perjanjianjualbelikenderaan-131121014347-phpapp02

7
PERJANJIAN JUALBELI PERJANJIAN PENJUALAN DAN PENYERAHAN KENDERAAN PERJANJIAN ini dibuat pada_________________ bersamaan pada hari ____________ _ di _______ ________________________________________________________________________ ____________ . Diantara : NOR ZARINA BT MASTORA (NO. K/P ) Beralamat : P3-8 Apartment zamrud, Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (selepas daripada ini disebut sebagai “Penjual” ) pada satu pihak Dan : (NO. K/P: ) Beralamat : (selepas daripada ini disebut sebagai “Pembeli” ) pada satu pihak yang lain. Dengan disaksikan dihadapan oleh : BAHAWASANYA 1. Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai “Kenderaan tersebut”). DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO 1

Upload: kak-ana

Post on 07-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

STATUTORY DECLARATION

104PERJANJIAN JUALBELI

PERJANJIAN PENJUALAN DAN PENYERAHAN KENDERAANPERJANJIAN ini dibuat pada_________________ bersamaan pada hari _____________ di ___________________________________________________________________________________________.Diantara : NOR ZARINA BT MASTORA (NO. K/P )

Beralamat : P3-8 Apartment zamrud, Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur(selepas daripada ini disebut sebagai Penjual ) pada satu pihak

Dan :

(NO. K/P: )

Beralamat : (selepas daripada ini disebut sebagai Pembeli ) pada satu pihak yang lain.Dengan disaksikan dihadapan oleh :

BAHAWASANYA

1.Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai Kenderaan tersebut).

1.1Jenis Kenderaan: PERODUA MYVI

1.2No. Pendaftaran

:WPY 5360

1.3Tahun Dibuat

:2007

1.4No. Casis

:

1.5No. Enjin

:

1.6Bank Pembiaya

:BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA (BANK RAKYAT)

1.7Bayaran Bulanan:RM 510.00

1.8Pemunya Berdaftar:NOR ZARINA BT MASTORA

(Sesalinan geran hakmilik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan ditandakan sebagai Lampiran 1).

2.Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut pada Harga Ringgit Malaysia 17,000 dimana pembeli akan membayar wang pendahuluan sebanyak Ringgit Malaysia________________ (ditulis dalam perkataan_________________________________) dan baki selebihnya akan dijelaskan kepada pihak bank pembiaya sebanyak Ringgit Malaysia _________________________ (ditulis dalam perkataan_________________________________) tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

1.PERSETUJUAN

Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut secara tunai pada Harga Ringgit Malaysia 17,000 dan Pembeli bersetuju untuk membelinya tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini.2.BAYARAN PENYELESAIAN KEPADA BANK PEMBIAYA

Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bayaran penuh pinjaman Kenderaan tersebut kepada bank pembiaya dalam tempoh 21 HARI daripada tarikh penyerahan kunci dan kenderaan melalui bayaran secara tunai atau dibankkan ke dalam akaun bank pembiaya. Walaubagaimanapun Penjual berhak untuk menuntut semula Kenderaan tersebut dan Pembeli dikehendaki memulangkan Kenderaan tersebut kepada Penjual sekiranya Pembeli gagal untuk menjelaskan bayaran penuh Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya selama satu (1) bulan (selepas daripada ini disebut sebagai Tunggakan tersebut). Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya.

Sekiranya Kenderaan tersebut telah ditarik oleh Bank Pembiaya sebelum sempat diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya.

3.TANGGUNGJAWAB PEMBELI

3.1Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang

berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut

daripada Penjual.

3.2Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya Kenderaan tersebut

terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang mulai dari tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual. 3.3Penjual tidak akan bertanggung jawab terhadap apa apa penyusutan nilai dan kerosakan selepas daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual.

4.TANGGUNGJAWAB PENJUAL

4.1Penjual adalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan

yang melibatkan Kenderaan tersebut sekiranya perlu.

4.2Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang dengan Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan keizinan pertukaran hakmilik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakilnya.

5.HAK PENJUAL

5.1Penjual berhak untuk membatalkan Perjanjian ini sekiranya didapati Pembeli memudaratkan status Penjual sebagai pemunya berdaftar Kenderaan tersebut.

5.2Pejual berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pembeli sekiranya hutang kenderaan berkenaan gagal diselesaikan oleh pihak pembeli dari tempoh satu (1) bulan daripada tarikh penyerahan dan pengambil alihan kenderaan berkenaan.

7.KLAUSA PENTING

Sekiranya Pembeli gagal untuk membayar bayaran bulanan selama satu (1) bulan berturut-turut dan/atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagal untuk menyerahkan kembali Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha dilakukan oleh Penjual untuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui kegagalan maka satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan tersebut.

8.MASA

Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.

9.PENGETAHUAN DAN/ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP

Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkara-perkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih berhak untuk menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

10.NOTIS BERTULIS

Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syarat-syarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila:

(a)Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang

dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira

(samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah

di dalam keadaan biasa;

(b) Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan tangan kepada pihak itu. 11.Lampiran ini disertakan bersama:- 11.1Salinan kad pengenalan penjual11.2Salinan kad pengenalan pembeli

11.3Perakuan pendaftaran kenderaanSEBAGAI MEMPERSETUJUI PERJANJIAN INI kedua-dua pihak telah menurunkan Tandatangan mereka ( setelah difahamkan isi kandungan surat perjanjian ini ) pada tarikh

yang mula-mula disebut di atas.

DITANDATANGAN oleh PENJUAL DITANDATANGAN oleh PEMBELI

Yang tersebut di atas

Yang tersebut di atas

.......................................................................................................................................

Nama :.......................................................Nama :.......................................................

No.KP:........................................................No.KP:........................................................

TANDATANGAN SAKSI I

TANDATANGAN SAKSI II

....................................................................................................................................

Nama :.......................................................Nama:.......................................................

No.KP:........................................................No.KP:........................................................

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO