perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia april … · 4. terima kasih atas jasa bakti dan...

27
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2018 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 10 APRIL 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: vokien

Post on 02-Jul-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

10 APRIL 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

4

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan April 2018 pada pagi yang

berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah Kanan dan warga kerja

Pusat Pengurusan Kualiti dan

Penyelidikan kerana telah mengatur

dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

5

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN]

3. Untuk makluman semua, warga Kimia

berikut akan bersara pada bulan April

2018 ini:

8 April : Puan Abidah binti Basiron

(Penolong Pegawai Sains / C40,

Bahagian KAS)

10 April : Encik Azmy bin Hamid

(Pengawal Keselamatan / KP11,

JKMN Melaka)

19 April : Dr. Abdul Rahim bin

Ahmad (Pengarah JKMN Sabah)

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

6

30 April : Encik Mat Din bin Salleh

(Pengawal Keselamatan / KP14

TBK, JKMN Melaka)

4. Terima kasih atas jasa bakti dan

sumbangan tuan / puan pada Jabatan

Kimia Malaysia selama ini.

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[MINGGU SAINS NEGARA 2018]

5. Seperti semua sedia maklum, bermula

1 sehingga 7 April yang lalu, Minggu

Sains Negara telah diadakan di

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

7

seluruh negara dan pusatnya terletak

di Pusat Sains Negara. Selain

mengadakan pameran interaktif,

Jabatan Kimia Malaysia juga diberi

amanah sebagai JK Protokol bagi

program tersebut di PSN. Seramai 29

warga KIMIA telah dilantik menggalas

tanggungjawab tersebut.

6. Syabas diucapkan kepada para

petugas kerana telah menjalankan

tanggungjawab dengan begitu

cemerlang. Mereka bukan sahaja

bertindak sebagai AJK Protokol,

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

8

malah dalam masa yang sama

menjalankan tanggungjawab sebagai

pempamer di booth Jabatan Kimia

Malaysia sepanjang seminggu

program tersebut berlangsung.

Khabarnya booth Kimia mendapat

sambutan yang amat menggalakkan

dari para pengunjung. Tahniah dan

syabas buat semua!

7. Minggu Sains Negara ini bukan sahaja

hanya berlangsung di Pusat Sains

Negara, ianya juga berlangsung di

seluruh Malaysia. Antara lokasi yang

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

9

disertai oleh Jabatan Kimia Malaysia

adalah;

Mydin Mall, Kerian, Perak (31

Mac – 1 April) KIMIA Perak

Imago Shopping Mall, Sabah (1

& 2 April) KIMIA Sabah

Komtar, Pulau Pinang (2 – 7

April) KIMIA Pulau Pinang

Pustaka Negeri Sarawak (2

April) KIMIA Kuching

SK Permatang Pasir, Bandar

Baharu, Kedah (3 & 4 April)

KIMIA Kedah

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

10

PERPUSTAM, Bukit Baru,

Melaka (4 & 5 April) KIMIA

Melaka

SMK Hamzah 1, Machang,

Kelantan (5 April) KIMIA

Kelantan

SMKA Segamat, Johor (6 & 7

April) KIMIA Johor

8. Di sini, saya turut ingin mengambil

kesempatan untuk mengucapkan

terima kasih serta syabas buat semua

warga Kimia Malaysia yang terlibat

dengan program ini.

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

11

Tuan/Puan,

[KIMIA RUN 2018]

9. Program Kimia Run 2018, anjuran

Jabatan Kimia Malaysia, Sabah telah

diadakan dengan jayanya pada 11

Mac 2018 yang lepas.

10. Tahniah diucapkan buat Pengarah

serta warga KIMIA Sabah yang telah

berjaya menganjurkan program ini

dengan begitu cemerlang sekali.

11. Ucapan penghargaan jua buat semua

warga Ibu Pejabat Kimia serta

cawangan yang turut serta sama-

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

12

sama menjayakan program tersebut.

Syabas!

Hadirin sekalian,

[MAJLIS APRESIASI MOSTI 2018]

11. Majlis Apresiasi MOSTI 2018 bagi

meraikan pegawai yang telah bersara

dan bakal bersara Tahun 2018 dan

meraikan penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Tahun 2017 telah diadakan di Everly

Hotel, Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

13

12. Seramai 30 pesara dan bakal pesara

Kimia Malaysia tahun 2018 diraikan

pada majlis ini. Seramai 98 orang

warga Kimia seluruh Malaysia pula

menerima APC pada majlis yang

sama.

12. Kepada pesara & bakal pesara, terima

kasih atas jasa bakti, jasa dan

pengorbanan sepanjang berkhidmat

dalam perkhidmatan awam. Kepada

semua penerima APC pula, tahniah

dan syabas diucapkan atas kejayaan

masing-masing. Saya percaya

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

14

anugerah ini merupakan pengiktirafan

atas daya usaha, dedikasi dan

komitmen saudara-saudari dalam

melaksanakan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan dengan

cemerlang.

13. Saya yakin sebagai penerima APC,

anda mempunyai kelebihan dan

keunikan tertentu yang menarik

perhatian panel pemilihan. Anda perlu

terus berusaha meningkatkan daya

saing dan keupayaan diri melalui

penguasaan ilmu pengetahuan dan

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

15

melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran yang berkaitan. Saya juga

ingin mengingatkan penerima-

penerima APC bahawa anugerah ini

juga membawa tanggungjawab yang

berat iaitu Tuan/Puan harus menunjuk

teladan yang baik dari segi prestasi

dan kelakuan untuk menjadi contoh

kepada semua warga KIMIA Malaysia.

