perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mac 2017 ucapan kp kimia... · binti haji awang yahya...

31
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 07 MAC 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: vokhuong

Post on 09-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

07 MAC 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah

binti Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

4

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Mac 2017 pada pagi yang

berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Industri & Klasifikasi Tarif

Dagangan (IKTD) kerana telah

mengatur dan menganjurkan Majlis

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

5

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan baik sekali.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PEMANGKUAN GRED PENGURUSAN

TERTINGGI KIMIA]

3. Syukur alhamdulillah, semalam pada 6

Mac, selepas 20 tahun, saya telah

menerima surat pemangkuan ke Gred

Jusa A. Ini merupakan suatu

pencapaian yang amat

membanggakan untuk Kimia Malaysia.

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

6

4. Pada 2 Mac yang lepas pula, Puan

Rosnah binti Awang, Timbalan Ketua

Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia

Malaysia telah menerima watikah

pemangkuan ke Gred Utama B

daripada Ketua Setiausaha Negara

dalam Majlis Amanat yang

berlangsung di Kementerian

Kewangan.

5. Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad dan Tuan

Haji Mohamed Zaini bin Abdul

Rahman pula telah menerima

pemangkuan ke Gred Utama C

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

7

masing-masing sebagai Pengarah

JKMC Sabah dan JKMC Pulau

Pinang.

6. Tahniah dan syabas kepada semua.

Teruskan usaha dalam memainkan

peranan penting bagi meningkatkan

kecemerlangan perkhidmatan awam

amnya dan Jabatan Kimia Malaysia

khususnya.

[PERSARAAN]

7. Untuk makluman semua, seorang

Pembantu Tadbir, Gred N19, Jabatan

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

8

Kimia Malaysia, Cawangan Sibu,

Sarawak iaitu Puan Dayang Salamah

binti Haji Awang Yahya akan bersara

pada 18 Mac akan datang.

8. Terima kasih atas jasa bakti dan

sumbangan puan pada Jabatan Kimia

Malaysia selama ini.

Hadirin sekalian,

[AUDIT ASCLD/LAB INTERNATIONAL]

9. Bahagian Forensik, Ibu Pejabat dan

makmal cawangan Jabatan Kimia

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

9

Malaysia sedang menjalani

Surveillance Audit ASCLD/LAB

yang bermula pada 5 Mac hingga 10

Mac 2017.

10. Makmal-makmal Narkotik di JKMC

Perak, Melaka, Terengganu, Kuching

dan Kota Kinabalu akan terlibat dalam

“Expanded Surveillance” manakala

Pegawai Penilai akan menjalankan

pemeriksaan dokumen kualiti ke atas

Makmal Forensik Ibu Pejabat, JKMC

Pulau Pinang, Pahang, Johor dan

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

10

Bintulu untuk “Standard

Surveillance”. Diharap makmal-

makmal yang terlibat telah bersedia

sepenuhnya bagi menghadapi audit

tersebut.

Tuan-Tuan/Puan-Puan sekalian,

[KENYATAAN AWAM BERKAITAN KES

KEMATIAN SEORANG WARGA NEGARA

KOREA UTARA]

11. Negara kita telah dikejutkan dengan

satu kes kematian seorang warga

negara Korea Utara di KLIA2 pada 13

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

11

Februari yang lepas. Seperti semua

sedia maklum, Jabatan Kimia

Malaysia turut menerima beberapa

sampel berhubung kes tersebut

daripada pihak polis.

12. Sehubungan dengan itu, kerjasama

semua adalah dimohon untuk tidak

membuat apa-apa kenyataan awam

berhubung kes tersebut sama ada

secara rasmi atau tidak rasmi bagi

mengelakkan spekulasi oleh pihak

berkepentingan.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

12

13. Saya ingin menarik perhatian semua

kepada Peraturan 19, Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

“Mengeluarkan Pernyataan Awam –

pegawai tidak boleh mengeluarkan

pernyataan awam kecuali mendapat

kebenaran Menteri yang

berkenaan”. Sekiranya didapati

melanggar arahan dan peraturan

ini, Tuan/Puan boleh dikenakan

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

13

tindakan tatatertib oleh pihak

Jabatan.

14. Peruntukan peraturan tersebut jelas

menunjukkan bahawa menjadi satu

kewajipan semua warga Kimia

untuk menjaga kerahsiaan terutama

ketika menjalankan tugas yang

melibatkan isu perhubungan dua

negara (sebagaimana termaktub di

dalam Seksyen 7A dan 8, P.U Akta

Rahsia Rasmi 1972).

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

14

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[LAWATAN KERJA RASMI]

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI

MOSTI

15. YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin

Mohamad Diah, Timbalan Menteri

MOSTI telah mengadakan lawatan

kerja rasmi di JKMC Kuching,

Sarawak pada 17 Februari yang

lepas.

16. Ingin saya ucapkan syabas & terima

kasih kepada warga kerja Kimia

Kuching walaupun pada hari lawatan

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

15

tersebut Pengarah JKMC Kuching

tiada kerana urusan keluarga yang

tidak dapat dielakkan, namun saya

dengar YBTM amat berpuas hati

dengan layanan warga Kimia Kuching.

Tahniah.

LAWATAN YBHG. KSU MOSTI

17. Pada 27 Februari lepas pula, YBhg.

Datuk Seri Dr Mohd Azhar bin Haji

Yahaya turut meluangkan masa bagi

melawat Ibu Pejabat, Jabatan Kimia

Malaysia. Sesi lawatan beliau kali ini

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

16

lebih tertumpu kepada lawatan ke

Makmal Senjata Kimia.

LAWATAN TURUN PADANG KP KIMIA

18. Saya sendiri turut mengadakan

lawatan turun padang ke dua (2) buah

cawangan Jabatan Kimia Malaysia

iaitu di:

JKMC Terengganu (16 Februari)

JKMC Sabah (23 Februari)

19. Di Terengganu, saya turut

berkesempatan meninjau projek

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

17

bangunan baru JKMC Terengganu.

Bangunan tersebut dijangka siap pada

hujung tahun ini.

Warga Kimia sekalian,

[MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA]

20. Pada 21 Februari yang lepas,

Mesyuarat Terhimpun Puspanita

Kimia Ke-34 telah diadakan.

21. Saya ingin menggalakkan semua

wanita Kimia terutamanya kakitangan

wanita senior untuk bergiat aktif dalam

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

18

Puspanita yang nyata memberi impak

positif kepada Jabatan secara amnya.

22. Di kesempatan ini juga, saya ingin

mengucapkan Selamat Hari Wanita

Peringkat Antarabangsa yang akan

diadakan pada esok, 8 Mac 2016

dengan temanya “Be Bold For

Change”.

23. Untuk makluman juga, pada 11 Mac

(Sabtu) akan datang, satu program

Konvoi Berbasikal Wanita 2017

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

19

sempena Hari Wanita Sedunia akan

diadakan di Dataran Putrajaya, Presint

3, Putrajaya. Warga wanita Kimia yang

berminat untuk menyertainya boleh

melayari lawan sesawang rasmi

Kementerian Wilayah Persekutuan

(KWP) www.kwp.gov.my atau

Facebook - Konvoi Berbasikal Wanita

2017 untuk maklumat lanjut.

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

20

Hadirin sekalian,

[PEMBUDAYAAN STI]

24. Pada bulan Februari yang lepas,

Jabatan Kimia Malaysia terlibat secara

aktif dengan beberapa siri pameran /

pembudayaan STI di seluruh negara,

antaranya:

11 Februari, JKMC Sabah:

Pameran sempena Majlis

Perasmian & Serah Milik Pusat

MyCyber Komuniti@Sabah di

Tamparuli, Sabah.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

21

14-15 Februari, JKMC Pahang:

Pameran serta ceramah kerjaya

sempena Pahang Chemistry

Carnival di International Islamic

University Malaysia.

22 Februari, JKMC Pulau Pinang:

Pameran sempena Karnival Anti

Dadah di Sekolah Menengah

Agama Daeratul Maarifil Wataniah

1, Kepala Batas, Pulau Pinang.

24-26 Februari, JKMC Sabah:

Pameran sempena “Construction

Fair 2017” di Sabah Trade Centre.

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

22

25. Syabas diucapkan kepada semua

yang begitu komited dalam

menjayakan program kesedaran STI

tersebut.

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[AKTIVITI KECERGASAN]

26. Dalam kesibukan dengan kerja-kerja

hakiki di makmal, kita semua

seharusnya tidak lupa menjaga

kesihatan masing-masing dengan

melibatkan diri dengan aktiviti

kecergasan. Di samping dapat

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

23

meningkatkan stamina dan kesihatan,

aktiviti sebegini juga dapat

mengeratkan tali silaturrahim antara

rakan sekerja.

