perjuangan mengembalikan kedaulatan kedah

16
(I) Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah (II) Dol Said Pahlawan Naning - Joyce Ting Chin - Juliet Coji Siew - Teh Seah Ching

Upload: chen-peck-lian

Post on 14-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perjuangan

TRANSCRIPT

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

(I) Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

(II) Dol Said Pahlawan NaningJoyce Ting ChinJuliet Coji SiewTeh Seah Ching1Pada tahun 1821, sebanyak 7000 tentera Siam telah menyerang Kedah dengan mengepung Kuala Kedah.Askar Siam bertindak kejam dengan merampas dan merosakkan harta benda, membakar dan memusnahkan rumah orang-orang kampung dan menawan penduduk untuk dijadikan hamba di Siam. Siam dibantu oleh British yang ada di Pulau Pinang.Perang pembebasan Kedah dipimpin oleh:- Sultan Ahmad TajuddinDibantu oleh:- Tunku Abdullah- Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin)- Tunku Long- Tunku Muhammad SaadPerjuangan disokong oleh:- Tok Mo Ris (Pemimpin rakyat)- Syeikh Abdul Kadir (Pemimpin agama)1823: Tunku Abdullah bersama 3000 tentera menyerang Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana Siam dibantu oleh British.1831: Tunku Kudin berjaya menawan Kedah melalui Melaka. British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah. Tindakan British menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar. Tunku Kudin akhirnya terkorban.1836: Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap selepas British mengetahui baginda mahu menyerang Siam melalui Beruas, Perak.

1838: Tunku Muhammad Saad dan tentera Kedah berjaya tawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan Songkhla. Siam berjaya tawan Kedah dengan bantuan British.1842: Semangat menentang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin menghantar puteranya ke Bangkok untuk berunding. Siam kembalikan takhta Kedah.Kesan: wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Dol Said Pahlawan NaningNaningKawasan :terletak antara Rembau dengan MelakaPenghulu :Dato' Naning Abdul Said ( Dol Said )Pusat pentadbiran :TabohHasil Keluaran :padi , buah-buahan , sirih dan bijih timah

FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING`1. Mempertahankan kemerdekaan NaningPada tahun 1824, British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda. Menurut perjanjian ini, Melaka diserahkan kepada British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di

Melaka. Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning.2. Menentang bayaran cukaiMelalui undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

3. Menentang perlaksanaan Undang-undang BritishBritish juga memperkenalkan peraturan penghulu yang menggugat kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah. Pada tahun 1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak mematuhi arahan British.

PERISTIWA PERANG 1831

British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka. British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan.

Faktor kemenangan Dol Said :Penggunaan taktik gerilaBantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan MuarPertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.

British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan. Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .

PERISTIWA PERANG 1832Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning. Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning.Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

Kesan perang :Taboh telah ditawan.Rumah penduduk Naning telah dibakar.Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.Daerah Naning dan Melaka disatukan.British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.

Walaupun orang Naning gagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu.