perisian pembelajaran berbantukan komputer … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran...

21

Upload: truongbao

Post on 12-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium
Page 2: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium
Page 3: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM

SATU TAJUK KECIL MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

(SISTEM PENCERNAAN MANUSIA)

NORHAFIZAH BINTI SAPUAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti teknologi Malaysia

OKTOBER 2003

Page 4: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium
Page 5: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

iii

DEDIKASI

Khas buat emakku, Noriah binti Haron, bapaku, Sapuan bin Markom, adik-adikku,

Abdul Halim dan Abdul Hafiz, dan semua sahabat-sahabatku sekalian. Terima kasih

kuucapkan atas sokongan, dorongan dan bantuan yang kalian berikan.

Page 6: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas dirakamkan pertamanya buat

penyelia tesis, Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed atas segala bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang menyiapkan tesis ini.

Penghargaan ini juga ditujukan buat semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan perisian ini. Segala jasa

kalian tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Page 7: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

v

ABSTRAK

Pembinaan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) penting pada masa kini

dimana teknologi maklumat dan komunikasi telah mula diserapkan dalam bidang

pendidikan di negara ini. Kemunculan sekolah-sekolah bestari yang menggunakan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan lagi keperluan

terhadap PBK yang berunsur tempatan dan menepati kurikulum terkini. Atas dasar

ini pembangun membangunkan suatu perisian pembelajaran yang bertajuk “Sistem

Pencernaan Manusia” dalam subjek Biologi tingkatan 4. Perisian ini dibina sebagai

medium pembelajaran alternatif selain pembelajaran guru di dalam kelas. Perisian ini

membolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri.

Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium pengarangan dan

beberapa perisian sokongan lain contohnya Adobe Potoshop 7, Ulead GIF Animator

5 dan Sonic Foundry Sound Forge untuk menggabungkan unsur-unsur multimedia ke

dalamnya. Semoga perisian ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 8: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

vi

ABSTRACT

Developing Computer Assisted Learning (CAL) software is important today

where information and communication technology (ICT) is integrated into our

education system. Emergence of ‘bestari’ schools rising the needing of software that

are locally featured and based on latest curriculum. Based on this, developer

developed software entitled “Sistem Pencernaan Manusia” for Biology form 4. This

software is developed as an alternative learning medium other than in the classroom.

This software enable student to create and control their own learning process. Using

Macromedia Authorware 6.5 as an authoring tool and some other software such as

Adobe Photoshop 7, Ulead GIF Animator 5 and Sonic Foundry Sound Forge for

integrating multimedia elements in it. May this software are useful in learning and

teaching process.

Page 9: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

BAHAGIAN PERTAMA

BAB 1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Projek 5

1.3.1 Objektif Rekabentuk 5

1.4 Kepentingan Projek 6

1.5 Skop Dan Batasan 7

1.6 Definisi Istilah 8

1.6.1 Multimedia 8

1.6.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 8

1.6.3 Hipermedia 9

1.6.4 Perisian 9

Page 10: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

viii

1.6.5 Interaktif 10

BAHAGIAN KEDUA

BAB II SOROTAN PENULISAN 11

2.0 Pendahuluan 11

2.1 Penggunaan Sistem Komputer dalam

Pendidikan 12

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13

2.3 Aspek-aspek Penting dalam Pembelajaran

Berbantukan Komputer 15

2.4 Jenis-jenis PBK 17

2.4.1 Tutorial 18

2.4.2 Simulasi 18

2.4.3 Penyelesaian Masalah 19

2.4.4 Latih Tubi 19

2.4.5 Permainan 19

2.4.6 Penemuan 20

2.4.7 Eksperimen 20

2.4.8 Demonstrasi 21

2.4.9 Ensiklopedia 21

2.4.10 Rekreasi 21

2.5 Perisian Berbantukan Kompuer yang Berkesan 22

2.6 Masalah Dalam Pembelajaran Biologi 23

2.7 Kelebihan PBK 25

2.7.1 Tahap interaktif yang tinggi 25

2.7.2 Berdasarkan kebolehan pelajar 25

2.7.3 Pelajar mengawal sendiri

pembelajaran 26

2.7.4 Menarik 26

2.8 Teori Pembelajaran 27

2.8.1 Teori Behaviorisme 27

Page 11: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

ix

2.8.2 Teori Kognitif 28

2.8.3 Teori Konstruktivisme 29

2.9 Model-model Rekabentuk 31

2.9.1 Model Pendekatan Sistem

(Dick and Carey) 31

2.9.2 Model ADDIE 34

2.9.3 Model ASSURE 35

BAHAGIAN KETIGA

BAB III REKABENTUK PERISIAN 37

3.0 Pendahuluan 37

3.1 Perancangan Model Pembangunan Perisian 38

3.2 Model rujukan 40

3.2.1 Analisis 41

3.2.2 Rekabentuk 41

3.2.3 Pembangunan 41

3.2.4 Pelaksanaan 42

3.2.5 Penilaian 43

3.3 Teori Pembelajaran 43

3.3.1 Aplikasi Teori Behaviorisme Dalam

Rekabentuk Perisian 43

3.3.2 Aplikasi Teori Kognitif Dalam

Rekabentuk Perisian 44

3.3.3 Aplikasi Teori Konstruktivisme

Rekabentuk Perisian 45

3.4 Pemilihan Perkakasan Pembangunan 46

3.5 Pemilihan Medium Pengarangan 49

Page 12: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

x

BAHAGIAN KEEMPAT

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 51

4.0 Pendahuluan 51

4.1 Pakej Perisian 51

4.2 Kandungan Perisian 52

4.3 Komponen Perisian 59

4.3.1 Antaramuka 59

4.3.2 Interaktiviti 60

4.3.3 Teks 60

4.3.4 Grafik 60

4.3.5 Animasi 61

4.3.6 Audio 61

4.3.7 Video 62

4.4 Cara Penggunaan Perisian 62

BAHAGIAN KELIMA

BAB V PENUTUP 64

5.0 Pendahuluan 64

5.1 Ringkasan Kajian 64

5.2 Kebaikan Dan Kelemahan Perisian 66

5.2.1 Kebaikan Perisian 66

5.2.2 Kelemahan perisian 67

5.3 Masalah dan Kekangan 67

5.4 Cadangan 68

5.5 Kesimpulan 69

Page 13: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

xi

BAHAGIAN KEENAM

BIBLIOGRAFI 70

Page 14: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Fasa-fasa yang terdapat dalam model

ADDIE 40

4.1 Carta alir perisian 53

4.2 Paparan montaj perisian 54

4.3 Skrin memasukkan nama 54

4.4 Paparan Bantuan 55

4.5 Paparan Menu Utama 56

4.6 Antaramuka submenu organ sistem

pencernaan manusia 56

4.7 Paparan Pengenalan 57

4.8 Paparan ganjaran respon betul dalam

Latihan Sumatif 58

4.9 Paparan ganjaran respon salah dalam

Latihan Sumatif 58

Page 15: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedang berkembang dan sedang giat

diaplikasikan dalam semua bidang di negara ini. Ini termasuklah dalam bidang

pendidikan. Era teknologi maklumat di Malaysia adalah dirintis daripada projek Koridor

Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC). MSC ini telah diumumkan

secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad

semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995. Putrajaya pula merupakan

pusat pentadbiran kerajaan yang baru dimana akan dijadikan kerajaan elektronik atau e-

government satu masa nanti.

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, orang ramai perlu

menyedari hakikat perkembangan teknologi komunikasi serta kemunculan media baru

yang menuntut mereka mengejar ilmu moden dan canggih. Sehubungan itu, kerajaan

sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan teknologi dan komunikasi maklumat

(ICT) dari semasa ke semasa untuk rakyat selain memberi peringatan mengenai

kepentingan komputer sebagai sumber ilmu supaya menjadi masyarakat yang berilmu.

