perkembangan kendiri

16
PERKEMBANGAN KENDIRI DAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS Pengenalan: Konsep kendiri amat berkaitan dengan pembelajaran. Pengetahuan mengenai konsep kendiri penting untuk guru dan pendidik secara amnya.Konsep kendiri sudah diterima sebagai pemboleh ubah penting yang mampu meningkatkan perkembangan individu pelajar dan pembelajaran mereka.Seseorang pelajar dikelilingi oleh persekitaran sosial yang bertindak mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa depan. Agen- agen persekitaran seperti ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah agen yang mempengaruhi seseorang pelajar.Agen-agen tersebut membantu seseorang pelajar bertindak hasil daripada apa yang difikirkan dalam mindanya. Sorotan kajian lepas:

Upload: kcyc87

Post on 01-Jul-2015

358 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan kendiri

PERKEMBANGAN KENDIRI DAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Pengenalan:

Konsep kendiri amat berkaitan dengan pembelajaran. Pengetahuan mengenai

konsep kendiri penting untuk guru dan pendidik secara amnya.Konsep kendiri sudah

diterima sebagai pemboleh ubah penting yang mampu meningkatkan perkembangan

individu pelajar dan pembelajaran mereka.Seseorang pelajar dikelilingi oleh

persekitaran sosial yang bertindak mempengaruhinya membuat keputusan dan

menentukan masa depan. Agen-agen persekitaran seperti ibu bapa, guru dan rakan

sebaya adalah agen yang mempengaruhi seseorang pelajar.Agen-agen tersebut

membantu seseorang pelajar bertindak hasil daripada apa yang difikirkan dalam

mindanya.

Page 2: Perkembangan kendiri

Sorotan kajian lepas:

Konsep kendiri

Definisi:

Konsep kendiri merujuk kepada apa yang difikirkan oleh seseorang individu

pelajar mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya atau personalitinya.

Konsep kendiri tersebut akan menjadi suatu perkara penting kerana akan digunakan

bagi meramalkan masa depannya atau tindakan yang bakal diambil.(Habibah & Noran,

1997).

H.V.Perkins dalam bukunya Human Development and learning(1974),

berpendapat konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap

serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

Mengikut Vernon(1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan

kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada

orang lain.

Amir Awang(1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri

sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap

dirinya.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan

sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan

kelemahan diri sendiri. Ini terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru,

sekolah, rakan sebaya dan masyarakat, serta pengalaman dan penyesuaian diri

Page 3: Perkembangan kendiri

dengan persekitaran. Konsep kendiri mempengaruhi segala tingkah laku seseorang

individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran dapat mencerminkan

konsep kendirinya.

Page 4: Perkembangan kendiri

Jenis konsep kendiri

Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu

konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.

1. Konsep kendiri positif

Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran

Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan

Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka

Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri, isu dan masalah

Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba

Mudah bersosialisasi dengan orang lain

Mudah diterima oleh orang lain sebagai kawan rapat

Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain

Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang

Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri

Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi

Page 5: Perkembangan kendiri

2. Konsep kendiri negatif

Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri

Pasif, murung dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain

Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba

Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri

sendiri

Sering menunjuk wajah muram dan masam muka

Terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain

Bersifat penakut, pemalu dan tidak sudi bertanggungjawab

Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan sebaya

Mengalami lebih banyak kali kegagalan daripada kejayaan

Tidak sudi mendengar atau menerima pendapat orang lain

Jarang bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri

daripada khalayak ramai

Page 6: Perkembangan kendiri

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri

Pembentukan konsep diri adalah berdasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan

orang lain terhadapnya. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri

adalah berkaitan rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial

seseorang individu.

Antaranya faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:

1. Pengaruh baka keluarga

Setiap individu mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka ibu

bapa. Baka ibu bapa mempengaruhi pembentukan tubuh badan, kesihatan fizikal,

kecerdasan dan emosi anaknya.

Mengikut Sheldon(1985), beliau menggolongkan bentuk badan manusia dalam tiga

kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri

personaliti berkenaan.

Jadual berikut menghuraikan secara ringkas di antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-

cirinya.

Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri

endomorf Bulat dan lembut Suka bergaul, cepat mesra

mesomorf Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor

Tegas, agresif, sedia menghadapi cabaran

Ektomorf Kurus dan tinggi Tidak suka bergaul, tidak suka aktiviti fizikal

2. Kecerdasan dan emosi yang diwarisi

Page 7: Perkembangan kendiri

Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan

kecerdasan ibu bapa mereka. Menurut kajian, biasanya ibu bapa yang cerdas pintar

akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Orang yang mempunyai darjah

kecerdasan yang tinggi biasanya lebih berkeyakinan, berbudi bicara, bijaksana dan

keberanian, atau mungkin bersifat angkuh.

Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi konsep kendiri seseorang.

Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah

akan melahirkan anak yang agresif dan bersifat pemarah.

3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku

Keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat

penglihatan yang diwarisi turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kanak-kanak

yang cacat pendengaran atau penglihatan biasanya bersifat pendiam atau pemalu.

4.Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan

Keadaan keluarga yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak

mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang

positif.Sebaliknya, suasana rumah yang tegang atau kucar-kacir akan menyebabkan

perkembangan konsep kendiri yang negatif.

5. Pengaruh kebudayaan masyarakat

Perbezaaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan hidup serta tingkah

laku. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya membentuk sikap yang

sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan beretika. Selain itu,

Page 8: Perkembangan kendiri

pengaruhnya amat bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dialami oleh

individu sendiri. Mengikut Freud, pengalaman yang pahit dan sedih boleh

menggalakkan pembentukan sifat pemalu, penakut atau sakit jiwa.

6. Pengaruh sekolah, guru dan rakan sebaya

Guru dan sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

kendiri seorang kanak-kanak. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-

murid dengan penuh dedikasi akan menjadi teladan supaya mereka membentuk

konsep kendiri yang positif. Persepsi rakan sebaya dengan individu diterima dalam

kumpulannya akan menggalakkan pembentukan personaliti yang berkeyakinan.

Keadaan sekolah yang serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan serta

penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat mempengaruhi perkembangan

personaliti yang positif.

7. Pengaruh status sosial keluarga

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu

perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optimum. Ini disebabkan keluarga tersebut

berupaya memberi makanan yang seimbang dan kemudahan pendidikan yang

sempurna kepada anak-anak mereka. Mereka yang hidup dalam keluarga bahagia

adalah lebih optimistik dan berkeyakinan. Jika seseorang yang berada dalam status

sosio-ekonomi yang kurang baik, individu tersebut adalah kurang berkeyakinan pada

diri sendiri, sensitif dan rendah diri.

Page 9: Perkembangan kendiri

Konsep kanak-kanak keperluan khas

Pengenalan:

Kanak-kanak keperluan khas merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas;

kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah

pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.

Kanak-kanak keperluan khas

Kanak-kanak keperluan khas adalah kanak-kanak cacat daripada pelbagai jenis

atau kategori kecacatan yang meliputi ketidakupayaan atau kesukaran yang

disebabkan ketidakfungsian sistem saraf.

McDonnell et al. (1995)mengklasifikasikan kanak-kanak istimewa ini kepada

rencatan akal, gangguan tingkah laku, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta

kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain.

Lerner et al. (1998) pula mengklasifikasikan kanak-kanak istimewa di tahap

prasekolah kepada dua kategori:

Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran

di bangku sekolah

Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu

akta atau undang-undang khas di sesebuah negara

Mahmood Nazar(2000) pula memberi definisi bahawa kanak-kanak yang

dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dirinya bagi memperoleh keperluan

biasa, untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.

Page 10: Perkembangan kendiri

Kategori kanak-kanak berkeperluan khas:

Kanak-kanak keperluan khas boleh dikategori dari segi:

Bermasalah pendengaran

Bermasalah penglihatan

Bermasalah pembelajaran

1. Bermasalah pendengaran

Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan

pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Kanak-kanak yang

bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a) Pekak

b) Separa pekak

Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis:

a) Penerimaan(getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga)

b) Pengamatan(masalah saraf deria pada bahagian telinga)

c) Pusat(sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera)

d) Psikogenik(tidak boleh mendengar langsung kerana gangguan emosi yang

terpendam)

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran:

i. Kurang memberi perhatian

ii. Sukar mengikut peraturan

iii. Sering berkhayal

iv. Memerlukan bimbingan kawan

v. Kurang aktif dalam aktiviti perbincangan

vi. Cara percakapan tidak normal

vii. Mempunyai masalah kesihatan

Page 11: Perkembangan kendiri

2. Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan:

a. Buta yang langsung tidak dapat melihat

b. Separuh buta yang kabur penglihatan

Pelajar buta belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Pelajar

separuh buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur. Kategori masalah

penglihatan:

i. Rabun

ii. Juling

iii. Mata malas

iv. Nampak dua

v. Kerosakan urat saraf mata

vi. Sensitif pada cahaya

3. Bermasalah pembelajaran

Pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang mengalami

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Golongan ini telah atau baru

mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek

secara perlahan. Ia dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan

kognitif tingkah laku(perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan),

membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Di antara jenis

permasalahan pembelajaran:

