perkembangan bahasa

30

Upload: naimdayah

Post on 12-Jun-2015

3.631 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: perkembangan bahasa
Page 2: perkembangan bahasa
Page 3: perkembangan bahasa

SKEMA BERCABANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU PURBA

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU INDUK

BAHASA MELAYU KLASIK DIALEK 1 DIALEK 2 DIALEK LAIN

DIALEK JOHOR-RIAU

DIALEK MELAYU MODEN

Page 4: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU PURBA

• Bahasa Melayu Purba merupakan Bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka

• Kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu Purba ini dikatakan berasal daripada kelompok Melayu-Deutro

• Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti sejarah tentang Bahasa Melayu Purba, tetapi dipercayai kelompok-kelompok manusia yang awal ini menggunakannya sebagai bahasa komunikasi

• Bahasa yang digunakan hanya dalam bentuk lisan• Penggunaan aksara dalam tulisan merupakan perkembangan dalam

bahasa melayu purba tetapi apabila bahasa melayu menggunakan aksara, bahasa melayu itu sudah tidak dianggap sebagai bahasa melayu purba tetapi dikenali sebagai bahasa melayu kuno.

• Bahasa Melayu Purba hanyalah merujuk bahasa melayu yang tidak mempunyai bukti sejarah.

Page 5: perkembangan bahasa

LATAR BELAKANG

• Dengan Bahasa Melayu Kuno dimaksudkan Bahasa Melayu yang diketemukan dalam prasasti-prasasti di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka

• Bahasa yang ditilis dalam prasasti ini merupakan bahasa yang tertua yang pernah dirakam dalam bahasa melayu.

• Kita dapat memahami bahasa abad ke-13 dan ke-17.• Ini adalah bukti utama bahawa Bahasa Melayu Kuno (Mkn),

berlainan dengan Bahasa Melayu Klasik (MKI) dan Bahasa Melayu Moden (MM)

Page 6: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU KUNO

• Merupakan keluarga bahasa Nusantara• Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman

kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.• Bahasa Melayu Kuno menjadi lingua franca dan sebagai bahasa

pentadbiran kerana :

1-Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar

2- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

3- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa

4- Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikenalpasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan Bahasa Melayu)

Page 7: perkembangan bahasa

• Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit kerana : Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan , dan dikatakan

mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan

keperluan

• Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf pallawa :

Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang ( 683 M) Batu Bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu Bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi ( 686

M)

Page 8: perkembangan bahasa

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit• Susunan ayat bersifat Melayu• Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno ( bulan= wulan)• Bunyi e pepet tidak wujud (dengan=dngan atau dangan)• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno ( berlepas=marlapas)• Awalan di- ialah ni- dalam Melayu Kuno ( diperbuat= niparwuat)• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh,kh, h

(sukhashitta)• Huruf h hilang dalam bahasa moden ( semua=samuha,

saya=sahaya)

Page 9: perkembangan bahasa

SISTEM TULISAN

• Keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai adalah menggunakan tulisan Palava

• Tulisan palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebarab agama Hindu

• Mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi• Tulisan lain yang digunakan ialah tulisan Kawi dan Nagiri• Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud

penyair• Pada awalnya ditulis pada batu lontar dan kemudiannya diubah suai

dan diukir pada batu• Tulisan Nagiri digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli dan ia

berasal dari Utara India

Page 10: perkembangan bahasa

KOSA KATA

• Fonem semivokal w dallam bahasa melayu kuno berubah menjadi b secara konsisten dalam bahasa melayu moden

BAHASA MELAYU KUNO

BAHASA MELAYU MODEN

WUAT BUAT

WUNUH BUNUH

TUWA TUBA

Page 11: perkembangan bahasa

• Ketidakwujudan vokal e pepet dalam Bahasa Melayu Kuno

BAHASA MELAYU KUNO

BAHASA MELAYU MODEN

DANGAN DENGAN

TATHAPI TETAPI

MARWABGUN MEMBANGUN

MANGHIDUPI MENGHIDUPI

Page 12: perkembangan bahasa

• Bahasa Melayu Kuno menunjukkan perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya fonem u berubah menjadi o tetapi u tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku akhir tertutup

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU MODEN

WUNUH BUNUH

SURUH SURUH

WULUH BULUH

Page 13: perkembangan bahasa

• Awalan mar- dalam bahasa melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa melayu moden

• Contohnya : marlapas=berlepas marwuat= berbuat

• Awalan par- berubah menjadi per-• Contohnya : parwuat= perbuat

• Awalan maka tidak lagi digunakan dalam bahasa melayu moden• Contohnya : makagila = menjadi gila makasakit = menjadi sakit

Page 14: perkembangan bahasa

• Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa melayu moden• Contohnya :

datua = tanggungjawab datu

wuata = tindakan

• Akhiran –i sama seperti bahasa melayu moden dan biasanya bersama-sama dengan imbuhan awalan.

• Contohnya :

Niujari = diujari

Page 15: perkembangan bahasa

• Bunyi n dalam Bahasa Melayu Kuno berubah menjadi ny dalam Bahasa Melayu Moden

• Contohnya : wuahna = buahnya tatkalana = tatkalanya

• Bunyi h yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno telah dilenyapkan dalam Bahasa Melayu Moden

• Contohnya : sahaya = saya tuha = tua samuha = semua

Page 16: perkembangan bahasa

• Terdapat juga Bahasa Melayu Kuno yang tidak lagi digunakan pada masa kini

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU MODEN

TUWI DENGAN

INAN ITU

TLU TIGA

HULUN/ULUN ORANG GAJI

SARAK MEMISAHKAN DIRI

LANGIT/MAKALANGIT MEMPERDAYA

Page 17: perkembangan bahasa

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK

• Abad ke-12 dan ke-13 merupakan zaman peralihan daripada agama Hindu Buddha kepada agama Islam.

• Dari segi perkembangan bahasa, abad ini merupakan zaman peralihan daripada Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik

• Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13

• Selepas itu, Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan

• Terdapat tiga batu bersurat yang penting :

1. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minagkabau( 1356)

- Ditulis dalam huruf India

- Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajakan Sanskrit

- Bahasanya berbeza sedikit daripada batu bersurat abad ke-7

Page 18: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU KLASIK

• Menjadi lingua-franca iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi dan ia juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.

• Ia digunakan untuk penyebaran agama islam sama ada melalui tulisan ataupun lisan

• Merupakan bahasa melayu yang telah mempunyai aksara sendiri.

• Masyarakat melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.

Page 19: perkembangan bahasa

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

• Ayat-ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik panjang dan bersifat meleret-leret kerana penulis cerita atau hikayat gemar memasukkan kata-kata yang tidak bermakna apabila menyatakan sesuatu perkara

• Subjek atau predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca

• Ayat-ayat Melayu Klasik juga sering ditandai dan sering diulang-ulang dengan kata adapun, kalakian, arakian, hatta dan sebagainya

• Terdapat predikat dalam ayat yang digunakan menyebabkan penyongsangan ayat. Pendepanan predikat biasanya terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap yang merupakan pengaruh nahu Arab

• Bentuk pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang banyak

• Terdapat struktur ayat yang luar biasa dan mempunyai ragam yang berbeza dengan bahasa melayu moden

• Terdapat unsur pengulangan dalam ayat-ayat prosa Melayu Klasik

Page 20: perkembangan bahasa

FAKTOR PERBEZAAN

• Perbezaan antara bahasa melayu kuno dan klasik terdapat pada 3 faktor iaitu:

Perbendaharaan kata

Nahu

Bunyi bahasa

Page 21: perkembangan bahasa

PERBENDAHARAAN

• Bahasa melayu kuno banyak banyak sekali terdapat kata-kata Sanskrit.

• Merupakan bahasa yang digunakan oleh raja yang memerintah kerana bahasa yang terukir di prasasti itu adalah bahasa dalam tatatingkat sosial yang tinggi.

• Bahasa melayu ini juga berbeza dengan prasasti kerana kita dapati perkataan-perkataan ini sudah asing bagi kita.

Page 22: perkembangan bahasa

NAHU

• Berbeza antara nahu bahasa melayu kuno dan bahasa melayu klasik.

• Dilihat pada penggunaan awalan dan akhiran , bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden sudah jauh menyimpang dari bahasa melayu kuno

• Awalan-awalan yang ada dalam bahasa melayu kuno sudah digantikan oleh awalan-awalan lain atau digugurkan sama sekali, baik dalam abad ke-13 mahupun bahasa melayu sekarang ini

Page 23: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU MODEN• Tahap bahasa melayu moden dikenali pada abad ke-19 dan abad ke-20• Terdapat pembaharuan dari segi bahasa yang digunakan hasil daripada

pertembungan kebudayaan Timur dan BArat• Terdapat karya-karya yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi yang

memisahkan zaman sastera klasik dengan zaman sastera moden. Di antara karya-karya tersebut ialah Kitab Adab Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( 1838)

• Bahasa melayu dijadikan bahasa perantaraab di Tabah Melayu sebelum British bertapak dan memegang teraju peemrintahan

• Digunakan sebagai bahasa pengantar di pusat pemeritahan, pusat pendidikan Islam dan istitusi-institusi lain

• Bahasa melayu moden terbahagi kepada dua iaitu bahasa melayu modne pramerdeka dan bahasa melayu moden pascamerdeka

Page 24: perkembangan bahasa

BAHAN BUKTI BAHASA MELAYU KLASIK

• Dalam bentuk surat dan karya-karya kesusateraan• Melibatkan surat-surat yang dikirik oleh para raja melayu dengan

raja-raja melayu yang lain• Surat sultan tarnate kepada raja portugal

(1521, 1522 )

Page 25: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA

• Sebelum merdeka, bahasa melayu terpinggir kerana penggunaan bahasa inggeris lebih diutamakan dalam pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah

• Tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan kerana penggunaan yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-buku berunsur Islam dan sastera sahaja

• Pada awal abad ke-20 sasterawan, wartawan, budayawan telah menyedari bahawa bahasa melayu semakin dipinggirkan dan mereka mahu memperjuangkan kedudukan bahasa melayu di tanah melayu

• Mereka telah memperjuangkan bahasa melayu ini melalui perantaraan akhbar dan majalah serta hasil karya mereka

• Penyebaran tersebut dibahagi kepada dua iaitu melalui perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan

• Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan dengan megemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya mereka

• Perjuangan melalui pertubuhan pula dapat dilihat daripada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dan Sahabat Pena

Page 26: perkembangan bahasa

BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

• Para nasionalis berusaha gigih untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

• Usul bahasa melayu sebagai bahasa kenagsaan telah termaktub dalam perlembagaan negara kita .

• Hasilnya , tertubuh Suruhanjaya Reid yang dilantik khas untuk menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

• Apabila mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152v menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara yang merdeka.

Page 27: perkembangan bahasa

FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN

• Digunakan sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu

• Fungsinya sebagai bahasa rasmi negara , bahasa penradbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa pengantar dan bahasa ilmiah

• Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi

* untuk menyampaikan perasaan dan fikira secara lisan ataupun bertulis

*digunakan sebagai bahasa tulisan di akhbar dan majalah

* digunakan dalam pertuturan, penerangan dan penyampaian maklumat• Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan

* alat untuk menyatupadukan kaum

*dapat melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama

* memupuk semangai kekitaan dan bersatu-padu• Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

* alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang

* memantapkan sisten ejaan serta meluaskan perbendaharaan kata serta mempunyai tatabahasa yang lengkap

Page 28: perkembangan bahasa

Perbezaan Bahasa Melayu Kuno Dengan Moden

1. Perkataan-perkataan itu sudah tidak wujud lagi,bahkan tidak ditemui lagi dalam bahasa Sejarah Melayu.

2. Ada perkataan-perkataan yang boleh dikesan tetapi hanya

setelah kita faham akan kesejajaran antara bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkatan itu dengan yang terdapat pada bahasa melayu sekarang.

3. Terdapat perkataan –perkataan yang nampaknya biasa bagi kita tetapi yang sudah mengalami perubahan makna.

Page 29: perkembangan bahasa

RUJUKAN

• SUSUR GALUR BAHASA MELAYU, PENGARANG ASMAH HAJI OMAR

• KURSUS KOMPREHENSIF FAJAR BAKTI BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1 DAN 2

• BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1 DAN 2 EDISI PELANGI

Page 30: perkembangan bahasa