Page 16: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

Pada masa kini, kerajaan sedang giat berusaha untuk melaksanakan ICT dalam

bidang pendidikan. ICT kini harus dianggap sebagai satu senjata penting untuk sektor

pembelajaran di negara ini dengan membabitkan keseluruhan subjek pendidikan di

sekolah, bukan hanya dijadikan tumpuan bagi satu subjek pembelajaran sahaja. Menurut

Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah, berdasarkan keupayaan

teknologi itu, ICT seharusnya dianggap sebagai senjata penting untuk sektor pendidikan

khususnya dalam usaha perkongsian maklumat, kerjasama, perbincangan dan

sebagainya.

Sekolah bestari adalah merupakan salah satu aplikasi perdana Multimedia Super

Coridor (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk menyediakan

generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia baru teknologi. Kemunculan

sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan

guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Perisian

Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat. Guru

dan pelajar mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan sains dan teknologi amat giat

dan pesat. Corak pendidikan masa kini dipengaruhi oleh perkembangan ini dimana

teknologi moden harus diserap dan dieksploitasi dengan sepenuhnya dalam duinia

pendidikan. Negara Malaysia telah jauh ketinggalan dalam penggunaan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran berbanding Negara maju yang lain. Untuk

Page 17: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

meninggikan mutu pendidikan, corak pendidikan masa kini harus dipelbagaikan dengan

penggunaan multimedia. Corak pengajaran tradisional sudah tidak sesuai dalam dunia

yang moden kerana menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

membosankan dan kurang menarik. Pelajar tidak mendapat gambaran sebenar mengenai

sesuatu topic kerana tidak dapat rangsangan oleh semua deria.

Penggunaan alat Bantu mengajar yang sesuai dan menarik mampu merangsang

dan memotivasikan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun belum

terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran Biologi

berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa

pembelajaran Biologi akan lebih menarik, bermakna dan produktif melalui penggunaan

perisian multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat

menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan corak

pembelajaran baru yang kaya dengan input data yang membolehkan pelajar berinteraksi

dengan subjek yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat Bantu

mengajar yang lain seperti buku, pita video, pita audio dan lain-lain yang bersifat satu

hala atau unidirectional.

Namun begitu, pada masa kini perisian berunsurkan pendidikan yang berciri

tempatan dan menepati kehendak kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia masih berkurangan. Pembangunan perisian berbantukan komputer

yang berbentuk multimedia interaktif ini adalah antaranya bertujuan untuk memenuhi

keperluan kurikulum pendidikan masa kini seperti kurikulum sekolah bestari yang

banyak menggunakan media berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain

itu, penggunaan perisian PBK ini adalah untuk mengubah corak pengajaran dan

pembelajaran tradisional yang hanya menggunakan pendekatan yang stereotaip kepada

corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dimana berbagai-bagai

pendekatan dapat diaplikasikan dan lebih berpusatkan pelajar.

Menurut kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), menunjukkan kesanggupan

guru-guru untuk membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Ini merupakan

Page 18: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya perisian sebegini dalam pasaran.

Penggunaan multimedia merupakan satu alternatif kepada penggunaan buku. Perisian

yang dibangunkan berasaskan kepada ciri-ciri tempatan dan menepati kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Anjakan paradigma dalam bidang pendidikan negara yang

menjurus kepada penggunaan kelengkapan perkakasan dan perisian komputer serta

pencapaian maklumat tanpa sempadan telah membawa satu perubahan besar kepada

proses pengajaran dan pembelajaran yang mana tidak lagi berpusatkan guru semata-

mata. Dengan kepekaan dan keprihatinan pihak kerajaan dalam memajukan tahap

pendidikan, PBK dipercayai boleh memenuhi aspirasi negara dan rakyat yang mahukan

pendidikan berkualiti.

1.2 Pernyataan Masalah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional tidak mampu meningkatkan

kefahaman pelajar dan ingatan yang berkekalan. Para pelajar menghadapi masalah

dalam mata pelajaran sains kerana sukar untuk memahami sesuatu konsep sains yang

abstrak atau kurang menyedari fenomena sains yang sentiasa berlaku di persekitaran

mereka. Menurut Okey (1978), pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan

oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran,

penyusunan isi kandungan yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang tidak

memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik yang mana faktor-faktor ini akan

menyebabkan para pelajar kurang memahami konsep sebenar dalam mata pelajaran

sains.

