sejarah perkembangan bahasa melayu (en mat nasir).pptx

56
BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN OLEH: MAT NASIR BIN HJ. CHE ALI JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PERLIS

Upload: afiq-ameri

Post on 25-Oct-2015

162 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

BMM 3112SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

OLEH:MAT NASIR BIN HJ. CHE ALI

JABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS PERLIS

Page 2: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

SEJARAH BAHASA MELAYU Penutur BM kurang jelas kerana sejarah kunobelum

diselidi secara mendalam. Mengikut teori, BM berasal dari golongan Austronesia

yang berasal dari Yunan dan menjelajah ke Selatan. Sejarah ini berlaku sejak tahun 2500 SM. Golongan pertama disebut Melayu Proto. Golongan

kedua 1500 SM iaitu Melayu Deutro yang menduduki bhg pantai dan lembah Asia Tenggara(bertani dan pelayar)

Page 3: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Teori terbaru menyatakan orang Melayu berasal dari pulau Borneo kemudian merebak kepada tiga arah:a. Barat (Sumatra Utara)b. Timur Laut (kepulauan Filipina, Taiwan, Sulawesi dan

Kalimantan Timur.c. Barat daya (Sumatra Selatan dan Jawa Barat).

Oleh kerana bahasa Austronesia disebut disebar luas ke seluruh Asia Tenggara maka bahasa pertuturan mereka ada mempunyai unsur persamaan.

Rumpun bangsa Austronesia tergolong dalan satu bahasa asal iaitu bahasa Austris.

Page 4: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Austronesia terdapat dua keluarga rumpun;a. Rumpun bahasa Austronesiab. Rumpun bahasa Tibet-Cina

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat; iaitua. Kumpulan bahasa di kepulauan Melayu

Nusantara)b. Kumpulan bahasa Polinesia (bahasa Hawai,

Tongga dan Maori)c. Kumpulan Melanesia (Kepulauan Fiji, New Caledonia

dan Irian)d. Kumpulan Mikronesia (Corolina, Gilbert, Marshall dan Kepulauan Marinna).

Page 5: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

BM tergolong dalam cabang Nusantaradalam keluarga Austronesia.

Kumpulan bahasaNusantara mempunyai bahasa yang paling banyak 200-300 bahasa.

Bahasa Nusantara dibahagikan kepada beberapa golongan;1. Golongan Sumatra: Acheh, Melayu dan bahasa Batak

(Karo, Toba, Ankola-Mendaling), Minangkabau, Nias Lampung dan Orang Laut).

2. Golongan Kalimantan: Iban, Kenya-Kayan, Melanau.3. Golongan Jawa- Sunda, Jawa, Madura4. Golongan Bali-Sasak: Bali, Sasak, Sumbawa.

Page 6: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

5. Golongan Filipina: Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Pulau, Tombulu.

6. Golongan Gorontalo, Bulanga, Kaidipan, Buol.7.Golongan Tomini: Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa,

Dampelasa.8. Golongan Toraja: Kaili, Bare’e, Wato.9. Golongan Loinang: Loinang, Banggal.10. Golongan Bunku-Laki: Laki, Landawe, Mori, Mapute.11. Golongan Sulawesi Selatan: Makasar, Bugis, Solo.12. Golongan Muna-Butung: Muna-Butung, Butung Selatan,

Kerompa, Wollo.

Page 7: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

13. Golongan Bima Sumba: Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro’e, Kupang.

14. Golongan Ambon Timur: Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, GoramBandar.

15. Golongan Sula-Bacon: Sula, Bacon, Tullabo.16. Golongan Halmahera Selatan- Irian Jaya: Halmahera

Selatan, Nufur, Kowiai.

Page 8: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di daerah kepulauan Melayu sejak berzaman.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan penduduk di Kepulauan Melayu dengan pedagang dari Eropah, Asia Barat, India dan China.

Abad pertama, BM menjadi bahasa pertuturan dan keagamaan (agama Hindu), namun bahasa Sanskrit menjadi bahasa kelas atasan.

Banyak perkataan dari India diserap ke dalam BM terutama dalam aspek kebudayaan, perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuhan, senjata, perkataan agama, ilmu pengetahuan dsb.

Bahasa Melayu Kuno

Page 9: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Bahasa asing mudah diserap ke dlm BM kerana sifatnya mudha dibentuk dilentur untuk disesuaikan dlm segala keadaan.

Istilah ‘Melayu’ mula ditemui dlm tulisan Cina dlm tahun 644 dan 645 Masihi yg menyebut Mo-lo-yeu.

Sifat tulisanBM terdapat pd Batu Bersurat pd tahun 683 Masihi. Ada 4 batu bersurat yg menjadi bukti tulisan Melayu:a. Kedudukan Bukit, Palembang (683 M)b. Talang Tuwo, Palembang (684 M)c. Kota Kapor, Pulau Bangka (686 M)d. Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686 M)

Page 10: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Dari segi tulisan terdapat beberapa perkataan menarik dlm tulisan BM kuno, misalnya huruf ‘w’ sekarang ditukar kpd huruf ‘b’

contoh, wulan (bulan), wuat (buat) Penggunaan ‘e’ pepet dihilangkan dan diganti

dgn ‘a’, contoh dengan atau dangan (dengan).

Awalan ‘ber’ sbg ‘mar’. Awalan di- sbg ni- Contoh : marlapas dan niwuat. Pengaruh bahasa Sanskrit dieja huruf

konsonan, contoh bh, ph, dh dan kh.

Page 11: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Kerajaan Srivijaya meliputi Sumatera, Jawa, Semen, Tanah Melayu, Segenting Kera dan Sri Lanka.

Batu Bersurat membuktikan Kerajaan Srivijaya menggunakan BM sbg bahasa rasmi.

Pemerintahan Srivijaya bermula abad ketujuh hingga ke 13 masihi merupakan zaman kegemilangan BM.

BM tersebar luas ke merata daerah pemerintahan Srivijaya.

Selepas Srivijaya, kegemilangannya kerajaan Majapahit di Jawa. Pd masa ini peranan bhs Jawa menjadi peranan lebih utama.

Bahasa Melayu Zaman Kerajaan Srivijaya

Page 12: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pd zaman ini, BM menjadi peranan penting kerana di bawah kerajaan Melayu.

Buku ‘Sejarah Melayu’ telah mengharumkan dan meletakkan BM sgt tinggi.

Zaman ini bermula pd abad ke-13. pd masa ini agama Islam mula bertapak di atas kerajaan Melayu Melaka.

Tersebarnya agama Islam di Nusantara, maka berkembang juga tulisan Jawi.

BM berkembang pesat dlm bidang kesusasteraan, keagamaan dan perdagangan.

Selepas abad ke-14 muncullah tulisan kesusasteraan Melayu dlm bentuk manuskrip.

Bahasa Melayu Zaman Melaka

Page 13: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pengenalan Tulisan berasal dr skrip Arab yg sampai ke

Kepulauan Melayu. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu ada

dua kemungkinan hala kedatangan. Syed Naquib al-Attas menyatakan tulisan jawi

dibawa oleh saudagar Cina pd 55H/674M S.M.N al-Attas menyebut dlm Hikayat Acheh

menyatakan bahawa Islam datang ke Kepulauan Melayu dari Barat, (Tanah Arab, Parsi dan India).

SEJARAH EJAAN JAWI

Page 14: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Abad ke-7 H/13 M kerajaan Pasai (Sumatera) kerajaan pertama di Kepulauan Melayu menjadikan agama Islam sbg agama rasmi.

Raja Pasai bernama Merah Silu (Sultan Malik al-Saleh). Banyak buku berkaitan Islam ditulis ke dlm BM.

Skrip Arab diadaptasikan ke dlm BM dikenal sbg skrip Jawi – shellabear.

Skrip jawi mengandungi 29 abjad Arab. (ditambah huruf cha, nga, pa, ga, nya).

Orang Arab mengajara bahasa Arab kpd penduduk tempatan, seterusnya mengadakan tanda baris pada huruf jawi (Shellabear) pd ke 17 M.

Page 15: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pada tahun 1954, Jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dlm Kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di Seremban terdapat 12 kelemahan tulisan jawi. Antaranya:

a. Kekurangan abjad vokal dan diftongb. Tiada sistem huruf besarc. Aturan ejaannya tidak dapat ditentukand. Perkataan asing sukar dibunyikane. Sukar membentuk bunyi bhs ‘umum’ bg BMf. Memisahkan bhs dan persuratan Melayu di Indonesia

yg menggunakan tulisan Rumig. Orang asing sukar mempelajari BM tulisan jawih. Bentuk abjad jawi banyak berubah apabila disambungi. Ada 14 abjad jawi yg bunyinya tidak sesuai dgn lidah

Melayu (tha, ha, kha, zal (2) shin, shad, dhat, tha, zha, ain, ghin, fa, khaf)

Page 16: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

1. Sistem ejaan Jawi Undang-undang Laut Melaka

Ditulis pd 1066 H/ 1655 M yg ditulis oleh dua orang jurutulis kerana khat pd awal tulisan berbeza dgn khat tulisan akhir.

Terdapat sistem vokal pd suku kata akhir terbuka bg huruf alif, wau, ya.

Contoh perkataan: puji, gilang, nyaring, selamat, darat, sekarang, supaya, gemilang, tuhan, malam, sentosan, laut, melaka turun, pelayar.

Tulisan Jawi Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor

Page 17: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Terdapat juga kekcualian dlm sistem ini. (ms 162). Contoh bg perkataan: sudah, bagi, padam duli, kabul, singgah, segala, maka, kakak, mohon, nakhoda.

Ejaan pemvokalan tanpa penggunaan abjad vokal pd suku kata akhir terbuka dan tertutup.

Contoh suku kata akhir terbuka: puji, nakhoda, juru, penanda, bagi, pergi, duli, muda, telinga, baginda.

Contoh suku kata tertutup: takluk, lembut, dayung, harum, ikut, teluk, mencabut, keris, simpan, menebus.

Kekecualian pada suku kata akhir terbuka Contoh: lalu, kena, bahawa, lagi, pelihara

Page 18: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pada suku kata tertutupm contoh : angin, pun, tembarung, adik, rong

Abjad (wau) dan (ya) digunakan sbg lambang konsonan pd akhir kata sbg:

i. Separuh vokal /w/ pd kata: sarwa, dua.ii. Separuh vokal /y/ pd kata: ia, supaya.iii. Diftong /au/ pd kata: jikalau, rantauiv. Diftong /ai/ pd kata: pakai, balai

Page 19: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Kitab ini ditulis oleh Muhammad Ibrahim b. Hj. Abdullah Munsyi ug dicetak pd tahun 1878 M di Singapura.

Buku ini mengemukakan sistem ejaan jawi secara teratur dan tanda bacaan.

Abjad jawi terdiri drpd 22 abjad dinamakan ‘huruf yg terpakai dlm bahasa Melayu’. Abjad tersebut termasuk alif, ba, ta, jim, cha, dal, ra, sin, nga, pa, qaf, kaf, ga, lam, mim, nun, wau, ha, lam alif, hamzah, ya, nya.

Abjad (alif, wau, ya) dinamakan huruf saksi (vokal), (lam, alif) dinamakan huruf jadi, (hamzah) dinamakan huruf tanda.

Sistem Ejaan Jawi Pada Kitab Pemimpin Johor

Page 20: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

i. Pengganti (alif) pd tengah kata. Misalnya seorang (ada hamzah), iaitu (ada hamzah di tengah)

ii. Pengganti abjad (qaf) pd akhir kata. Misalnya buruk, tengkok, bengkok. (huruf hamzah di hujung)

iii. Ada lima abjad tambahan utk mengeja bahasa asing. Contoh : november, Ng, water, measure, Goh, teachers. (ms 232)

iv. Selain itu terdapat juga penggunaan huruf saksi:v. Huruf saksi (vokal) digunakan utk sebutan yg

panjang. Contoh:(Alif) : kata jalan(wau): buku kuku(ya) : isi diri

Page 21: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

i. Huruf saksi (alif) ada dua jenis:a. Alif ma’ruf untuk bunyi e-pepet.

Contoh : tiba pintab. Alif majhul untuk bunyi /a/

contoh : tangan dapatii. Huruf saksi (wau) juga mempunyai dua

jenis:a. Wau ma’ruf untuk bunyi /u/

contoh : bukub. Wau jahul untuk bunyi /o/

Contoh: jodoh

Page 22: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

iv. Huruf saksi (ya) juga mempunyai dua jenis:a. Ya ma’ruf utk bunyi /i/

Contoh: ibub. Ya majhul utk bunyi /e/ e taling

Contoh: desa

Penerapan peraturan ejaan jawi yg dianjurkan dlm kaedah ini menunjukkan pembaharuan yg lebih jelas, terutama dlm abjad vokal pd suku kata akhir terbuka dan tertutup.

Namun, kata-kata sudah lazim ejaannya adalah dikekalkan. Contoh, lama, pula, berapa, ada, utama.

Page 23: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

1. Kemasukan Tulisan Rumi Tulisan Rumi datang ke Kepulauan Melayu

bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Orang Sepanyol yg bernama Magellan bersama

rombongannya sampai ke Kepulauan Melayu pd 1521 M.

Antonio Pigafetta seorang Itali yg bersama-sama Magellan telah mencatat tentang BM dalam tulisan Latin/Rumi.

Pigafetta telah mencatat sebanyak 426 perkataan Melayu yg dibantu oleh Hendrik, seorang Melayu Sumatera.

Sejarah Dan Perkembangan Ejaan Rumi

Page 24: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pigafetta menggunakan sistem ejaan Itali. Antara perkataan yg dicatat adalah seperti berikut:

Senarai Figetta Ejaan Rumi BM Sekarang

Rumio Rumi

Horan pandita Orang pendeta

Anach Anak

Minthua Mertua

Dai Dahi

Cenin Kening

idon hidung

Page 25: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Senarai Figafetta Ejaan Rumi BM Sekarang

bebere Bibir

lada Lidah

atti Hati

cuchu Kuku

buculali Buku lali

geri Jari

pizam Pisang

bugax Beras

aimbatina Ayam betina

chielamin Cermin

Cain cunin Kain kuning

mancu Mangkuk

mozan Musang

pandach Pendek

caiu Kayu

Mali horan caia makan Mari orang kaya makan

Page 26: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pada tahun 1848, John Crawford telah merumikan tulisan BM.

Beliau berpendapat skrip rumi dpt melambangkan dgn mudah bunyi-bunyi asli BM.

Beliau mengambil abjad jawa sbg panduannya kerana menyamai bunyi BM.

Setiap huruf dan abjadnya dibunyikan tanpa perubahan tanpa dikira kedudukannya.

Crawford juga merumikan abjad yg melambangkan konsonan arab yg dipinjam oleh BM.

Sistem Ejaan Rumi Crawford

Page 27: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

BM Moden Ejaan Crawford Contoh Ejaan Crawford

Ejaan BM Moden

b b Bangkit, lambut Bangkit, lembut

c ch puchuk Pucuk

d d Bardiri, adap Berdiri, hadap

g g Lagi, barsigra Lagi, bersegera

h h Buwah, arah Buah, arah

j j Jalan, tuju Jalan, tuju

k k Kaliling, balik Keliling, balik

l l Lima, balik Lima, balik

m m Sama, ampir Sama, hampir

n n Antara, raden Antara, raden

ny n Balana, buni balanya, bunyi

p p Pada, ampir Pada, hampir

r r Bartidor, indra Tidur, indra

Contoh bunyi konsonan

Page 28: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

BM Moden Ejaan Crawford Contoh Ejaan Crawford

Ejaan BM Moden

s s Santap, atas Santap, atas

t t Pintu, atina Pintu, hatinya

w w Bawah, luwar Bawah, luar

y y Diya, yang Dia, yang

a a Sagu, atawa Sagu, atau

e pepet a Patir, basar Petir, besar

e taling e Elok, merah Elok, merah

i ulih Oleh

i i Iya, ampir Ia, hampir

e estrina Isterinya

o o Orang, lompat Orang, lompat

u ulih Oleh

u u Duduk, turun Duduk, turun

Page 29: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Pada tahun 1904 Kerajaan Melayu Bersekutu (British) telah menerbitkan buku panduan ejaan rumi BM bertajuk Romanised Malay Spelling.

Buku panduan ini dikenali sbg Sistem Ejaan Wilkinson.

Jawatankuasa ini menetapkan enam peraturan utama utk merumikan ejaan BM:

i. Semua perkataan Inggeris yg dipinjam ke dlm BM dieja mengikut sebutan Melayu. Perkataan pinjaman Arab yg sudah diasimilasi sepenuhnya, ejaannya mengikut sebutan BM. Perkataan Arab yg belum mantap dlm BM hendaklah dieja mengikut sebutan Arab.

Ejaan Rumi Wilkinson

Page 30: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

ii. Perkataan pinjaman yg meluas penggunaannya dlm BM dieja mengikut sebutan Melayu. Huruf ‘ain dieja dua ‘a’. Contoh: maalum, maamur, maana.

iii. Ejaan bagi perkataan lebih terang asal pembentukan katanya walaupun sebutannya berbeza sedikit hendaklah dieja ikut bunyi BM. Contoh: kemedian (kemudian), demekian (demikian).

iv. Kata terbitan yg mengandungi imbuhan, kata dasar dieja menyamai bentuk asalnya walaupun ada perubahan bunyi. Contoh: keluar dengan kaluar (arah luar)

v. Perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya, baharu, cahaya dieja dgn abjad ‘h’ ditengah.

Page 31: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

vi. Pemilihan vokal ‘o’- ‘u’ dan ‘e’ – ‘i’ pada suku kata akhir ertutup masih

dikekalkan. Contoh, kepong, buloh, merbok. Begitu juga perkataan minum, tahun, betul, labur.• Penggunaan lambang vokal dan konsonan sistem

grafem atau ajab Inggeris telah diubah. Contoh u (oe), j (dj), ch (tj), sh (sj), kh (ch) dan y (j) mengikut sistem ejaan Ophuijsen.

Page 32: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Orang Melayu pertama di Malaysia yg menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pd tahun 1933.

Bukunya bertajuk Daftar Ejaan Melayu Jawi –Rumi 1949.

Za’ba menyenaraikan lapan perkara yang berlaku kecelaruan:

i. Sebahagian suku kata tertutup sama ada menggunakan vokal ‘i’atau ‘e’ dan ‘u’ atau ‘o’.

ii. Bunyi diftong (ai/ae,ui/ue).iii. Perkataan dialek yang berbeza ejaannya.

Sistem Ejaan Rumi Za’ba

Page 33: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

iv. Ejaan yg menggunakan dua abjad ‘g’ tetapi kerap menggunakan satu ‘g’ sahaja.

v. Kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut sebutan asal atau sebutan Melayu.

vi. Ejaan awalan se dan ke sama ada hendak dieja sa atau ka.

vii. Penggunaab sempang (-) tidak tetap sama ada diletakkan sempang atau tidak.

viii. Penggunaan huruf besar juga tidak tetap. Untuk mengatasi lapan masalah di atas Za’ba

menetapkan kpd sistem ejaan Wilkinson-Za’ba. Beliau membahagikan abjad BM kpd dua kumpulan.

a. Huruf saksi (vokal) a,e,i,o,u,e b. Huruf benar (konsonan) terdiri dpd 21 abjad.

Page 34: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Konsep TerjemahDefinisi terjemah Terjemah berasal dpd bahada Arab ‘Tarjamah’ yg

bermaksud mentafsir perkataan dgn menggunakan perkataan bahasa lain.

Perkataan tarjamah membawa dua maksud:i. Menterjemah teks atau buku dpd satu bahan

kpd bahan lain.ii. Bermaksud autobiografi.

Dasarnya proses terjemahan bersir kpd proses pemindahan warta dpd bahasa sumber kpd bahasa sasaran / penerima.

TERJEMAHAN DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Page 35: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Terjemahan menitikberatkan aspek berikut:i. Semantik (makna)ii. Gaya (bentuk)iii. Idea karya asal hendaklah dikemukakan

dgn sepenuhnya. Penterjemah semestinya memastikan

padanan maksud membawa mesej sebagaimana teks asal dan memastikan sejadi dunia bahasa sasaran.

Sejarah penterjemahan bermula oleh kerajaan Inggeris, iaitu manuskrip Perjanjian Pangkor 1874.

Page 36: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Matlamat Terjemahan Untuk melahirkan satu teks terjemahan ke

bahasa sasaran yang sehampir tepat dgn teks bahasa sumber.

Penyebaran ilmu pengetahuan menjadi semakin mudah dan cepat.

Membolehkan masyarakat menikmati ilmu daripada budaya asing.

Menjadi salah satu kaedah dalam penyebaran satu ideologi, contohnya dalam penyebaran agama Islam di Nusantara.

Menjadi persaingan sihat dalam bidang teknologi dan budaya sesuatu bangsa.

Kegiatan penterjemahan yang pesat menandakan kemajuan sesuatu negara.

Page 37: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Sukar menterjemah idea saintifik ke dlm bahasa Melayu

Kekurangan buku-buku istilah sbg rujukan Ketika membuat rujukan, penterjemah sering

terdorong untuk mencari padanan istilah bahasa asal dgn bahasa yang diterjemahkan

Penggunaan istilah sains secara langsung yg diberikan dari buku istilah

Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Penterjemah

Page 38: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

- Terjemahan mempunyai dua kaedah: i. Kaedah lama- penterjemahan ditumpukan pd

persamaan bentuk teks terjemahan dgn teks asal. Kaedah ini dinamakan Kaedah Terjemahan Formal/ Terjemahan Harafiah/ Terjemahan Literal

ii. Kaedah Baru- mengutamakan reaksi pembaca dan emosi yg dialaminya. Kaedah ini mengutamakan persamaan dinamik, juga disebut terjemahan dinamik

Kaedah Proses Terjemahan

Page 39: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Ada tujuh kaedah terjemahan berdasarkan dua kategori kaedah utama tersebut:

i. Kaedah formal a. Kaedah pinjaman b. Kaedah peniruan c. Kaedah penggantian/harafiah

ii. Kaedah dinamik d. Kaedah transposisi e. Kaedah modulasi f. Kaedah persamaan g. Kaedah penyesuaian

Page 40: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Selain tujuh kaedah di atas, terdapat beberapa kaedah lain yg boleh digunakan iaitu:

a. Kaedah penambahan (extension) b. Kaedah pengguguran (omission) c. Kaedah penerangan tambahan

(metanlinggual comment)

Semua kaedah di atas boleh digabungkan dan kadangkala perlu digunakan secara bersaingan mengikut kesesuaian yg diterjemah.

Page 41: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

1. Kaedah formal a) Kaedah Pinjaman (Borrowing) Kaedah ini merupakan kaedah yg membenarkan

kata/perkataan dpd bhs sumber digunakan dlm bhs sasaran, apabila sesuatu unsur tidak wujud/ tidak sesuai dlm bahasa sasaran

Contohnya dari segi teknik, konsep, peristilahan dsb

Unsur-unsur dr bhs sumber dipinjam secara terus tanpa melakukan sebarang perubahan ejaan dan ditulis miring dlm teks

Contohnya perkataan aorta, aspirin, matron, wikipedia, homestay dsb

Page 42: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Contoh terjemahan dalam ayat : Bahasa sumber : in this defect, the aorta

is constricted or prinched Bahasa sasaran: Dalam keadaan ini, aorta

menjadi sempit atau tercerut Kaedah pinjaman juga digunakan bagi

menimbulkan sifat-sifat khusus serta mengekalkan keunikan dlm sesebuah teks

Bahasa sumber: peserta juga akan mengunjungi pasar malam di Bangsar

Bahasa sasaran : the participant will also visit the ‘pasar malam’ at Bangsar

Page 43: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

b. Kaedah peniruan (Loan Transiation/ Calque)

Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke bhs sasaran

Terdapat dua jenis peniruan: i) Peniruan Penyampaian Kaedah meniru cara penyampaian

sesuatu konsep melalui pemindahan bhs tanpa mengubah struktur bhs sasaran

Contoh : Mass Communication (komunikasi Massa) Social science ( sains sosial), Green house ( rumah hijau)

Page 44: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

ii) Peniruan Struktur Meniru konsep bhs sumber dgn

menggunakan perkataan dlm bhs sasaran, namun strukturnya masih lagi menggunakan struktur bhs sumber.

- Contoh : Prime Minister ( Perdana Menteri), Head quarters (ibu pejabat)

c) Kaedah Penggantian/ Harfiah ( Literal Transition)

Kaedah yg ideal menterjemah dlm proses pemindahan maklumat pd peringkat leksikal (perkataan) dan sintaksis (ayat)

Page 45: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Menggunakan dgn menggantikan perkataan atau frasa dlm ayt tanpa membuat perubahan struktur ayat bhs sumber

Kaedah ini kerap digunakan untuk menterjemah teks risalah (informatif) ◦ Bahasa sumber : I will meet you there◦ Bahasa sasaran : saya akan jumpa kamu di sana ◦ Bahasa sumber : I miss you ◦ Bahasa sasaran : saya rindu awak

Page 46: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

2. Kaedah Dinamik a) Kaedah Transposisi ( Transposition) Kaedah terjemahan yang mengubah golongan

kata atau mengubah kedudukan frasa/klausa tanpa mengubah maksud teks asal

Kaedah ini bertujuan menyampaikan berita dlm bhs sasaran secara bersahaja

Kaedah ini juga menggantikan kelas sesuatu kata (kt. Nama. Kt. Kerja , kt. SN, kt. Adjektif) tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan

Bahasa sumber: with invest as low as RM10,00 (KK)

Bahasa sasaran : dengan pelaburan serendah RM10,000 (KN)

Page 47: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Kaedah transposisi boleh melibatkan penukaran struktur bahasa sumber dan bahasa sasaran tanpa mengubah maksud.

Kaedah ini boleh menukar dlm bahasa yg sama.◦ After he comes back menjadi after his return.◦ Dalam bahasa Melayu: ‘selepas dia pulang’ diubah

menjadi ‘selepas kepulangannya’. Berlaku juga dlm perubahan frasa.

◦ Bhs sumber: though the vehicles were badly damaged (1), the trio walked out shaken but unscatched (2).

◦ Bhs sasaran: ketiga-tiga mangsa keluar dalam keadaan terkejut (2), walaupun kereta tersebut rosak teruk (1).

Transposisi boleh juga berlaku perubahan dlm perenggan dan wacana.

Page 48: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

b) Kaedah Modulasi (Modulation) Kaedah ini juga hampir sama dgn kaedah

transposisi, iaitu gaya bahasa yg bersahaja dan mudah difahami.

Kaedah ini menterjemah dgn mengubah padanan satu lawan satu perkataan dlm frasa atau ayat tanpa mengubah maksud asal.

Modulasi menunjukkan perbezaan dua bahasa dlm situasi yg sama tetapi cara pemikiran yg berbeza yg boleh mewujudkan variasi positif dan negatif.

