perkara yg fasi perlu tahu

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 05-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN SEBAGAI FASILITATOR

Pengertian fasilitator Sebagai pemudahcara Sebagai seorang abang atau kakak Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar Untuk berkongsi pengalaman Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.Peranan seorang fasilitator Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik belajar). Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar. Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar. Memotivasikan pelajar.Tugas-tugas seorang fasilitator Ice-breaking atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator. Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli). Mengambil berat terhadap kebajikan ahli.*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna.Kemahiran berkomunikasi Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya. Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut. Gayapengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru. Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-adiknya.Perkara-perkara penting Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan. Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli. Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi. Jangan berceramah berlebihan Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali) Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan itu salah. Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah kerana ianya akan melenturdan mematikan semangat pelajar. Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar. Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut ketika menyelesaikan masalah. Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi. Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka.

CIRI-CIRI FASILITATOR Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan. Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas. Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan. Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif. Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah masalah yang ditimbulkan. Mempamerkan akhlak Islam yang baik. Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan. Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-ahli kumpulan mempunyai masalah. Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti. Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri. Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah. Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi.