perincian penilaian dan kerja kursus kob3201 … · daripada salah satu akhbar harian tempatan (d...

3
PERINCIAN PENILAIAN DAN KERJA KURSUS KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA PROGRAM BACELOR PJJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER 1 SESSI 2011/2012 Penilaian kursus ini merangkumi: 1. Kerja Kursus: 60% a. TUGASAN 1: 20% b. TUGASAN 2: 20% c. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN: 20% 2. Peperiksaan Akhir: 40% ARAHAN KERJA KURSUS: 1. TUGASAN 1 (individu): 20% Setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan 7 berita utama (muka depan akhbar) dalam masa 7 hari (bermula di antara tarikh 20 Jun hingga 31 Julai 2011) berturut-turut daripada salah satu akhbar harian tempatan (dalam BM@ BI). Setiap berita yang dikumpul hendaklah dianalisis berdasarkan kepada perkara berikut: a. Nyatakan: - Sumber berita (nama akhbar, muka surat, dan tarikh), - Jenis berita (ekonomi, sosial, @ politik), - dan Isu atau tema utama laporan berita b. Analisis: - Potensi fungsi laporan berita tersebut (sama ada sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung, @ penghibur) - Berikan huraian dan sokong setiap hujah anda bagi setiap fungsi yang dinyatakan - Ulasan dan pandangan anda terhadap berita tersebut (kesahan maklumat, kepercayaan/keyakinan anda, kesan langsung dan tidak langsung, sebab akibat yang mungkin terjadi akibat laporan berita tersebut, pengajaran, cadangan, dan lain-lain perkara yang difikirkan munasabah) Setiap analisis bagi setiap berita perlu dilakukan secara berasingan dan hendaklah ditaip dengan fon jenis Arial atau Times Roman bersaiz 12 poin secara langkau dua baris. Panjang setiap berita yang dianalisis tidak melebihi 3 muka surat (tidak termasuk salinan/ berita sebenar yang ditampal).

Upload: vuongnhi

Post on 17-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERINCIAN PENILAIAN DAN KERJA KURSUS KOB3201 … · daripada salah satu akhbar harian tempatan (d alam BM@ BI). Setiap berita yang ... Tarikh penghantaran tugasan 2 sebelum @ pada

PERINCIAN PENILAIAN DAN KERJA KURSUS KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSAPROGRAM BACELOR PJJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER 1 SESSI 2011/2012

Penilaian kursus ini merangkumi:

1. Kerja Kursus: 60%a. TUGASAN 1: 20%b. TUGASAN 2: 20%c. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN: 20%

2. Peperiksaan Akhir: 40%

ARAHAN KERJA KURSUS:

1. TUGASAN 1 (individu): 20%

Setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan 7 berita utama (muka depan akhbar) dalammasa 7 hari (bermula di antara tarikh 20 Jun hingga 31 Julai 2011) berturut-turutdaripada salah satu akhbar harian tempatan (dalam BM@ BI). Setiap berita yangdikumpul hendaklah dianalisis berdasarkan kepada perkara berikut:

a. Nyatakan:- Sumber berita (nama akhbar, muka surat, dan tarikh),- Jenis berita (ekonomi, sosial, @ politik),- dan Isu atau tema utama laporan berita

b. Analisis:- Potensi fungsi laporan berita tersebut (sama ada sebagai pemerhati,

pentafsir, penghubung, @ penghibur)- Berikan huraian dan sokong setiap hujah anda bagi setiap fungsi yang

dinyatakan- Ulasan dan pandangan anda terhadap berita tersebut (kesahan

maklumat, kepercayaan/keyakinan anda, kesan langsung dan tidaklangsung, sebab akibat yang mungkin terjadi akibat laporan beritatersebut, pengajaran, cadangan, dan lain-lain perkara yang difikirkanmunasabah)

Setiap analisis bagi setiap berita perlu dilakukan secara berasingan dan hendaklah ditaipdengan fon jenis Arial atau Times Roman bersaiz 12 poin secara langkau dua baris.Panjang setiap berita yang dianalisis tidak melebihi 3 muka surat (tidak termasuksalinan/ berita sebenar yang ditampal).

Page 2: PERINCIAN PENILAIAN DAN KERJA KURSUS KOB3201 … · daripada salah satu akhbar harian tempatan (d alam BM@ BI). Setiap berita yang ... Tarikh penghantaran tugasan 2 sebelum @ pada

Pada bahagian pengenalan (sebelum menulis laporan analisis berita yang dikumpulkan)anda hendaklah menerangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang tugasan andadan akhbar yang dipilih (tidak lebih dari 2 muka surat). Pada bahagian akhir laporanpula, hendaklah dirumuskan hasil analisis kesemua tujuh berita tersebut (tidak lebih dari3 muka surat).

Tugasan ini tidak memerlukan anda membuat rujukan secara komprehensif daripadasumber lain selain akhbar yang dipilih. Walau bagaimanapun anda boleh membuatrujukan dari sumber-sumber lain yang dirasakan berkaitan dengan tajuk atau isu beritayang dianalisis untuk menyokong huraian, pandangan atau ulasan peribadi anda.

Tarikh hantar tugasan 1 adalah sebelum atau pada 10 Ogos (ke pusat pembelajaran).

2. TUGASAN 2 (Individu): 20%

Setiap pelajar dikehendaki membuat catatan tentang aktiviti menonton televisyen dalammasa 7 hari (bermula 1 Ogos hingga 15 September 2011). Setiap program yang dipilihhendaklah berbeza dan mengambil masa siaran sekurang-kurangnya 30 minit. Formatcatatan bagi setiap program adalah berdasarkan kepada jadual berikut:

a. Nama Program:Saluran:Tarikh:Jenis Program:Waktu Siaran:Waktu anda mula dan tamat menonton:

b. Ulasan/analisis:- sebab anda memilih program tersebut- Ringkasan/sinopsis kandungan program- pengajaran yang didapati daripada program- cadangan dan pandangan tentang program – kaitkan dengan apa-apaaspek yang telah anda pelajari dari subjek/kursus ini secara khusus.

Format laporan adalah sama dengan tugasan 1.

Tarikh penghantaran tugasan 2 sebelum @ pada 20 September 2011 (ke pusatpembelajaran).

Page 3: PERINCIAN PENILAIAN DAN KERJA KURSUS KOB3201 … · daripada salah satu akhbar harian tempatan (d alam BM@ BI). Setiap berita yang ... Tarikh penghantaran tugasan 2 sebelum @ pada

3. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN: 20% (1 jam)

Format soalan: Objektif (60 soalan wajib jawab semua)Kandungan: Unit 1 hingga 4

4. PEPERIKSAAN AKHIR: 40% (2 jam)

Format soalan: Objektif = 30 soalan (wajib jawab semua)*Subjektif = 10 soalan (wajib jawab semua)*essei = 5 soalan (jawab 2 sahaja)

Kandungan: Unit 5 hingga 9

*Tertakluk kepada jumlah pelajar mendaftar kursus ini

Disediakan oleh:Pn WAN ANITA WAN ABASJabatan KomunikasiFakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

©wawa