Hukum tatabahasa tidak dititikberatkan. Contoh, menterjemah ujaran lisan, simpulan bahasa dan bentuk idiomatik.

Page 49: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Bhs sumber: Saturday night Bhs sasaran: Malam Sabtu – malam

Ahad/malam minggu

Bhs sumber: I did very badly in the exams. (teruk)

Bhs sasaran: saya tidak melakukan dgn baik dlm peperiksaan.

Bhs sumber: Danger Area Bhs sasaran: Kawasan Bahaya – Berhati-

hati.

Page 50: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

c) Kaedah Persamaan (Equivalance) Penterjemah perlu mewujudkan persamaan

makna teks terjemahan dgn teks asal dari segi norma, gaya dan aspek kebudayaan.

Contoh persamaan terdekat:◦ Shack – pondok, teratak

◦ Kidney – buah pinggang

◦ Damage – rosak, terjejas

◦ Love – cinta, sayang

Kaedah persamaan sejadi terhasil drp situasi yg ada padanan fungsinya dpt peribahasa, simpulan bahasa.

Page 51: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

Contoh persamaan sejadi/bersahaja.Big and small – kecil besarUnderstandably – tidak hairanlah / sememangnyaBroad smile – senyum lebarBlue blood – berdarah putihToo many cooks spoil the broth – dua nakhoda

satu kapalAs like as two peas – bagai pinang dibelah dua

Terjemahan persamaan tidak menampakkan sesuatu frasa diterjemahkan hanya diucapkan secara bersahaja.

Page 52: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

d) Kaedah Penyesuaian (Adaptation) kaedah ini merupakan penggantian kerana

perbezaan budaya yg terdapat dlm dua bahasa Kaedah ini merupakah kaedah terjemahan yg

paling bebas. Biasanya dilakukan dlm menterjemah lakonan dan

puisi dimana watak, tema dan plot dikekalkan. Tujuan kaedah ini bertujuan sbg menjaga

kesopanan, pantang larang, keagamaan. bhs sumber: He kissed his daughter on the mouth. Bhs sasaran: dia memeluk anak perempuannya dgn

penuh kasih sayang. Bhs sumber: Majlis berkhatan al-Quran akan

diadakan di rumahnya. Bhs sasaran: The graduation ceremony will be held at

his house.

Page 53: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

3. Kaedah Penerangan Tambahan (Metalingual Comment)

Kaedah yg menghuraikan dan menjelaskan warta dgn panjang lebar bg pemahaman pembaca terjemahan.

Kaedah digunakan bg memasukkan maklumat tambahan yg melibatkan konsep saintifik atau istilah yg tidak dpt dlm bahasa sasaran.

Kaedah ini ada dua cara:a) Sisipan (Parenthetic) Menggunakan tanda kurungan () sbg memberi

maklumat tambahan. Bhs sumber: Mali never wore a dhoti. Bhs sasaran: Mali tidak pernah memakai dhoti

(pakaian tradisional lelaki India).

Page 54: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

b) Nota Kaki (Foot Note) Digunakan apabila terdapat maklumat yg

perlu diberi penjelasan tambahan.

4. Kaedah Penambahan (Extension) Kaedah ini membenarkan perkataan

ditambah utk menjadikan ayat yg betul dr segi tatabahasa.

Kaedah ini membenarkan memasukkan perkataan atau frasa tambahan.

Periwinkle – ‘bunga periwinkle’

Page 55: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

5. Kaedah Pengguguran (Omission) Bertujuan mengelak teks terjemahan

terlampau terikat dgn struktur teks sumber.

Kaedah ini boleh dilakukan dgn menggugurkan maklumat khusus yg melibatkan isu-isu keagamaan atau kebudayaan dlm sesuatu masyarakat.

Wedding dais – pelamin persandingan Dlm struktur BM bersifat lewah, iaitu dgn

pengguguran perkataan ‘persandingan’. Perkataan ‘pelamin’ sudah memberi makna sebenar.

Page 56: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (En Mat NAsir).pptx

SEKIAN.

TERIMA KASIH