perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... kes...

42
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2018 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 9 JANUARI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: dangtruc

Post on 09-Jun-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

9 JANUARI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Januari 2018 pada

pagi yang berbahagia ini, yang mana

ia juga merupakan perhimpunan

sulung kita pada tahun 2018 ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Pembangunan & Maklumat

Teknologi (PMT) & Pusat Latihan

Kimia Malaysia (PLKM) kerana

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

5

menyahut cabaran untuk menjadi

penganjur pertama majlis

perhimpunan pada tahun ini.

Walaupun bilangan pegawai dan

kakitangan kedua-dua bahagian ini

sedikit tetapi bak kata pepatah ‘kecil-

kecil cili api’. Alhamdulillah, semangat

dan usaha beginilah yang patut kita

contohi sempena azam baru, tahun

baru begini. Syabas kita ucapkan

kepada mereka.

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

6

Hadirin sekalian,

[UCAPAN TAHUN BARU]

3. Ketibaan tahun baru selalunya sangat

dinanti-nantikan dan akan

menyemarakkan berbagai emosi

seperti keriangan, harapan dan azam

baru. Tidak ketinggalan juga

kekhuatiran atau kebimbangan. Ini

adalah kerana tahun 2018 ini akan

membawa bersama berbagai cabaran

dan harapan untuk kita. Masih belum

terlambat untuk saya mengucapkan

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

7

Selamat Tahun Baru kepada semua

warga Kimia. Semoga setiap seorang

dari kita mempunyai azam dan tekad

serta semangat baru untuk tahun 2018

ini. Marilah kita melipat-gandakan

hasil dan bekerja bersungguh-

sungguh untuk meningkatkan KIMIA

Malaysia ke suatu tahap

kecemerlangan yang lebih unggul.

4. Saya juga ingin mengambil

kesempatan pagi ini untuk

merakamkan penghargaan dan

mengucapkan jutaan terima kasih

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

8

kepada semua warga KIMIA Malaysia

di Ibu Pejabat serta Cawangan di atas

sumbangan anda masing-masing

sepanjang tahun 2017 bagi

pencapaian prestasi dan kejayaan

Jabatan dan menjadikan tahun 2017

sungguh bermakna dalam sejarah

KIMIA Malaysia. Itu adalah secara

keseluruhan.

5. Namun, kita perlu tanya diri kita!

Secara peribadi, apakah yang telah

kita capai pada tahun lalu? Adakah

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

9

kerja dilakukan dengan penuh

komited? Adakah semua azam dan

datelines yang ditetapkan pada awal

tahun telah tercapai? Let us look

forward now! Tekadkan azam kita

semua untuk tahun ini dan susun

rancangan supaya ia menjadi

kenyataan. Bagi peringkat individu,

kita perlu terus bersikap positif dan

sedia bekerjasama dalam apa jua

keadaan. Bagi peringkat KIMIA

Malaysia pula, sebagai warganya kita

perlu sentiasa bersikap proaktif untuk

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

10

memastikan penambahbaikan

berterusan menjadi agenda utama

dalam memastikan perkhidmatan

analisis yang diberikan kepada

pelanggan sentiasa relevan dan

memenuhi kehendak mereka.

[PRESTASI 2017]

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

6. Seorang pujangga pernah berkata

“Study the past, if you would divine

the future”. Maksudnya, untuk maju

ke hadapan, kita perlu merenung

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

11

perkara yang lepas dengan

mempelajari daripada kelemahan-

kelemahan dan kejayaan. Dalam

konteks Kimia Malaysia, mari kita

soroti peristiwa tahun lalu untuk

dijadikan panduan bagi kita maju

kehadapan dengan lebih yakin dan

cemerlang berbekalkan nilai-nilai

utama seperti profesionalisme,

dedikasi, integriti, akauntabiliti,

ketelusan, produkttif, inovatif dan

komunikasi berkesan.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

12

7. Sistem Pengurusan Kualiti: Pada

tahun 2017, KIMIA Malaysia telah

menerima sijil penghargaan

Anugerah Akreditasi Kebangsaan

2016 dari YB Datuk Seri Panglima

Wilfred Madius Tangau dengan

akreditasi enam (6) sistem

pengurusan [ISO 17025, ISO 9001(2

sijil), ISMS, OHSAS 18001,

ASCLD/LAB – International]. Kesemua

sistem kualiti ini membolehkan kita

menunjukkan keupayaan secara

konsisten menyediakan perkhidmatan

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

13

yang memenuhi keperluan pelanggan

dan keperluan undang-undang

dengan kawal selia yang berkenaan.

