawa seorang individu yang memakai topi keselamatan dan memantau sesuatu projek pembinaan. Tugas ini amat berat di-rasakan apatah lagi sebagai arkitek bangsa. Ini kerana sebagai seorang arkitek bangsa kita perlu pandai merancang dan kreatif dalam memastikan sesuatu pekerjaan dapat berjalan dengan baik dan berjaya.Namun adakah sesuatu bangsa itu akan berjaya di-hasilkan dengan cemerlang dan terbilang sekiranya hanya bersenjata kelulusan semata-mata. Oleh sebab yang demikian, selain daripada kelulusan, seseorang guru yang bergelar arkitek bangsa perlu sentiasa bermotivasi tinggi dan menambah ilmu pengetahuan bagi menjamin bangsa yang dihasilkan tergolong dikalangan modal insan yang tinggi nilai pekerti yang terpuji dan memiliki semangat daya saing untuk berjaya dimata dunia.

27 Dec 2011 12:54:10 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 4

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,Memang benar apa yang dinyatakan oleh cikgu. Tugas guru pada kini bukan hanya terhad didalam kelas sahaja tetapi tugas guru kini meliputi keseluruhan aspek baik kurikulum mahupun kokurikulum. Tugas sebagai arkitek bangsa ini sedap didengar, namun sebenarnya berat sekali bahu yang memikul tanggung-jawab yang diberikan. Sebagai guru yang bergelar arkitek bangsa, kita perlulah benar- benarlah mahir dan memahami akan betapa penting amanah yang diberikan. Sebagai arkitek kita merupakan tunggak utama yang akan dipersalahkan sekiranya bangsa yang dihasilkan gagal menepati kriteria yang ditetapkan. Hebat arkiteknya maka hebat jugalah produknya.

27 Dec 2011 01:08:59 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 4

Salam 1Malaysia,Guru sebagai arkitek bangsa. Penting dan beratnya tanggung-jawab guru dapat kita rasai dengan menghayati ungkapan ini. Se-bagai arkitek kitalah yang perlu bijak mencorak dan menangani setiap masalah serta cabaran yang timbul. Andai terpesongnya ilmu yang diberikan maka akan lahir ramai bangsa sesat dikemu-dian hari.Perlu kita ingat, bangsa yang kita hasilkan pada hari ini akan mewarisi generasi pemimpin pada masa hadapan. Oleh se-

27 Dec 2011 01:24:07 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

36

Page 37: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

bab yang demikian, kesedaran yang mendalam dikalangan guru yang bergelar arkitek bangsa  perlu direalisasikan dengan se-mangat dan kesungguhan agar ianya dapat memastikan bangsa yang benar-benar berkualiti dan seimbang serta harmonis dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan seterusnya mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa.

Forum 4

Salam 1Malaysia,

Terbinanya sebuah bangunan pencakar langit yang kukuh dan cantik bermula daripada arkiteknya.  Sekiranya arkitek yang mer-ancang dan memantau pembinaan bangunan tersebut kurang ilmu pengetahuan dalam bidangnya maka tidak mustahil bangu-nan itu tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan kemungkinan runtuh apabila siap kelak. Begitulah contoh pe-rumpamaan yang boleh dikaikan dengan guru sebagai arkitek bangsa. Merujuk kepada kamus Dewan  Arkitek atau jurubina membawa maksud ialah orang yang telah dilatih untuk meran-cang, mereka bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya.

Profesion perguruan pada era globalilasi ini, dilihat makin mencabar dan menuntut begitu banyak pengorbanan. Tugas guru kini tidak terhad kepada mengajar mata pelajaran disekolah sa-haja tetapi lebih bersifat menyeluruh.Guru merupakan begitu sinonim dengan ilmu pengetahuan. Sebagai seorang guru yang dianggap arkitek bangsa. Seorang itu perlulah dilatih terlebih dahulu dan mendapat pentauliahan. Hasil daripada latihan dan tauliah yang telah diberikan seseorang guru itu layak untuk mer-ancang dan melaksanakan kerjayanya sebagai seorang guru. Se-bagai seorang arkitek bangsa, guru perlulah merancang dan mencorak bagaimana cara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis intelek,rohani,emosi,dan jasmani. Ianya tidak akan dapat direalisasikan sekiranya guru kurang ilmu pengetahuan dan menampilkan imej yang tidak baik pada pan-dangan masyarakat. Imej dan tigkah laku kita sering diperhatikan terutamanya pelajar. Kita perlu ingat, pengaruh guru begitu kuat dikalangan pelajar dan setiap tindakan guru dianggap betul. 

Oleh sebab yang demikian, bagi menjamin tahap keber-hasilan dalam melahirkan masyarakat yang unggul dan seim-bang, guru yang dianggap sebagai arkitek bangsa perlulah senti-asa bersiap sedia dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan menambahkan ilmu pengetahuan agar kita dapat menghasilkan produk yang benar-benar berkuailiti dan pastinya bakal mengganti pemimpin yang akan mencorak masa hadapan.

09 Dec 2011 02:50:54 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

37

Page 38: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang.Bincangkan

Forum 5

 Salam 1Malaysia,

 Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru.  Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul un-tuk mendidik masyarakat.  Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik men-jadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.

Namun begitu, adakah semua ungkapan ini masih lagi relevan seandainya dalam profesion perguruan ini tidak terdapat peratu-ran? Cuba kita renungkan betapa tingginya harapan yang diberikan oleh masyarakat pada setiap insan yang bergelar guru. Jelaslah bahawa, dengan mempunyai berperaturan kita dapat menjalankan setiap perkerjaan dengan lebih teratur dan menepati kriteria yang dikehendaki.Profesion perguruan merupakan profe-sion yang penting dalam merealisasikan aspirasi negara.

27 Dec 2011 12:17:43 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 5

Salam 1Malaysia, 

 Pada awal sesi 1998/1999, ramailah ibu bapa datang ke sekolah menghantar anak-anak yang baru masuk tahun satu.  Di sebuah sekolah di daerah Ampang, pada suatu pagi seorang guru perem-puan membaling buku murid kerana sesuatu kesalahan, dan buku yang dibaling itu hampir terkena seorang ibu lain yang juga menghantar anak ke kelas berkenaan.  Kerana melihat sendiri peristiwa itu, ibu berkenaan terus membawa anaknya keluar dan membuat pertukaran sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah.

Cuba kita hayati petikan peristiwa tersebut. Memang benar perat-uran atau kod etika dapat menjamin kualiti perkerjaan dan men-jaga maruah seseorang guru itu tetapi perkara seumpama ini masih lagi berlaku.Pada pendapat saya, kepentingan kod etika dan peraturan tidak perlu disangkal lagi dalam menjalankan se-barang pekerjaan yang diamanahkan. Namun begitu kesedaran perlu hadir dalam diri seseorang individu yang bergelar guru.Se-tiap peraturan dan kod etika perlu dihayati, disemat dan dilak-sanakan secara bersungguh-sungguh dan tawadduk. Perlu kita sedar, guru merupakan pewaris nabi. Begitu berat tugas dan tanggungjawab seorang guru.

27 Dec 2011 12:32:03 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

Forum 5

salam 1Malaysia,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu itu. Peraturan-peraturan

26 Dec 2011

Anas Saffuan Bin Md.

38

Page 39: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

yang diwujudkan bukanlah sebagai alat untuk mengekang kebe-basan guru dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Memang tidak dinafikan adakala peraturan yang diwujudkan sedikit sebanyak memberi tekanan dalam menjalankan tugas tetapi sekiranya difikirkan secara positif ianya memberi banyak kelebihan seterusnya memastikan tugas yang dilaksanakan mempunyai kualiti dan menepati kehendak ketua jabatan. Selain daripada itu juga, dengan adanya peraturan seseorang guru itu, akan berfikir panjang dan secara lebih matang dari melakukan tindakan yang menyalahi kod etika perguruan.Ini se-cata tidak langsung dapat menghindar seseorang guru itu sewe-nang-wenangnya melakukan perkara yang negatif dalam melak-sanakan tugas dan sudah pasti dapat menjamin kecemerlangan serta keharmonian dalam bekerja.  

11:53:55 PM

Shahidan

Forum 5

Dalam hidup mesti mempunyai peraturan. Peraturan dapat memastikan sesuatu perkara dilaksanakan dengan lebih teran-cang dan lebih sistematik. Sebagai contoh jalanraya. Apa akan jadi sekiranya tidak terdapat peraturan yang menjadi garis pand-uan. Ini sudah pasti akan menyebabkan sistem trafik jalanraya akan sesak dan orang ramai memandu sesuka hati tanpa menghiraukan individu lain seterusnya akan menyebabkan setiap saat pasti kita akan terdengar kemalangan berlaku dimana-mana. Begitu juga dalam perkhidmatan keguruan, peraturan telah dite-tapkan untuk dijadikan garis panduan bagi memastikan perkhid-matan dapat dilaksana dengan lebih cemerlang.

Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap profesionnya se-harusnya mempunyai nilai yang unggul (bitara) terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawatannya. Jika guru diberi amanah menjaga muridnya dia akan lebih menguta-makan kebajikan dan keselamatan murid sama ada dari segi emosi dan jasmani.Guru harus mampu bersikap adil dan sentiasa membimbing murid yang menjadi pelanggan utamanya. Disamp-ing itu, dengan merujuk kepada peraturan guru akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dengan menambahbaik segala kemahiran yang ada.  

 Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa sekaligus menjadi pengganti mereka semasa murid berada disekolah akan sentiasa terjaga. Selain itu hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa adalah satu kolaborasi yang akan terbentuk sekiranya guru dapat mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Guru yang mengikuti peraturan akan sentiasa merahsiakan maklumat dan perkara sulit dengan rapi.Ianya akan menyebabkan memberikan guru diper-cayai oleh masyarakat.

Kerjasama antara masyarakat sekitar mampu meninggikan moral kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.Tingkahlaku guru yang sentiasa berlandaskan dengan peraturan akan menjadi per-

09 Dec 2011 02:06:56 AM

Anas Saffuan Bin Md. Shahidan

39

Page 40: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012

hatian masyarakat dan sudah pastinya akan memberi satu impak positif pada pandangan masyarakat. Selain itu juga guru yang menjalankan tugas dengan mengikuti peraturan akan sentiasa bertanggungjawab kepada rakan sejawatan. Setiap tindakan dan amanah yang diberikan akan terjaga dari sebarang bentuk penyelewengan. 

 Kesimpulannya bagi menjamin kecemerlangan dalam perkhid-matan Prinsip asas teras perkhidmatan harus dipegang utuh tanpa ada penyelewengan sama ada dari segi tanggungjawab dan  masa bertugas.Tumpuan utamanya ialah menjadikan guru yang cekap,amanah dan bertanggungjawab  sambil berpegang teguh pada ajaran agama.Semangat setia kawan dan mampu bergerak berkumpulan boleh membentuk guru bermotivasi tinggi dan mampu membenteras musuh negara. Kemajuan mutu perkhidmatan pastinya berupaya memajukan pemikiran rakyat dan benteng serta agen pembangunan negara. Larangan dan tin-dakan tatatertib harus dipandang sebagai garis panduan dalam setiap tindakan bukan sebagai penghalang kemajuan. Imej pen-jawat awam harus bersih bagi membantu negara maju dan dis-egani oleh masyarakat umum sebagaimana kempen bersih, cekap dan amanah. Negara akan hancur jika ada guru yang ko-rup terhadap tugas dan hanya mementingkan kepentingan perib-adi.  Seorang guru yang unggul dan komited serta mempunyai kepertanggungjawaban terhadap kerjayanya akan sentiasa melaksanakan tugasnya dengan merujuk kepada peraturan. Ini akan pastilah dapat menjamin kualiti perkhidmatan mereka lebih berkesan dan cemerlang.

40