Perisian Berbantukan Komputer merupakan salah satu kaedah yang berkesan

dalam penyampaian isi pelajaran disamping mempunyai ciri-ciri yang menarik dan

interaktif yang dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Koleksi perisian

Page 19: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

multimedia pendidikan yang berciri tempatan khususnya yang menggunakan bahasa

kebangsaan adalah sangat berkurangan. Projek ini adalah suatu usaha untuk

menghasilkan satu perisian PBK berciri tempatan dan mengikut kurikulum sekolah

kearah pengisian kekurangan perisian tempatan dan juga sebagai tambahan kepada

perisian-perisian tempatan yang telah sedia ada.

1.3 Objektif Projek

Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk satu perisian aplikasi

multimedia yang interaktif dan berciri tempatan dalam usaha meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini merangkumi tajuk kecil Sistem Pencernaan

Manusia yang berada di bawah tajuk Nutrisi dalam sukatan pelajaran terbaru Biologi

tingkatan 4 KBSM. Objektif Projek pembangunan perisian PBK ini secara umumnya

adalah untuk membantu pelajar lebih memahami topik sistem pencernaan dan membantu

guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Perisian ini membantu dalam

memahami konsep yang asbtrak dengan menyediakan grafik, animasi, audio, video dan

aktiviti yang menarik. Selain itu, pembangunan perisian adalah untuk mengaplikasikan

ilmu yang telah dipelajari ke dalam bentuk yang lebih konkrit dan memberi faedah.

1.3.1 Objektif Rekabentuk

Berpandukan kepada huraian sukatan mata pelajaran Biologi yang terbaru, antara

objektif bagi membina perisian ini adalah seperti berikut :

Page 20: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

i. Pelajar dapat memberikan definisi sistem pencernaan dengan betul.

ii. Pelajar dapat menyatakan organ-organ yang terlibat dalam sistem

pencernaan manusia dengan betul.

iii. Pelajar dapat menyusun urutan proses yang berlaku dalam sistem

pencernaan manusia dengan betul.

iv. Pelajar dapat menyatakan bahan-bahan yang diuraikan oleh pencernaan

manusia dengan tepat.

v. Pelajar dapat membezakan proses pencernaan yang berlaku dalam setiap

organ dengan betul.

1.4 Kepentingan Projek

Tujuan projek ini dibina adalah berdasarkan tanggapan bahawa sistem

pendidikan pada abad ke-21 akan mengalami revolusi yang ketara dibandingkan dengan

sistem yang sebelum ini. Ini juga adalah berikutan saranan kerajaan dimana

menggalakkan setiap sebuah rumah memiliki sebuah komputer. Tujuan kerajaan berbuat

demikian adalah untuk melahirkan negara yang berteknologi maklumat seterusnya

mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, dunia pendidikan juga

perlulah berkembang sejajar dengan fenomena ini. Dengan itu, para pendidik harus

bersedia untuk menuju kearah pendidikan alaf baru. Perisian yang dibina ini dijangka

dapat :

a) Meningkatkan pemahaman tentang konsep Biologi melalui konsep sedikit

demi sedikit yang digunakan.

Page 21: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER … filemembolehkan pelajar menguasai proses pembelajaran mengikut kemahuan sendiri. Macromedia Authorware 6.5 telah dipilih sebagai medium

b) Membolehkan pelajar mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman

mereka menguasai isi mata pelajaran semasa sesi penilaian formatif dan

sumatif.

c) Membolehkan pelajar mengulangi proses pembelajaran secara

berulangkali sehingga mereka benar-benar faham tentang konsep

tersebut.

1.5 Skop Dan Batasan

Perisian ini merangkumi subtajuk “Pencernaan Makanan” dibawah “Nutrisi”

yang terdapat dalam sukatan terbaru bagi mata pelajaran Biologi. Tajuk ini adalah

bertemakan “Menyiasat Fisiologi Kehidupan” berpandukan kurikulum yang terbaru. Isi

kandungan yang dirangkumi dalam perisian ini termasuklah :

Sistem Pencernaan Manusia yang meliputi organ-organ berikut :

a. Mulut

b. Esofagus

c. Perut

d. Usus

e. Hati