8. Pengekalan persijilan bagi kesemua

sistem pengurusan ini dan ditambah

baik dengan akreditasi MS ISO/IEC

17025:2005 untuk perluasan skop

Forensik di Sibu pada 9-10 Oktober

2017 mencerminkan iltizam dan

kesungguhan bekerja kita yang

sebenar sebagai satu pasukan yang

bersedia untuk mencapai

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

14

kecemerlangan. Pengekalan persijilan

merupakan kemuncak rangka kerja

yang komprehensif sejajar dengan

keperluan piawaian yang melibatkan

audit dalaman dan audit pengawasan

yang dijadualkan, kajian semula

sistem pengurusan dan maklum balas

pelanggan.

9. MyPTP: Pada 10 Oktober 2017 yang

lalu kita telah berjaya mendapat

persijilan MyPTP di mana KIMIA

merupakan agensi tunggal yang telah

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

15

mendapat persijilan tersebut di

Malaysia. Perlaksanaan MyPTP

ini telah dimantapkan lagi dengan

pelancaran Proficiency Testing Online

System (PTOS) pada 30 Oktober

2017.

10. Pencapaian PT: Pencapaian PT

sehingga November 2017

keseluruhannya adalah 95%.

Penyiasatan kegagalan PT hendaklah

lebih telus dan menyeluruh supaya

punca kegagalan dapat dikenalpasti

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

16

samada di peringkat pra-analisis,

semasa analisis atau selepas analisis.

Saya menyarankan mulai tahun 2018

semua makmal berkaitan perlu

mengambil bahagian dalam setiap

skim PT dalaman yang dianjurkan

oleh Unit PT supaya kita dapat

menganalisa tahap konsistensi

kemahiran makmal dan perancangan

penambahbaikan yang lebih

menyeluruh.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

17

11. Piagam Pelanggan: Pencapaian

Piagam Pelanggan kita sehingga

November 2017 adalah sebanyak

94.6% melebihi sasaran 90% yang

telah ditetapkan namun begitu masih

banyak lagi ruang penambahbaikan

yang perlu kita usahakan untuk lebih

cemerlang lagi.

12. Bagi penambahbaikan kaedah baharu

dalam meningkatkan dayasaing

melalui accreditation/ certification/

testing services/ calibration sebanyak

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

18

12 kaedah baru telah berjaya

dibangunkan sepanjang tahun 2017.

13. Sebanyak 3 projek telah siap bagi

sasaran meningkatkan lagi teknologi

dalam kesiapsiagaan menghadapi

bencana semulajadi atau ciptaan

manusia yang melibatkan 2 projek

CWC dan 1 projek DNA.

14. Program Promosi Sains & Teknologi

yang telah dijalankan sepanjang tahun

2017 adalah sebanyak 116 program

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

19

dan mendapat sambutan yang

menggalakan dengan bilangan orang

ramai yang mendapat impak adalah

sebanyak 30,161 orang.

15. Prestasi kewangan:

Jumlah Peruntukan

Perbelanjaan % Perbelanjaan

Mengurus

RM102,618,738

RM102,086,050

99.48%

Pembangunan RM54,787,413.00

(RM40,008,000.00 adalah perolehan

peralatan saintifik)

RM54,465,742.92

(RM39,813,287.22 adalah perolehan

peralatan saintifik)

99.41%

(99.51%)

Hasil RM 3,744,066.12

(peningkatan sebanyak 13.58% berbanding 2016)

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

20

16. Pemangkuan (melibatkan 100 orang):

VU6-VU5 (1 orang)

