perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia ogos … ucapan kp kimia... · air (sampel swasta) –...

21
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS 2017 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 1 OGOS 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: letruc

Post on 25-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS 2017

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

1 OGOS 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Halmi bin

Ahmad

Pengarah Bahagian IKTD, juga

menjalankan tugas Timbalan Ketua

3

Pengarah (Operasi), Jabatan Kimia

Malaysia

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia, Salam Sehati

Sejiwa dan NegaraKu Malaysia...

4

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat

bagi bulan Ogos 2017 pada pagi yang

permai ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah serta warga kerja Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar kerana telah

mengatur dan menganjurkan Majlis

5

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan begitu baik sekali.

Warga Kimia yang saya kasihi sekalian,

[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2017]

3. Kita akan menyambut Hari

Kemerdekaan Negara tahun 2017

pada 31 Ogos ini. Penetapan

“Negaraku Sehati Sejiwa” sebagai

tema sambutan Hari Kebangsaan

pada tahun ini adalah bagi

menunjukkan bahawa betapa

6

pentingnya rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan agama saling

memahami dan hormat menghormati

serta bersatu padu untuk menentukan

masa depan negara agar lebih

gemilang, stabil dan aman damai.

4. Saya ingin menyarankan agar semua

warga Kimia untuk mengibarkan

bendera Jalur Gemilang kebanggaan

kita. Sayangilah Malaysia...

#NegaraKuMalaysia

7

Hadirin sekalian,

[PENGANUGERAHAN PINGAT]

5. Pingat Negeri Pulau Pinang:

Sukacita dimaklumkan Tuan Haji

Mohamed Zaini bin Abdul Rahman,

Pengarah JKMC Pulau Pinang telah

dikurniakan Bintang Cemerlang

Negeri (B.C.N.) sempena Hari Ulang

Tahun Yang Ke-79 Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri

Pulau Pinang. Istiadat pengurniaan

8

tersebut telah diadakan pada 25 Julai

2017 bertempat di Dewan Seri Pinang.

6. Pingat Negeri Selangor: Encik Mohd

Hanapiah bin Md Ghaus, Pemandu

Gred H11, Pejabat TKP (D) pula akan

menerima PINGAT JASA

KEBAKTIAN, P.J.K. yang akan

dianugerahkan pada 8 Ogos kelak.

7. Tahniah dan syabas buat tuan-tuan

yang dianugerahkan pingat-pingat

tersebut. Syabas!

9

[KENAIKAN PANGKAT]

8. Pengesahan Kenaikan Pangkat

Jawatan Pegawai Sains Gred C54

ke Gred Utama C:

Encik Ahmad Latfi bin Mahamud

(Pengarah JKMC Johor) mulai

25.04.2017

YBrs. Dr. Cornelia Charito Siricord

@ Faridatul Akmar (Pengarah Bhg.

Forensik) mulai 01.05.2017

9. Kenaikan Pangkat Jawatan

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred

W19 ke Gred W22 Secara TBK:

10

Puan Hashimah binti Abdul

Wahab (JKMC Kedah) mulai

29.03.2017

10. Pemangkuan Jawatan Pembantu

Tadbir (Kewangan) Gred W19 ke

Gred W22:

Puan Siti Norain binti Abd

Rahman (Bhg. Khidmat

Pengurusan) mulai 17.07.2017

(ditempatkan di PDRM, Bukit

Aman, Kuala Lumpur)

11. Tahniah dan syabas kepada semua.

Diharap dengan kenaikan pangkat ini

11

akan dapat meningkatkan semangat &

usaha dalam kerjaya masing-masing.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[MESYUARAT KETUA - KETUA

BAHAGIAN / CAWANGAN JABATAN

KIMIA MALAYSIA BIL. 2/2017]

12. Pada 17 hingga 19 Julai 2017 yang

lepas, Mesyuarat Ketua-ketua

Bahagian/Cawangan Jabatan Kimia

Kimia Malaysia Bil.2/2017 (HOD

12

Bil.2/2017) telah diadakan di Ibu

Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia.

13. Mesyuarat HOD kali ini memberi

tumpuan kepada aspek Pencapaian

Setengah Tahun Jabatan (sehingga

Jun 2017). Selain itu, turut

dibincangkan isu-isu teknikal bagi

semua bidang perkhidmatan

(Forensik, Kesihatan Alam Sekitar,

Industri dan Klasifikasi Tarif Dagangan

dan Penyelidikan Jaminan Kualiti)

serta isu-isu pengurusan dan

kewangan.

13

14. Antara perkara berbangkit yang

dibincangkan semasa mesyuarat

tersebut yang ingin saya tekankan di

sini adalah:

KIMIA telah dipilih oleh MOSTI

dibawah program penarafan

bintang SSR Do-It-Yourself, iaitu

penilaian oleh agensi induk ke atas

jabatan di bawah seliaannya

supaya berada pada tahap prestasi

yang baik. Pelaksanaan EKSA oleh

Ibu Pejabat adalah sejajar dengan

14

penglibatan KIMIA dalam program

penarafan bintang ini. Ia akan

diluaskan ke cawangan-cawangan

secara berperingkat selepas Ibu

Pejabat mendapat persijilan EKSA.

Semua kekosongan perjawatan

tidak akan diisi buat masa ini

atas arahan SPA/JPA. Semua

pihak perlu mengambil pendekatan

yang lebih proaktif bagi

melaksanakan perkhidmatan utama

KIMIA tanpa menjadikan kekangan

kakitangan sebagai alasan.

15

Keperluan adanya Pelan

Kesinambungan Perkhidmatan

(PKP atau BCM) adalah amat

penting dalam setiap Bahagian/

Cawangan bagi memastikan

perkhidmatan dapat diteruskan

semasa berlaku krisis/ bencana.

Mana-mana Makmal yang belum

mewujudkan BCM masing-masing,

perlu mengambil tindakan segera

dengan merujuk kepada BCM yang

telah disediakan.

16

Semua Pengarah perlu

memastikan setiap PT samada

dalaman/ antarabangsa yang

disertai, lulus. Mana-mana PT yang

gagal, perlu diambil tindakan

pembetulan segera.

Semua kakitangan yang telah

mendapat HLP hendaklah

menamatkan pengajian Master/

PhD. Semua Pengarah perlu

memantau kakitangan yang telah

kembali bertugas tetapi masih

belum menamatkan pengajian.

17

Semua Pengarah perlu membuat

semakan daftar pemilih bagi

kakitangan masing-masing. Semua

warga Kimia harus mendaftar

sebagai pemilih. Jalankan

tanggungjawab masing-masing

sebagai warganegara yang

bertanggungjawab.

Kawasan KIMIA adalah kawasan

larangan merokok. Dimaklumkan

seorang kakitangan telah disaman.

Semua warga Kimia diingatkan

supaya ianya tidak berlaku lagi.

18

Pegawai Integriti diminta

menurunkan tanda tempat merokok

di Ibu Pejabat.

Pemendekan piagam:

Perkhidmatan yang dicadangkan

untuk dipendekkan kepada 30 hari

adalah:

Makanan (Kes-kes khas

KPDNKK) dll - 35 hari

Air (Sampel Swasta) – 40 hari

Air (Program Pusat Latihan

Khidmat Negara) – 40 hari

19

Alam Sekitar (Air tanah) – 40

hari

Alam Sekitar (Air Tasik) – 40

hari

Alam Sekitar (Sampel wet fall

out) – 50 hari

Pemarkahan SKT: Pemberian

markah haruslah realistik dengan

membuat perbandingan markah

tahun sebelumnya. Pemarkahan

hendaklah mengikut kadar

peratusan bilangan keseluruhan

20

staf. Bagi markah melebihi 90%

perlu disertakan dengan justifikasi.

(Penutup)

15. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan ‘Selamat

Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang

menyambut ulang tahun kelahiran

pada bulan Ogos ini serta Selamat

Menyambut Bulan Kemerdekaan

kepada semua warga Kimia.

21

Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.