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

16

Tuan/Puan,

[AGM KE-51 IKM]

14. Mesyuarat Tahunan ke-51 Institut

Kimia Malaysia (IKM) telah diadakan

pada 31 Mac yang lepas di Hotel

Eastin.

15. Tahniah buat Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman, Datin

Maimonah Sulaiman dan Dr. Malarvili

Ramalingam yang telah terpilih

sebagai Council Member IKM. Besar

harapan kami agar anda semua yang

terpilih sebagai Council Member

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

17

tersebut, dapat menjaga serta

membela kebajikan ahli IKM

terutamanya ahli IKM dari Jabatan

Kimia Malaysia.

16. Terima kasih jua saya ucapkan

kepada semua warga Kimia yang

hadir dan memberi sokongan kepada

wakil Kimia pada hari tersebut. Undi

dari Jabatan Kimia Malaysia

mengubah segalanya. Ini

membuktikan apabila kita bersatu

padu, tiada apa yang mustahil untuk

kita kecapi bersama.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

18

Warga Kimia sekalian,

[MAPPA XVI]

17. Pada 4 April yang lepas, Majlis

Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

Keenam Belas (MAPPA XVI) telah

berlangsung di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC).

18. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri

telah mengumumkan sembilan (9)

manfaat yang bakal dinikmati

penjawat awam, memandangkan

hampir 99.4 peratus daripada Aku

Janji telah berjaya dilaksanakan

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

19

dengan komitmen penjawat awam.

Saya ingin menekankan enam (6)

daripada 9 manfaat tersebut yang

berkaitan dengan Jabatan Kimia,

antaranya:

pemendekan Time Based

Service untuk Kumpulan

Pelaksana dari 13 tahun kepada

10 tahun bagi urusan kenaikan

pangkat

pemanjangan kemudahan

perubatan kepada ibu bapa

pegawai lantikan kontrak

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

20

kemudahan cuti tanpa rekod

keagamaan selama tujuh hari

bagi tujuan Umrah kepada umat

Islam dan juga kepada bukan

Islam bagi tujuan keagamaan

masing – masing sepanjang

tempoh perkhidmatan

kenaikan kadar pencen

sebanyak satu peratus bagi

semua pesara kerajaan mulai

Julai 2018 yang dilakukan

secara ‘one – off

kuota haji khas kepada pesara

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

21

pemberian kenaikan gaji

bersamaan satu Kenaikan Gaji

Tahunan (KGT) secara khas

kepada semua penjawat awam

akan diberikan pada 1 Julai

2018, di samping KGT biasa

setiap tahun.

19. Tiga (3) manfaat yang seterusnya

adalah sumbangan dana tahunan

kepada Kongres Kesatuan Pekerja-

pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

(CUEPACS) sekurang – kurangnya

RM3 juta setahun, geran khas

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

22

sebanyak RM1 juta kepada setiap

satu badan pesara kerajaan serta

menubuhkan gred baharu dalam

kumpulan pendidikan iaitu Gred DG56

bagi pemegang DG54 yang telah

berkhidmat selama lebih lima tahun.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KAJI SELIDIK INDEKS KETERLIBATAN

PENJAWAT AWAM (IKPA) 2018]

20. Saya ingin mengingatkan agar semua

Warga Kimia untuk melaksanakan

Kaji Selidik Indeks Keterlibatan

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

23

Penjawat Awam (IKPA) 2018. Sila

rujuk emel yang telah dihantar oleh

Puan Noor Fairuz Binti Mohd Nordin,

KKP BKP berulang kali kepada

semua warga Kimia Malaysia.

21. Untuk makluman, hasil analisis

responden IKPA 2018, secara

keseluruhannya, MOSTI telah

mencapai sasaran minimum yang

ditetapkan oleh JPA. Namun begitu,

setakat 6 April 2018, Jabatan Kimia

Malaysia masih lagi belum mencapai

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

24

sasaran minimum 60%, kita hanya

mencapai 55.64% sahaja.

22. Kerjasama semua warga KIMIA yang

masih belum melengkapkan kajian

IKPA 2018 berkenaan untuk

mengambil tindakan sewajarnya

dengan memberi kerjasama

melengkapkan kajian berkenaan.

Warga Kimia sekalian,

[TOWNHALL BERSAMA KPPA]

23. Sesi Townhall bersama Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

25

(KPPA) akan diadakan petang ini, 10

April (2.30 petang) di Auditorium JPA,

Putrajaya. Seramai 61 orang warga

Kimia akan menghadirinya.

Warga Kimia sekalian,

[PENUTUP / PRU 2018]

24. Pilihan Raya Umum 2018 akan

diadakan dalam tempoh yang

terdekat. Saya sebagai Ketua

Pengarah Jabatan Kimia Malaysia

menyeru agar anda semua untuk

menunaikan tanggungjawab sebagai

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

26

warganegara Malaysia dengan

membuang undi di kawasan undi

masing-masing pada tarikhnya kelak.

Jangan lupa tunaikan tanggungjawab

anda!

25. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, saya ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan April ini.

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … · 4. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan tuan / puan pada Jabatan Kimia Malaysia selama ini. Warga Kimia yang dikasihi

27

Dataran Kimia…dataran yang permai, Ramai tokoh pandai berpantun, Datanglah mengundi beramai-ramai, Ikut adat bersopan santun.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.