VU7-VU6 (1 orang)

C54-VU7 (4 orang)

C52-C54 (10 orang)

C48-C52 (8 orang)

C44-C48 (20 orang)

C41-C44 (4 orang)

C41-Fleksi C41/C44 (15 orang)

C32-C38 (1 orang)

C29-C32 (1 orang)

C22-C26 (10 orang)

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

21

C19-C22 (24 orang)

W29-W32 (1 orang)

17. Kenaikan Pangkat (melibatkan 124

orang):

C54-VK7 (2 orang)

C52-C54 (4 orang)

C48-C52 (4 orang)

C41-C44 (25 orang)

C41-Fleksi C41/C44 (51 orang)

C29-C32 (2 orang)

C22-C26 (7 orang)

C19-C22 (24 orang)

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

22

N19-N22 (2 orang)

N11-N14 (3 orang)

18. Time-Based Berasaskan

Kecemerlangan (TBK) (melibatkan 17

orang):

C19-C22 (13 orang)

N19-N22 (2 orang)

W19-W22 (2 orang)

19. Besar harapan saya agar usaha

jabatan untuk kenaikan pangkat ini

dapat memberikan motivasi kepada

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

23

semua untuk berusaha dengan lebih

gigih dan berdedikasi di masa

hadapan.

Hadirin sekalian,

[SUCCESS STORIES 2017]

20. Saya juga ingin mengimbas kembali

kecemerlangan atau ”Success Stories”

bagi Jabatan Kimia Malaysia

sepanjang 2017 lepas. Antaranya:

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

24

Tarikh Perkara

Penstrukturan Semula

29 Mei Pewujudan Unit Komunikasi Korporat di Jabatan Kimia Malaysia telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Perjawatan di UKK KIMIA merangkumi C48 (1), C41/C44 (1), N19/N22 (2) dan N11/N14 (1).

16 Jun Waran perjawatan untuk Cawangan Tawau telah diperolehi dari pihak Kementerian Kewangan. Perjawatan di JKMC Tawau terdiri daripada C48 (1), C41/C44 (3), C29/C32 (2), C22 (2), C19 (2) dan N11/N14 (1).

1 Julai Pertambahan perjawatan di JKM Kelantan secara pindah butiran telah diluluskan. Berikut merupakan perjawatan yang ditambah di Kimia Kelantan:

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

25

C41 (4), C29 (1) dan C19 (1).

Pembangunan

25 September

2017

Majlis penyerahan bangunan baharu Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Terengganu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak MOSTI serta Jabatan Kimia Malaysia.

Kes Perhatian Awam

13 Februari

2017

Dunia telah dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang warga negara Korea Utara di KLIA2. Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia telah membantu pihak berkuasa dalam mengenalpasti agen saraf VX yang digunakan dalam kes berprofil tinggi tersebut

19 April 2017

Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut setelah jatuh ke dalam lubang salur air. Hasil dari analisis

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

26

Hydrogen Sulfide (H2S), Methane (CH4) dan Ammonia (NH3) yang dijalankan didapati kehadiran NH3 dalam kedua-dua sampel darah mangsa.

Mei 2017 Ekoran dari viral media sosial kumbang di dalam kurma, Makmal Makanan di Ibu Pejabat telah menerima sampel kurma dari KKM dan didapati 32 dari 39 kurma tersebut dikesan ada kumbang

Jun 2017 Gula-gula yang disyaki mengandungi dadah berbahaya. Ekshibit yang diterima ialah paket plastik pelbagai warna yang mengandungi bahan melekit. Keputusan analisis menunjukkan bahan tersebut mengandungi MBZP (1-Benzyl-4-methylpiperazine) adalah sejenis New Psychoactive Substance (NPS).

Jun 2017 Analisis Jabatan Kimia

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

27

Malaysia terhadap sampel beras jenama Rambutan mendapati ianya tulen dan tiada kandungan plastik atau apa-apa unsur asing lain

14 September

2017

Negara kita telah digemparkan dengan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Selangor. 21 orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar dilaporkan maut. Seksyen DNA, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia telah berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh kurang daripada 24 jam bagi membantu pihak berkuasa dalam mengenalpasti dalam pemadanan identiti mangsa dengan keluarga masing-masing

ANUGERAH

30 Oktober

2017

Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Johor dan Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

28

Kedah berjaya merangkul gelaran Naib Johan serta tempat ketiga masing-masing dalam Konvensyen KIK Peringkat MOSTI 2017

November 2017

Penarafan Laman Web Lima Bintang Buat pertama kalinya, laman web Jabatan Kimia Malaysia telah mendapat penarafan Laman Web Lima Bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) bagi tahun penilaian 2016. Selama ini, laman web Kimia hanya mendapat penarafan Empat Bintang sahaja

8 Dis IKM Laboratory Excellence

Award

Saya ingin mengucapkan

tahniah kepada JKMC Kelantan

& Sibu yang telah berjaya

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

29

menerima “IKM Laboratory

Excellence Award” pada majlis

Malam Kimia IKM 2017 yang

lepas.

PENGANJURAN PROGRAM

KEBANGSAAN

1-2 Nov Simposium Bioteknologi

2017

Jabatan Kimia Malaysia telah menganjurkan Simposium Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan pakar bioteknologi dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang seperti GMO, Mikrobiologi & Identifikasi Spesis

CSR

14 Mac 2017

Program CSR Jabatan Kimia Malaysia, Melaka di MRSM Muar. Program ini

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

30

memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) seperti pengurusan & pengendalian sisa bahan kimia, demonstrasi tindakan tumpahan bahan kimia dan pameran mengenai jenis-jenis PPE dan kegunaannya

15 Mac 2017

Program CSR Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka di Rumah Tahfiz dan Anak-anak Yatim Madrasah Al Muqarrabin, Balik Pulau, Bukit Lintang, Melaka. Program ini diserikan dengan penyampaian sumbangan ikhlas dan aktiviti gotong royong selain beramah mesra antara warga kerja Kimia bersama pelajar madrasah

14 Mac 2017

Program CSR Jabatan Kimia Malaysia, Melaka di MRSM

Page 31: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

31

Muar. Program ini memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) seperti pengurusan & pengendalian sisa bahan kimia, demonstrasi tindakan tumpahan bahan kimia dan pameran mengenai jenis-jenis PPE dan kegunaannya

15 Mac 2017

Program CSR Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka di Rumah Tahfiz dan Anak-anak Yatim Madrasah Al Muqarrabin, Balik Pulau, Bukit Lintang, Melaka. Program ini diserikan dengan penyampaian sumbangan ikhlas dan aktiviti gotong royong selain beramah mesra antara warga kerja Kimia bersama pelajar madrasah

14 Mac Program CSR Jabatan Kimia

Page 32: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

32

2017 Malaysia, Melaka di MRSM Muar. Program ini memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) seperti pengurusan & pengendalian sisa bahan kimia, demonstrasi tindakan tumpahan bahan kimia dan pameran mengenai jenis-jenis PPE dan kegunaannya

AJK PROGRAM MOSTI

2016 Sepanjang tahun 2017,

Jabatan Kimia Malaysia telah

berulang kali

dipertanggungjawabkan untuk

bertindak sebagai AJK

Sambutan & Protokol bagi

pelbagi program / majlis

anjuran MOSTI. Ini

Page 33: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

33

menunjukkan pasukan Protokol

Kimia telah diiktiraf dan

mendapat kepercayaan pihak

luar. Antara majlis tersebut

adalah:

NICE 2017

MCY 2017

Syabas diucapkan kepada

semua yang terlibat.

LAIN-LAIN

6 Januari

2017

Puspanita

Puspanita KIMIA telah

menerima Anugerah

Puspanita Paling Aktif 2016

bersempena Mesyuarat

Agung Puspanita MOSTI ke-

34.

Page 34: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

34

Syabas Puspanita KIMIA.

Semoga lebih cemerlang di

masa hadapan.

