masyarakat orang iban

64
EDU 3106 | Reynaldo Uvang, 2014 TUGASAN 1 1

Upload: reynaldo-rey

Post on 20-Jan-2016

1.062 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

iban

TRANSCRIPT

Page 1: masyarakat orang Iban

|

TUGASAN 1

1

Page 2: masyarakat orang Iban

|

1.0 Pengenalan

Sejarah telah menunjukkan terdapat perubahan yang drastik dalam sesuatu

tamadun dan masyarakat di muka bumi ini. Perubahan tersebut telah berlaku secara

drastik dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Di samping itu, sejarah juga

menyaksikan bermulanya sesuatu tamadun dan juga berakhirnya tamadun tersebut.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih suku kaum Iban sabagai bahan kajian saya.

Kajian saya merangkumi kebudayaan kaum tersebut dan bagaimana budaya kaum

tersebut mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di

sekolah.

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut semasa zaman penjajahan

Brooke di tanah Sarawak. Dipetik daripada Dewan Bahasa (September 2011), menurut

Hugh Low dalam bukunya yang berjudul Sarawak: Its Inhabitants and Productions

(1989), istilah Dayak digunakan oleh Brooke untuk merujuk kaum peribumi bukan Islam.

Menurut Brooke, Dayak terbahagi kepada dua kelompok, iaitu Dayak Laut merujuk

kepada suku kaum Iban dan Dayak Darat merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Brooke

memperoleh maklumat ini daripada dayak Bukit yang tinggal di sekitar Kuching,

Sarawak. Dayak Bukit merujuk kelompok Dayak yang tinggal di kawasan tinggi untuk

berlindung daripada serangan kelompok Dayak Laut. Lama-kelamaan, kelompok bukit

dikenali sebagai Dayak Darat dan kelompok laut dikenali sebagai Dayak Laut.

2.0 Sejarah kaum Iban

Terdapat banyak kajian mengenai migrasi kaum-kaum di Sarawak terutama

sekali bagi Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan migrasi kaum-kaum di Sarawak

bertitik tolak daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang mana ianya dilakukan bagi

mencari peluang yang lebih baik contohnya bagi mencari tanah yang luas dan hidup di

dalam keamanan serta makmur. Terdapat 3 teori yang menyatakan asal usul

kedatangan kaum Iban ke Sarawak iaitu berdasarkan teori:

I. Menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Tanjung Datu di Lundu.

II. Menyatakan bahawa mereka dating ke Sarawak melalui Bukit Merudu yang

terletak tidak jauh dai Brunei (Sandin, 1967: 3 & 26)

2

Page 3: masyarakat orang Iban

|

III. Menyatakan bahawa mereka dating dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui

kawasan Kumpang.

Apa yang akan diketengahkan oleh Borneo Oracle adalah tentang asal-usul teori

yang ketiga iaitu yang lebih dominan kerana terdapatnya sumber-sumber lisan yang

membuktikan bahawa sebahagian besar dari kaum Iban berhijrah dari lembah Kapuas

ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Kaum Iban Sarawak menurut cerita

legendanya adalah berasal daripada Singalang Burung. Singalang burung digambarkan

sebagai dewa kepada segala burung enggang di alam mistik dan merupakan Tuhan

Perang bagi masyarakat iban tradisional (Sandin, 1977). Ianya bersangkutan dengan

Aki Lang Sengalang Burong Jagu Menaul Tuntung (burung helang) yang ditugaskan

oleh petara untuk memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau

memiliki semua jenis pengaruh kesaktian yang tiada tolok bandingnya. Berdasarkan

kepercayaan kepada suatu peristiwa yang berlaku di mana Singalang Burung telah

turun ke bumi daripada kayangan maka bermulalah episod di mana Singalang Burung

telah mewariskan keturunannya yang membentuk masyarakat Iban sekarang. 

Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka

pada asalnya berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya berpindah ke

Sarawak pada masa yang hampir sama dengan kedatangan bangsa Eripah ke Asia

Tenggara (Kedit, 1984). Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas, jalan

masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan (Jensen, 1966). 

Pada asalnya Singalang Burung iaitu nenek moyang kaum Iban dengan pengikutnya

telah mendiami sepanjang Sungai Kapuas dan anak-anak sungainya di barat daya

Pulau Borneo (Sandin, 1966). Tetapi kemudian cucu Singalang Burung yang bernama

Sera Gunting lebih meminati untuk mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat

Pulau Borneo. Walau bagaimanapun, dikatakan Singalang Burung tidak menggemari

kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan pengikut-pengikutnya

di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk mengusulkan perpindahan kaum

Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil akhirnya, pengikut-pengikut Singalang

Burung telah memulakan penghijrahan mereka dan tempat yang kali pertama mereka

jejaki adalah daerah Kumpang, Sarawak dan terus menetap di Kumpang (Richards,

3

Page 4: masyarakat orang Iban

|

1949). 

Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang pemimpin yang lain

iaitu Lelang Belayan untuk mula membuat eksplorasi ke hulu Sungai Kumpang iaitu

menghala ke Lubok Antu dan Engkilili dan seterusnya menetap di kawasan Sungai

Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai batang Ai. Dari Batang Ai, suku kaum Iban

berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat penempatan mereka

dengan membina rumah panjang mereka yang unik di kawasan yang dikenali sebagai

Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak.  Setelah itu sekali lagi sebahagian

daripada kaum Iban ini telah mula membuat eksplorasi dengan berpindah dan lalu

menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau (Sandin, 1994). Kaum Iban yang

berpindah ini adalah mereka yang dipimpin oleh Kajup dan mereka dikenali sebagai

Iban Undup.

Ternyata sekai perpindahan awal kaum Iban Sarawak adalah taburannya agak

berselerak di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di bahagian Sri

Aman dan perpindahan ini berlaku sejak diawal abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar

melalui sempadan Kalimantan menuju ke daerah Rejang (Vinson, 1989). 

Sementara itu satu lagi pemimpin anak buah Singalang Burung iaitu Gelungan telah

membawa pengikut-pengikutnya keluar daripada Merakai dan menuju ke Undup serta

mendiami Bukit Balau. Kaum Iban daripada pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban

Balau kerana menetap di kawasan Bukit Balau iaitu penempatan terawal masyarakat

Iban di Sri Aman. 

Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk

berpindah ke Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai Iban

Sebuyau. Sepatutnya penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan Sebuyau

namun setelah kematian pemimpin Gelungan, iban Sebuyau dikatakan telah berpecah

dan ada yang berpindah ke Meredang, Gayam, Lundu dan Samarahan. 

Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi

telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tanjung

Merarang, Sungai Skrang dan Tisak. Dan kerana itulah sememangnya Bahagian Sri

Aman mempunyai jumlah penduduk Iban yang tertinggi dibanding dengan tempat-

tempat lain di Sarawak diikuti dengan Kapit, Kalaka (Saratok), Mukah, Kuching,

4

Page 5: masyarakat orang Iban

|

Saribas, Baram, Song dan Sarikei. Inilah sekelumit sejarah asal-usul kaum Iban di

Sarawak yang ternyata perjalanan nenek moyang kaum Iban terdahulu sudah tentu

penuh dengan onak nan berduri bagi memastikan kelangsungan penghidupan kaum

iban sekarang. Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun mendiami

segenap pelusuk Sarawak Bumi Kenyalang dengan membawa bersama segala budaya

dan sastera mereka sekali yang ternyata terlalu unik seperti kain pua dan lain-lain yang

banyak berhubungkait dengan dunia mistik dan tumbuh-tumbuhan. 

Populasi kaum iban di Sarawak.

5

Page 6: masyarakat orang Iban

|

Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa bangsa Iban ialah bangsa

terbesar di Sarawak. Dalam masa 50 tahun (antara 1960 dan 2010) peratusan bangsa

Iban di kalangan penduduk Sarawak telah jatuh dari 31.9% pada 1960 ke 28.9% pada

2010. Bangsa Cina pula mengalami kejatuhan besar dalam peratusan penduduk di

Sarawak dari 30.7% pada tahun 1960 ke 23.4% pada 2010. Bangsa Melanau juga

mengalami kejatuhan peratusan dari 6% (1960) ke 5% (2010). Bangsa Melayu

mengalami peningkatan dalam peratusan penduduk di Sarawak (dari 17.3% ke 23%)

untuk tempoh yang sama. Bangsa Bidayuh mengalami peningkatan sedikit dari 7.8% ke

8%. Demikian juga Bumiputera Lain yang merupakan 6% pada tahun 1960 menjadi

6.3% penduduk Sarawak pada 2010. Peratusan Warga Asing di Sarawak telah

6

Page 7: masyarakat orang Iban

|

meningkat dari 3% pada tahun1960 ke 4.7% pada tahun 2010. Untuk maklumat lebih

lanjut, sila rujuk carta dan rajah Taburan Penduduk Sarawak 1960 dan 2010 di bawah.

(Statistik 1960 telah dirumus daripada sumber-sumber berikut - Annual Bulletin of

Statistics, State of Sarawak, 1965 dan Report on the Census of Population Taken on

10th August, 1960. Sementara itu, statistik 2010 telah diambil dari Banci Penduduk dan

Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia).

Penempatan kekal masyarakat Iban

Pada zaman dulu, masyarakat Iban yang berada di Kalimantan hidup menetap di

dalam gua dan juga hidup secara berpindah randah untuk memenuhi keperluan

makanan yang kebanyakannya bergantung kepada hasil hutan. Menurut hikayat dalam

penceritaan masyarakat Iban iaitu Jerita Bejie Nagga Ari telah menceritakan keadaan

masyarakat Iban pada masa itu sehinggakan mereka mendapat pengetahuan untuk

membina pondok kecil sebagai tempat berteduh dan kemudiannya telah mengalami

arus perubahan kepada pembinaan rumah panjang selepas Bejie dan abangnya

mendapat pesanan daripada Dewa Raja Samarugah yang mengutuskan Puntang Raga

dalam menyampaikan adat istiadat mendirikan sebuah rumah panjang. Mereka berdua

disuruh berbuat demikian kerana pondok yang mereka bina sebelum ini sering roboh

apabila baru sahaja didirikan kerana tidak mengikut pantang larang dan juga tidak

memberikan penghormatan kepada dewa.

Hasil daripada peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak kepada petempatan

kekal bagi masyarakat Iban. kebanyakan rumah panjang dibina berdekatan dengan

sungai kerana sungai merupakan laluan utama bagi mereka untuk berhubung dengan

masyarakat luar. Keadaan petempatan ialah dalam bentuk rumah panjang yang diwarisi

sehinggalah ke hari ini. Proses perubahan petempatan masyarakat Iban telah

7

Page 8: masyarakat orang Iban

|

menyebabkan gaya kehidupan masyarakat Iban juga turut berubah iaitu berubah dari

aspek ekonomi, pengkhususan pekerjaan dan sebagainya.

3.0 Sistem dan organisasi kemasyarakatan

Disebabkan berlakunya perubahan dalam petempatan masyarakat Iban, maka

sistem organiasasi dalam masyarakat juga turut berubah. Konsep rumah panjang yang

menghimpunkan semua penduduk kampung dalam satu bumbung telah membawa

kepada konsep satu keluarga yang besar. Semangat kekitaan dan kekeluargaan akan

terjalin hasil daripada konsep ini tadi. keluarga besar dalam rumah panjang terbahagi

kepada keluarga-keluarga yang menjalani kehidupan masing-masing di setiap bilik yang

dipisahkan oleh dinding yang membahagikan tempat kediaman keluarga masing-

masing.

Di dalam rumah panjang terdapat ruai atau dalam bahasa Melayunya ialah

koridor. Ruai merupakan medan untuk para penghuni rumah panjang untuk bersosial

dan juga tempat majils diadakan. Di samping itu, dalam sesebuah rumah panjang, akan

ada seorang Tuai Rumah. Dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my (2008), Tuai Rumah

bermaksud gelaran untuk ketua rumah panjang. Tanggungjawab utama Tuai Rumah

adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak

atau pengikutnya. Di samping itu, Tuai Rumah juga bertindak sebagai penjaga adat

resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai Tuai Rumah oleh ahli-

ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang

budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku

kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman masih

berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun temurun (sumber: Dewan

Bahasa & Pusataka, 2008).

4.0 Sistem ekonomi

8

Page 9: masyarakat orang Iban

|

Dalam aspek ekonomi, tidak dapat dinyatakan dengan dengan jelas tentang

adanya pengkhususan perkerjaan yang terdapat dalam sistem masyarakat Iban.

Namun demikian, petempatan tetap masyarakat Iban telah menyebabkan masyarakat

Iban yang bercirikan masyarakat pengumpul dan pemburu hasil hutan pada

sebelumnya berubah ke arah masyarakat pertanian. Antara kegiatan pertanian yang

mereka lakukan adalah menanam padi huma atau bukit. Secara tidak langsung, kaum

ini merupakan peneroka pertama yang membuka hutan rimba bagi tujuan mencari

kawasan untuk yang sesuai untuk menanam padi huma. Aktiviti penerokaan ini

dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil

tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Justeru itu, masyarakat Iban pernah dianggap

sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive,

1978:3) Mereka menanam padi huma secara berpindah randah di samping memungut

hasil hutan dan berburu. Sesiapa yang mendapat hasil tuaian paling banyak akan

dianggap kaya, dipandang tinggi, pintar dan rajin. Di samping itu, penanaman padi

huma dilakukan secara bekerjasama ataupun bergotong-royong (beduruk). Bagi

generasi baru masyarakat Iban sekarang, mereka telah mempunyai kelayakan

pendidikan yang tinggi dan pengetahuan serta ada yang telah bekerja dalam sektor

awam dan swasta.

5.0 Agama dan upacara kepercayaan

Agama dan kepercayaan merupakan aspek terpenting dalam kalangan

masyarakat Iban. Seperti kaum-kaum tradisional yang lain juga, masyarakat Iban

tradisional mengamalkan animisme. Anisme adalah kepercayaan bahawa setiap benda

seperti kayu, batu dan lain-lain mempunyai semangat atau roh (Kamus Dewan Edisi

Keempat, 2007). Kepercayaan menentukan norma kehidupan masyarakat Iban

seharian kerana hubungan langsung agama dengan kesusasteraan dan juga

mempengaruhi kebudayaan hidup masyarakat Iban. Apabila ketiga-tiga elemen ini

saling berkaitan antara satu sama lain, maka ia akan mempengaruhi kehidupan. Huajh

yang lebih mendalam dapat dilihat dalam tulisan penulis Perkembangan Kesusasteraan

dan Kebudayaan Masyarakat Iban: 1980-200. Penulisan tersebut menghimpunkan

9

Page 10: masyarakat orang Iban

|

pandangan para sarjana dalam menyokong idea saya sebagai penulis dalam

menghuraikan kehidupan tradisional masyarakat Iban.

Menurut hikayat lisan masyarakat Iban, mereka menyembah Dewa Sempulang

Gana yang memberikan keberkatan kepada kehidupan khasnya untuk hasil

perhumaan. Dewa Sengalang Burong adalah dewa yang disembah kerana dewa ini

adalah Dewa Perang yang menolong masyarakat Iban dalam ekspedisi memburu

kepala atau ngayau. Dua watak ini merupakan dewa utama dalam kepercayaan

masyarakat Iban. Namun tidak dapat dinafikan ada dewa lain seperti Raja Anda Mara

Raja Tuah yang memberikan kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan masyarakat

Iban. Segindah yang mencipta tanah, Segindit yang mencipta langit dan Segindie yang

mencipta air juga merupakan watak ghaib yang sering kali disebut dalam puisi

tradisional masyarakat Iban.

Dipetik dari buku Henry Gana Ngadi (1998), alam maya kaum Iban didiami oleh

dua kehidupan mistik iaitu semangat roh(petara dan antu) dan semangat kematian

benda hidup seperti haiwan, pokok dan sebagainya (Jensen 1968:47). Keagamaan

orang Iban adalah berdasarkan kepercayaan kepada roh manusia, alam sekeliling dan

alam maya (Jensen 1974:4). Terdapat beberapa prinsip ketuhanan dalam kepercayaan

kaum Iban, iaitu Singalang Burong (perang), Menjaya (kesihatan dan penyembuhan),

Simpulang Gana (bumi dan tumbuhan), Simpandai (si pencipta dan si penyembuh), dan

Anda Mara (rezeki dan kekayaan). Di samping itu, terdapat juga teori mistik mengenai

hero dan heroin dalam masyarakat Iban tradisional yang telah menjadi contoh kepada

yang lain. Hero tersebut ialah Keling manakala heroin nya pula ialah kumang iaitu isteri

kepada Keling. Keling terkenal dengan semangat dan kemahiran kepahlawanannya

terutamanya apabila ada peperangan. Kumang pula terkenal dengan kemahiran

menganyam dan menenun pakaian Iban di samping pembantu kepada pahlawan-

pahlawan Iban. Masyarakat Iban percaya bahawa semangat nenek moyang mereka

ada berserta mereka dalam kehidupan seharian. Terdapat juga kepercayaan tentang

semangat baik dan semangat jahat (antu manah, antu jai). Fungsi kepercayan tersebut

adalah sebagai kebenaran atau larangan dalam membuat sesuatu dan disampaikan

melalui bunyian burung dan mimpi.

10

Page 11: masyarakat orang Iban

|

Menurut Henry (1998: 6), terdapat kepercayaan bahawa manusia dan tumbuhan

padi mempunyai semangat atau roh. Apabila roh jahat mengganggu seseorang, maka

individu tersebut akan jatuh sakit. Apabila seseorang individu tersebut meninggal dunia,

rohnya akan pergi ke dunia orang mati (Sebayan) dan tinggal di beberapa kawasan

dalam tempat tersebut, bergantung kepada sifat individu tersebut semasa mash hidup.

Menurut Freeman (1970:153), sebahagian besar masyarakat Iban tradisional

adalah pagan dan sangat mempercayai kepada amalan ritual dan ritual memainkan

peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Pagan adalah orang yang tidak percaya kepada mana-mana agama utama

seperti Kristian, Islam atau Yahudi (kamus Dewan Edisi keempat (2007: 1112).

5.1 Adat perkahwinan

Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika dibandingkan

dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah

perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat

perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah

ditetapkan . Dipetik dari buku Henry (1998), terdapat beberapa peringkat perkahwinan

dalam masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.

Merisik

Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban.

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.

Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau

wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini

juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-

syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga

pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu

menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

Bertunang

11

Page 12: masyarakat orang Iban

|

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan.

Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah

mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau ikat pinggang

perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan

perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan

pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima

kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja. Jika tidak,

perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu.

Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan

tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian

ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil

dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang

pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin

perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka

sudah ada yang memiliki.

Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan

kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda

sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya

pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di

antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang

Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan menyediakan

barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan seperti

kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang kemas. Keluarga

perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk

dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga turut

menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan masing-

masing.

12

Page 13: masyarakat orang Iban

|

Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk.

Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja

sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai tanda

tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap

sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan

pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan

pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin rombongan

pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan

perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air perangsang

kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan

akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh

masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran

“pemecah tangga”iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang

lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang

lain.

Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara

pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan

kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan

menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan

atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai

untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai kain yang

panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi setiap individu.

Sementara menunggu majlis persandingan yang akan berlangsung pada sebelah

malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga sebelah pengantin

lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai bagi

pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum dibenarkan melawat

keluarganya.

5.2 Tradisi semasa mengandung dan melahirkan anak

13

Page 14: masyarakat orang Iban

|

Dalam masyarakat Iban, wanita yang mengandung dianggap satu keadaan yang

buka kebiasaan, wanita tersebut dalam keadaan darurat (enda baka selama, iya diatu

ribat) menunjukkan bahawa wanita tersebut sedang mengandung. Wanita Iban akan

berjaga-jaga apabila kitaran haid mereka lambat daripada sedia kala (Jensen

1967:168), (kedua kali enda datai kain. Peringkat kedua ialah apabila seseorang wanita

tersebut secara tiba-tiba ingin memakan sesuatu yang secara normalnya individu

tersebut jarang makan (nyera) terutamanya makanan yang masam, ikan dan daging.

Menurut (Henry 1998:5), terdapat larangan kepada ibu atau bapa apabila si isteri

sedang mengandung. Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, maka anak yang

akan lahir nanti akan menerima kesan.

Pantang larang Kesan apabila pantang larang tidak

dipatuhi

1. Membuat empangan pada saliran

air

- Sukar bersalin

2. Menutup lubang - Sukar bersalin

3. Membunuh kura-kura atau

membawa salah seeokor masuk

ke dalam rumah

- Sukar bersalin

4. Memakan sesuatu di bawah

sarang nyamuk

- Sukar bersalin

5. Apabila seorang wanita

mengandung keluar dari rumah,

maka semasa pulang wanita

tersebut hendaklah masuk ke

dalam rumah melalui jalan yang

sama.

- Kedudukan anak melintang di

dalam Rahim

6. Memecah telur dengan mata pisau - Anak buta

7. Membunuh sesuatu - keguguran

Peringkat bersalin

14

Page 15: masyarakat orang Iban

|

Semasa bersalin, wanita tersebut akan dijaga rapi oleh beberapa wanita yang

lebih tua iaitu seseorang yang telah mengalami situasi yang sama. Sebelum bersalin,

beberapa ritual akan dilakukan kepada bakal ibu (Jensen 1966:177). Bayi yang baru

keluar dari pintu rahim ibunya akan disambut oleh seorang bidan dan akan memegang

bayi tersebut secara terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas untuk

mengeluarkan cecair dari hidung dan mulut bayi tersebut. Pada masa yang sama,

sanak saudara yang lain akan membuat bunyi bising dengan menggunakan bakul rotan

agar bayi tersebut menangis. Menurut kepercayaan mereka, tradisi itu dilakukan agar

bayi itu nanti tidak akan menjadi seorang yang penakut apabila besar kelak. Selain

menggunakan bunyi bising bakul rotan, masyarakat tersebut juga ada kalanya

menggunakan bunyi tembakan senapang (Sandin 1980: 64).

Setelah itu, beralih pula kepada peringkat seterusnya iaitu upacara menamakan

bayi. Untuk melangsungkan upacara ini, hanya sana saudara yang dekat sahaja akan

terlibat bersama. Mereka akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai dan nama

akan diberi berdasarkan nama datuk nenek moyang mereka dahulu yang ssudah lama

meninggal dunia (Sandin 1980:65). Namun demikian, nama moyang yang meninggal

dunia disebabkan bunuh diri, dibunuh dengan senjata, dibaham buaya atau mana-mana

punca yang tidak baik, maka nama moyang tersebut tidak boleh diguna pakai kerana

dipercaya akan membawa perkara yang tidak baik kepada bayi tersebut.

Selain itu, masyarakat iban juga ada menjalankan upacara memandikan bayi

yang baru lahir. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran berbanding dengan

upacara menamakan anak. Kebiasaannya, warga-warga rumah panjang yang lain juga

dijemput bersama untuk memeriahkan suasana.

The reason for holding the ceremony is that if the child is not bathed in the river with offerings made to the deities and spirits, it must not be taken by anyone to bathe in any river; since it will not be protected by Sera Gindi and the spirits of fish, turtles and other aquatic creatures from the dangers present in the water (Sandin 1980:66)

5.3 Adat Mengurus Kematian

15

Page 16: masyarakat orang Iban

|

Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa

kematian, sanak-saudara (kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati

akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-

tengah rumah panjang (ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barang-

barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan.

Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati

selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke

duna sebayan (Henry 1988:51)

Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-

kira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang

yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian,

upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat

bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan

yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan

dan kesedihan menimpa. Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan

untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah

genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun

tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan

(Sandin 1980: 119)

6.0 Kesenian masyarakat Iban

6.1 Tarian

16

Page 17: masyarakat orang Iban

|

Jenis tarian ngajat masyarakat Iban

Sumber: Sandin (1988 : 74)

Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua

adalah tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah

menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang

terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu

indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta

membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

Tarian ngajat masyarakat Iban dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat.

Antaranya ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai

( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat

Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau

menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang

17

Tarian Ngajat

Masyarakat Iban

Ngajat Lesong

Ngajat Bunuh

Ngajat Induk

Ngajat Ngalu

Temuai

Ngajat Pua Kumbu

Ngajat Kuta

Page 18: masyarakat orang Iban

|

dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada

tanaman padi (Sandin 1988: 74)

Ngajat berbunuh merupakan ngajat yang dipersembahkan oleh kaum lelaki dari.

Tarian ini merupakan satu lakonan semula yang dilakukan oleh mereka sebagaimana

yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka

mengadakan aktiviti harian seperti memburu. Manakala ngajat Induk pula merupakan

persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan watak

kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu

sendiri. Gerak tari yang dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta

menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang dipersembahkan adalah

seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif

menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian

tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan

dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di

gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.

Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan

lelaki sahaja. Tarian ngajat ini dinamakan sedemikian kerana seorang penari perlu

menggigit lesung ketika sedang menari. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan

dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh

golongan lelaki sahaja.

Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan

menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan

ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang dihadiri oleh

banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.

Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang

menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara

sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu

daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat

jenis ini lazimnya dipersembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian

18

Page 19: masyarakat orang Iban

|

ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil

membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.

6.2 Pakaian tradisional

Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala (kerapu

perak) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi

dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan

mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis

pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih

terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan

mereka seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung

yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang dihiasi

kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih

kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan

bintik-bintik pada kain tersebut.

6.3 Seni tatu

Kepercayaan orang Iban pada masa dahulu yang berkaitan dengan pembuatan

tatu ialah untuk mengingatkan mereka bahawa Remaung ( makhluk separuh manusia

separuh haiwan yang menyerupai harimau ) merupakan makhluk halus yang perlu

dihormati . Sekiranya tidak mempunyai tatu ,mereka yang berjalan keseorang di dalam

hutan amat mudah terjumpa dengan barang – barang kepunyaan mereka sendiri .

Barang –barang tersebut dipercayai milik Remaung , seandainya barang itu disentuh

atau dibawa pulang ke rumah maka orang yang mengambilnya akan diserang oleh

penyakit dan akhirnya boleh membawa ajal . Jika ada tatu orang Iban percaya bahawa

Remaung mengenali mereka manusia dan tidak akan mengganggu.

Selain itu , tatu turut menunjukkan keberanian pada seseorang dan serta status

orang itu dalam kelompok komuniti orang Iban. Bagi orang Iban juga , mencacah tatu

dianggap sebagai diari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku .Hal ini

supaya senang mengingati peristiwa penting tersebut . Masyarakat Iban pada masa

19

Page 20: masyarakat orang Iban

|

dahulu juga mencacah tatu pada kanak-kanak yang berusia 10 atau 11 tahun bagi

menandakan mereka “ baru lanjau “ dan sudah bersedia untuk menyertai aktiviti

pemburuan .Tujuan mencacah tatu pada kanak –kanak ini adalah sebagai azimat dan

melindungi mereka dari roh-roh jahat serta juga menjadikan mereka kebal. Secara

amnya, bagi masyarakat Iban sesiapa sahaja boleh dicacah dengan tatu tetapi mesti

ada motif yang khas misalnya bagi golongan tertentu sahaja. Sesetengah corak tatu

juga hanya di khaskan untuk golongan pahlawan sahaja.

Pada zaman dahulu , nenek moyang orang Iban amat mementingkan bilangan

tatu yang ada pada badan seseorang dalam pemilihan bakal suami atau isteri. Menurut

Sandin (1977), selain wanita mencacah badan sebagai perhisan diri , tatu juga

melambangkan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan

sebagai isteri serta kebolehan menari ( tarian ngajat ). Lelaki Iban yang tidak

mempunyai sebarang tatu atau mempunyai tatu yang separuh siap akan dilabel

sebagai “ telanjai “ atau dianggap sebagai sebuah rumah yang tidak mempunyai atap .

Satu gelaran yang amat popular iaitu “ Bujang Berani Kempang , Lendat Dibiau Batang

Isang “ yang membawa maksud semakin banyak kepala yang dibawa balik daripada

memburu ( ngayau ) , maka semakin banyak tatu yang akan dicacah pada badan

pahlawan itu . Hal ini dilakukan sebagai penghargaan atas keberanian pahlawan

tersebut menentang musuh.

6.4 Kraftangan dan Kemahiran

Masyarakat Iban juga masyarakat yang kaya dengan pengetahuan dalam

menghasilkan kraftangan atau disebut juga pengelandik jari. Oleh itu, pelbagai

kraftangan yang dihasilkan dengan hasil seni dan corak serta motif yang tertentu yang

berlambangkan identiti masyarakat Iban sendiri. Antara kraftangan yang dihasilkan oleh

masyarakat Iban di Sarawak ialah tikar,raga, pasu dan sebagainya yang sangat cantik

buatannya.

Dalam sesebuah rumah panjang, amatlah menjengkelkan jika seseorang

perempuan terutama sekali tidak pandai menghasilkan kraftangan, sekurang-kurangnya

20

Page 21: masyarakat orang Iban

|

menganyam sehelai tikar mengkuang atau rotan. Sebelum seseorang wanita itu hendak

berkahwin dengan bakal suaminya, beliau terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan

kemahiran menghasilkan kraftangan seperti anyaman, tenunan dan sebagainya. Hal ini

kerana, kraftangan yang dihasilkan akan dapat menambat hati keluarga mentua.

Kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban adalah pelbagai dan mempunyai

pelbagai kegunaan.

Antara kraftangan yang dihasilkan ialah seperti tikai lampit atau sejenis tikar

yang ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan dibuat daripada rotan yang telah

diraut nipis. Tikai kerupuk dan tikai senggang pula ialah tikar yang diperbuat daripada

mengkuang dan juga senggang dan biasanya digunakan untuk menjemur padi selepas

habis musim menuai. Tikar- tikar itu akan dianyam dengan corak dan motif yang

pelbagai seperti corak bunga, manusia, burung dan sebagainya. Melainkan tikar

senggang yang dianyam biasa sahaja memandangkan kegunaannya hanyalah sebagai

tempat menjemur padi sahaja.

Kraftangan lain pula ialah seperti pasu dan juga tempayan (benda) yang

diperbuat daripada tanah liat dan diuli menjadi tembikar yang menghasilkan pelbagai

bentuk hasil ukiran yang agak kreatif serta menampilkan corak yang pelbagai.

Tempayan ini akan digunakan untuk menyimpan beras, perkasam dan makanan yang

diawet. Terdapat juga tempayan yang dijadikan untuk menyimpan nasi tapai atau tuak,

iaitu minuman untuk masyarakat Iban pada musim perayaan. Pada zaman sekarang,

kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan dan terkenal kerana hasil

kraftangannya yang asli dan unik. Antara kraftangan yang begitu terkenal ialah Tikai

Lampit dan kain Tenun.

7.0 Sistem bahasa dan tulisan

Dipetik dari penulisan Nicholas Ugik Jantan (2012) dalam kajian beliau mengenai

masyarakat Iban, aspek sistem bahasa boleh dikatakan aspek penilaian ketamadunan

yang jarang diketengahkan dalam pensejarahan masyarakat Iban (jika pensejarahan

sebelum ini ada memaparkan aspek-aspek ketamadunan dalam masyarakat Iban)

kerana sejarahwan boleh jadi berpendapat bahawa masyarakat Iban tidak ada sistem

21

Page 22: masyarakat orang Iban

|

tulisan dan setiap rekod yang diperturunkan dari setiap generasi ke generasi yang

seterusnya dalam bentuk lisan. Memang ada seindah bahasa yang dipertuturkan dan

akhirnya ia membentuk satu sistem kesusasteraan tetapi segalanya dalam bentuk lisan.

Ini adalah pandangan yang memegang teori bahawa masyarakat Iban tidak mempunyai

sistem tulisan. Namun yang demikian, tidak kurang juga yang memperdebatkan

bahawa masyarakat Iban mempunyai sistem tulisan yang terjumpanya papan turai.

Bukti bahawa masyarakat mempunyai sistem tulisan masih lagi belum terbukti

sepenuhnya kerana kekurangan bukti konkrit selain daripada penemuan papan turai.

Kalau mengikut cerita mitos yang diceritakan oleh generasi emas, masyarakat Iban

telahpun mempunyai sistem tulisan yang digunakan untuk dalam kehidupan seharian

selain digunakan dalam sastera, budaya dan kepercayaan. Namun apabila berlakunya

banjir besar, seorang lelaki tua yang dipertanggungjawabkan memegang manuskrip

tersebut telah mencuba sedaya upaya menyelamatkannya supaya tidak rosak ataupun

hilang. Tetapi akibat daripada keadaan yang cemas, beliau telah menelan dokumen

tersebut dan berharap apa yang tercatat dalam dokumen tersebut akan diingatinya dan

diperturunkan secara lisan kepada generasi yang seterusnya. Bermula daripada

peristiwa inilah masyarakat Iban telah menghafal dan menurunkan semua catatan

kesusasteraan, peraturan hidup, pantang larang, aturan budaya dan sistem

kepercayaan secara lisan.

Lain pula dari aspek bahasa, kaum Iban dikenali dengan " Master of Language "

oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dalam kalangan pengkaji

Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language.

Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam

menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan

cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi

yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang

digunakan dalam puisi Bahasa Inggeris.

Bahasa Iban mempunyai persamaan yang ketara dengan bahasa Melayu

Sumatra (Richards 1981 : ix). Contohnya pulai dan pulang, makai dan makan, buai dan

buang.

22

Page 23: masyarakat orang Iban

|

8.0 Sistem teknologi dan peralatan kaum Iban

8.1 Peralatan perang

Antara peralatan kaum iban yang terkenal ialah parang ilang. Dipetik dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&sec=Sabah_

%26_Sarawak&pg=wb_01.htm (2010), Pada zaman dahulu, parang ilang sering

dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ngayau dalam kalangan kaum Dayak

khususnya semasa dalam peperangan. Tradisi itu akhirnya melahirkan satu

kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala

adalah bertuah atau keramat. Manakala pemilik parang ilang tersebut dianggap

mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status

sosialnya.

Pada zaman dahulu, terdapat ulu parang dihiasi rambut manusia yang diambil

dari kepala orang yang dipenggal kerana dipercayai dapat memberi kekuatan luar biasa

terhadap parang ilang tersebut. Roh si mati kononnya akan bersatu dengan parang

ilang menjadikannya sakti. Manakala sarungnya diperbuat daripada kayu yang juga

dihias dengan pelbagai hiasan antaranya manik dan bulu burung. Pada sarung itu juga

diselitkan anak parang ilang berupa pisau kecil yang bertangkai panjang. Di samping

itu, setiap bilah parang itu mempunyai panjang yang berbeza iaitu lazimnya 70 hingga

80 sentimeter. Bahagian hujungnya runcing dengan lebar sekitar enam hingga tujuh

sentimeter manakala bahagian pangkal lebarnya tiga hingga empat sentimeter.

Manakala, pada bahagian belakang parang terdapat ukiran yang diperindah dengan

logam tembaga yang berwarna kuning keemasan. Ukiran itu dipercayai dapat

melindungi pemiliknya daripada diganggu roh jahat.

Alatan perang yang seterusnya ialah terabai. Terabai merupakan papan

pelindung atau perisai semasa berentap dengan pihal lawan. Terabai diperbuat

daripada kayu plait dan akan diukir dan diwarna mengikut kehendak masing-masing.

Di samping itu, sumpit juga dijadikan sebagai pilihan untuk menjadi peralatan

perang selain kegunaannya untuk memburu binatang. Sumpit diperbuat daripada kayu

yang di mana panjangnya boleh mencecah sehingga 1.6 meter. Manakala damaknya

23

Page 24: masyarakat orang Iban

|

pula diperbuat daripada buluh. Selalunya damaknya akan dibubuh dengan racun untuk

melumpuhkan mangsa.

8.2 Alat muzik

Engkromong

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periuk. Berbusut di tengah

permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang

panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun

ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita

khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan

mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para

pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya

di negara ini.

Tawak

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-

tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu

bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat

muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

9.0 Penutup

Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang

mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat

menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika

dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan

kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson

H. Sutlive dalam bukunya yang berjudul The Iban Of Sarawak yang berbunyi begini:

“The Ibans have built thier world out of natural, social and metasocial order to which

they have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun moon, stars ,

ancestral spirits and other groups have been brought together in the ethnoscience and

24

Page 25: masyarakat orang Iban

|

mythology by which the Iban have developed and manipulated the symbols which have

helped them understand thier world the rationalize thier behaviour.”

Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak

juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme,

kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada

masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju

dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula,

sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa

budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan

masyarakat Iban .

25

Page 26: masyarakat orang Iban

|

TUGASAN 2

26

Page 27: masyarakat orang Iban

|

Cara masyarakat Iban mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-

anak mereka di sekolah.

Dalam menghuraikan kenyataaan di atas, saya telah menggunakan kaedah

borang soal selidik dalam mendapatkan maklumat. Borang soal selidik tersebut telah

diedarkan di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman

di mana rumah panjang tersebut mempunyai 20 bilik. Setiap bilik akan diedarkan satu

borang sola selidik dan responden perlulah samada ketua keluarga atau isteri kepada

ketua keluarga tersebut. Setiap perkataan yang terdapat dalam borang soal selidik

(rujuk lampiran 1) tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Iban bagi memudahkan

para responden untuk memahami setiap perkataan yang terdapat pada borang

tersebut.

Berdasarkan hasil dapatan (rujuk lampiran 2), untuk kenyataan yang pertama

responden langsung tidak menandakan pada skala 1 dan juga skala dua. Sebanyak 3

orang responden tanda pada skala 3 dan sebanyak 17 orang responden tanda pada

skala 4. Untuk kenyataan kedua, sebanyak 12 orang reponden tanda pada skala 2, 3

orang responden tanda pada skala 3, 2 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada

satu pun responden tanda pada skala 1. Untuk kenyataan 7, seorang responden tanda

pada skala 3, 19 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada yang tanda pada skala

1 dan 2. Manakala, untuk skala 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 kesemua 20

orang responden tanda pada skala 4.

Berdasarkan hasil analisis saya pada borang soal selidik yang telah diedarkan di

rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman, rata-rata

penduduk di rumah panjang tersebut sangat mengambil peduli akan pendidikan anak-

anak mereka. Buktinya dapat kita lihat pada hasil daripada analisis borang soal selidik

yang telah dilakukan. Majoriti daripada responden tanda pada skala 4 untuk kesemua

kenyataan kecuali kenyataan nombor 2. Kenyataan nombor 2 yang berbunyi “masalah

kewangan sering menjadi punca kepada saya untuk tidak menyekolahkan anak-anak”,

rata-rata responden kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Namun demikian

terdapat 2 orang responden telah tanda pada skala 4 iaitu sangat bersetuju dengan

kenyataan tersebut. Hasil daripada itu, dapat saya menyimpulkan bahawa masalah

27

Page 28: masyarakat orang Iban

|

kewangan masih lagi menjadi punca kepada beberapa ketua rumah keluarga untuk

melengkapkan pendidikan anak-anak mereka. Rata-rata mereka yang tanda pada skala

4 adalah golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan anak yang

ramai. Berbeza pula dengan responden-responden yang lain, walaupun hampir

kesemua mereka mempunyai pekerjaan yang sama iaitu sebagai petani, namun

mempunyai hasil pendapatan yang berbeza. Selaras dengan penerangan sebelum ini,

menurut Sultive (1978), masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu

masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit dan barangsiapa yang

mendapat hasil tuaian yang banyak akan dianggap kaya, pintar, dipandang tinggi dan

rajin. Maka dengan itu, boleh saya katakan bahawa kebanyakan responden adalah dari

golongan yang mempunyai keluasan tempat pertanian yang luas dan hanya segelintir

sahaja yang mempunyai masalah kewangan kemungkinan hasil tuaian yang tidak

mencukupi atau tanggungan isi rumah yang begitu ramai. Walaupun demikian, rata-rata

mereka sangat mementingkan aspek pendidikan anak-anak mereka.

Sekarang ingin saya perjelaskan bagaimana kebudayaan masyarakat ini

mempengaruhi keperibadian dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Pertama

sekali ialah kita mesti ingat bahawa masyarakat ini sangat berpegang kuat pada

sesuatu amalan, pantang larang mahupun sesuatu ritual. Dipetik dari buku Henry

(1998), Jensen menyatakan bahawa salah satu aspek yang paling ketara dalam

masyarakat Iban adalah mereka sinonim dengan pelbagai ritual dalam kebanyakan

kegitan harian. Perkara ini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat Iban merupakan

golongan yang sangat berdisiplin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:356),

berdisiplin bermaksud patuh pada sesuatu peraturan.

Dalam setiap aktiviti harian masyarakat Iban, dapat saya gambarkan bagaimana

budaya disiplin tersebut berlaku. Contohnya, ketika ingin meneroka tanah, semasa

sedang mengandung dan sebagainya pasti ada sahaja ritual yang akan dilakukan bagi

mengelakkan sesuatu perkara buruk daipada berlaku. Di samping ritual, mereka begitu

berdisiplin dalam mematuhi segala pantang larang contohnya ketika sedang berjalan di

dalam hutan. Mereka berbuat demikian agar setiap aktiviti mereka berjalan lancar tanpa

diganggu oleh roh jahat. Budaya disiplin ini telah diperturunkan sampai kini

28

Page 29: masyarakat orang Iban

|

sehinggakan dalam hal pendidikan juga mereka sangat prihatin. Golongan ibu bapa

berusaha mendisiplinkan anak mereka untuk bersekolah. Buktinya dapat kita lihat pada

hasil dapatan kajian borang soal selidik yang saya telah lakukan. Contohnya pada

kenyataan 6 yang berbunyi “ saya tidak menggalakkan anak saya ponteng sekolah’ dan

kenyataan 11 yang berbunyi “saya memarahi anak saya sekiranya tidak mengambil

berat akan pelajaran”, secara majoriti para responden amat bersetuju dengan

kenyataan tersebut dengan menandakan skala 4. Kita boleh lihat betapa seriusnya

golongan ibu bapa dalam aspek persekolahan anak mereka dan berusaha menerapkan

budaya disiplin dalam diri anak mereka dalam usaha memperoleh pencapaian

akademik yang cemerlang.

Selain itu, saya juga boleh mengatakan bahawa kebudayaan masyarakat Iban

juga sangat menekankan budaya hormat-menghormati. Masyarakat ini bukan sahaja

hormat kepada amalan ritual dan pantang larang, mereka juga sangat menghormati

orang yang lebih berpengalaman daripada mereka. Contohnya individu yang bergelar

‘tuai rumah’ dan ‘manang’(pawang). ‘Tuai rumah’ merupakan individu yang telah

dipersetujui oleh kesemua isi rumah panjang untuk menjadi ketua rumah. Apa-apa

keputusan, perayaan, perkahwinan dan sebagainya sudah pasti mereka akan merujuk

kepada tua rumah terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan.

Begitu juga dengan individu yang bergelar ‘manang’. Masyarakat Iban sangat

menghormati individu ini kerana ‘manang’ merupakan orang yang mempunyai

keupayaan atau kemahiran dalam mengubati sesuatu atau memulihkan sesuatu

musibah yang datang menimpa. Segala arahan yang disampaikan oleh manang akan

dhormati oleh masyarakat iban yang lain kerana khuatir akan ditimpa musibah sekali

lagi. Seterusnya kita lihat pada institusi sesebuah keluarga, ibu bapa menghormati anak

dan anak menghormati ibu bapa. Dalam hal pendidikan, ibu bapa masyarakat Iban

amat menekankan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai seorang anak, sudah pasti

mereka amat menghormati teguran atau nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Disebabkan budaya hormat-menghormati ini sudah menjadi suatu kebiasaan dalam

komuniti mereka, maka bukan alasan bagi anak-anak muda untuk tidak menghormati

kata-kata ibu bapa mereka. Boleh saya katakan bahawa dari kecil mereka sudah dididik

29

Page 30: masyarakat orang Iban

|

untuk menghormati ibu bapa, maka apabila berada di sekolah nanti mereka tidak akan

mengalami sebarang masalah menghormati guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-

rakan. Kita kena tahu bahawa, hubungan sosial yang bail dalam kelas merupakan salah

satu punca kepada pembelajaran yang berkesan di samping itu, saya percaya bahawa

dalam pemikiran anak-anak muda masyarakat Iban, sekiranya mereka tidak

menghormati kata-kata ibu bapa, ianya sama juga seperti mereka tidak menghormati

kata-kata seorang manang atau tuai rumah di mana akhirnya akan mendatangkan

musibah pada diri sendiri.

Dalam masa yang sama juga, budaya yang telah diamalkan sejak dulu kala juga

secara tidak langsung dapat membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anak-

anak muda. Amalan kehidupan yang penuh dengan pantang larang, ritual dan

sebagainya saya percaya telah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda untuk

menjadi seorang insan yang berguna dalam komuniti masyarakat mereka. Seperti yang

telah saya terangkan di atas, budaya disiplin dan hormat-menghormati amat ditekankan

oleh ibu bapa dan sedaya upaya untuk disemaikan dalam diri anak-anak mereka

melalui amalan tradisional. Contohnya, melalui penceritaan cerita-cerita dongeng

seperti cerita Timbunan Si Penipu yang dipetik dari buku Cerita Rakyat Orang Iban

(2007) merupakan cerita tradisonal masyarakat iban sejak dulu kala lagi. Cerita tersebut

menceritakan seorang lelaki Iban bernama Minggi yang selalu membuat gurauan yang

menyakitkan hati orang lain di mana akhirnya telah mendatangkan musibah kepada

dirinya sendiri. Dari cerita rakyat sebegini, saya percaya golongan tua orang Iban sering

menceritakan cerita sebegini yang penuh dengan pengajaran. Masa-masa yang

terluang saya percaya dalam mana-mana kaum pun pasti golongan tua akan

meluangkan masa bersama dengan golongan muda dan sudah tentu cerita purba kala

ada diselitkan bersama sebagai bahan perbualan. Budaya sebegini secara tidak

langsung dapat menyampaikan pengajaran kepada golongan muda melalui medium

yang sangat menarik iaitu melalui penceritaan cerita-cerita rakyat yang diperturunkan

dari zaman ke zaman.

Selain daripada itu, kita juga boleh lihat budaya masyarakat ini yang

mengamalkan amalan bekerjasama. Contohnya ketika musim menamam padi

30

Page 31: masyarakat orang Iban

|

(menugal). Amalan bekerjasama ini dikenali sebagai ‘beduruk’ dalam masyarakat Iban.

Untuk lebih jelas lagi, menurut Henry (1998), ‘beduruk’ bermaksud membalas jasa baik

seseorang itu dengan memberikan bantuan dari segi tenaga, wang atau sebagainya.

Contohnya, pada hari ini individu A membantu individu B ‘menugal’, kemudian pada

keesokan harinya pula tiba masanya individu B pula yang membantu individu A sama-

sama ‘menugal’ padi. Amalan sebegini yang telah diperturunkan dari nenek moyang

telah membentuk satu komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain tanpa

mementingkan kepentingan sendiri. Justeru itu, anak-anak muda pasti akan

terpengaruh dengan amalan sebegini kerana setiap hari di dalam kehidupan mereka

penuh dengan aktiviti sedemikian memandangkan pertanian merupakan punca

ekonomi mereka yang utama. Pada pendapat saya, secara perlahan-lahan golongan

muda akan belajar betapa pentingnya amalan budaya seperti ini dalam usaha

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu iaitu perlu bermula dari dalam diri masing-

masing terlebih dahulu. Ibarat, jika ingin orang lain menghormati kita, terlebih dahulu

kita harus menghormati orang tersebut.

Kesimpulannya, masyarakat Iban sangat menitikberatkan aspek keperibadian

dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa atau ketua keluarga

merupakan penggerak utama dalam memastikan kedua-dua perkara ini wujud dalam

kalangan anak-anak mereka. Sebagai bukti, dapatan kajian saya menunjukkan rata-rata

responden bersetuju dengan kenyataan 1 hingga 15 yang terdapat dalam borang soal

selidik yang telah mereka jawab. Di samping itu, mereka juga percaya bahawa

pendidikan merupakan medium untuk memajukan taraf sosioekonomi mereka. Maka di

sini, pada pendapat saya tidak hairanlah suatu hari nanti bilangan masyarakat Iban

yang terlibat dalam sektor awam bahkan juga sektor swasta akan meningkat. Dalam

pada itu, masyarakat ini juga sangat mementingkan keperibadian anak-anak mereka.

Contohnya, apabila bayi baru lahir, bakul rotan akan digoncang dengan kuat untuk

menghasilkan bunyi bising agar bayi tadi mengeluarkan suara tangisan. Menurut

kepercayaan mereka, apabila besar kelak bayi tersebut akan menjadi seorang yang

berani. Perkara sebegini menunjukkan kepada kita bahawa betapa prihatinnya

golongan ibu bapa untuk membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anak-

anak mereka iaitu bermula sejak dari bayi lagi.

31

Page 32: masyarakat orang Iban

|

Selain itu, kanak-kanak juga banyak mempelajari pelbagai perkara dari apa yang

dilihat, dilihat, didengar, dihidu dan dirasa di sekitar mereka. Selaras dengan teori yang

Albert Bandura telah kemukakan, iaitu manusia secara semula jadi belajar melalui

proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,

mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman

daripada perlakuan. Daripada ini dapat saya simpulkan bahawa, segala tradisi, upacara

dan ritual yang diamalkan dalam kehidupan seharian telah memberikan mereka

pengalaman sebenar dan akhirnya dapat membentuk ciri-ciri keperibadian yang utuh

dan secara tidak langsung mempengaruhi cara pemikiran mereka terhadap aspek

pendidikan.

32

Page 33: masyarakat orang Iban

|

TUGASAN 3

33

Page 34: masyarakat orang Iban

|

Cadangan meningkatkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra

budaya di sekolah

Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya sememangnya

satu perkara yang sangat penting untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam

suasana yang menarik serta kondusif. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak belajar

melalui interaksi dengan persekitarannya. Dipetik dari buku Pengurusan Bilik Darjah &

Tingkah Laku (2009), pembelajaran ini berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik

darjah, makmal, bengkel atau padang permainan diurus dengan baik agar murid-murid

boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Oleh

yang demikian, guru perlu berusaha ke arah pembentukan persekitaran pembelajaran

yang kondusif bagi memastikan hasrat tersebut tercapai. Persekitaran pembelajaran

yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan

menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Terlebih dahulu, guru perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan

persekitaran pembelajaran. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran

merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut

persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan komponen yang amat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam konteks pendidikan, Choong

Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang merangkumi

beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur

ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

Dipetik dari buku Budaya & Pembelajaran (2011), terdapat beberapa elemen

yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya.

Antaranya ialah seperti berikut:

34

Page 35: masyarakat orang Iban

|

i. Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan perbezaan

budaya murid.

ii. Pemupukan nilai dan budaya Malaysia.

iii. Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya.

iv. Susun atur bilik darjah.

v. Kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.

vi. Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar

Elemen-elemen di atas merupakan panduan bagi guru untuk memikirkan

cadangan yang sesuai bgai mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya. Untuk

elemen yang pertama, guru perlu memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti

berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan

pendapat antara mereka. Guru perlu tahu bahawa, dalam kalangan murid tidak dapat

lari daripada unsur klik. Oleh itu, semasa aktivti berpasangan atau berkumpulan,

seharusnya guru tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada murid untuk memilih

ahli kumpulan sendiri. Di samping itu, guru juga perlu melayan karenah murid dengan

adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid. Walaupun murid tersebut

nakal atau sukar mendengar kata, guru perlu besabar dan bersikap profesioanl dalam

menghadapi situasi sedemikian. Guru juga perlu memupuk nilai menghargai budaya

etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran. Contohnya,

menghasilkan kad ucapan untuk sesuatu perayaan, aktivti tarian tradisional dan

sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke destinasi untuk

menyingkap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke muzium,

perkampungan orang Asli, Kampung Budaya dan sebagainya. Murid juga boleh

dipertontonkan dengan filem atau dokumentari yang mengisarkan negara yang musnah

akibat daripada persengketaan dan perpecahan etnik supaya wujud semangat

perpaduan dalam diri mereka.

Elemen kedua iaitu pemupukan nilai dan budaya Malaysia. Terdapat banyak

cara yang boleh digunakan oleh guru untuk merealisasikan elemen tersebut dalam

kalangan murid-murid. Antaranya ialah murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua

ajaran agama menyarankan penganutnya hidup berbaik-baik tanpa ada persengketaan

35

Page 36: masyarakat orang Iban

|

dan permusuhan. Di samping itu, dalam buku Budaya & Pembelajaran (2011), ada

menyatakan bahawa murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun,

mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang

mesra dan sepakat. Murid juga perlu ditegur apabila memanggil kawan-kawannya

dengan nama atau gelaran yang memalukan dan tidak menghina rakan-rakan daripada

etnik yang berbeza dengan mereka.

Seterusnya kita beralih kepada elemen pengurusan sumber pengajaran dan

pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai untuk aktivtii PdP sangat

memainkan peranan yang penting agar murid yang berbeza latar belakang dapat

belajar dalam suasana yang sewajarnya dan menyeronokkan. Bahan sumber yang

pelbagai dengan berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza

mampu meraih minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa berasa bosan. Di

samping itu, murid dididik untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam

kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat

dikongsi bersama-sama. Antara cadangan yang sesuai dilakukan untuk merealisasikan

perkara tersebut ialah guru perlu memilih sumber pengajaran yang mengandungi ciri-

ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya.

Sebagai contoh, makanan pada musim perayaan, adat istiadat perkahwinan, pantang

larang dan sistem penggilan berdasarkan ‘kinship’.

Dipetik dari http://dictionary.reference.com/browse/kinship(2005), ‘kinship’

membawa maksud hubungan kekeluargaan. Di samping itu, guru juga seharusnya

menggalakkan murid mencari bahan seperti cerita-cerita dan lagu-lagu rakyat serta

artifak yang berkaitan dengan sesuatu etnik untuk dikongsi dan dikaji bersama semasa

sesi pembelajaran. Perkara ini adalah sangat penting agar murid-murid dapat belajar

bukan sahaja menghargai kebudayaan etnik sendiri malah kebudayaan etnik yang lain-

lain juga. Cadangan yang seterusnya ialah guru boleh memilih bahan atau sumber

pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira

perbezaan etnik. Guru boleh memilih sumber yang paling sesuai untuk memupuk

perasaan kasih sayang antara etnik melalui pengguanan sumber yang sesuai seperti

melalui cerita, lagu, klip video dan foto yang berkaitan.

36

Page 37: masyarakat orang Iban

|

Elemen yang keempat iaitu susun atur bilik darjah. Susun atur bilik darjah yang

kondusif sangat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana

pembelajran yang bermakna di samping persekitaran pembelajaran yagn mesra

budaya. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred

Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for

social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.

Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang

menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana

pelajar duduk. Ianya dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang

lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Terdapat dua kriteria fizikal umum untuk

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Antaranya ialah kriteria

fizikal dan sudut pembelajaran serta bacaan.

Untuk kriteria fizikal, ianya lebih kepada susunan kerusi meja tempat duduk

murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di

tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Apabila ada

perbincangan kumpulan, secara tidak langsung mereka akan berinteraksi antara satu

sama lain dan belajar bergaul dengan rakan berbeza etnik dan seterusnya dapat

menghakis sifat rasis dalam kalangan mereka. Oleh itu, dalam menentukan tempat

duduk murid, guru perlu bijak mengagihkan murid dan tidak memberikan kuasa

sepenuhnya kepada murid untuk memilih tempat duduk sendiri agar tidak wujud unsur

klik dalam kelas kelas tersebut. Kriteria kedua iaitu sudut-sudut pembelajaran. Dalam

bilik darjah terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu

perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut

kreativiti dan sebagainya. Aktivti seperti mengecat dinding dengan melukis mural-mural

biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi

pembantunya. Sebagai penambahbaikan, adalah baiknya jika tema lukisan mural

berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai etnik di

negara ini. Dalam masa yang sama, sudut pembelajaran tadi boleh juga dikatakan

sebgai ruang untuk murid bekerja bersama. Aktivti sedemikian merupakan salah satu

aktivti yang sesuai dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan

etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka.

37

Page 38: masyarakat orang Iban

|

Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat

memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama dan akhirnya akan

mencetuskan persekitaran yang mesra budaya. Keberkesanan konsep ruang bekerja

atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2011) yang menyatakan sedemikian

bahawa;

“the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and social dimensions interact to shape classroom culture”

Elemen yang kelima ialah kemudahan dan peralatan pengajaran dan

pembelajaran. Guru kena tahu bahawa kepelbagaian peralatan PdP merupakan

perkara yang utama dalam usaha untuk menarik minat murid terlibat dalam sesi

pembelajaran. Contohnya penggunan pelbagai multimedia. Penggunaan pelbagai

multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan

pembelajaran menjadi lebih berkesan. Di samping itu, kemudahan dan peralatan dapat

merangsang pembelajaran koperatif antara murid. Pembelajaran koperatif bermaksud

murid belajar secara berkumpulan iaitu sama-sama berbincang, bekerjasama dan

menyumbangkan idea masing-masing.selain itu, pengguanaan multimedia juga

memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam

kehidupan yang akhirnya mendorong persefahaman dan persepakatan (Budaya &

Pembelajaran 2011:124)

Elemen yang terakhir iaitu penaksiran dan penilaian prestasi pelajar. Penilaian

berbentuk sumatif boleh digunapakai bagi menilai hasil pembelajaran secara holistic.

Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani aktiviti

PdP serta penaksiran. Dalam memastikan elemn ini mencapai kejayaan, guru perlu

meyediakan pelabagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid dengan

memberikan tugasan seperti membuat kolaj, poster, persembahan power point, temu

bual, menulis laporan, syarahan, bercerita dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat

dinilai secara berterusan oleh guru. Penilaian dan penaksiran seperti ini dapat

memberikan peluang kepada murid untuk memilih tugasan yang sesuai dengan tahap

masing-masing. Dengan cara ini, murid akan menggunakan perbezaan yang adapa

38

Page 39: masyarakat orang Iban

|

pada mereka berdasarkan perbezaan latar belaakang serta kecerdasan pelbagai untuk

menyediakan tugasan tersebut dan akhirnya dapat mencetuskan suasana bilik darjah

yang ceria, bermakna dan menarik.

Kesimpulannya, terdapat banyak cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru

untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang mesra

budaya. Guru tidak hars terikat dengan kaedah yang lama di mana ianya sudah tidak

lagi releven untuk digunakan memandangkan banyak perubahan yang telah berlaku

dalam sistem pendidikan negara kita. Di samping itu, guru juga harus melihat

perubahan ini sebagai satu transaksi untuk mengubah cara pengajaran kepada satu

corak yang lebih kreatif. Selain daripada aspek fizikal, aspek sosial juga harus dilihat

kerana emosi yang stabil akan membolehkan murid belajara dalam keadaan yang

seronok. Natijahnya di sini, guru harus menggunakan sebanyak mana ruang yang ada

samada kaedah pengajaran yang pelbagai, susun atur bilik darjah dan sebagainya dan

akhirnya berusaha untuk menggabungkannya kepada satu usaha yang padu untuk

membantu murid-murid mendapat hak sepenuhnnya untuk belajar dalam persekitaran

yang mesra budaya.

39

Page 40: masyarakat orang Iban

|

PENULISAN REFLEKSI

40

Page 41: masyarakat orang Iban

|

Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat yang

telah dilimpahkan kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini.

Tugasan projek kali ini iaitu EDU 3106, mengkehendaki kami untuk mengkaji

kebudayaan sesuatu kaum. Dalam masa yang sama, kami juga dikehendaki untuk

menerangkan bagaimana masyarakat kaum tersebut mempengaruhi keperibadian dan

pencapaian akademik anak-anak mereka serta memberikan beberapa cadangan yang

sesuai untuk membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesara budaya

di sekolah. Saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan kaum Iban sebagai

subjek kajian saya.

Dari aspek kekuatan, pelbagai input baru yang telah saya peroleh hasil daripada

pelaksanaan tugasan projek ini. Antaranya ialah dapat memperkayakan pemahaman

saya tentang kebudayaan masyarakat Iban yang selama ini saya hanya tahu serba

sedikit sahaja. Mengenali masyarakat Iban memang sudah menjadi keinginan saya

sejak dulu lagi kerana sejak kecil lagi saya sering mendengar cerita keagungan kaum

ini daripada saudara-mara dan juga rakan-rakan. Setelah selesai mengkaji dan

membuat banyak pembacaan, memang ternyata bahawa kaum Iban merupakan salah

satu kaum yang memang padan dilabelkan sebagai peneroka terulung. Selain itu, saya

juga banyak mempelajari bagaimana kaum ini mempengaruhi keperibadian dan

pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Walaupun masyarakat ini sangat

terikat dengan amalan hidup tradisional, namun dalam aspek pendidikan mereka juga

sangat mengambil berat. Dapat saya katakan bahawa masyarakat ini berusaha untuk

mengubah corak sosioekonomi mereka kerana selama ini mereka banyak bergantung

kepada pertanian sebagai hasil pendapatan. Dalam hasil analisis borang soal selidik

saya juga para responden secara majoritinya tanda pada skala 5 untuk kenyataan

41

Page 42: masyarakat orang Iban

|

nombor 15 yang berbunyi “saya percaya bahawa pendidikan merupakan medium untuk

memajukan taraf sosioekonomi keluarga”.

Selain itu, pelaksaan tugasan projek ini juga secara tidak langsung dapat

meningkatkan pemahaman saya untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang mesra budaya di sekolah. Sebagai seorang guru pelatih, ilmu

sebegini sangat perlu dikuasai agar apabila berada di sekolah kelak tidak akan

mengalami sebarang masalah dalam hal ini. Di samping itu, ilmu ini juga sangat

berguna untuk menghadapi cabaran-cabaran baru masa kini. Cabaran yang

dimaksudkan saya di sini ialah sikap murid pada era zaman moden ini dan juga

penggunaan rotan dalam bilik darjah. Seperti yang kita ketahui, banyak isu yang

ditimbulkan berkaitan dengan hal ini. Murid melawan guru, murid menggugut guru, tidak

menyiapkan kerja rumah dan banyak lagi sering diperdengarkan di media massa.

Dalam masa yang sama, guru dilarang menggunakan rotan untuk tujuan menghukum

murid berbeza dengan zaman dulu di mana hukuman merotan tidak menjadi satu

masalah. Lain pula pada masa kini, merotan boleh menyebabkan guru tersebut

disaman oleh ibu bapa murid. Oleh yang demikian, guru perlu memikirkan satu cara

yang baharu dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti aktviti pengajaran dan

pembelajaran dengan lancar tanpa menggunakan kaedah lama dan perlu bermula

dengan persekitan bilik darjah yang kondusif.

Di samping itu, pelaksanaan tugasan projek ini juga sedikit sebanyak dapat

meningkatkan kemahiran saya dalam memperoleh maklumat. Kaedah borang soal

selidik sememangnya dari dulu lagi ingin saya gunakan sebagai medium untuk saya

mendapatkan maklumat. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan instrumen

borang soal selidik kerana saya merasakan ianya sangat sesuai untuk mendapatkan

maklumat mengenai bagaimana budaya kaum Iban mempengaruhi pencapaian

akademik anak-anak mereka. Saya amat berteerima kasih kepada Brenda anak Lukas

kerana telah membantu saya untuk mengedarkan borang soal selidik di rumah panjang

Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman. Saya meminta pertolongan

beliau kerana beliau tinggal berdekatan di rumah panjang tersebut. Sebanyak 20

borang soal selidik diedarkan kerana rumah panjang tersebut hanya mempunyai 20 bilik

42

Page 43: masyarakat orang Iban

|

sahaja. Borang soal selidik tersebut hanya boleh dijawab oleh ketua rumah(responden)

sahaja. Semasa diedarkan, saya telah meminta beliau untuk membantu responden

ketika menjawab sekiranya terdapat mana-mana ayat yang mereka tidak fahami. Dalam

mengurangkan masalah tersebut, saya telah menterjemahkan kesemua perkataan yang

terdapat dalam borang tersebut kepada bahasa Iban bagi melancarkan proses semasa

menjawab. Sekali lagi ingin saya ucapakn ribuan terima kasih kepada Brenda anak

Lukas kerana telah banyak membantu saya dari aspek ini.

Tambahan pula, tugasan projek ini juga telah meningkatkan kemahiran saya

menggunakan teknologi computer semasa membuat buku skrap. Pelbagai bahan grafik

yang telah saya gunakan untuk membuatkan buku skrap saya kelihatan menarik.

Sememangnya penghasilan buku skrap ini satu tugasan yang agak sukar kerana

memerlukan kesabaran yang tinggi.

Terdapat beberapa aspek kelemahan yang telah dapat saya kenal pasti semasa

melaksanakan tugasan projek ini. Antaranya ialah dari aspek pemerolehan maklumat.

Sepanjang proses mencari maklumat, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan

buku yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Iban. Rata-rata buku yang diperoleh

adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, saya telah manggunakan masa

yang banyak untuk menterjemahkan isi-isi penting kepada bahasa Melayu. Selain

daripada itu, saya juga banyak bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripada

internet walaupun agak kurang pasti dengan tahap kesahihannya. Dalam mengatasi

masalah tersebut, saya banyak membandingkan maklumat yang diperoleh daripada

internet dengan buku untuk menyokong hujah saya.

Selain itu, saya juga mengalami beberapa masalah dalam instrumen borang soal

selidik yang saya laksanakan. Antaranya ialah kenyataan-kenyataan yang perlu

diletakkan. Saya berasa keliru samada kenyataan tersebut adalah sesuai ataupun tidak.

Di samping itu, saya juga berasa kesal kerana saya tidak dapat turut serta dalam

pengedaran borang selidik kerana kekangan masa yang dihadapi dan lokasi rumah

panjang tersebut yang agak jauh dai kampus. Oleh itu, saya telah mengambil

keputusan untuk meminta pertolongan dari Brenda anak Lukas iaitu pelajar dari

kumpulan PISMP BI untuk mengedarkan borang tersebut kerana pada masa itu beliau

43

Page 44: masyarakat orang Iban

|

ada berdekatan dengan rumah panjang tersebut. Selain itu, saya juga terlupa memesan

kepada beliau untuk mengambil beberapa gambar semasa borang tersebut diedarkan.

Respon yang saya peroleh daripada beliau, beliau mengatakan bahawa rata-rata para

responden faham dengan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam borang dan tidak

mempunyai sebarang masalah. Di samping itu, instrumen itu juga lebih kepada aspek

pendidikan kerana sukar bagi saya untuk mencari mana-mana bahan rujukan tentang

bagaimana kebudayaan masyarakat Iban mempengaruhi pencapaian akademik anak-

anak mereka. Disebabkan itulah, saya mengambil keputusan untuk menggunakan

borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat khas untuk aspek pendidikan sahaja.

Berbeza pula dengan pencarian maklumat tentang bagaimana kebudayaan masyarakat

Iban mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka. Perkara ini senang bagi saya

untuk kaitkan dengan amalan kebudayaan seharian dan saya mengambil keputusan

untuk tidak memasukkan aspek ini dalam instrumen borang soal selidik yang telah

dibina.

Saya juga menghadapi masalah semasa dalam proses membina buku skrap.

Masalah yang saya maksudkan ialah mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan

setiap pantang larang yang telah dinyatakan saya dalam tugasan bahagian pertama.

Sebagai penambahbaikan, untuk di masa akan datang saya bercadang untuk

meningkatkan kemahiran dari aspek pembinaan dan pentadbiran intrumen kajian yang

digunakan. Contohnya ketika membina instrumen borang soal selidik. Kenyataan

perlulah sesuai dengan objektif kajian yang ingin diperoleh. Di samping itu, setiap

kenyataan juga tidak harus melibatkan isu-isu sensitive seperti keagamaan. Saya juga

ingin meningkatkan kemahiran dari aspek kolaborasi. Jujur saya katakan bahawa saya

agak kurang berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Kebanyakan maklumat

saya peroleh secara terus semasa pensyarah memberikan penerangan di dalam kelas

dan bukannya berkolaborasi secara individu. Selain itu,s aya juga akan berusaha untuk

memperluaskan lagi pencarian bahan rujukan untuk tugasan yang akan datang.

Secara keseluruhannya, saya sebagai gur pelatih berasa begitu bertuah kerana

diberi peluang untuk melaksanakan tugasan projek seperti ini. Pelbagai input baharu

yang telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini walaupun terselit detik-detik

44

Page 45: masyarakat orang Iban

|

di mana saya berasa sangat tertekan. Namun demikian, segala kesulitan tersebut saya

anggap sebagai cabaran positif bagi diri saya untuk membentuk keperibadian yang

lebih matang dalam melaksanakan sesutau tugasan projek. Dengan selesainya tugasan

ini, saya akan pergunakan semula ilmu yang telah saya peroleh apabila berada di

sekolah kelak dan berusaha untuk mendidik anak murid dalam suasana persekitaran

pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.

BIBLIOGRAFI

Buku:

Annual Bulletin of Statistics, State of Sarawak, 1965 dan Report on the Census of

Population Taken on 10th August, 1960.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010). Jabatan Perangkaan Malaysia).

Dewan Bahasan & Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul

Ehsan: Dawama Sdn. Bhd.

Derek Freeman (1996). Report Of The Iban. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

Malaya.

Heidi Munan. (2007). Cerita Rakyat Orang Iban. Selangor Darul Ehsan: Lohprint Sdn.

Bhd.

45

Page 46: masyarakat orang Iban

|

Henry Gana Ngadi. (1998). Iban Rites Of Passage & Some Related Ritual Acts: a

description of forms & functions. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.

Jensen, E., (1966). “Iban Birth” dalam folk 8-9: 165-178.

Jensen, E (1968). “Some Iban Concepts” dalam Folk 10: 45-60.

Jensen, E (1972). “Sickness & The Iban Manang” dalam Folk 14-15 : 93-102.

Noriatti A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Zuraidah A. majid. (2011).

Budaya & Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sandin, B., 1966. Tusun Pendiau. Kuching: Borne Literature Bureau.

Sandin, B., 1972. Gawai Antu. Kuching: Borne Literature Bureau.

Sandin, B., 1980. Iban Adat & Augury. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Vinson H. Sultive(1996). The Iban Of Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti

Malaya.

Laman sesawang:

http://prpm.dbp.gov.my (2008)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&sec=Sabah_

%26_Sarawak&pg=wb_01.htm (2010)

46