penghantaran fail ukur oleh juruukur tanah …

23
Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN DALAM PERSEKITARAN eKADASTER Sr Looi Kam Seng SME Ukuran Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Tingkat 10, Seksyen Perundangan Kadaster, Wisma JUPEM Jalan Sultan Yahya Petra 50578 Kuala Lumpur (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Hari Inovasi INSTUN 2020) Abstrak Sistem eKadaster telah mula dilaksanakan semenjak tahun 2010 di tiga belas (13) buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tujuan penghantaran fail ukur yang telah diukur di lapangan terutamanya oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB), format rekod cerapan dalam bentuk fail JUPEM ASCII/16 ASCII dan JUPEM GNSS/CRM telah ditetapkan sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009 (KPUP 6/2009) perenggan 4.7 dan perenggan 4.10. Walau bagaimanapun, ianya tidak menggambarkan secara terperinci struktur dan folder fail rekod cerapan yang perlu diikuti dan dimuat naik secara atas talian bagi membolehkan penerimaan oleh aplikasi JUPEM2U dalam sistem eKadaster. Oleh yang demikian, penulisan ini akan menumpukan struktur dan 1

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN DALAM

PERSEKITARAN eKADASTER

Sr Looi Kam Seng

SME Ukuran Kadaster

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Tingkat 10, Seksyen Perundangan Kadaster, Wisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra

50578 Kuala Lumpur

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Hari Inovasi INSTUN 2020)

Abstrak

Sistem eKadaster telah mula dilaksanakan semenjak tahun 2010 di tiga belas (13)

buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur/Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tujuan penghantaran fail

ukur yang telah diukur di lapangan terutamanya oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB),

format rekod cerapan dalam bentuk fail JUPEM ASCII/16 ASCII dan JUPEM

GNSS/CRM telah ditetapkan sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Ketua

Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009 (KPUP 6/2009) perenggan 4.7

dan perenggan 4.10. Walau bagaimanapun, ianya tidak menggambarkan secara

terperinci struktur dan folder fail rekod cerapan yang perlu diikuti dan dimuat naik

secara atas talian bagi membolehkan penerimaan oleh aplikasi JUPEM2U dalam

sistem eKadaster. Oleh yang demikian, penulisan ini akan menumpukan struktur dan

1

Page 2: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

folder fail asas yang perlu dipatuhi oleh JTB dalam memuat naik rekod cerapan ke

JUPEM2U untuk pemprosesan ukuran kadaster seterusnya.

Kata kunci : eKadaster, struktur, folder fail, rekod cerapan, JUPEM ASCII, JUPEM

GNSS, 16 ASCII, Global Navigation Satellites System, GNSS, Cadastral Reference

Mark, CRM, JUPEM2U

1. PENGENALAN

Sistem eKadaster yang dibangunkan pada tahun 2010 antara lain bertujuan untuk

memudahkan penawanan dan pemprosesan rekod cerapan di lapangan dan

sebagai pemacu ke arah perancangan pembangunan negara. Ukuran kadaster

telah mengalami perubahan dalam era kecanggihan teknologi dengan

penggunaan peralatan ukur seperti Total Station dan Global Navigation Satellite

System (GNSS) bagi menentukan kedudukan persempadanan dan tanda

kawalan. Perkembangan teknologi pengkomputeran dan IoT masa kini juga telah

mengubah kerja-kerja cerapan di lapangan, hitungan, semakan dan penyediaan

lukisan pelan kepada metodologi terkini. Kejayaan yang dicapai oleh Jabatan

Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam ukuran kadaster tidak menyekat

proses inovasi diteruskan. Kaedah pengukuran, integrasi teknologi terkini dan

perkhidmatan sentiasa mengalami perubahan untuk menjadi lebih efisien dan

memenuhi keperluan semasa.

Susulan dari pelaksanaan pengukuran dalam persekitaran eKadaster pada tahun

2010, semua rekod cerapan di lapangan harus dimuat naik secara atas talian ke

aplikasi JUPEM2U seperti Rajah 1 di bawah [1]. Rekod cerapan di lapangan

2

Page 3: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

harus distrukturkan mengikut format rekod cerapan dalam bentuk JUPEM ASCII

atau lebih dikenali dengan panggilan 16 ASCII dan JUPEM GNSS atau CRM

sebagaimana yang telah ditetapkan dalam KPUP 6/2009 perenggan 4.7 [2].

Contoh format rekod cerepan JUPEM ASCII/16 ASCII dan JUPEM GNSS/CRM

adalah seperti di Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah. JUPEM telah mengambil

pendekatan secara holistik dengan mewujudkan format pertukaran ini dalam

bentuk struktur ASCII yang bebas daripada sebarang penggunaan jenama

perisian dan jenis peralatan di pasaran. Rekod cerapan yang telah distrukturkan

ini kemudiannya perlu disusun mengikut folder fail yang telah ditetapkan dan

dimuat naik ke JUPEM2U. Sehubungan itu, penulisan ini akan menerangkan

struktur asas dan format folder fail yang terlibat mengikut kaedah-kaedah cerapan

di lapangan dalam persekitaran eKadaster yang harus dipatuhi.

Rajah 1: Aplikasi JUPEM2U

3

Page 4: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 2: JUPEM ASCII (16 ASCII)

Rajah 3: JUPEM GNSS/CRM

4

Page 5: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

2. KAEDAH PENAWANAN REKOD CERAPAN DI LAPANGAN

Sistem eKadaster hanya memerlukan penawanan rekod cerapan yang

distrukturkan dalam format yang telah ditetapkan tanpa bergantung kepada

jenama perisian dan jenis peralatan yang digunakan di lapangan. Oleh yang

demikian, output cerapan di lapangan hanya perlu disusun mengikut struktur 16

ASCII mahu pun CRM dan dimuat naik ke JUPEM2U dalam folder fail yang telah

ditetapkan oleh sistem. Kaedah-kaedah rekod cerapan di lapangan boleh

dikategorikan seperti berikut:

a. Cerapan bearing dan jarak sepenuhnya dengan penggunaan Total Station (16

ASCII).

b. Cerapan bearing dan jarak dengan penggunaan Total Station dan cerapan

GNSS (CRM) sebagai Datum.

i. 16 ASCII + CRM; dan

ii. Fail C + 16 ASCII

c. Penggunaan cerapan GNSS sepenuhnya.

i. 16 ASCII + CRM; dan

ii. Fail C + 16 ASCII

2.1. Cerapan bearing dan jarak sepenuhnya dengan penggunaan Total

Station (16 ASCII)

Kaedah cerapan ini merupakan pengukuran bearing dan jarak secara

konvensional dengan alat Total Station dan hanya perlu menyediakan

fail-fail 16 ASCII seperti Rajah 4 di bawah:

5

Page 6: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 4: Fail-fail 16 ASCII

Fail-fail 16 ASCII ini kemudianya disusun dalam folder fail yang telah

ditetapkan seperti Rajah 5 di bawah dan dizipkan untuk dimuat naik ke

JUPEM2U.

Rajah 5: Folder Fail 16 ASCII

6

Page 7: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Manakala sample folder fail bagi kaedah cerapan ini adalah seperti di

Rajah 6 di bawah.

