perkaitan elemen tematik dengan kurikulum

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 07-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERKAITAN ELEMEN-ELEMEN TEMATIK DENGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN DANPENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH RENDAHElemen-ElemenTematik Kajian TempatanPeniikan Si!ik Ke"a#$ane$a#aan%&a'aTema Enam : Kejayaan dan Kebanggan Negara Tema ini membolehkan murid-murid untuk mengetahui serta menghargai kekayaan warisan sejarah serta warisankesenian Malaysia. Antara sub topik yang akan dipelajari oleh pelajar ialah dengan mempelajari warisan- warisan sejarah seperti mengkaji tentang bangunan-bangunan lama iaitu Bangunan Sultan AbdulTema 4: Kenali Budaya Malaysia Tema ini mengisarkan tentang apresiasi kekayaan budaya Malaysia. Antaranya melalui agama dan kepercayaan adat resamdan perayaan. Malaysia yang terdiri daripadarakyat yang berbilang kaum telah disatukan dengan wujudnya budaya yang tersendiri.Melalui tema ini para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya Malaysia dan kepentingannya untukmengekalkan kepelbagaian warisan budaya 32PERKAITAN ELEMEN-ELEMEN TEMATIK DENGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN DANPENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH RENDAHElemen-ElemenTematik Kajian TempatanPeniikan Si!ik Ke"a#$ane$a#aan%&a'aTema Enam : Kejayaan dan Kebanggan Negara Tema ini membolehkan murid-murid untuk mengetahui serta menghargai kekayaan warisan sejarah serta warisankesenian Malaysia. Antara sub topik yang akan dipelajari oleh pelajar ialah dengan mempelajari warisan- warisan sejarah seperti mengkaji tentang bangunan-bangunan lama iaitu Bangunan Sultan AbdulTema 4: Kenali Budaya Malaysia Tema ini mengisarkan tentang apresiasi kekayaan budaya Malaysia. Antaranya melalui agama dan kepercayaan adat resamdan perayaan. Malaysia yang terdiri daripadarakyat yang berbilang kaum telah disatukan dengan wujudnya budaya yang tersendiri.Melalui tema ini para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya Malaysia dan kepentingannya untukmengekalkan kepelbagaian warisan budaya 32PERKAITAN ELEMEN-ELEMEN TEMATIK DENGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN DANPENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH RENDAHElemen-ElemenTematik Kajian TempatanPeniikan Si!ik Ke"a#$ane$a#aan%&a'aTema Enam : Kejayaan dan Kebanggan Negara Tema ini membolehkan murid-murid untuk mengetahui serta menghargai kekayaan warisan sejarah serta warisankesenian Malaysia. Antara sub topik yang akan dipelajari oleh pelajar ialah dengan mempelajari warisan- warisan sejarah seperti mengkaji tentang bangunan-bangunan lama iaitu Bangunan Sultan AbdulTema 4: Kenali Budaya Malaysia Tema ini mengisarkan tentang apresiasi kekayaan budaya Malaysia. Antaranya melalui agama dan kepercayaan adat resamdan perayaan. Malaysia yang terdiri daripadarakyat yang berbilang kaum telah disatukan dengan wujudnya budaya yang tersendiri.Melalui tema ini para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya Malaysia dan kepentingannya untukmengekalkan kepelbagaian warisan budaya

TRANSCRIPT

PERKAITAN ELEMEN-ELEMEN TEMATIK DENGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN DAN PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DI SEKOLAH RENDAH

Elemen-Elemen TematikKajian Tempatan

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

Budaya

Tema Enam : Kejayaan dan Kebanggan Negara

Tema ini membolehkan murid-murid untuk mengetahui serta menghargai kekayaan warisan sejarah serta warisan kesenian Malaysia.

Antara sub topik yang akan dipelajari oleh pelajar ialah dengan mempelajari warisan- warisan sejarah seperti mengkaji tentang bangunan-bangunan lama iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Bangunan Stadhuys. Hasil pembelajaran yang akan diperoleh oleh pelajar setelah mempelajari tajuk yang berkenaan, pelajar akan lebih menghargai bahan-bahan peninggalan sejarah negara. Kebanyakan generasi muda kini kurang untuk mempertahankan seni warisan negara kita yang tinggi martabatnya. Pelajar akan berasa banggan dengan kekayaan warisan negara kita yang unik kerana meliputi dari pelbagai budaya dan aspek yang berlainan.

Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan kepelbagaian warisan kesenian negara kita. Warisan kesenian negara kita meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah muzik, drama, seni kraf tangan, seni bina, seni tari, seni mempertahankan diri serta permainan tradisional. Dengan adanya pendedahan seperti ini, para pelajar akan berasa bangga dengan kepelbagaian kesenian negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum majmuk di negara kita. Tema 4: Kenali Budaya Malaysia

Tema ini mengisarkan tentang apresiasi kekayaan budaya Malaysia. Antaranya melalui agama dan kepercayaan, adat resam dan perayaan. Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum telah disatukan dengan wujudnya budaya yang tersendiri.

Melalui tema ini, para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya Malaysia, dan kepentingannya untuk mengekalkan kepelbagaian warisan budaya yang terdapat di Malaysia ini. Secara umumnya, Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya. Budaya yang diamalkan haruslah diwarisi dan dikekalkan agar generasi akan datang dapat mewarisinya. Melalui mata pelajaran sivik para pelajar akan tahu betapa pentingnya untuk mewarisi dan mengekalkan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ini.

Melalui tema ini juga para pelajar akan mengetahui bahawa budaya merupakan elemen yang sangat unik dan akan berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya di Malaysia ini. Menerusi elemen budaya yang diterapkan dalam tema ini, pelajar juga secara tidak langsung akan menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum lain walaupun berbeza dengan budaya amalan sendiri. Lantas, akan lahirlah perasaan tanggungjawab pelajar untuk mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Masa, Kesinambungan, dan Perubahan

Tema Empat : Sejarah Negara Kita

Tema ini membincangkan tentang sejarah negara yang bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar ke tanah air kita.

Melalui tema ini, pelajar akan mempelajari tentang latar belakang Parameswara sebagai pengasas negeri Melaka serta rentetan peristiwa pembukaan negeri Melaka. Di samping itu, pelajar juga akan mengetahui tentang bagaimana Melaka mencapai zaman kegemilangannya sehinggalah kepada zaman kejatuhan empayar Melaka.

Kesan daripada kejatuhan empayar Melaka itu, banyak iktibar yang seharusnya di ambil kira terutama di dalam sistem pentadbiran negara. Sistem pentadbiran kerajaan Melaka juga dijadikan sebagai panduan di dalam mentadbir negara kita. Pentadbiran yang cekap dan sistematik iaitu berdasarkan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan telah dijadikan sebagai panduan asas kepada pentadbiran negara yang bersistematik. Selaras dengan perubahan masa dan juga zaman, beberapa perubahan telah dilakukan untuk menambah baik lagi sistem pentadbiran negara ini. Perubahan yang dilakukan ini ternyata membawa kebaikan kepada semua rakyat terutama untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang aman damai.

Tema 5: Malaysia Negaraku

Tema ini mengandungi pengenalan tentang Malaysia dan negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Penduduk-penduduk yang duduk di Negara Malaysia. Identiti yang melambangkan Malaysia dan juga bendera yang telah digunakan untuk melambangkan Negara Malaysia. Selain dari itu, tema ini berkisarkan tentang kemerdekaan yang telah dicapai dan perjuangan tokoh-tokoh kebanggaan Negara.

Melalui tema ini sifat patriotisme yang tinggi dapat diserapkan dalam diri setiap pelajar. Murid-murid dapat menghargai dan bersyukur hidup di dalam Negara yang aman makmur. Semua adalah jasa sumbangan tokoh-tokoh terdahulu untuk mempertahankan tanah melayu. Murid-murid akan dapat menghuraikan perjuangan tokok-tokoh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Menghormati dan menghargai pemimpin.

Melalui sejarah yang telah berlaku pada masa dahulu, kesinambungan untuk membentuk sebuah Negara bangsa telah dilakukan dan perubahan hasil dari tauladan telah membuatkan para pelajar berbangga dengan kemerdekaan Negara Malaysia.

Manusia, Tempat dan Alam Sekitar

Tema Lima : Ekonomi Negara.

Di dalam tema ini, para pelajar akan berpeluang untuk mempelajari tentang pelbagai sektor

ekonomi dan juga lokasi utama kegiatan ekonomi negara. Di samping itu, para pelajar juga berpeluang untuk memahami pelbagai implikasi kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Di dalam tema ini, para pelajar akan didedahkan tentang kepelbagaian sumber semulajadi serta kegunaannya terhadap manusia. Negara kita sememangnya bertuah kerana terdiri dari pelbagai jenis sumber semulajadi yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Antaranya ialah sumber mineral, sumber hutan, sumber laut dan sebagainya. Segala sumber-sumber ini ternyata mempunyai pelbagai fungsi dan memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan seharian. Para pelajar akan diterapkan dengan

nilai-nilai murni seperti menyedari akan betapa pentingnya amalan bejimat cermat di dalam penggunaan sumber yang kian berkurangan saban tahun.

Di samping itu, salah satu topik yang terkandung di dalam tema ini, para pelajar berpeluang untuk mempelajari akan segala implikasi tentang kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Selaras dengan peredaran zaman, kegiatan pembangunan berlaku dengan pantas sekali. Manusia sering mengabaikan kesan yang bakal diperoleh dengan pembangunan itu. Para pelajar akan menyedari betapa pentingnya untuk menjaga alam sekitar ini daripada terus tercemar ekoran aktiviti manusia. Selain itu, para pelajar juga akan diterapkan dengan nilai-nilai seperti menghargai alam sekitar serta menghargai kewujudan pelbagai flora dan fauna di negara kita yang nyata kian pupus sedikit demi sedikit.-tiada-

Perkembangan Individu, Dan Identiti

Tema Dua : Perihal Kawasan Setempat

Melalui tema ini, para pelajar berpeluang untuk mempelajari mengenalai dan mengahargai lokasi tempat tinggal mereka. Murid juga akan diperlihatkan tentang identiti tempat tinggal mereka dari segi sejarah, keistimewaan, pentadbiran, kemudahan dan juga perkhidmatan awam.

Identiti setempat merupakan salah satu sub topik yang diperketengahkan di dalam tema ini.

Para pelajar akan berpeluang untuk mengetahui tentang sejarah atau lagenda yang terdapat di kawasan mereka. Setelah mengetahui sendiri sejarah serta latar belakang kawasan kediaman mereka, secara tidak langsung para pelajar akan barasa bangga dengan identiti tempat tinggal mereka sendiri. Perasaan bangga ini seterusnya mampu membuatkan seseorang pelajar itu untuk menjaga kawasan kediaman mereka daripada segala perkara yang boleh mencacatkan kawasan tersebut.

Selain itu, pelaja juga akan diberi input mengenai masyarakat setempat yang terdapat di negara kita. Umum mengetahui, negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Apabila para pelajar telah berupaya untuk mengetahui identiti setiap kaum di negara ini, para pelajar akan betasa bangga dengan setiap sumbangan individu di dalam masyarakat setempat.

Tema 1: Sayangi Diri

Tema sayangi diri ini mengandungi tingkahlaku dan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam seseorang individu. Kekuatan kelemahan diri dan cara untuk mengukuhkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan diri. Melalui tema ini para pelajar akan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan positif dan hasilnya ia akan melahirkan para pelajar yang beridentiti yang mulia.

Melalui tema ini juga, para pelajar dapat menunjukkan keyakinan dan keupayaan mengembangkan potensi diri. Jika keyakinan pada diri pelajar meningkat ini merupakan perkembangan yang baik kerana secara tidak langsung membolehkan pelajar berani dengan apa yang dilakukan dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Selain dari itu juga, pelajar juga dapat mempelajari cara penampilan diri yang betul, gaya bersopan dan makanan seimbang. Tiga elemen ini adalah sangat penting dalam perkembangan diri murid-murid terutamanya dalam keadaan murid-murid pesat berkembang dari segi kognitifnya. Pemakanan yang betul, perwatakan yang positif dan nilai sopan santun membolehkan para pelajar menjadi seorang pelajar yang sihat dan berkarisma.

Nilai-nilai murni dan positif amat penting untuk diserapkan dalam diri setiap pelajar. Hal ini kerana melalui nilai-nilai dan elemen yang positif dapat melahirkan para pelajar yang beridentiti positif dan meyakinkan.

Amalan Baik Sivik

Tema Satu : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia

Tema ini menceritakan rumah sebagai satu keperluan asas manusia. Kesan daripada perubahan zaman, manusia telah mula mempelbagaikan jenis petempatan mereka.

Di dalam tema ini, murid perlu untuk menghargai rumah mereka sebagai tempat tinggal dengan menjadikan rumah sebagai Rumahku Syurgaku

Melalui tema ini, murid akan diterapkan dengan nilai-nilai bersyukur yang merupakan salah satu antara nilai sivik yang patut disemaikan di dalam diri setiap insan. Di akhir pelajaran, pelajar akan diterapkan dengan nilai bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal di samping berbangga dengan rumah sendiri.

Setelah pelajar mempelajari mengenai kepentingan rumah sebagai tempat perlindungan serta menghuraikan fungsi rumah sebagai tempat yang mampu untuk mewujudkan kemesraan antara ahli keluarga, pelajar akan diterapkan dengan perasaan tentang fungsi rumah yang pelbagai itu. Bukan sahaja sebagai temapat perlindungan, malah sebagai tempat untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Nilai berterima kasih kepada keluarga kerana telah menyediakan rumah yang selesa turut diterapkan di akhir pembelajaran ini.

Tema 6: Sedia Hadapi Cabaran

Didalam tema sedia hadapi cabaran ini, para pelajar dapat mempelajari cara hidup sihat dan cergas dengan menjauhi segala gejala sosial yang semakin popular dikalangan pelajar seperti ponteng vandalisme dan buli. Dengan amalan cara hidup sihat, para pelajar dapat mempertahankan diri dari terlibat dari gejala yang tidak sihat, seperti melakukan vandalisme. Melalui pelajaran ini, masalah vandalisme dapat dikurangkan, malahan rasa bertanggungjawab untuk menjaga harta benda awam dapat ditingkatkan.

Para pelajar juga dapat mebuat keputusan yang bijak untuk membezakan mana amalan yang baik dan sebaliknya. Pengaruh budaya negatif yang menular Berjaya dielakkan dengan amalan baik sivik oleh setiap pelajar.

Individu, Kelompok Dan Institusi

Tema Dua : Perihal Kawasan Setempat

Melalui tema ini, pelajar akan didedahkan dengan identiti tempat tinggal mereka dari segi sejarah, keistimewaan, pentadbiran, kemudahan serta perkhidmatan awam. Masyarakat Malaysia yang pelbagai telah memperlihatkan kekayaan negara kita dari aspek kaum dan budaya yang perlu dihormati untuk memupuk sikap toleransi kepada setiap murid.

Melalui tema ini, pelajar akan mempelajari sejarah atau lagenda sesuatu kawasan. Hasilnya, pelajar mampu untuk menceritakan dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai asal usul tempat tinggal murid tersebut.

Institusi pentadbiran juga merupakan salah satu aspek penting yang diterapkan di dalam sukatan pembelajaran ini. Institusi pentadbiran itu bermaksud satu pola aktiviti tetap yang ditubuhkan oleh masyarakat setempat untuk memenuhi keperluan mereka. Pelajar akan berpeluang untuk mempelajari mengenai struktur pentadbiran di kawasan kediaman mereka. Mereka juga akan didedahkan tentang sulur galur pentadbiran mengikut jawatan di peringkat kampung,mukim dan juga daerah. Selain itu, para pelajar juga akan mengetahui dengan lenih lanjut mengenai jabatan-jabatan pentadbiran dan perkhidmatan awam di kawasan tempat tinggal murid.

Tema 2: Sayangi Keluarga

Murid-murid dapat mempelajari tentang bagaimana nak mengenali keluarga sendiri, dan ciri-ciri keluarga bahagia. Ibu bapa merupakan individu yang paling penting dalam dalam hidup semua orang. Melalui pembelajaran ini murid-murid akan lebih menghargai ibu bapa mereka dan menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa dan ahli anggota lain. Secara tidak langsung para pelajar akan mewujudkan dan gembira hidup dalam keluarga yang bahagia.

Selain itu, melalui tema ini, para pelajar juga dapatmeningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab oleh ahli keluarga haruslah dikongsi bersama. Murid berperanan sebagai anak, kakak, abang atau adik didlaam sesuatu kelaurga yakni setiap murid mempunyai peranan masing-masing dalam keluarga sendiri. Maka, dengan pembelajaran ini mereka akan lebih bertanggungjawab menjalankan peranan mereka dengan baik dan positif. Secara tidak langsung, hubungan erat antara ahli keluarga dapat di jalinkan. Kesannya akan lahirnya keluarga yang harmoni mengikut perspektif pelbagai agama dan kepercayaan.

Tema 3: Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat.

Tema ini menerangkan tentang, kenali jiran tetangga dan beramah mesra dengan jiran. Hidup di dalam sesebuah masyarakat, semangat kejiranan adalah penting. Pelajar akan lebih memahami semangat kejiranan, dan tahu betapa pentingnya untuk setiap individu mengamalkannya. Para pelajar juga akan mengamalkan sikap yang baik, menghormati jiran tetangga yang ada dan secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni tanpa ada masalah walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Tema ini juga turut membincangkan tentang interaksi para pelajar dengan komuniti yang terdapat di sekolah. Sebagai seorang murid, interaksi antara komuniti sekolah adalah penting terutamanya dengan guru yang merupakan penyebar ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Jadi menerusi pembelajaran ini, para pelajar dapat mengetahui cara berkomunikasi secara baik dengan komuniti sekolah.

Sifat positif yang lahir dari diri pelajar akan membuatkan mereka lebih berperanan sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab dan perasaan sayang kepada sekolah akan meningkat.

Kuasa, Autoriti Dan Tadbir Urus

Tema Empat: Sejarah Negara Kita

Tema ini membincangkan tentang penguasaan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar.

Melalui tema ini, pelajar akan diterapkan tentang bagaimana pengaruh luar seperti dari Portugis dating untuk menjajah negara kita. Pelbagai cara-cara peluasan kuasa telah dilakukan oleh para penjajah untuk meluaskan kuasanya di negara kita.

Disebabkan kebijaksanaan pemimpin mereka, proses untuk meluaskan kuasa berlaku dengan semakin mudah dan pantas. Pemimpin itu ternyata memainkan peranan yang sangat penting terutama di dalam peluasan tanah jajahan.

Di samping itu, para pelajar juga akan turut berpeluang untuk mengetahui tentang betapa pentingnya pengaruh kuasa terhadap seseorang. Ini kerana berlakunya perebutan kuasa terutama di kalangan para pemimpin untuk mentadbir sesebuah negeri. Di sebabkanperebutan kuasa inilah yang menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka.

Di samping itu, para pelajar juga akan berpeluang untuk menyedari akan betapa pentingnya taat setia kepada pemimpin.

Tema 5: Malaysia Negaraku

Berdasarkan tema ini, para pelajar akan mempelajari tentang sistem pemerintahan yang digunakan untuk pentadbiran Negara Malaysia. Negara Malaysia mempunyai pemerintahan yang adil, stabil dan sistematik. Para pelajar dapat memahami lebih lanjut tentang struktur pentadbiran Negara, dan secara tidak langsung para pelajar akan lebih menghargai sistem pentadiran kerajaan persekutuan kerana sistem yang tersusun dan peranan yang berat.

Secara tidak langsung para pelajar juga akan menghargai peranan kerajaan dalam pembangunan Negara. Jadi sebagai seorang murid yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi, mereka akan memberikan sumbangan terhadap Negara seperti sumbangan kepada sector ekonomi Negara.

Pengeluaran, Pengagihan, Dan Kepenggunaan

-TIADA--tiada-

Sains, Teknologi, Dan Masyarakat.

Tema Tiga : Mengenal Negara Kita

Di dalam tema ini, para pelajar berpeluang untuk mempelajari serta mengenali negara kita dengan lebih mendalam lagi. Murid akan didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan lagi pengetahuan mereka tentang iklim dunia.

Melalui tema ini, para pelajar akan berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lokasi negara kita yang strategik. Para pelajar akan diberi beberapa contoh aktiviti melukis dan menamakan arah mata angin berpandukan kompas. Kompas merupakan salah satu kemudahan teknologi yang digunakan untuk memudahkan lagi kehidupan seharian masyarakat.

Tema 6: Sedia Hadapi Cabaran

Tema ini berkisarkan tentang aspek untuk membina budaya cemerlang untuk masa hadapan, dan salah satu daripadanya ialah computer sebagai sumber maklumat. komputer merupakan antara salah satu teknolgi masa kini yang sering digunakan untuk mempermudahkan sesuatu kerja.

Dengan wujudnya kemahiran teknologi yang tinggi, para pelajar dapat menjadi pelajar yang Berjaya dan maju dari segi akademik, sukan mahupun dari segi teknologi. Pembelajaran ini akan membuatkan para pelajar lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang teknologi, lebih menghargai kemudahan teknologi yang diperuntukkan oleh kerajaan dan berminat untuk belajar mengenainya. Sememangnya kemudahan sains dan teknologi amat penting dalam diri setiap individu.

47