elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

19
Elemen-eleme n komunikasi

Upload: pantherspefitness

Post on 15-Apr-2017

457 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Elemen-elemen

komunikasi

Page 2: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Elemen-elemen tersebut adalah– Penyampai

– Penerima

– Mesej

– Saluran

– Maklum Balas

– Gangguan

Page 3: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

PENYAMPAI (SUMBER)

– Source atau sumber adalah seseorang yang membuat keputusan untuk berkomunikasi. Sering disebut juga pengirim (sender), penyandi (encoder), komunikator, pembicara (speaker).

– Untuk memastikan komunikasi berlaku secara berkesan, penyampai haruslah mematuhi beberapa perkara

– Penyampai haruslah jelas tentang mesej yang disampaikannya, teliti dengan baik mesej yang ingin disampaikannya, pasti dengan mesejnya, pasti dengan kepentingan mesejnya, menggurangkan gangguan yang mungkin diterima penerima dan sebagainya

Page 4: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

PENERIMA DAN MESEJ

Penerima

– Orang yang menjadi sasaran mesej

– The receiver atau penerima adalah orang yang menerima pesan. Penerima sering juga disebut sasaran/tujuan (destination), komunikate (communicatee), penyandi-balik (decoder) atau khalayak (audience), pendengar (listener), atau penafsir (interpreter).

Mesej

– Mesej yang disampaikan akan dihantar menggunakan perkataan, symbol, ayat, atau bahasa tertentu bagi menggambarkana makna sesuatu mesej

– Pesan adalah apa yang dikomunikasikan oleh sumber kepada penerima. Pesan merupakan seperangkat simbol verbal maupun nonverbal yang berisi idea, sikap dan nilai komunikator.

Page 5: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

SALURAN, MAKLUM BALAS, DAN GANGGUANSaluran

– Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu– Saluran ini boleh berbetuk lisan, tidak lisan, tulisan atau lain-lain– Saluran mempengaruhi keberkesanan sesuatu komunikasi itu – Saluran adalah alat atau wahana yang digunakan sumber untuk menyampaikan pesannya

kepada penerima.

Maklum Balas– Tindak balas terhadap penerimaan mesej– Boleh berbentuk Lisan atau Tidak lisan

Gangguan– Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi– Akibatnya, maklumat yang dihantar kemungkinan tidak dapat diterima

Page 6: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

i.Gangguan DalamanGangguan ini berlaku disebabkan oleh

keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu.

ii.Gangguan LuaranGangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalubising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas.

iii. Gangguan Semantik Halangan yang wujud akibat faktor bahasa dan penggunaan perkataan.

Page 7: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Penyampai dalam elemen komunikasi

Page 8: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Apa itu penyampai?

– Menurut Ee Ah Meng (1995) dalam bukunya yang berjudul Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak, mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses di mana seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain.

– Noresah Baharum et al. (2000) mentakrifkan ‘menyampaikan’ sebagai membawa dan menyerahkan, mengirimkan, memberikan atau mengunjukkan kepada. Manakala maklumat bermaksud makluman, pemberitahuan dan pengumuman.

Page 9: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Cara penyampaian yang efektif– Mempunyai kemahiran dalam bertutur dan cekap dalam berbahasa.

– Mengetahui cara penyampaian yang betul.

– Membuat persediaan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat.

– Kebijaksanaan memilih dan menyusun ayat dengan efektif.

– Nuraini Yusoff et al. (2005) mendefinisikan susunan sebagai satu proses yang melibatkan susunan dalam teks pengucapan.

– Konsep 4M seperti yang dikemukakan oleh Eddy Rosyadie (2007) untuk pengucapan awam sesuai untuk diaplikasikan ke dalam konsep penyampaian maklumat yang berkesan.

Page 10: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Konsep 4m dalam penyampaian maklumat– 4M tersebut ialah memahami, menghayati, menghafal dan melafaz.

– ‘Memahami’ adalah merujuk kepada tahap ‘faham’ pengucap tentang topik yang hendak disampaikan.

– Manakala ‘menghayati’ merujuk kepada tahap penghayatan topik dengan penuh emosi.

– ‘Menghafal’ berkait rapat dengaan ketajaman fikiran dan kelancaran pengucap.

– ‘Melafaz’ bermaksud mengeluarkankan perkataan-perkataan dengan penuh yakin.

Page 11: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Penerima dalam elemen komunikasi

Page 12: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Peranan penerima

– Maksud : Mereka yang menerima maklumat daripada penutur atau penyampai

– Memberi perhatian kepada penyampai ketika proses penyampaian maklumat berlangsung

– Aspek utama : Ini lebih melibatkan penglihatan dan pendengaran.

– Contoh : Kedua-dua saluran ini penting bagi pendengar agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami mesej yang disampaikan oleh penyampai.

Page 13: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Mesej dalam Elemen komunikasi

Page 14: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Apa itu mesej?

– Maklumat yang cuba disampaikan oleh pengirim kepada penerima perlu mudah difahami agar penerima tahu maklumat apa yang hendak disampaikan oleh pengirim

– Boleh disampaikan melalui cara lisan dan bukan lisan.

Page 15: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Cara penyampaian mesej

– Lisan

– Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan lisan sebagai percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.

– Bertulis (SMS, surat, nota, memo, e-mel)

– Pendengaran (nada suara atau cara percakapan)

– Penglihatan (pandangan atau pergerakan mata)

– Sentuhan (pelukan – mencetuskan emosi dan perasaan)

– Bau, rasa, pergerakan badan, mimik muka dan hubungan mata.

Page 16: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Maklum balas dalam elemen komunikasi

Page 17: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Apa itu maklum balas?

– Komunikasi akan membentuk 2 jenis maklum balas iaitu secara positif atau negatif.

– Malkumbalas secara positif akan memudahkan komunikasi dapat diterima bagi memudahkan penghantar dan penerima mesej tersebut.

– Kedua-dua maklumbalas positif dan negatif ini boleh berlaku secara maklumbalas internal melihat diri sendiri sebagai akibat dari mesej yang disampaikan.

– Maklumbalas external pula melibatkan pihak lain yang perlu diambilkira bagi mentafsir maklumbalas tersebut adalah positif atau negatif.

Page 18: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Gangguan dalam elemen komunikasi

Page 19: Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu

Apa itu gangguan?

– Gangguan dalam berkomunikasi adalah situasi yang menghalang komunikasi yang sedang berlaku.

– Gangguan boleh menyebabkan mesej yang sampai tidak jelas disebabkan penghantar mesej tidak bersedia untuk menyampaikan mesej melalui saluran yang jelas.

– Ini akan menyebabkan penghantar dan penerima mesej tidak dapat mengenal pasti sama ada mesej yang disampaikan kepada penerima memenuhi maklumat yang disampaikan oleh penghantar.

– Terdapat empat (4) jenis gangguan dalam komunikasi iaitu secara fizikal (bunyi bising)

– psikologi iaitu berkenaan pendengaran dan penglihatan yang kurang

– anggapan pertama iaitu prasangka mengenai mesej yang disalurkan semantik iaitu tiada kefahaman dalam mesej yang disalurkan oleh penghantar.