27. Aktiviti kecergasan tidak hanya

melibatkan aktiviti di luar jabatan,

malah aktiviti gotong-royong di sekitar

jabatan turut boleh diinterpretasi

sebagai aktiviti kecergasan juga.

28. Pelbagai aktiviti kecergasan telah

diadakan sepanjang bulan Februari

serta awal bulan Mac, antaranya:

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

24

13 Februari, JKMC Sibu: Gotong

royong membersih serta mengecat

makmal

18 Februari, JKMC Pahang:

Kejohan Bowling Kimia Pahang di

Kuantan Megalane

24 Februari, JKMC Pahang:

Gotong royong perdana sekitar

jabatan sempena Amalan Hijau

25 Februari, JKMC Tawau: Hari

Keluarga & rentas desa di Taman

Bukit Tawau

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

25

4 Mac, JKMC Kelantan: Aktiviti

hiking ke Bukit Kluang, Besut,

Terengganu.

Hadirin sekalian,

[KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA

KIMIA MALAYSIA 2017]

29. Kejohanan Badminton Terbuka

Jabatan Kimia Malaysia 2017 telah

diadakan dengan jayanya pada 18

Februari lepas di Dewan Badminton

SMK (L) Bukit Bintang, Petaling

Jaya. Pertandingan dijalankan

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

26

melalui sistem undian dan dijalankan

melalui format beregu berpasukan.

Seramai 43 kakitangan Jabatan Kimia

Malaysia telah menyertai pertandingan

ini (35 peserta lelaki dan 8 peserta

wanita).

30. Tahniah buat para pemenang dan

bagi yang tidak berjaya jangan

kecewa. Kalah menang adat

bertanding. Yang penting adalah

semangat kesukanan dan berpasukan

dalam diri para peserta. Saya tidak

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

27

mengumumkan senarai pemenang

sekarang kerana pengerusi majlis

akan mengumumkannya kelak.

Tuan/Puan,

[KIMIA MENAWAN PUNCAK KINABALU]

31. Rasanya semua warga Kimia telah

maklum berkenaan “Projek Kimia

Malaysia Menawan Puncak

Kinabalu”. Seramai 8 orang warga

Kimia telah menyahut cabaran ini dan

meraka adalah:

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

28

i. Khairul Faizi bin Yussof (IKTD)

ii. Isma Murni Mohmad (KAS)

iii. Michelle Teh Phaik Kim (KAS)

iv. Zanariah Zahari (BKP)

v. Som Chai a/l Choi Kimia (JKMC

Kedah)

vi. Amiruddin Madjalumin (KAS)

vii. Noor Aiin Hidayati Wahab

(Forensik)

viii. Mohd Azam Arshad (KAS)

32. Pasukan pendaki Kimia Malaysia ini

berlepas ke Kota Kinabalu dari Kuala

Lumpur pada 25 Februari 2017.

Pendakian bermula dari Timpohon

Kinabalu Park ke Laban Rata pada 26

Februari. Seterusnya pada 27

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

29

Februari seawal 2.00 pagi, pendakian

dari Laban Rata ke Puncak Gunung

Kinabalu. Pasukan pendaki kita telah

berjaya menawan puncak Gunung

Kinabalu seawal pukul 5 pagi pada 27

Februari tersebut. Tahniah & syabas

buat semua! Bukan semua orang

mampu untuk ke puncak Gunung

Kinabalu tersebut. Terima kasih

kerana membawa nama Kimia ke

puncak Gunung Kinabalu. Syabas!

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

30

Warga Kimia sekalian,

[PENUTUP]

33. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, Saya juga ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Mac ini.

34. Cuti persekolah adalah pada 18

hingga 26 Mac akan datang. Saya

Page 31: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 Ucapan KP Kimia... · binti Haji Awang Yahya akan bersara pada 18 Mac akan datang. 8. Terima kasih atas jasa bakti dan ... melalui

31

yakin ramai yang akan bercuti untuk

meluangkan masa bersama anak-

anak. Pesanan saya bagi yang ingin

balik ke kampung, sila berhati-hati di

jalan raya. Ingatlah orang yang

tersayang.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.