perkembangan fizikal kanak

6
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal mengikut peringkat-peringkat tertentu. Menurut Woolfolk & Margett (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Di samping itu, Hurlock (1978) pula menjelaskan bahawa perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi. Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditentukan dalam empat prinsip asas. Pertama, perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Hal ini demikian kerana, pembentukan fizikal seseorang kanak-kanak adalah bermula daripada kepala dan kemudiannya diikuti dengan anggota badan, kaki dan tangan. Kebolehan lain seperti dapat mengawal ekspresi muka dan mengawal pergerakan kepala dapat dilihat pada usia dua bulan selepas lahir. Bayi akan dapat mengawal badan dengan menggunakan lengan seterusnya dapat mengawal kakinya sehinggalah bayi tersebut boleh berdiri dan berjalan. Prinsip asas perkembangan fizikal yang kedua ialah arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan awal akan bermula daripada perkembangan tulang belakang dan kemudiannya diikuti oleh bahagian-bahagian yang lain. Pada peringkat prenatal, hanya jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum beransur kepada kaki dan tangan. Otot halus yang terdapat pada jari dan tangan adalah bahagian yang terakhir berkembang pada

Upload: andy-moltar

Post on 18-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal mengikut peringkat-peringkat

tertentu. Menurut Woolfolk & Margett (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada

perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-

anggota badan dan perawakan manusia. Di samping itu, Hurlock (1978) pula menjelaskan

bahawa perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara

langsung dan tidak langsung. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak

menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal

Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditentukan dalam empat prinsip

asas. Pertama, perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Hal ini

demikian kerana, pembentukan fizikal seseorang kanak-kanak adalah bermula daripada

kepala dan kemudiannya diikuti dengan anggota badan, kaki dan tangan. Kebolehan lain

seperti dapat mengawal ekspresi muka dan mengawal pergerakan kepala dapat dilihat pada

usia dua bulan selepas lahir. Bayi akan dapat mengawal badan dengan menggunakan

lengan seterusnya dapat mengawal kakinya sehinggalah bayi tersebut boleh berdiri dan

berjalan.

Prinsip asas perkembangan fizikal yang kedua ialah arah perkembangan berlaku

daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan awal akan bermula daripada

perkembangan tulang belakang dan kemudiannya diikuti oleh bahagian-bahagian yang lain.

Pada peringkat prenatal, hanya jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum

beransur kepada kaki dan tangan. Otot halus yang terdapat pada jari dan tangan adalah

bahagian yang terakhir berkembang pada badan. Bayi akan dapat memegang objek yang

pada awalnya menggunakan kedua-dua belah tangan dan akhirnya akan dapat memegang

objek dengan menggunakan sebelah tangan sahaja pada bulan yang berikutnya.

Prinsip perkembangan yang ketiga ialah kebolehan bayi bertambah jelas dan

spesifik. Bayi akan mempelajari sesuatu yang umum terdahulu sebelum berubah kepada

spesifik. Misalnya, sekiranya kepala seseorang bayi tersebut terhantuk sesuatu, dia akan

menangis denghan kuat kerana mengalami kesakitan. Namun, selepas beberapa bulan, jika

perkara yang sama berlaku, bayi masih lagi menangis dengan kuat dan menunjukkan

bahagian kepala yang sakit sehinggalah beberapa bulan kemudian dia sudah menguasai

kemahiran berbahasa dan sapat memberitahu kepalanya sakit.

Page 2: PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK

Prinsip asas perkembangan yang terakhir ialah aspek berkembang pada tahap yang

berbeza. Pada usia remaja, kaki dan tangan telah mencapai perkembangan yang

meksimum berbanding bahu yang mengambil masa yang lama. Kreativiti jga berkembang

pada tahap yang maksimum pada peringkat ini namun kebolehan menaakul berkembang

dengan perlahan.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak

i) Peringkat Prenatal

Pembentukan manusia pada asalnya adalah hasil persenyawaan ibubapa. Perkembangan

organisma ini berlaku hasil persenyawaan oleh sperma daripada bapa dan ovum daripada

ibu. Persenyawaan ini berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di

bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Ovum yang disenyawakan

dinamakan zigot. Kadangkala, seorang wanita boleh menghasilkan lebih daripada satu telur

sama ada secara semulajadi atau ransangan dadah. Peringkat prenatal berlaku selama

sembilan bulan. Peringkat ini dibahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pembenihan, fasa embrio

dan fasa fetal.

Fasa pembenihan bermula apabila zigot melekat pada dinding rahim. Tempoh fasa

ini adalah selama dua minggu.zigot ini mengandungi 23 kromosom daripada sperma bapa

dan 23 kromosom daripada sperma ibu secara berpasangan. Begitu juga, zigot

mengandungi gen-gen dan ciri-ciri kebakaan ibubapa. Ianya mengandungi DNA selepas

dibahagikan melalui proses mitosis untuk membentuk sel baru. Aturan DNA yang banyak

akan menyebabkan trait dan baka yang berbeza.

Fasa embrio bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu ke lapan selepas

persenyawaan. Pada minggu keempat, perkembangan otak bermula, mata, telinga dan

mulut mula terbentuk. Kemudian, pada minggu ke lapan, embrio mempunyai system organ

asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen

daripada tali pusat. Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini kerana struktur

dan sistem-sistem asas mulai terbentuk.

Fasa fetal bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran

bayi. Fasa ini menampakkan organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula

terbentuk dan isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.

Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria penglihatan dan pendengaran juga sudah

mula berfungsi. Berat dan panjang bayi sudah mula bertambah.

Page 3: PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK

ii) Bayi (lahir hingga 2 tahun)

Purata berat bayi semasa kelahiran ialah lebih kurang 3.5kg. Berat badan bertambah lebih

kurang 10kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. Saiz kompleksiti otak juga

bertambah kerana sel-sel neuron dalam otak berkembang tetapi memerlukan pengalaman

selepas lahir. Di samping itu, gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan ketika bayi berumur

enam hingga lapan bulan. Pertumbuhan ini dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka dan

khasiat yang diterimanya. Pertumbuhan gigi ini bermula pada gusi bawah dahulu dan

kemudiannya diikuti dengan pertumbuhan pada gusi atas.

Autonomi dan kekuatan bayi melalui pergerakan sudah mula ditunjukkan melalui

cara memusingkan badan, merangkak dan berjalan hasil daripada perkembangan

psikomotor. Perkembangan otot halus membolehkan bayi mencapai, menggenggam dan

koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Akhir tahun kedua, bayi sudah boleh

melakukan aktiviti yang kompleks.

Proses perkembangan fizikal pada peringkat ini memberi implikasi kepada penjagaan

dan pembelajaran bayi. Pada peringkat ini, stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk

bahagian-bahagian otak yang berhubung. Pengalaman harian dapat meransang organisasi

perkembangan otak bayi. Jika tidak, bayi yang tidak menerima stimulasi-stimulasi ini

mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu.

iii) Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun)

pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan berbanding pertumbuhan pada tahun

pertama kanak-kanak tersebut.ketinggian kanak-kanak dua kali ketinggiannya semasa lahir

dan berat badan adalah empat kali ganda. Otot-otot besar sudah mula berkembang tetapi

otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kadar pertumbuhan kanak-kanak

perempuan pada peringkat ini lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru membantu kanak-kanak setakat

mana yang perlu. Kanak-kanak merasai kepuasan jika mereka berjaya melakukan sesuatu

dengan sendiri. Perkara yang paling penting ialah elakkan membanding beza kanak-kanak.

Aktiviti yang disediakan perlu mengambil kira perkembangan otot khususnya otot-otot kecil

seperti permainan bola, berlari dan sebagainya kerana kanak-kanak agak aktif pada

peringkat ini.

Page 4: PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK

iv) Kanak-kanak (7-12 tahun)

Peringkat ini menunjukkan pertumbuhan gigi kekal bermula untuk menggantikan gigi susu.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dari umur 8 sehingga 10 tahun dan

mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Bagi kanak-kanak lelaki, ketinggian mereka

bertambah pada umur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada

umur 15 tahun. Namun begitu, kanak-kanak pada peringkat ini kelihatan lebih kurus. Apabila

mencapai umur 11 tahun dan mencapai akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat , cepat

dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti dan tugas yang diberi. Perkembagan

otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis

dengan kemas, bermain alat muzik,menjahit, mengait, membina model, gimnastik,

berenang, tenis dan olahraga.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan melukis pada peringkat ini. Mereka

juga boleh menyertai aktiviti seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan daya tahan otot

dan pergerakan yang cekap. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai juga penting.

Guru boleh meyediakan aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak seperti permainan bola sepak

dan bola jaring.

v) Awal Remaja

Pada peringkat remaja, perkembangan dan pertumbuhan yang pesat dapat dilihat.

Perubahan fizikal seperti ketinggian,saiz dan bentuk badan mula kea rah dewasa. Bentuk

badan remaja perempuan apabila mencapai akil baligh sudah menunjukkan sifat kewanitaan

dan bulu ketiak mula tumbuh. Bagi remaja lelaki, mereka akan mengalami ‘suara pecah’

iaitu perubahan dari segi suara. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki kerana

pada umumnya mereka lebih kuat fizikal berbanding remaja perempuan.

Perancangan aktiviti seperti ceramah dan kaunseling perlu pada peringkat ini agar

remaja dapat menerima dirinya, rupa dan bentuk badan. Guru juga boleh menyediakan

latihan untuk membantu remaja membina daya tahan dan daya tenaga. Selain itu, aktiviti

senaman yang menyeronokan juga boleh dilakukan sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.

Guru perlu menyediakan peluang dan ruang kepada remaja untuk remaja bertanya

mengenai perubahan diri mereka agar mereka dapat mem, buat pilihan yang tepat.