perkahwinan kaum iban

Upload: malrique83

Post on 04-Jun-2018

592 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    1/9

    PERKAHWINAN

    KAUM IBANDI

    SARAWAK

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    2/9

    1

    Latar Belakang Masyarakat Iban

    Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Kira-kira terdapat 32 suku kaum

    etnik yang mendiami Bumi Kenyalang. Kaum Iban atau dikenali sebagai Dayak Laut

    semasa zaman kolonial merupakan etnik terbesar di Sarawak yang meliputi kira-kira 40%

    daripada populasi penduduk. Terdapat beberapa pecahan etnik Iban seperti Balau,

    Sebuyau dan Lemanak yang majoritinya mendiami bahagian Samarahan, Sri Aman,

    Sarikei, Sibu, Kapit dan Miri disekitar lembah Sungai Batang Lupar, Sungai Saribas,

    Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Kemena, Sungai Sadong, Sungai Sarawak,

    Sungai Balingian, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Baram. Kaum Iban hidup

    bermasyarakat dengan mendiami rumah panjang yang diketuai oleh ketua yang dikenali

    sebagai `Tuai Rumah.Masyarakat Iban amat mementingkan ikatan persaudaraan yang

    erat serta mengamalkan amalan adat resam yang unik. Kebanyakan masyarakat Iban pada

    hari ini menganuti agama Kristian dan ini menyebabkan berlakunya asimilasi pegangan

    tersebut turut meresap ke dalam amalan budaya tradisional kaum Iban. Kaum Iban masih

    lagi kuat mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kehidupan

    mereka. Di sini kita akan berkongsi keunikan dan keistimewaan perkahwinan kaum Iban

    di Sarawak.

    ADAT PERKAHWINAN KAUM IBAN

    1) Prinsip Perkahwinan

    Mengikut tradisi kaum Iban, perkahwinan yang sempurna adalah perkahwinan

    yang mematuhi kehendak adat Iban. Pihak yang melanggar mana-mana peraturan dan

    perjanjian akan didenda mengikut hukum adat perkahwinan yang telah ditetapkan bagi

    megelakkan kesusahan atau badi dalam kehidupan berumah tangga. Usia pengantin lelaki

    pula perlu berumur melebihi dua puluh tahun manakala penganti perempuan tiada had

    usia ditetapkan. Mengikut adat tradisi Iban, poligmi atau beristeri melebihi daripada

    seorang adalah taboo dan membawa nasib malang kepada kehidupan lelaki tersebut.

    Kebiasaanya perkahwinan di dalam budaya Iban ditentukan oleh pihak lelaki.

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    3/9

    2

    2) Amalan Ngayap

    Ngayap merupakan satu amalan tradisi yang hampir pupus dalam kaum Iban dan

    hampir tidak diamalkan lagi. Bagi masyarakat Iban traditional dahulu, usaha bagi si

    teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang

    dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69). Amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan

    si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-

    masing, walaupun amalan ngayap dibenarkan tetapi ngayap seharusnya dilakukan dengan

    adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum Iban

    itu sendiri bagi mengelakkan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai

    budaya kaum Iban.

    Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga

    malam berturut dan jika kunjungan tersebut berterusan, ibu- bapa si gadis mempunyai

    hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna sama ada si teruna serius di dalam

    usahanya untuk memikat atau tidak. Jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin

    berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera. Tetapi jika si teruna

    serius dan bercadang untuk mengawini si gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya

    memberitahu ibu bapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis. Sekiranya

    si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibu bapa si gadis berhak

    menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkenaan dan

    kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah dan serta penduduk rumah

    panjang yang berkenaan.

    Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan kerana arus

    pembangunan dan asimilasi cara hidup kaum Iban terhadap faktor kemodenan, Justeru itu

    perjumpaan atau perkenalan si teruna dan dara berlaku semasa majlis keramaian seperti

    Hari Gawai, pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi atau di tempat kerja

    pasangan masing-masing. Namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada

    budaya warisan kaum Iban. Untuk mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh

    generasi baru, maka amalan ini dihadkan untuk kaum Iban sahaja, Sekiranya terdapat

    pelanggaran adat atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-

    undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993.

    (Sumber dipetik daripada Wikipedia Melayu 2013).

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    4/9

    3

    3) Amalan Merisik

    Salah satu keunikan amalan perkahwinan kaum Iban ialah amalan merisik yang

    dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum disebalik amalan ngayap.

