perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia ju lai … filemengerjakan ibadat puasa ramadan dengan...

21
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JULAI 2018 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 2 JULAI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: hoangcong

Post on 03-May-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA JULAI 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

2 JULAI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

3

Pengarah-Pengarah Kanan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

4

Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat

bagi bulan Julai 2018 pada pagi di

bulan Syawal yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Pembangunan & Teknologi

Maklumat (PTM) serta Pusat Latihan

Kimia Malaysia (PLKM) kerana telah

mengatur dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan begitu baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

5

3. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan

kepada semua warga KIMIA. Hari

Raya Aidilfitri disambut sebagai

kemenangan bagi mereka

mengerjakan ibadat puasa Ramadan

dengan sempurna. Kemenangan ini

bukan saja menang kerana berjaya

mengawal nafsu makan dan minum

selama sebulan pada siang hari di

bulan Ramadan, tetapi kemenangan

menghalang diri daripada melakukan

apa jua perkara yang dilarang.

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

6

4. Saya rasa sebahagian daripada kita

masih dalam mood Hari Raya. Setelah

bercuti panjang bersama keluarga

tercinta, semoga kita bersemangat

untuk kembali menjalankan tugas

demi KIMIA Malaysia. Apa pun saya

harapkan sinar Aidilfitri membawa

seribu sinar dan keceriaan kepada kita

semua.

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

7

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN BULAN JULAI 2018]

5. Untuk makluman, seramai 8 orang

warga KIMIA termasuk diri saya

sendiri akan bersara pada bulan Julai

ini.

YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib

– 3 Julai

Puan Rozainah Binti Othman,

Pembantu Makmal C28(M),

Forensik – 3 Julai

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

8

Puan Rapidah Binti Sharif,

Pembantu Makmal C26, Kualiti

– 5 Julai

Puan Siti Mariah Binti Shafee,

Pembantu Tadbir (Kewangan)

W26, HQ – 7 Julai

Encik Hell @ Hill A/K Kija,

Pengawal Keselamatan KP11,

JKM Negeri Sarawak– 9 Julai

Encik Sundarajoo A/L K.

Nallappan, Pembantu Operasi

N14, JKM Negeri Perak – 28

Julai

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

9

Dr. Seah Lay Hong, Pengarah

JKM Negeri Sarawak – 31 Julai

6. Setinggi penghargaan dan ucapan

ribuan terima kasih diucapkan. Jasa

anda semua pada Jabatan Kimia

Malaysia tidak akan dilupakan.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

10

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[UCAPAN PERSARAAN]

7. Hari ini merupakan hari yang penuh

sentimental buat saya. Ini merupakan

kali terakhir saya berdiri di sini untuk

berucap di Perhimpunan Bulanan

KIMIA Malaysia sebagai seorang

Ketua Pengarah.

8. Sedar tak sedar….sudah 37 tahun

saya telah memberikan khidmat bakti

sebagai seorang penjawat

awam…dan sudah 3 tahun 7 bulan

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

11

saya bertanggungjawab sebagai

Ketua Pengarah KIMIA Malaysia.

Ironinya…tarikh lahir saya juga jatuh

pada 3 Julai. Detik ini merupakan saat

yang tidak mungkin saya lupakan

sepanjang hidup saya.

9. Sepanjang 37 tahun berkhidmat,

pelbagai suka duka dan kenangan

pahit manis saya tempuhi. Selama 37

tahun ini juga, tiada saat yang saya

kesali di Kimia Malaysia. Yang buruk...

Yang baik...semuanya mempunyai

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

12

hikmah yang cukup bermakna dalam

hidup saya.

10. Saya merasa bangga atas pencapaian

KIMIA Malaysia selama ini. Jabatan

kita telah melalui pelbagai

penstrukturan semula bagi

memastikan prestasi jabatan kekal di

tahap yang cemerlang dan mampu

bersaing di pentas yang lebih

mencabar.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

13

Jawatan Ketua Pengarah Kimia

dinaikkan dari Gred Utama B ke Gred

Utama A

Jawatan TKP Dasar dinaikkan dari

Gred Utama C ke Gred Utama B

Jawatan Pengarah JKMN Pulau

Pinang dan Sabah dinaikkan dari Gred

C54 ke Gred Utama C

Jawatan Pengarah Pusat Forensik,

Sekitaran, Kualiti, Industri dan

Pengarah JKMN Johor dinaik taraf

dari Gred Khas C ke Gred Utama C

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

14

11. Sepanjang saya menjadi Ketua

Pengarah, seramai 863 warga KIMIA

yang telah berjaya dinaikkan pangkat.

