faktor-faktor yg mempengaruhi lupaan

19
Ahli Kumpulan: Noor Fadhilah bt Bakri Nur Fatin bt Zulkipli

Upload: yusmasyi

Post on 14-Jun-2015

1.064 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Ahli Kumpulan:Noor Fadhilah bt BakriNur Fatin bt Zulkipli

Page 2: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Maksud Lupaan

• “Lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang”

Erikson (1963)

• Lupaan boleh dirupakan sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

Page 3: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Faktor-faktor Lupaan

Tempoh masa Gangguan retroaktif Gangguan proaktif Motif lupaan Perubahan kuantiti Kualiti ingatan

Page 4: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

1. Tempoh Masa

• Teori Kesanan (Trace Theory) yang diutarakan oleh ahli-ahli psikologi gestalt, iaitu selepas aktiviti pembelajaran, imejnya akan tertinggal dalam otak.

• Jika latihan tidak diadakan dalam sesuatu tempoh masa, kesan yang tertinggal dalam otak akan beransur kabur, dan dengan peredaran masa semakin lama, kesan itu akan hilang dalam ingatan atau dilupai.

Page 5: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Teori Kesanan mendapat kritikan daripada ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka berpendapat banyak pengalaman membuktikan ingatan pengalaman yang lama tidak semestinya lebih mudah dilupai daripada ingatan pengalaman baru.

Kajian Jenkins dan Dallenbach (1924) telah membuktikan bahawa aktiviti pembelajaran lain selepas pembelajaran pertama merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi ingatan.

Page 6: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

2. Gangguan Retroaktif dan Proaktif

Gangguan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi ingatan.

Di bawah konteks psikologi pendidikan, gangguan ini boleh diertikan sebagai proses sesuatu jenis pembelajaran yang menggangu pembelajaran yang lain.

Terdapat dua jenis gangguan ini, iaitu gangguan retroaktif (retroactive inhibition) dan gangguan proaktif (proactive inhibition).

Page 7: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

(a) Gangguan Retroaktif

Berlaku apabila pembelajaran baru mengganggu pembelajaran yang lama hingga sebahagiannya hilang dalam ingatan, khasnya kedua-dua jenis pembelajaran diadakan dalam masa yang singkat.

Berdasarkan beberapa hasil kajian gangguan retroaktif , maka beberapa rumusan boleh didapati seperti berikut:

Page 8: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Isi pelajaran yang hampir sama, tetapi konsep yang berlainan, gangguan retroaktif adalah lebih ketara.

Bagaimanapun, kedua-dua isinya yang sama iaitu pembelajaran berikutnya merupakan ulangkaji pembelajaran pertama, gangguan retroaktif tidak akan berlaku, malah menjadi aktiviti sokongan yang membantu ingatan.

Sekiranya penguasaan pembelajaran lebih baik daripada pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan retroaktif terhadap pembelajaran sebelumnya adalah kurang.

Page 9: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

– Sebaliknya jika penguasaan pembelajaran yang berikutnya adalah lebih baik daripada pembelajaran sebelumnya, maka gangguan retroaktif adalah lebih ketara.

– Jika isi pelajaran dalam pembelajaran jauh lebih banyak daripada pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan retroaktif dalah kurang. Sebaliknya kesan gangguan retroaktif adalah lbih ketara.

– Jarak masa dia antara dua jenis pembelajaran pula menyebabkan perbezaan kesan gangguan retroaktif. Semakin dekat jarak masanya di antara dua jenis pembelajaran, semakin ketara gangguan retroaktif ke atas pembelajaran sebelumnya.

Page 10: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

(b) Gangguan Proaktif

Mengikut Horton (1976), gangguan proaktif berlaku apabila pelajar menghadapi kesulitan mengingat kembali bahan pembelajaran yang berikutnya.

Dengan makna lain, gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran sebelumnya mengganggu pembelajaran yang berikutnya.

Sebelum 1960, ramai ahli psikologi merujuk gangguan retroaktif sebagai faktor pengaruh yang utama. Selepas kajian Underwood (1957) dan Postman (1965), gangguan proaktif telah mengganti tempat sebagai faktor utamanya yang menyebabkan lupaan.

Page 11: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Sebab Berlakunya Gangguan

Dua teori yang utama digunakan untuk menerangkan sebab berlakunya gangguan.

Teori pertama, iaitu Teori Kontinuiti (Perseveration Theory) menyatakan bahawa selepas latihan atau pembelajaran, aktiviti saraf mental yang ditimbulkan kerana aktiviti pembelajaran masih diteruskan.

Aktiviti saraf mental yang diteruskan ini akan membantunya mengukuhkan ingatan ke atas pembelajaran sebelumnya.

Sekiranya pembelajaran itu diikuti dengan pembelajaran baru, ia akan mengganggu ingatan dalam masa pengukuhan.

Akibatnya, gangguan retroaktif akan berlaku. Oleh itu, Teori Kontinuiti berdasarkan huraiannya pula

dikenali sebagai Teori Pengukuhan (Consolidation Theory)

Page 12: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Teori kedua iaitu Teori Persaingan-Respons (Competition Response Theory) , menyatakan bahawa gangguan yang berlaku adalah disebabkan hasil gangguan di antara dua tindak balas (respons) yang berlainan.

Mengikut teori ini, rangsangan dalam pembelajaran baru memerlukan tindak balas yang baru.

Sekiranya rangsangan baru hampir serupa dengan rangsangan pembelajaran sebelumnya, apabila tindak balas baru berlaku, tindak balas lama akan menunjukkan kecenderungan untuk bersaing dengan tindak balas baru, akibat berlakunya gangguan retroaktif atau gangguan proaktif, memandangkan yang mana penguasaan pembelajaran yang lebih kuat.

Page 13: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

3. Motif Lupaan

Sesetengah ahli psikologi berpendapat lupaan adalah disebabkan oleh motif individu.

Dengan perkataan lain, lupaan berlaku kerana individu tidak ingin mengingatinya dan mempunyai niat untuk melupai pengalaman yang telah diperolehi, khasnya pengalaman yang buruk, menghina, malu atau kurang manis.

Pengalaman ini sebenarnya belum hilang, tetapi ditahan sedalam-dalam mindanya secara tidak sedar supaya tidak dapat diingati lagi.

Page 14: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

4. Perubahan Kuantiti dan Kualiti Ingatan

(a) Perubahan Kuantiti Ingatan

Kajian McGeoh (1942) , selepas 19 minit pembelajaran satu set suku kata yang tidak mempunyai erti, ujian ingatan menunjukkan 58.2% yang masih dikekalkan dalam ingatan, iaitu 41.8% telah dilupai. Selepas 31 hari kemudian, yang masih dikekalkan dalam ingatan ialah 21.1% iaitu 78.9% telah dilupai.

Ahli-ahli psikologi yang lain pula berusaha mengkaji ke atas perubahan kuantiti ingatan selepas pembelajaran kurang 100% , misalnya 70% sahaja.

Page 15: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Mereka mendapati selepas satu tempoh pembelajaran berlaku, terdapat tanda-tanda menunjukkan kuantiti ingatan tiba-tiba menambah. Tanda ini dikenali oleh ahli-ahli psikologi sebagai fenomena mengenang-ngenangkan (reminisecence phenomenon).

Fenomena kuantiti ingatan ditambah secara tiba-tiba selepas sesuatu tempoh pembelajaran boleh diandaikan bahawa sebab dalam tempoh permulaan selepas pengajaran, keletihan yang berlaku menghadkan prestasinya, tetapi selepas berehat, keletihannya hilang, prestasinya mula dapat ditunjukkan secara penuhnya.

Kesimpulannya , selain daripada faktor tempoh masa, faktor-faktor seperti jenis pembelajaran, masa rehat dan keletihan pula boleh mempengaruhi kuantiti ingatan dan lupaan.

Page 16: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

(b) Perubahan Kualiti Ingatan

Perubahan kualiti ingatan juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan ingatan dan lupaan.

Mengikut kajian, selepas pembelajaran pada peringkat permulaan, perkara yang baru dipelajari masih tertinggal dalam ingatan sebagai gambaran keseluruhan.

Mengikut kajian Morris (1939), perubahan kualiti cerita daripada ulangan seorang kepada seorang lain merangkumi empat situasi yang dihuraikan seperti berikut:

- Panjang cerita beransur dikurangkan.

- Nama orang, tempat dan gelaran dalam cerita mudah

sekali berubah serta hilang dalam ingatan.

Page 17: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

- bahagian plot cerita yang kurang diberi perhatian

adalah pertama mula berubah ke arah menjadi plot

cerita yang munasabah.

- bahasa yang digunakan berubah mengikut kebolehan

yang bercerita, iaitu bertukar dengan gaya bahasa yang

biasa digunakan olehnya.

- fenomena ini biasanya dipengaruhi oleh faktor

psikologikal seseorang, iaitu merangkumi faktor

pengalaman, set mental, motif dan sebagainya.

Page 18: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Rumusan hasil kajian perubahan kualiti ingatan yang berlandaskan faktor pengalaman lama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perubahan kualiti ingatan, dan secara idak lengsung menyebabkan lupaan.

Page 19: Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

SEKIAN, TERIMA KASIH…..