    Sekiranya si teruna telah berkenan dengan seorang dara maka adalah perlu baginya untuk

    meluahkan hasrat hati dengan keluarganya untuk berkahwin. Apabila kelurga si teruna

    telah merestui niat si teruna, maka keluarganya akan bertandang ke rumah si dara untuk

    merisik. Di dalam perjumpaan inilah, kedua-dua pihak keluarga akan berbincang

    mengenai syarat-syarat perkahwinan seperti penentuan berian dan sebagainya. Sekiranya

    kata sepakar sudah dicapai barulah pihak keluarga si teruna akan menghantar rombongan

    meminang di dara secara rasmi.

    4) Majlis Meminang Dan Pertunangan

    Semasa majlis meminang dan pertunangan, kebiasaannya rombongan keluarga

    lelaki terdiri daripada lima hingga dua puluh orang ahli keluarga terdekatnya.

    Perbincangan syarat perkahwinan akan ditentukan serta dijelaskan dengan terperinci

    seperti berian kahwin, `nguai(dimana bakal pengantin akan menetap selepas berkahwin

    seperti mengikut keluarga suami atau isteri) tarikah perkahwinan serta lain-lain perkara

    yang berkaitan. Budaya `nguai atau `nguan sangat diambil berat oleh kaum Iban kerana

    bakal pengantin akan membantu bakal mertuanya kelak di dalam urusan kehidupan

    seharian. Setelah mencapai kata sepakat, ayah si teruna akan menanggalkan `lapit atau

    ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaanya yang

    akan menerima tanda tersebut ialah ayah si dara sendiri atau mereka yang berusia di

    dalam keluarganya. Mulai dari hari tersebut, secara rasminya si teruna dan dara telah

    diikat oleh ikatan pertunangan.

    Setelah menjadi tunangan si teruna, si dara tidak dibenarkan menerima kunjungan

    lelaki lain selain daripada kunjungan tunangnya atau ahli keluarga bakal mertuanya

    sahaja. Jika tidak, perempuan itu dianggap mencemari ikatan pertunangan yang diikat.

    Sekiranya ikatan pertunangan itu terputus kerana salah seorang daripada pasangan

    tersebut melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan

    denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi. Kebiasaanya denda adalah

    dalam bentuk wang ringgit atau ternakan seperti khinzir. Tetapi sekiranya pertunangan itu

    terputus kerana kematian, hubungan kedua-dua belah pihak masih berjalan dengan baik.

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    5/9

    4

    Tiada tempoh yang khusus untuk pertunangan di dalam adat Iban tetapi adalah lebih baik

    sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

    Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin akan melantik

    wakil masing-masing untuk menghebah dan menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil

    kedua-dua pihak pengantin akan membawa seutas tali bersimpul sewaktu mengunjungi

    rumah panjang tetamu yang dijemput. Setiap simpulan pada tali tersebut melambangkan

    bilangan hari majlis perkahwinan bakal berlangsung. Wakil pengantin akan memberikan

    tali bersimpul itu kepada `Tuai Rumah yang akan membuka simpulan tersebut (satu

    simpulan sehari) dan menghebohkan bakal majlis perkahwinan kepada seluruh anak buah

    di rumah panjangnya.

    5) Majlis Perkahwinan

    5.1. Persediaan Perkahwinan

    Majlis perkahwinan bagi kaum Iban tradisional hendaklah dijalan mengikut tertib

    kerana sekiranya melanggar adat maka dipercayai musibah akan menimpa pasangan yang

    baru berkahwin kelak. Pihak keluarga pengantin lelaki diwajibkan untuk menanggung

    kos perbelanjaan perkahwinan. Pihak lelaki juga akan menyediakan hantaran kepada

    pengantin perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barangan perhiasan.

    Pihak pengantin perempuan pula bertanggungjawab menyediakan pelbagai persiapan

    majlis perkahwinan seperti makanan dan binatang sembelihan majlis perkahwinan. Pada

    zaman dahulu, keluarga pihak pengantin perempuan akan berburu di hutan dan

    menangkap ikan untuk disalai sebagai hidangan majlis perkahwinan.

    5.2 Meraikan Majlis Perkahwinan

    Menjelang majlis perkahwinan, rombongan pengantin lelaki akan berarak ke

    rumah pengantin perempuan dengan perahu yang dihiasi dengan `Pua Kumbu (sejenis

    kain yang dianyam secara berpola pelbagai warna) jika melalui sungai. Satu keunikan

    pada zaman moden ini, jika menggunakan jalan darat kebiasaanya rombongan keluarga

    pengantin lelaki lebih gemar menggunakan lori sebagai pengangkutan seperti kaum Iban

    di Julau Sarawak. Lori tersebut akan diikat dengan bendera atau perhiasan lain. Pengantin

    lelaki akan memakai pakaian tradisional serta disediakan tempat duduk khas. Di

    sepanjang perjalanan, rombongan pengantin lelaki akan memukul gong untuk

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    6/9

    5

    memeriahkan suasana serta memaklumkan masyarakat sekeliling mengenai rombongan

    majlis tersebut.

    Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, beberapa das tembakan

    senapang dilepaskan sebagai menyambut kedatangan mereka. Selepas itu, ketua

    rombongan pengantin lelaki dijemput menyembelih seekor khinzir dengan menggunakan

    lembing sebagai penghormatan kepada keluarga lelaki disusuli beberapa bunyi tembakan.

    Mengikut adat di beberapa tempat, rombongan pengantin perempuan akan turun ke

    sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan

    hubungan silaturrahim di antara kedua belah pihak. Ketua rombongan lelaki juga

    dikehendaki membuka rangka berbentuk kota yang diletakkan di kepala tangga, di tengah

    rumah dan di hujung rumah panjang pengantin perempuan. Hikmah disebalik perbuatan

    ini ialah agar rombongan pengantin lelaki mengenali suasana dan keadaan rumah panjang

    pengantin perempuan.

    Selepas itu, kaum wanita dari rombongan pengantin lelaki akan memasuki bilik

    pengantin perempuan manakala kaum lelaki dari rombongan pengantin lelaki akan duduk

    di `ruai rumah (ruang besar seperti dewan di hadapan setiap bilik kediaman sesebuah

    keluarga di dalam rumah panjang yang digunakan sebagai tempat orang Iban beristirehat

    dan bersosial). Mengikut adat, hanya tetamu perempuan sahaja dibenarkan memasuki

    bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama (rentak dan rangkap

    bahasa seperti bersyair) untuk membuka pinti bilik yang dipalang dengan lembing dan

    ditutup dengan `Pua Kumbu. Para tetamu akan dijamu dengan `Tuak (sejenis arak dari

    nasi dan ragi yang diperap). Majlis di ruang `ruai rumah dimeriahkan dengan lagu

    tradisional dan paluan gendang Iban. Terdapat beberapa jenis air dihidangkan seperti air

    haus, air dahaga, air penyuci, air peransang dan air untung. Asal air tersebut ialah air tuak

    tetapi bertukar nama apabila ia dihidangkan apabila selesai menjalani sesuatu uapacara.

    Antara santapan tradisional yang dihidangkan ialah retih berau (bertih beras), `ruti atau

    koi (kuih atau makan ringan).

    Sekiranya majlis dilangsungkan pada waktu siang, selepas makan tengahari

    barulah kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perihal pengantin dan susur

    galur keturunan mereka. Tetapi sekiranya dilangsungkan pada waktu malam,

    perbincangan tersebut akan dilakukan pada waktu selepas tengah malam. Ahli keluarga

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    7/9

    6

    yang lebih tua dari kedua-dua belah pihak akan berbincang dan melakarkan hubungan

    dan keturunan antara mereka. Sebelum perbincangan, `Tuai Rumah pengantin

    perempuan akan menghidangkan `air perangsang (tuak) kepada tetamu. Sekiranya

    mempunyai hubungan kekeluargaan, `denda dikenakan kepada mereka. Selepas itu

    barulah ibu bapa penagntin perempuan memeinta berian daripada pihak pengantin lelaki.

    Terdapat beberapa jenis berian dan ini bergantung kepada bebeza mengikut adat Iban

    dibeberapa tempat. Contohnya pihak keluarga pengantin perempuan akan meminta

    bayaran memecah tangga iaitu sebilah kapak, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang

    lembing, bayaran kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak

    pengantin lelaki pula meminta pencuci kaki iaitu subuah tempayan, sepasang tempat

    menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpit, kajang perahu iaitu sehelai

    `Pua Kumbu serta beberapa pemberian kecil lain.

    Setelah menjelaskan berian, keduadua belah pihak akan menetapkan pula syarat

    berhubung berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang

    sekiranya berlaku perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh

    pengantin lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan

    tambahan denda RM50.00. Sekiranya berlaku percubaan mencemarkan nama mana-mana

    pihak, pihak yang bersalah akan dikenakan juga turut didenda. Setiap denda dan syart

    berbeza mengikut tempat dan adat Iban di sesuatu tempat.

    5.3. Upacara Melah Pinang

    Seorang wanita akan membawa keluar tepak sirh dan akan membelah pinang

    tersebut. Pecahan pinang esebut akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan

    wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang bomoh akan mengadakan upacara

    menidurkan anak dan mengejutkan semula anak tersebut dengan beberapa rangkap

    pantun yang didendangakan seakan-akan bersyair. Seterusnya pinang tersebut akan

    diagihkan kepada tetamu. Upacara perkahwinan dianggap telah tamat dengan

    menjalankan upacara ini sekiranya tiada kesalahan dan perlanggaran adat dilakukan oleh

    kedua-dua belah pihak pengantin. Antara denda yang perlu dilakukan sekiranya berlaku

    perlanggaran Upacara Melah Pinang ialah pengantin baru akan mandi di sungai untuk

    menyucikan diri serta mereka perlu memegang kain sepanjang 7 ela supaya setiap

    kesalahan sepanjang perkahwinan akan hilang. Selepas mandi mereka akan menyembelih

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    8/9

    7

    seekor khinzir sebagai korban penebus dosa. Selepas itu pasangan pengantin akan

    berkemas dan bergerak ke rumah pengantin lelaki.

    5.4 Majlis Di Rumah Pengantin Lelaki

    Pada sebelah malam, kedua-dua pengantin akan diiringi oleh pengapit masing-

    masing. Mereka akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas dengan kain

    tenun. Persandingan pasangan pengantin akan disaksikan oleh hadirin rumah panjang

    tersebut. Selepas itu, seorang bomoh yang dipanggil `Tukang Ganyang akan memulakan

    sebuah upacara. Seekor ayam yang dipilih khas akan dilepaskan sambil mantera

    dibacakan. Ayam tersebut akan disembelih dan darahnya akan disemah kepada

    pengantin. Majlis tersebut akan diakhiri dengan jamuan kepada tetamu. Sekali lagi majlis

    yang sama turut diadakan di rumah pengantin perempuan. Walaupun mereka telah sah

    sebagai suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Sebarang bunyi-bunyian yang

    didengari akan mempunyai maksud yang tersendiri. Ada pasangan pengantin terpaksa

    dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk. Setelah segala

    halangan ditempuhi barulah mereka boleh hidup bersama sebagi suami isteri.

    RUMUSAN

    Hasil temuramah guru dengan Tuai Rumah Unjong Anak Payong seorang Tuai

    Rumah Panjang di hulu Sungai Kanowit berkata kebanyakan uapacara yang dinyatakan

    di atas banyak yang sudah dilupakan kerana asimilasi agama Kristian serta faktor

    kemodenan di dalam masyarakat Iban. Banyak perkahwinan dilakukan di gereja atau

    hotel di bandar besar. Hanya minoriti kaum Iban yang masih berpegang kepada amalan

    inimisme masih kuat mengamalkan adat tersebut. Adat perkahwinan tradisional kaum

    Iban adalah sangat unik kerana mempunyai banyak upacara yang perlu dilakukan. Setiap

    upacara perlu dilakukan dengan tertib dan cermat untuk mengelakkan denda daripada

    dikenakan. Denda yang dikenakan merupakan sebagai persiapan rohani dan mental bagi

    pasangan pengantin untuk melayari bahtera hidup agar sentiasa berhati-hati di dalam

    memilih keputusan dan sabar menghadapi cabaran di alam perkahwinan kelak

  • 8/14/2019 Perkahwinan Kaum Iban

    9/9

    8

    APENDIKS

    RUJUKAN

    INTERNET

    Hafifi Athram. (2011).Majlis Perkahwinan Kaum Iban. Dimuaturun pada 01.05.2013.

    www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-

    iban.html#

    Kumang Kenyalang. (2019).Majlis Perkahwinan Kaum Iban. Dimuaturun pada

    05.05.2013. www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-

    perkahwinan-kaum- iban.html#

    Nil. (2009).Budaya Iban.Dimuaturun pada 02.05.2013.

    www.ictl2bg4.blogspot.com/2009/06/adat-resam.html.

    Siti Marinah. (2012).Adat Perkahwinan Kaum Iban. Dimuaturun pada 03.05.2013.

    www.prezi.com/xiephd28axa/adat-perkahwinan-kaum-iban.html#

    http://www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.ictl2bg4.blogspot.com/2009/06/adat-resam.html.http://www.ictl2bg4.blogspot.com/2009/06/adat-resam.html.http://www.prezi.com/xiephd28axa/adat-perkahwinan-kaum-iban.htmlhttp://www.prezi.com/xiephd28axa/adat-perkahwinan-kaum-iban.htmlhttp://www.prezi.com/xiephd28axa/adat-perkahwinan-kaum-iban.htmlhttp://www.ictl2bg4.blogspot.com/2009/06/adat-resam.html.http://www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.kumangkenyalang88.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.htmlhttp://www.bahasarayaindustri.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-kaum-%20%20iban.html