Saya secara peribadi merasa gembira

bertanggungjawab dalam proses

kenaikan pangkat ini. Ianya

merupakan suatu penghargaan

daripada jabatan untuk anda semua

dan supaya dapat meningkatkan

produktiviti dan keberhasilan Jabatan.

Teruskan kecemerlangan semua.

12. Penjenamaan semula nama Pusat /

Bahagian serta penjenamaan nama

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

15

jawatan pegawai kanan juga telah

dijalankan sepanjang tempoh saya

menjadi Ketua Pengarah. Walau

nampak remeh bagi sesetengah

pihak, namun penjenamaan semula ini

amat penting bagi imej jabatan serta

pegawai kita.

13. Sebenarnya banyak lagi pencapaian

Jabatan Kimia Malaysia sepanjang

saya menjadi Ketua Pengarah tetapi

terlalu panjang dan mengambil masa

yang lama untuk disenaraikan. Cuma

cukup saya nyatakan, saya amat

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

16

berpuas hati dengan segala yang saya

dan KIMIA capai selama ini.

14. Saya juga merasa berbangga apabila

berdiri di sini, saya dapat melihat

semua warga KIMIA bersatu semasa

perhimpunan bulanan ini. Warga lelaki

memakai tali leher merah KIMIA dan

warga wanita dengan tudung /

selendang merah.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

17

Warga KIMIA yang dikasihi sekalian,

[PENUTUP]

15. Sebelum saya mengundur diri sebagai

Ketua Pengarah, saya ingin

menyatakan kepada semua bahawa,

perasaan cinta saya pada Kimia

Malaysia dan semua warganya tidak

akan pernah padam. Kimia Malaysia

akan sentiasa tersemat di sudut

istimewa di hati saya...

16. Saya juga amat berharap agar semua

Warga KIMIA Malaysia untuk terus

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

18

mengekalkan momentum

kecemerlangan Kimia Malaysia.

Teruskan usaha bagi mengangkat

tinggi nama Jabatan Kimia Malaysia

yang kita sayangi ini.

17. Di kesempatan ini juga, bertepatan

dengan bulan Syawal dan hari terakhir

saya di KIMIA ini, dengan kerendahan

hati, saya ingin memohon maaf di atas

segala kekhilafan dan keterlanjuran

kata serta perbuatan sekiranya ada.

Kita sebagai manusia biasa tidak

mampu lari dari melakukan kesilapan.

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

19

Segala yang baik datang dari

Allah...yang buruk datang dari diri

saya sendiri.

18. Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik

sekali untuk saling melupakan semua

perselisihan dan persengketaan

seterusnya mengukuhkan kerjasama

di antara individu dan semua warga

KIMIA. Ambillah peluang ini untuk kita

saling bermaaf-maafan dan

mengukuhkan lagi persahabatan dan

kerjasama yang sedia terjalin.

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

20

19. Saya juga ingin mengucapkan setinggi

penghargaan dan ucapan ribuan

terima kasih kepada semua atas

sokongan anda semua kepada saya

selama ini. Budi baik dan jasa anda

semua tidak akan saya lupakan.

20. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan ‘Selamat

Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang

menyambut ulang tahun kelahiran

pada bulan Julai ini. Semoga panjang

umur, murah rezeki & diberkati

sentiasa.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JU LAI … filemengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. ... Sepanjan g 37 tahun berkhidmat, pelbagai suka duka dan kenangan pahit

21

Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun: Andai kata padam pelita, Gelap gelita di malam hari; Andai ada terlanjur kata, Maaf dipinta setulus hati. Pohon mempelam lebat berbuah, Gugur sebiji di tepi tangga, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Allah berjumpa juga… Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh