perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · untuk mengucapkan selamat tahun baru cina &...

29
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA FEBRUARI 2017 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 7 FEBRUARI 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: phamxuyen

Post on 25-Apr-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA FEBRUARI 2017

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

7 FEBRUARI 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

4

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Februari 2017 pada pagi

yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar (KAS)

kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

5

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

3. Rasanya belum terlewat bagi saya

untuk mengucapkan Selamat Tahun

Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada

sahabat-sahabat kita yang berbangsa

Tionghoa. Tahun ini merupakan

Tahun Ayam Api dalam kalendar Cina.

Ayam merupakan lambang kesetiaan

dan ketepatan waktu. Untuk nenek

moyang kita yang tidak memiliki jam

penggera, kokokan ayam begitu

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

6

signifikan, kerana dapat

membangunkan mereka yang sedang

tidur untuk bangun dan mulai bekerja.

Diharap juga agar semangat “api”

dapat membawa tenaga dan

memperkuatkan tekad bagi semua

untuk terus memajukan nama Jabatan

Kimia Malaysia.

#kimiaboleh

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

7

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PEGAWAI KEMBALI KE

RAHMATULLAH]

4. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Pulau Pinang telah kehilangan

seorang Pembantu Makmal, C19 iaitu

Encik Mohamad Faizal bin Mohamad

yang telah kembali ke rahmatullah

pada 28 Januari yang lepas. Semoga

roh nya dicucuri rahmat dan

ditempatkan di kalangan mereka yang

soleh dan beriman. Al-Fatihah...

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

8

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN]

5. Untuk makluman semua, warga Kimia

berikut akan bersara pada bulan

Februari 2017 ini:

Encik Mohamed bin Hussin

(Pembantu Tadbir, N22 KUP N19,

JKMC Pulau Pinang) pada 13

Februari

Encik Pathia Sakthi Manurung bin

T.M. Abdul Rahim (Pembantu

Tadbir, N22, Ibu Pejabat) pada 17

Februari

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

9

Puan Nazliah binti Mat Ligun

(Pembantu Makmal, C26, JKMC

Perak) pada 27 Februari

6. Terima kasih atas jasa bakti dan

sumbangan tuan/puan pada Jabatan

Kimia Malaysia selama ini.

[KENAIKAN PANGKAT]

7. Pada bulan Januari yang lepas,

seramai 10 orang Pegawai Sains Gred

Fleksi C41/C44 telah dinaikkan

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

10

pangkat (pemangkuan) ke Gred C44

Hakiki. Mereka adalah seperti berikut:

Rosmawati binti Shaharuddin

Fathiah binti Ahmad Zubaidi

Mawarni binti Abdul Rahman

Hasliza binti Haron

Dr. Ananthy a/p Retnam

Dr. Yuvaneswari a/p

Chandramoulee Swaran

Zana Azura binti Said

Noor Azlina binti Awang

Haslinda binti Ismail

Dr. Chan Kar Weng

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

11

8. Tahniah dan syabas kepada semua.

Diharap dengan kenaikan pangkat ini

akan dapat meningkatkan semangat &

usaha dalam kerjaya masing-masing.

[PENCAPAIAN PERKHIDMATAN]

9. Saya menyeru agar anda semua

sebagai warga KIMIA dapat

memberikan perkhidmatan terbaik

sepanjang menjalankan tugas bukan

sahaja bagi meningkatkan prestasi

piagam malah kita perlu fokus kepada

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

12

penyampaian perkhidmatan yang lebih

jitu untuk rakyat.

10. Kita juga perlu sentiasa

menambahbaik dari segala segi dan

meningkatkan produktiviti serta tidak

boleh merasa terlalu leka dan selesa

dengan pencapaian semasa.

Hadirin sekalian,

[IMEJ PENJAWAT AWAM]

11. Saya ingin mengingatkan semua agar

tidak mencemar dan menjejaskan imej

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

13

perkhidmatan awam amnya dan

Jabatan Kimia Malaysia khususnya.

12. Pada tahun lepas dan awal tahun ini,

kita telah dikejutkan dengan beberapa

laporan siasatan oleh SPRM terhadap

penjawat awam yang dikatakan

menyalahgunakan kuasa dan terlibat

dengan penyelewengan. Insiden-

insiden ini telah mencemarkan imej

perkhidmatan awam.

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

14

13. Saya menaruh keyakinan terhadap

seluruh warga Kimia dalam

menjalankan tugas dengan amanah

dan bertanggungjawab. Bak kata

perpatah “Jangan biar nila setitik,

rosak susu sebelanga”.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KERJA LUAR]

14. Sejak kebelakangan ini, ramai

kakitangan kerajaan melaksanakan

kerja-kerja luar bagi mendapatkan

pendapatan tambahan. Jesteru itu,

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

15

saya ingin mengingatkan semua

warga KIMIA bahawa kita masih

terikat dengan Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

15. Peraturan 5(3) menyatakan bahawa

tuan/puan perlu mendapatkan

kebenaran Ketua Jabatan terlebih

dahulu dan tertakluk kepada 3 kriteria

ini:-

(a) Tidak dilakukan dalam waktu

pejabat dan semasa pegawai

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

16

dikehendaki melaksanakan tugas

rasminya;

(b) Tidak akan dengan apa-apa cara

cenderung menjejaskan

kebergunaan pegawai itu sebagai

pegawai perkhidmatan awam;

(c) Tidak akan dengan apa-apa cara

cenderung bercanggah dengan

kepentingan perkhidmatan awam

atau menjadi tidak selaras dengan

kedudukan pegawai itu sebagai

seorang pegawai perkhidmatan

awam.

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

17

16. Pihak Jabatan tidak akan

bertanggungjawab jika berlaku apa-

apa kejadian yang tidak diingini

semasa tuan/puan melakukan

pekerjaan luar dan Jabatan berhak

mengambil tindakan tatatertib

terhadap tuan/puan.

17. Bagi memastikan ketelusan dan

konsep ‘impartial’ terus diamalkan di

Jabatan, arahan ini juga terguna pakai

untuk kumpulan Pengurusan dan

Profesional.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

18

Hadirin sekalian,

[KENYATAAN DI MEDIA SOSIAL]

18. Di zaman yang serba canggih ini, saya

percaya ramai di antara kita

mempunyai akaun serta aktif dalam

penggunaan media sosial seperti

Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Saya sendiri mempunyai akaun

Facebook dan juga Instagram sebagai

bukan sahaja berhubung dari segi

sosial malah sebagai salah satu

saluran untuk mendapatkan maklumat

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

19

serta pandangan berhubung Jabatan

Kimia Malaysia secara halusnya.

19. Dalam kita aktif menggunakan media

sosial ini, tahap kecelikan media sosial

atau disebut sebagai social media

literacy adalah penting. Apa maksud

social literacy? Ia membawa erti,

pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan dalam mengintepretasikan

maklumat yang diterima melalui media

sosial untuk membezakan yang mana

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

20

sahih dan yang mana fitnah,

tohmahan atau rekaan semata-mata.

20. Anda semua dinasihatkan untuk

mengesahkan dahulu maklumat yang

diterima di media sosail. Yang penting

sekali adalah jangan terlibat dalam

menyebarkan sesuatu atau

memberikan komen-komen yang

boleh ditafsirkan mengikut Perintah

Am (General Orders) sebagai

mencemarkan imej perkhidmatan

awam, atau yang melanggari

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

21

peruntukan undang-undang seperti di

bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

21. Bersesuaian dengan Majlis Perasmian

Sambutan Safer Internet Day 2017

yang akan dirasmikan oleh YB Menteri

MOSTI esok hari, pihak CyberSecurity

telah mengadakan kempen “My Viral

Vow” antaranya adalah:

Adalah Menjadi Tanggungjawab

Saya Untuk Berkongsi Maklumat

Yang Sahih

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

22

Saya Bertanggungjawab Atas

Semua Yang Saya Tular

Saya Menjaga Maruah Anda

Pastikan Maklumat Itu Betu,

Sebelum Anda Bertindak

Berkongsi Maklumat Yang

Keterlaluan, Satu Kecuaian

22. Saya secara peribadi amat

menyokong ‘vow’ atau janji yang

dihuraikan tadi. Jadilah pengguna

internet yang bijak!

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

23

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

[DASAR KESELAMATAN &

PERLINDUNGAN JABATAN]

23. Dasar Keselamatan & Perlindungan

Jabatan meliputi segala ekshibit,

dokumen, maklumat dan bahan yang

dikeluarkan, diproses, disimpan atau

disampaikan termasuk dalam bentuk

elektronik hendaklah diberikan

perlindungan keselamatan

sewajarnya.

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

24

24. Lawatan mengejut saya ke makmal-

makmal masih lagi terdapat ekshibit

dan barang kes yang tidak dikawal

sewajarnya. Perkara sebegini tidak

sepatutnya berlaku.

25. Sehubungan dengan itu saya amat

menekankan pemantauan dalam

pegurusan fizikal berkaitan dari

barang kes hinggalah kelaporan.

26. Pengunaan label “Forensik” (di

bangunan / kenderaan jabatan) dan

label bilik kebal juga hendaklah

diubah dengan kadar segera sebagai

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

25

langkah pencegahan daripada

berlakunya pekara yang tidak

diingini.

Hadirin sekalian,

[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM

MELAKA]

27. Untuk makluman, saya telah

mengadakan lawatan kerja ke Jabatan

Kimia Malaysia, Cawangan Melaka

pada 26 Januari yang lepas.

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

26

28. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat

sendiri keadaan Kimia Melaka dan

beramah mesra dengan kakitangan

Kimia Melaka. Lawatan ini juga

membolehkan sistem terbuka

dijalankan, sebagai contoh, ruang

diberi kepada semua warga Kimia

untuk bersua muka dan memberi idea

atau menyatakan sebarang masalah

terus kepada saya.

29. Terima kasih kepada semua yang

telah memberi kerjasama dalam sesi

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

27

lawatan ini terutamanya yang memberi

pandangan semasa sesi dialog

diadakan. Pihak pengurusan akan

cuba untuk mengambil tindakan atas

segala pandangan yang diutarakan.

Hadirin sekalian,

[IKTD FUN RUN]

30. Pada hari Ahad lepas, Bahagian IKTD

telah berjaya mengadakan suatu

program larian Fun Run IKTD.

Tahniah buat Pengarah serta warga

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

28

bahagian IKTD atas penganjuran

program tersebut. Syabas!

[PENUTUP]

31. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, Saya juga ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Februari ini.

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada sahabat-sahabat kita yang berbangsa Tionghoa. Tahun ini merupakan

29

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.