Feb &

Ogos

Puncak Kinabalu

Pada Februari 2017, Jabatan

Kimia Malaysia telah berjaya

dalam misi menakluk Gunung

Kinabalu dalam “Projek Kimia

Malaysia Menawan Puncak

Kinabalu”. Seramai 8 orang

warga Kimia Malaysia telah

menjayakan misi tersebut.

Pada Ogos 2017, pasukan

pendaki Kimia Sabah pula

mengikut jejak dalam menawan

puncak Kinabalu tersebut.

Page 35: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

35

24 Oktober

2017

Pantun Pasukan pantun Jabatan Kimia Malaysia berjaya muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat MOSTI bagi tahun 2017. Wakil Kimia turut terpilih bagi mewakili pasukan MOSTI ke Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di mana pasukan MOSTI telah berjaya mendapat tempat keempat

21. Diharap pada tahun 2018 ini, Kimia

akan lebih cemerlang, gemilang dan

terbilang dari segala segi. Mari kita

sama-sama berusaha dengan lebih

Page 36: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

36

gigih ke arah #KIMIABOLEH

#KIMIACEMERLANG.

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN]

22. Untuk makluman semua, warga Kimia

berikut akan bersara pada bulan

Januari 2018 ini:

Puan Ainon binti Abdul Aziz

(Penolong Pegawai Sains, Gred

C29, Bahagian KAS) pada 8

Januari

Page 37: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

37

Encik Mohd Noor bin Mohamed

(Pengawal Keselamatan, Gred

KP14, JKMC Terengganu) pada 14

Januari

Encik Mat Nor bin Bakar

(Pembantu Makmal, Gred C26,

JKMC Pahang) pada 28 Januari

23. Terima kasih atas jasa bakti dan

sumbangan tuan/puan pada Jabatan

Kimia Malaysia selama ini.

Page 38: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

38

[KENAIKAN PANGKAT]

24. Pemangkuan Pembantu Makmal,

Gred C22 berkuatkuasa 2 Januari

2018:

Puan Norhashimah binti Masran

(Ibu Pejabat)

Puan Rosilawati binti Mohd.

Bahari (Jabatan Pertanian KL)

Puan Zaiton binti Zakaria (JKMC

Johor)

Encik Naeim bin Md Din (Ibu

Pejabat) 8 Januari 2018

Page 39: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

39

25. Pemangkuan Pembantu Makmal,

Gred C26 berkuatkuasa 8 Januari

2018:

Puan Norliza binti Sahak (Ibu

Pejabat)

Puan Rozalina binti Mohd Yusof

(Ibu Pejabat)

26. Tahniah dan syabas kepada semua.

Diharap dengan kenaikan pangkat ini

akan dapat meningkatkan semangat &

usaha dalam kerjaya masing-masing.

Page 40: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

40

[LANTIKAN BARU]

27. Pada 8 Januari 2018 juga, Jabatan

Kimia Malaysia menerima beberapa

pegawai lantikan baru seperti berikut:

6 orang Penolong Pegawai

Sains, Gred C29 (semua

penempatan di Ibu Pejabat)

6 orang Pegawai Sains, Ahli

Kimia, Gred C41 (5 penempatan

di cawangan & 1 di Ibu Pejabat)

8 orang Pegawai Sains, Ahli

Mikrobiologi, Gred C41 (5

Page 41: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

41

penempatan di Cawangan & 3 di

Ibu Pejabat)

28. Tahniah buat semua! Saya sebagai

KP Kimia amat berharap agar semua

yang baru dilantik ke Perkhidmatan

Awam ini dan ke Jabatan Kimia

Malaysia khususnya agar dapat

memberikan perkhidmatan yang

terbaik demi jabatan, rakyat serta

Negara.

Page 42: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · dengan kawal selia yang berkenaan. ... Kes berkaitan dua pekerja pembersihan yang maut ... Bioteknologi 2017. Simposium yang menghimpunkan

42

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

PENUTUP

29. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya

ingin mengucapkan selamat panjang

umur dan murah rezeki kepada warga

KIMIA yang menyambut ulangtahun

kelahiran pada bulan Januari ini.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.