Rajah 6: Sample Folder Fail 16 ASCII

2.2. Cerapan bearing dan jarak dengan penggunaan Total Station dan

cerapan GNSS (CRM) sebagai Datum

a. 16 ASCII + CRM

b. Fail C + 16 ASCII

Kaedah cerapan ini merupakan kombinasi pengukuran bearing dan

jarak secara konvensional dengan alat Total Station manakala

tanda-tanda CRM yang dicerap dengan alat GNSS digunakan sebagai

bearing permulaan atau penutup. Kaedah ini perlu menyediakan fail-fail

16 ASCII dan CRM seperti di Rajah 7 bagi kaedah Cerapan RTK dan

Rajah 8 bagi kaedah Cerapan Statik. Terdapat perbezaan fail CRM dari

segi keperluan fail RTGA_<NamaFail>.HTML bagi kaedah Cerapan

7

Page 8: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

RTK dan fail PVM_<NamaFail>.HTML pula untuk kaedah Cerapan

Statik. Manakala fail-fail <NamaFail>.POT, <NamaFail>.CRM dan

eVRSCal_<NamaFail>.HTML adalah keperluan wajib bagi kedua-dua

kaedah ini. Fail eVRSCal_<NamaFail>.HTML merupakan proses

kalibrasi alat GNSS yang mematuhi Pekeliling Ketua Pengarah Ukur

dan Pemetaan Bil. 1 Tahun 2008 (KPUP 1/2008) [3] di mana hasil

kalibrasi ini hendaklah dimuat naik ke dalam sistem eKadaster untuk

disimpan ke dalam pangkalan data sebagaimana yang telah digariskan

dalam perenggan 3 KPUP 6/2009.

Rajah 7: Fail-fail 16 ASCII dan CRM Bagi Cerapan RTK

8

Page 9: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 8: Fail-fail 16 ASCII dan CRM Bagi Cerapan Statik

Fail-fail ini kemudianya disusun dalam folder fail yang telah ditetapkan

seperti Rajah 9 di bawah dan dizipkan untuk dimuat naik ke JUPEM2U.

Penamaan sub-folder “A” pula boleh diberikan mengikut mana-mana

yang bersesuaian.

Rajah 9: Folder Fail 16 ASCII + CRM

9

Page 10: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Satu lagi kaedah penyusunan folder fail adalah dengan membuat dua

(2) kali penghantaran, iaitu penghantaran fail-fail CRM terlebih dahulu

dan kemudiannya diikuti dengan penghantaran fail-fail 16 ASCII.

Penghantaran rekod cerapan dengan kaedah ini akan mewujudkan dua

(2) fail kerja iaitu fail “PUBL<Negeri>C” untuk CRM dan fail

“PUBL<Negeri>” untuk 16 ASCII seperti Rajah 10 dan Rajah 11 di

bawah. Penamaan sub-folder “A” pula boleh diberikan mengikut

mana-mana yang besesuaian. Walau bagaimanapun, jika tanda-tanda

CRM dalam fail “PUBL<Negeri>C” ini hendak dijadikan sebagai “fixed

points” pelarasan, maka ianya haruslah terlebih dahulu melepasi

pemprosesan di aplikasi CRM Office JUPEM dan dikemas kini ke

dalam Lapisan CRM sebelum penghantaran 16 ASCII yang seterusnya

boleh dibuat.

Rajah 10: Folder Fail CRM PUBL<Negeri>C

10

Page 11: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 11: Folder Fail 16 ASCII PUBL<Negeri>

Manakala sample folder fail bagi kaedah cerapan ini adalah seperti di

Rajah 12A, Rajah 12B, Rajah 12C dan Rajah 13A, Rajah 13B serta

Rajah 13C di bawah.

Rajah 12A: Sample Folder Fail 16 ASCII + CRM

11

Page 12: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 12B: Sample Folder Fail 16 ASCII + CRM

Rajah 12C: Sample Folder Fail 16 ASCII + CRM

12

Page 13: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 13A: Folder Fail CRM PUBL<Negeri>C

Rajah 13B: Folder Fail CRM PUBL<Negeri>C

13

Page 14: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 13C: Folder Fail CRM PUBL<Negeri>C

Adalah disarankan supaya kaedah penghantaran Fail C + 16 ASCII

diguna pakai. Ini adalah kerana, sementara fail-fail CRM diproses di

aplikasi CRM Office JUPEM, fail-fail 16 ASCII hanya menunggu masa

untuk dimuat naik sejurus selepas tanda-tanda CRM itu dikemas kini ke

dalam Lapisan CRM. Ianya tidak akan menjejaskan fail-fail 16 ASCII

jika pemprosesan di CRM Office itu tergendala. Carta alir penghantaran

Fail C + 16 ASCII dan ringkasan folder failnya adalah seperti di Rajah

14 dan Rajah 15 di bawah.

14

Page 15: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 14: Carta Alir Penghantaran Fail C + 16 ASCII

Rajah 15: Ringkasan Folder Fail C + 16 ASCII

Namun begitu, kesilapan memasukkan kod yang betul bagi kaedah

Cerapan RTK dan kaedah Cerapan Statik bagi lajur “STN_Status”

15

Page 16: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

dalam fail <NamaFail>.POT sering berlaku menyebabkan sistem

eKadaster tidak dapat menerima penghantaran fail tersebut.

Sehubungan itu, kod “30” atau “31” untuk kaedah Cerapan RTK

sebagaimana Rajah 16 dan kod “20” untuk kaedah Cerapan Statik

sebagaimana Rajah 17 harus dipatuhi dan dimasukkan dengan betul.

Rajah 16: Kod “30” atau “31” untuk Cerapan RTK Lajur STN_Status POT

16

Page 17: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 17: Kod “20” untuk Cerapan Statik Lajur STN_Status POT

Contoh-contoh fail CRM adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

18, Rajah 19, Rajah 20, Rajah 21 dan Rajah 22 di bawah.

Rajah 18: Contoh Fail POT

17

Page 18: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 19: Contoh Fail CRM

Rajah 20: Contoh Fail RTGA

18

Page 19: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 21: Contoh Fail PVM

Rajah 22: Contoh Fail eVRSCal

19

Page 20: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

2.3. Penggunaan cerapan GNSS sepenuhnya.

a. 16 ASCII + CRM

b. Fail C + 16 ASCII

Kaedah penggunaan cerapan GNSS sepenuhnya pula hanya

melibatkan perubahan dalam lajur fail-fail 16 ASCII. Manakala folder fail

untuk dimuat naik ke JUPEM2U adalah sama seperti yang telah

diterangkan di perenggan 2.2 di atas. Folder fail boleh dibuat dengan

kaedah 16 ASCII + CRM mahu pun dengan kaedah Fail C + 16 ASCII.

Walau bagaimanapun, seperti yang telah diterangkan di atas,

penghantaran secara Fail C + 16 ASCII adalah disarankan.

Bagi perubahan lajur fail-fail 16 ASCII pula, lima (5) fail seperti dalam

Rajah 23, Rajah 24, Rajah 25, Rajah 26 dan Rajah 27 di bawah

adalah wajib dan harus mempunyai data. Walau bagaimanapun,

kesemua 16 ASCII harus juga disertakan dan sistem eKadaster akan

“held fixed” semua tanda-tanda CRM code “6” bagi tujuan pelarasan.

20

Page 21: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 23: Fail Wajib 16 ASCII Bagi Cerapan GNSS Sepenuhnya

Rajah 24: Contoh Fail FAH Cerapan GNSS Sepenuhnya

21

Page 22: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 25: Contoh Fail ACS Cerapan GNSS Sepenuhnya

Rajah 26: Contoh Fail TPS Cerapan GNSS Sepenuhnya

22

Page 23: PENGHANTARAN FAIL UKUR OLEH JURUUKUR TANAH …

Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen Dalam Persekitaran eKadaster

Rajah 27: Contoh Fail COO Cerapan GNSS Sepenuhnya

3. KESIMPULAN

Sistem eKadaster adalah merupakan suatu medium bagi memudahkan kutipan

rekod cerapan di lapangan, melicinkan penghantaran rekod cerapan dan

mengoptimumkan pemprosesan rekod cerapan. Disebabkan ianya merupakan

suatu medium yang menggunakan logik sistem yang telah ditetapkan, maka

kesemua proses yang terlibat haruslah mematuhi logik ini dari segi struktur dan

format yang digunakan. Penggunaan struktur fail yang betul bagi merekodkan

data-data cerapan di lapangan dan penggunaan format folder fail yang telah

ditetapkan oleh sistem merupakan proses awalan yang harus dipatuhi.

Penerangan serta contoh yang telah diberikan di atas dapat membantu dan boleh

dijadikan sebagai panduan dalam penyediaan folder fail rekod cerapan untuk

dimuat naik ke JUPEM2U bagi pemprosesan ukuran kadaster selanjutnya.

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada pegawai-pegawai JUPEM yang terlibat dan juga kepada pihak

kontraktor yang menjayakan pembangunan sistem eKadaster ini.

RUJUKAN

[1] Manual Pengguna Aplikasi eKadaster.

[2] Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 6 Tahun 2009.

[3] Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 1 Tahun 2008.

23