ekonomi gig & masa hadapan anak muda...ekonomi gig & masa hadapan anak muda |3 terengganu...

12

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan
Page 2: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan
Page 3: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Perkembangan era teknologi telah membawa kepada perubahan landskap ekonomi

secara drastik yang telah merancakkan perkembangan ekonomi gig khususnya di

negara kita. Kebiasaannya, apabila kita membicarakan perihal ekonomi gig,

perbincangan pasti akan tertumpu kepada landskap pekerjaan bagi golongan anak

muda dalam mendepani cabaran ekonomi kini.

Kemajuan teknologi dan percambahan telefon pintar pada hari ini telah mengubah

landskap komersial yang telah memberikan pembekal suatu kaedah yang baru untuk

menembusi pasaran (Sarah A. Donovan, David H. Bradley & Jon O. Shimabukuru,

2016).

Selain merupakan salah satu sumber baharu yang dapat menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara, ekonomi gig juga adalah merupakan alternatif yang

terbaik bagi memastikan anak muda khususnya dapat bertahan bagi mengharungi

badai ekonomi sama ada pada peringkat nasional mahupun global.

Ekonomi gig bukan sahaja menjadi pilihan anak-anak muda yang tidak mempunyai

pekerjaan sahaja, bahkan ramai juga yang memilih untuk berkecimpung di dalam

ekonomi gig untuk menjana pendapatan tambahan melalui perkhidmatan seperti yang

dijalankan oleh syarikat Foodpanda dan Grab. Selain itu, mereka turut dapat

menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menjana pendapatan sama ada secara

penuh atau separuh masa seperti pereka grafik, konsultan dan sebagainya.

Ekonomi Gig

Secara umumnya, ekonomi gig ini tidak mempunyai definisi yang khusus namun

terdapat beberapa pandangan dan definisi yang dapat memberi kefahaman dan

gambaran menyeluruh berkaitan ekonomi gig.

Menurut Arne L. Kalleberg dan Michael Dunn (2016), ekonomi gig adalah medium

bagi mempromosikan keusahawanan dan inovasi tanpa batasan dengan bentuk

perkhidmatan yang bersifat fleksibel, berautonomi, dan dapat memberi keseimbangan

hidup serta peluang bagi individu untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan

dan juga kepakaran yang mereka miliki untuk tujuan memenuhi permintaan

pelanggan.

Selain itu, sesetengah pekerjaan dalam ekonomi gig adalah bersifat jangka pendek

dan terdapat juga pekerja yang menggunakan ekonomi gig untuk mengetengahkan

bakat yang dimiliki. Perusahaan yang menghubungkan pekerja dengan pekerjaan

melalui laman sesawang dan aplikasi telefon adalah suatu perkembangan yang baru

(Hogan, Elka Torpey and Andrew, 2016).

Page 4: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Rajah 1 : Laporan mengenai perkembangan ekonomi gig di Malaysia (The Star Online, 6 April 2019)

Menurut kajian daripada Edison Research (2018), ekonomi gig adalah merupakan

pasaran tenaga kerja yang berkembang daripada gaya kerja yang tradisional iaitu

sepenuh masa terikat dengan waktu pejabat. Ekonomi gig dipacu oleh kemajuan

teknologi yang mengetengahkan kemampuan seseorang dengan menggunakan

komputer, telefon pintar, pelbagai aplikasi, serta pembayaran atas talian bagi

memenuhi permintaan pelanggan.

Antara faktor yang menarik minat anak muda khususnya untuk berkecimpung di dalam

ekonomi gig adalah ia bersifat anjal dari sudut masa bekerja iaitu tidak terikat seperti

waktu pejabat. Selain itu, ekonomi gig turut menjadi pilihan terutama bagi golongan

celik teknologi (tech-savvy) kerana dapat menjana pendapatan melalui saluran yang

mereka gemari berdasarkan kemahiran yang mereka miliki.

Kajian daripada Ai Group (2016) mendapati bahawa, model pekerjaan yang bercirikan

keusahawanan dan pengusahaan yang bersifat fleksibel dari sudut waktu bekerja

semakin mendapat permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan anak muda.

Tambahan lagi, mereka yang terlibat dengan ekonomi gig dapat melaksanakan

pekerjaan mengikut keselesaan mereka tanpa perlu mengikut arahan majikan dan

dapat melaksanakan pekerjaan di mana sahaja selagi mana terdapat capaian jalur

lebar. Antara kelebihan lain adalah mereka yang berkecimpung di dalam ekonomi gig

turut dapat meluangkan masa lebih banyak bersama keluarga kerana ada dalam

kalangan mereka yang hanya bekerja dari rumah untuk menjana pendapatan.

Dapat dirumuskan bahawa, ekonomi gig adalah merupakan pasaran buruh yang

bercirikan kontrak jangka pendek atau kerja bebas sama ada sepenuh masa atau

sambilan yang bersifat fleksibel dari segi masa dengan dipacu oleh platform teknologi

digital bagi memenuhi kehendak pasaran.

Page 5: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan anak muda yang tidak

mahu terikat dengan karenah majikan, suasana kerja yang statik serta terikat dengan

masa bekerja seperti waktu pejabat (office hour).

Pandemik COVID-19 dan Kesan Terhadap Perkembangan

Ekonomi Gig

Rajah 2 : Berita mengenai pasaran pekerjaan dijangka terjejas pada tahun 2020 (Berita Harian Online,

3 April 2020)

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

menyatakan bahawa, pasaran pekerjaan dijangka lemah tahun 2020 berikutan

penularan pandemik COVID-19, dan menurut beliau, kadar pengangguran dijangka

akan meningkat daripada 3.7 peratus kepada 4.0 peratus.

Bagi memastikan graduan lepasan universiti dan anak muda khususnya tidak

terperangkap di dalam pengangguran dalam jangka masa yang lama, saranan

daripada semua pihak perlulah dipergiat untuk memastikan anak-anak muda

berkecimpung di dalam ekonomi gig untuk menjana pendapatan.

Umum mengetahui, pada masa beberapa sektor ekonomi negara lumpuh akibat

pendemik COVID-19 yang mengganas, antara saranan daripada pihak kerajaan bagi

terus menghidupkan ekonomi negara adalah dengan merancakkan ekonomi digital.

Mereka yang terlibat dengan ekonomi gig ini masih boleh menjana pendapatan

terutama apabila tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah diumumkan

oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin yang

telah bermula pada1 April 2020. Keadaan ini secara tidak langsung telah melonjakkan

peningkatan perkhidmatan penghantar disebabkan permintaan yang tinggi daripada

rakyat.

Page 6: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Menurut Ketua Logistik Foodpanda Malaysia, Shubham Saran, jumlah penghantar

syarikat itu telah meningkat sebanyak 7.5 peratus dan permohonan sebagai

penghantar meningkat sebanyak 37 peratus. Ini adalah disebabkan permintaan yang

tinggi daripada rakyat sepanjang perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dan

saranan kerajaan adalah untuk menggunakan khidmat penghantaran untuk

memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Rajah 3 : Berita mengenai jangkaan kemelesetan ekonomi pada tahun 2020 daripada Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) (Berita Harian Online, 24 Mac 2020)

Disamping itu, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pandemik COVID-19

yang telah membadai dunia akan mencetuskan kemelesetan ekonomi global pada

tahun ini. Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva menyatakan prospek

pertumbuhan adalah negatif dan pertumbuhan ekonomi global dijangka akan kembali

pulih menjelang tahun 2021.

Keadaan ini akan menyebabkan ramai dalam kalangan anak muda khususnya

mengambil peluang untuk menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau

sampingan melalui platfom ekonomi gig sebagai persediaan bagi menghadapi

kemelesetan ekonomi yang dijangka akan berlaku selepas pasca COVID-19 berakhir.

Ini membuktikan bahawa platform digital dan ekonomi gig yang sedang berkembang

di negara kita sangat penting dan menjadi keperluan utama bukan sahaja untuk

memenuhi permintaan pelanggan sahaja, bahkan sangat penting terutama jika

berlaku keadaan-keadaan luar jangka seperti arahan kawalan pergerakan seperti ini.

Ekonomi Gig dan Pengangguran Anak Muda

Pengangguran dalam kalangan anak muda adalah merupakan isu global dan bukan

hanya berlaku di Malaysia. Anak muda adalah merupakan antara golongan yang

paling terjejas apabila berlaku kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi global

disebabkan kerana kekurangan kemahiran dan pengalaman terutama dalam sektor

tenaga mahir.

Page 7: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Menurut Ketua Perangkaan Malaysia,

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin,

sebanyak 3.2 peratus kadar

pengangguran di Malaysia iaitu

seramai 510,000 orang setakat 31

Disember 2019. Jumlah ini adalah

termasuk mereka yang masih belajar,

dan tidak menawarkan diri untuk

bekerja, menjadi suri rumah dan yang

telah bersara. Namun begitu, menurut

statistik utama tenaga buruh di

Malaysia pada Januari 2020, kadar

pengangguran turun kepada 3.2

peratus berbanding 3.3 peratus pada

Disember 2019. Keadaan ini dijangka

meningkat disebabkan pandemik

COVID-19 yang telah melanda negara

dan telah mengakibatkan ramai pekerja

diberhentikan.

Tambahan lagi, data daripada Bank Negara, daripada tahun 2010 hingga 2017, lebih

daripada 170,000 graduan yang memasuki bidang pekerjaan dan hanya 98 ribu

graduan yang berjaya memasuki bidang tenaga mahir dan selebihnya terpaksa

bekerja didalam bidang yang lebih rendah berbanding kelayakan dan juga

menganggur.

Rajah 5 : Statistik kadar pengangguran dalam kalangan anak muda dari tahun

2007-2017 (World Bank: 2018)

Rajah 4 : Kadar Pengangguran di Malaysia pada

Januari 2020 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 13 Mac

2020)

Page 8: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Statistik menunjukkan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan anak muda

adalah 3 kali lebih tinggi berbanding dalam kalangan dewasa. Demi kelangsungan

hidup, penglibatan di dalam ekonomi gig dilihat sebagai salah satu jalan keluar bagi

anak muda khususnya untuk menjana pendapatan daripada terus dibelenggu

pengangguran kerana kesukaran mendapatkan tempat dalam sektor pekerjaan awam

dan swasta.

Selain itu, timbul juga permasalahan berkaitan “underemployment” iaitu terpaksa

memilih untuk bekerja di dalam sektor pekerjaan yang berkemahiran sederhana dan

rendah yang mana tidak selari bahkan lebih rendah berbanding kelayakan yang

dimiliki.

Keadaan ini adalah merupakan permasalahan yang kritikal dan memerlukan kepada

perubahan di dalam dasar-dasar negara yang dapat mewujudkan lebih banyak

peluang pekerjaan, serta penekanan kepada dasar pendidikan yang dapat

mengembangkan kemahiran dan program yang memenuhi keperluan pasaran

(Sabina Lacmanović, Sanja Blažević Burić & Lela Tijanić, 2016).

Oleh kerana isu pengangguran sentiasa membelenggu anak-anak muda, model

ekonomi gig dilihat dapat memberikan nafas baru kepada mereka untuk bekerja dan

menjana pendapatan.

Menurut Sundararajan (2016), dahulu apabila kadar pengangguran tinggi, maka ramai

yang memenuhi sektor pekerjaan seperti bidang pertanian dan perkilangan. Namun

kini dengan perkembangan teknologi, mereka hanya bekerja menggunakan telefon

pintar berbanding memenuhi sektor pertanian dan perkilangan.

Peranan Kerajaan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Gig

Platform ekonomi digital adalah teras utama yang diberikan perhatian khusus oleh

kerajaan sebagaimana yang diumumkan di dalam Belanjawan Malaysia 2020 yang

telah diletakkan sebagai teras pertama iaitu memaju pertumbuhan ekonomi dalam

ekonomi baharu dan era digital. Ini telah menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi

gig telah dipandang serius oleh pihak kerajaan bagi memastikan ia dimanfaatkan oleh

rakyat di negara ini khususnya dalam kalangan anak muda.

Page 9: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Rajah 6 : Laporan mengenai intipati Belanjawan 2020 berkaitan ekonomi digital (Bernama Radio, 12

Oktober 2019)

Ini adalah merupakan suatu gambaran bahawa Malaysia menuju ke arah

memperkasa ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan

ekonomi negara secara tidak langsung akan mengembangkan ekonomi gig di negara

ini.

Pada 12 Oktober 2019, Mantan Perdana Menteri yang ke-7, Tun Dr. Mahathir

Mohamad telah mengumumkan dalam sidang parlimen untuk menjadikan ekonomi gig

sebahagian daripada Rancangan Malaysia yang ke-12 (RMK12). Ini menunjukkan

keseriusan Kerajaan dalam menyambut baik ekonomi gig yang kian berkembang

pesat di negara ini sebagai salah satu daripada medium untuk memastikan rakyat

Malaysia khususnya anak muda dapat menjana pendapatan.

Peningkatan pesat ekonomi gig yang menggunakan tenaga kerja yang berteraskan

teknologi digital, telah memacu kepada perdebatan yang sengit tentang implikasi

terhadap ekonomi dan polisi awam. Satu pendapat berpandangan bahawa ekonomi

gig telah melahirkan produktiviti dan fleksibliti kepada pekerja. Pandangan yang lain

pula menyatakan ekonomi gig yang berkembang ini mencerminkan ekploitasi

Page 10: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

terhadap pekerja (Cyrille Schwellnus, Assaf Geva, Mathilde Pak and Rafael Veiel,

2019).

Arne L. Kalleberg dan Michael Dunn (2016) turut menyatakan bahawa, adalah sangat

penting bagi sesebuah syarikat yang beroperasi di dalam ekonomi gig untuk

menyediakan insuran kesihatan, skim persaraan dan tidak mengikat pekerja dengan

waktu bekerja yang lama serta tidak mengekploitasi pekerja.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan seperti itu terjadi, pihak Kerajaan telah

mengumumkan untuk menjalankan suatu kajian yang terperinci berhubung takrifan

perundangan dalam ekonomi gig selaras dengan revolusi industri 4.0. Ini adalah

bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang terlibat dengan ekonomi gig

disamping mengadakan peraturan untuk melindungi hak pekerja bagi memastikan

sebarang penindasan dan eksploitasi dapat dibanteras.

Penutup

Perkembangan teknologi digital telah membantu untuk merancakkan ekonomi gig

sama ada di peringkat global mahupun nasional. Berdasarkan data Bank Dunia,

penyertaan Malaysia dalam ekonomi gig dijangka berkembang pesat tahun demi

tahun. Ini adalah kerana kekurangan permintaan daripada sektor pekerjaan tradisional

sama ada kerajaan mahupun swasta akan melonjakkan jumlah penyertaan di dalam

ekonomi gig.

Sudah tiba masanya anak-anak muda termasuklah para graduan universiti, untuk

mengembangkan kemahiran yang dimiliki agar dapat menjana pendapatan tanpa

perlu berada di dalam tempoh pengangguran disebabkan menunggu peluang-peluang

pekerjaan daripada sektor pekerjaan yang sedia ada.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan perlu sentiasa meneliti dan memastikan

kebajikan rakyat yang terlibat dengan ekonomi gig dapat dikawal selia dengan baik

dan dapat memulihkan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dalam model

ekonomi gig dari masa ke masa. Ini sekaligus dapat menarik minat lebih ramai lagi

rakyat khususnya anak muda untuk berkecimpung di dalam ekonomi gig dalam masa

yang sama menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Page 11: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan

Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Ai Group.(2016). The Emergence of The Gig Economy . 5.

Arne L. Kalleberg & Michael Dunn. (2016). Good Job, Bad Job In Gig Economy. (Perspectives On

Work). 10

Arun Sundararajan.(2016). The Sharing Economy: The End of Employment and The Rise of Crowd-

Based Capitalism.

Cyrille Schwellnus, Assaf Geva, Mathilde Pak and Rafael Veiel. (2019). Gig Economy Platforms: Boon

or Bane? Economics Department Working Papers, 5.

Hogan, Elka Torpey and Andrew. (2016). Working in a gig economy.

Joshua Healy, D. N. (2017). Should We Take The Gig Economy Seriously? 17.

Edison Research Poll.(2018). The Gig Economy.

Sabina Lacmanović, Sanja Blažević Burić & Lela Tijanić. (2016). (The Socio-economic Costs of

Underemployment).

Sarah A. Donovan, David H. Bradley & Jon O. Shimabukuru. (2016). (What Does the Gig Economy

Mean for Workers?) 1.

Page 12: Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda...Ekonomi Gig & Masa Hadapan Anak Muda |3 Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) Konsep pekerjaan sebegini dilihat lebih memenuhi kemahuan