isu pulau batu putih dan kedaulatan negara

Upload: raihana-abdul-rahman

Post on 20-Jul-2015

291 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ISU PULAU BATU PUTIH DAN KEDAULATAN NEGARA

Divakaran Nur Adila Hani Muhamad Ariff Zakwan Raihana

PENGENALAN

Dikenali juga sebagai White Rock Island. Dinamakan Pulau Batu Putih kerana kelihatan berwarna putih kesan tompokan-tompokan najis burung- burung laut. Ahli-ahli pelayaran Portugis memanggil pulau itu Pedra Branca dan digunakan oleh Singapura hingga sekarang. Pulau ini adalah kosong tanpa hidupan dan tumbuhan dan hanya terdapat rumah api di pulau tersebut.

Keluasannya juga cuma seluas padang bola. Kedudukan pulau itu strategik menjadi penyebab pertikaian di antara Malaysia dan Singapura utk menuntut hak pemilikan ke atas pulau tersebut. Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Den Haag, Belanda. Perjanjian mengenai perkara tersebut termeterai di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003. Menteri Luar bagi kedua-dua negara memberikan persetujuan bahawa apa jua keputusan yang bakal diumumkan, maka keduanya akan menerima dengan hati yang terbuka.

APAKAH PENTINGNYA PULAU BATU PUTIH KEPADA MALAYSIA?

Lokasi Batu Putih yang amat strategik untuk mengawal laluan keluar masuk ke selat Tebrau, Kepulauan Riau, dan Laut China Selatan. Pemantauan 24 jam dapat dilakukan terhadap keluar masuk aset maritim termasuk juga aset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari KD Sultan Ismail atau Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih dr kedudukan pulau tersebut.

Malaysia juga boleh meletakkan peranti elektronik dan radar maritim yang berkuasa tinggi untuk melaksanakan electronics intelligence dari lokasi rumah api tersebut .

Kedudukannya amat strategik bagi kedua-dua negara kerana menjadi batu penanda wilayah marin kepada sempadan masing-masing. Keluasan perairan Singapura akan memanjang sehingga ke Pulau Batu Putih setelah Singapura memenangi kes ini. Hal ini memberi kesan kepada industri maritim Malaysia termasuk para nelayan di Johor Darul Takzim.

ISU PULAU BATU PUTIH

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) . Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian InggerisBelanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Temenggung dan Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Ini membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit. Pihak koloni British dan Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura. Industri perkapalan kurang penting kpd Malaya pada masa itu kerana tiada pelabuhan utama di Johor serta kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu bergantung kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran sebaliknya telah digunakan di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Akhirnya dengan persetujuan 12-4 hakim memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia.

Usaha

penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan oleh kira-kira 55 pegawai daripada 24 agensi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara.dilantik dan pakar dalam bidang tertentu dari tiga institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya turut membantu dalam usaha penyelidikan ini.

Penyelidik yang

Khidmat penasihat undang-undang antarabangsa yang terkemuka seperti Sir Datuk Elihu Lauterpacht QC dan Datuk James Crawford dari Universiti Cambridge dan Datuk Nicolaas Jan Schrijver dari Universiti Leiden juga di gunakan. Dalam kes Pulau Batu Puteh, delegasi Malaysia diketuai Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan pasukan undangundang Malaysia yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mempamerkan komitmen tinggi dan prestasi membanggakan. Mereka memastikan hujahan kes negara adalah sentiasa teratur dan padat, mudah difahami oleh hakim dan sejauh mana yang mungkin memastikan tiada ruang langsung bagi Singapura untuk menyangkal apa yang dihujahkan oleh Malaysia sepanjang berlangsungnya perbicaraan iaitu daripada 6 hingga 23 November 2007.

PUNCA KEKALAHAN MALAYSIA

12 Hakim bersetuju memberikan Batu Putih/Pedra Branca (BP) pada Singapura berbanding 4 menentang. ICJ menolak penguasaan rumah api yang dikawal selia oleh Singapura dan kawalan mereka dalam menguasai pulau itu dengan kehadiran rumah api. Tetapi ICJ menerima surat Setiausaha Kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak akan menuntut kedaulatan Putih Batu Putih sebagai isu paling utama. Oleh yang demikian, surat itu sahaja sudah melucutkan kekuasaan Johor pada Pulau Batu Putih menurut pandangan ICJ.

Surat kerajaan Johor tdk akan menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih

Surat kerajaan Johor bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak mempunyai kedaulatan atas Pulau Batu Putih mempunyai asas paling kukuh dan diterimapakai oleh ICJ untuk memberikan hak Pulau Batu Putih pada Singapura secara mutlak.

SEKIAN TERIMA KASIH