Page 12: Perkembangan kendiri

Sindrom down:

Sindrom down ialah masalah yang disebabkan masalah berlebihan kromosom dan

bahan kimia yang tidak seimbang. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap IQ yang rendah

antara 30 hingga 80. Pelajar-pelajar sindrom down mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat

Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir

Mata sentiasa berair dan merah

Mata sepet dan bentuk muka yang kecil

Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok

Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik

Hipoaktif

Kanak-kanak hipoaktif adalah pasif dari segi aktiviti fizikal dan amat takut kepada

orang lain. Kanak-kanak suka menyendiri dan bersikap murung, serta suka berkhayal,

suka bermain sendirian dan suka termenung. Pelajar-pelajar hipoaktif tidak suka

bergaul atau berinteraksi, menundukkan muka apabila nama dipanggil dan tiada

tindakan kepada persekitaran.

Hiperaktif

Pelajar-pelajar hiperaktif mempunyai aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan,

tindakan yang berlebihan terhadap ransangan cahaya, bunyi dan warna. Pelajar-pelajar

ini tidak takut kepada orang, sukar menyesuaikan diri, sukar memberi tumpuan

terhadap permainan atau kerja yang dilakukan serta sukar untuk berinteraksi dengan

rakan sebaya yang lain.

Terencat akal

Kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata.Tahap kerencatan akal boleh

diklasifikasikan seperti berikut:

Ringan – IQ antara 50-70

Sederhana – IQ antara 35-49

Page 13: Perkembangan kendiri

Teruk – IQ antara 20-34

Amat teruk – IQ kurang daripada 20

Kanak-kanak keperluan khas memerlukan pendidikan khas atau perkhidmatan khas

supaya mereka peroleh pencapaian yang sesuai dengan kebolehan masing-masing.

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau

kurang upaya. Pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang ditujukan

kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya tidak

mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Aplikasi teori dalam praktikal:

Page 14: Perkembangan kendiri

Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

Menurut kajian pakar-pakar pendidikan, konsep kendiri dan nilai-nilai merupakan

faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan

kokurikulum. Konsep kendiri seseorang boleh diklasifikasi kepada dua jenis, iaitu

konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.

Konsep kendiri positif

Bagi pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif, mereka mempunyai persepsi

kendiri yang positif,menikmati penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan

gurunya serta memperoleh perasaan penghargaan diri yang tinggi. Ini membolehkan

mereka melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran dan

pengajaran. Dalam proses p&p, mereka lebih berani menyoal, berani mencuba sesuatu

yang baru dan penuh keyakinan. Mereka sedia menerima kritikan dan pendapat orang

lain. Di samping itu, mereka bersifat tenang semasa menghadapi cabaran dan

optimistik dalam apa-apa situasi.

Konsep kendiri negatif

Sekiranya pelajar mempunyai konsep kendiri yang negatif, mereka adalah kurang

berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba. Dalam proses p&p,

mereka bersifat penakut, pemalu dan tidak berani memikul tanggungjawab. Mereka

sering menunjukkan wajah yang muram dan masam muka. Kurang melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran dan kurang sudi bergaul atau bekerjasama dengan orang

lain. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka adalah sensitif

Page 15: Perkembangan kendiri

terhadap kritikan daripada orang lain dan tidak sudi mendengar atau menerima teguran

orang lain.

Page 16: Perkembangan kendiri

Kesimpulan:

Perkembangan kendiri memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang.

Konsep kendiri mempengaruhi tingkah laku dan interaksi dalam persekitaran

seseorang. Konsep kendiri ini membentuk sahsiah seseorang dan seterusnya menentu

masa depannya. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep

kendiri penting dalam membimbing dan mendidik individu untuk mencapai kejayaan

dalam bidang akademik dan kokurikulum. Faktor-faktor ini adalah berkaitan rapat

dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial seseorang individu.

Agen-agen persekitaran seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat penting

dalam perkembangan kendiri individu. Mereka merupakan contoh teladan yang baik

dan mempengaruhi konsep kendiri seseorang. Jenis konsep kendiri yang negatif ada

pada seseorang haruslah dihapuskan. Hal ini disebabkan konsep kendiri

mempengaruhi impian dan masa depan individu sama ada berjaya atau sebaliknya.

Maka, agen-agen persekitaran perlu toleransi dan berusaha sedaya upaya

meningkatkan kerjasama demi melahirkan generasi baru yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

Kanak-kanak keperluan khas adalah golongan yang kurang upaya dan kurang

bernasib baik. Mereka tidak patut dipandang rendah tetapi memerlukan lebih perhatian.

Program pendidikan khas merupakan satu pendekatan yang baik untuk membantu

mereka dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal.