panduan penghantaran borang jpph

Download Panduan Penghantaran Borang JPPH

Post on 02-Jan-2017

221 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

    1.0 PENDAHULUAN

    Panduan ini dikeluarkan untuk membantu proses pengumpulan data baki awal aset tak alih (Bangunan dan Tanah).

    2.0 OBJEKTIF

    JPPH telah menetapkan beberapa keperluan maklumat untuk membantu penilaian aset tak alih di mana kos sejarah tidak dapat diperolehi bagi menentukan baki awal. Oleh yang demikian, panduan ini disediakan untuk memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.

    3.0 SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    Jadual 1: Senarai Dokumen

    3.1 Senarai Tanah yang tidak mempunyai kos (JPPH 1) merupakan senarai tanah di

    setiap PTJ yang tidak mempunyai maklumat kos perolehan bagi tujuan penentuan baki awal perakaunan akruan. Maklumat hendaklah dikumpulkan oleh Kumpulan Kerja (KK) Perakaunan Akruan di peringkat Kementerian sebelum dikemukakan kepada JPPH. Senarai ini akan digunakan oleh JPPH sebagai control list apabila maklumat 3.2 hingga 3.5 seperti Jadual 1 di hantar. Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 1.

    3.2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) merupakan lakaran ringkas atas kertas graf

    yang menyediakan butiran seperti ukuran ruang, bukaan dan dimensi aras. Penyediaan lukisan terukur bagi setiap aras dalam setiap bangunan diperlukan untuk penilaian JPPH. Dimensi bagi Lukisan Terukur (pelan lantai) hendaklah di dalam ukuran meter persegi (m2). Lukisan boleh dilakar menggunakan pen felt tip di atas kertas graf. Sila rujuk kepada Panduan Lukisan Terukur Pelan Lantai yang akan memberikan panduan kepada tatacara melukis pelan lantai.

    3.3 Salinan Geran Tanah bagi lukisan terukur diperlukan untuk tujuan penilaian yang lebih

    jitu. Sekiranya geran tanah tidak dapat disediakan, maklumat seperti Alamat, Daerah, Mukim, No Lot/PT dan Luas (m2) hendaklah disertakan di dalam Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH.

    No. Jenis Dokumen

    3.1 Senarai tanah yang tidak mempunyai kos perolehan (JPPH 1) 3.2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) 3.3 Salinan geran tanah 3.4 Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH (hardcopy & softcopy) 3.5 Surat Permohonan Penilaian JPPH menggunakan letterhead Kementerian

  • 2

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

    3.0 SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (sambungan)

    3.4 Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH merupakan borang pengisian maklumat asas aset tak alih yang memerlukan penilaian JPPH. Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 2.

    3.5 Surat Permohonan Penilaian JPPH merupakan surat yang akan disertakan sebagai

    cover letter bagi setiap permohonan penilaian yang dibuat kepada JPPH. Surat tersebut hendaklah mengandungi maklumat penting seperti Alamat Premis, Maklumat Bangunan dan Maklumat tanah. Surat ini disediakan dengan menggunakan Letterhead Kementerian dan ditandatangani oleh urusetia Kumpulan Kerja Kementerian bagi memudahkan pihak JPPH untuk berhubung sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah kepada permohonan penilaian . Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 3.

    4.0 PENGHANTARAN DOKUMEN KE JPPH

    4.1 Senarai Tanah yang tidak mempunyai kos hendaklah diemelkan kepada Pn. Veda

    Wayati bt Jumat di veda@jpph.gov.my dan En Mohammad Yunus Lokman di yunus@jpph.gov.my selewat-lewatnya pada 7 November 2013 oleh setiap KK Kementerian.

    4.2 Permohonan bagi penilaian aset tak alih kepada JPPH hanya boleh dilakukan setelah

    maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen dari 3.2 sehingga 3.5 seperti Jadual 1 adalah lengkap. Sekiranya maklumat asas yang diperlukan bagi penilaian tanah sudah sedia ada sebelum pelan lantai bangunan dilukis, permohonan bagi penilaian tanah boleh dikemukakan kepada JPPH terlebih dahulu.

    4.3 Penghantaran pemohonan penilaian kepada JPPH bagi sesebuah premis boleh

    dilakukan apabila maklumat pelan lantai sesebuah premis yang disediakan sekurang-kurangnya 50% lengkap. Bagi situasi ini, sila rujuk kepada lampiran 3 dan lampiran 3.1 untuk klausa yang perlu dimasukkan ke dalam surat permohonan penilaian JPPH (dokumen 3.5) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1.

    4.4 Penghantaran hendaklah didahulukan dengan surat permohonan seperti Lampiran 3 dan

    lukisan terukur hendaklah disusun mengikut turutan seperti di dalam Borang Penilaian JPPH (dokumen 3.4) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1.

    4.5 Salinan hardcopy dokumen-dokumen yang berkaitan penilaian (dokumen 3.2, 3.3, 3.4

    dan 3.5) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1 boleh dihantar ke Ibu Pejabat JPPH Putrajaya atau cawangan JPPH Negeri masing-masing. Bagi dokumen-dokumen hardcopy yang dihantarkan kepada cawangan JPPH Negeri, salinan Surat Permohonan Penilaian JPPH (dokumen 3.5) dan Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH (dokumen 3.4), pada masa yang sama, hendaklah dibuatkan salinan kepada pihak-pihak berikut:

    Ibu Pejabat JPPH di Putrajaya (Pn. Veda Wayati bt Jumat di veda@jpph.gov.my

    dan En Mohammad Yunus Lokman di yunus@jpph.gov.my) Pihak urusetia Kumpulan Kerja Kementerian bagi PTJ/agensi tersebut Pihak PwC bagi Kementerian/PTJ/Agensi perintis UPPD JANM

  • 3

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

    Lampiran 1 JPPH 1

    Senarai Aset Tanah & Bangunan Yang Tiada Maklumat Kos

    NEGERI: Kedah

    Kementerian: Kesihatan

    Jabatan:

    Bil

    Nombor Hakmilik

    Mukim/Bandar/Seksyen Daerah

    Luas Tanah/ ( hektar/mp)

    Kegunaan Tanah

    Catatan Nombor

    Lot

    1 123 Geran 4567 Padang China Kulim 50 hektar Hospital Daerah Kulim

    2 456 Geran 789 Sungai Petani Kuala Muda 85 hektar

    Hospital Daerah Sungai Petani

  • 4

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

    Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH Lampiran 2

    1. Kementerian Kementerian Kerja Raya 2. Jabatan Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat 3. Pegawai yang boleh dihubungi Muhammad Nazmi 4. No. Telefon Pegawai 03-26107505 5. Tarikh Kewangan Berakhir 31/12/2012

    Maklumat Tanah

    No. Alamat Bandar / Pekan / Mukim Daerah Negeri No. Lot No. Hak Milik

    Jenis tanah

    Luas Tanah (m)

    1 JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50580 KUALA LUMPUR.

    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,

    W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    KUALA LUMPUR

    Lot 75 Seksyen 60

    17 Julai 2009

    Komersil 28830

    Maklumat Bangunan JPPH

    No. JKR

    Nama Premis

    Kategori Aset - Kategori dan

    Klasifikasi

    Kelas Aset - Kategori

    Sub Kategori Keterangan Bangunan

    Bilangan Tingkat

    Luas Lantai Utama (LLU) (m)

    Luas Lantai

    Ansilari (LLA) (m)

    Luas Lantai Kasar (m)

    Tarikh Perolehan / Siap Dibina

    Nilai Pasaran Tanah

    Nilai Bangunan

    BLOK A (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    5 1,834 765 2,599 01/01/1993

    BLOK B (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    5 1,138 785 1,923 01/01/1993

    BLOK C (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    5 2,765 765 3,530 01/01/1993

    BLOK D (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    5 1,930 765 2,695 01/01/1993

    BLOK E (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    2 827 181 1,008 01/01/1993

    BLOK F (LAMA)

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

    18 22,411 22,411 01/01/1998

    KANTIN BLOK E

    Bangunan Bangunan Kerajaan

    Lain-Lain KANTIN 1 256 256 01/01/1993

    A B C = A + B

  • 5

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

    Lampiran 3 Surat Permohonan Penilaian JPPH

    Letterhead Kementerian

    No. Rujukan: Tarikh: Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Aras 7-9 Perbendaharaan 2 No. 7 Persiaran Perdana Presint 2 62592 W.P Putrajaya Tuan, PERMOHONAN PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TUJUAN PERAKAUNAN AKRUAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat dari Jabatan Akauntan Negara rujukan ANM/PPPA/710 JId.3 (31) bertarikh 4 Julai 2013 adalah berkaitan. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian sedang melaksanakan aktiviti pengumpulan data baki awal aset tanah dan bangunan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015. Bagi tujuan tersebut, bersama-sama ini disertakan pelan lantai dan geran/maklumat tanah bagi premis Kementerian khususnya:

    Alamat Maklumat Bangunan Maklumat Tanah Jabatan Kerja Raya Malaysia Ibu Pej

Recommended

View more >