perbezaan kreativiti berdasarkan jantina dalam … · komponen kreativiti berdasarkan jantina....

12
727 PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH Noor Syuhaila Mat Yusup, Saemah Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kreativiti merupakan kemahiran abad ke-21 yang dapat menjana inovasi dan melengkapkan murid dengan kemahiran lain yang diperlukan bagi bersaing dalam pasaran kerja. Terdapat kajian menyatakan murid lelaki lebih kreatif berbanding perempuan, malah ada yang menyatakan murid perempuan lebih kreatif. Sebaliknya, terdapat kajian menyatakan jantina bukan penentu kreativiti. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat perbezaan kreativiti murid tingkatan empat berdasarkan jantina. Kajian ini penting membantu guru membuat persediaan dalam melayan murid berlainan jantina. Kaedah kuantitatif dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 240 orang murid tingkatan empat telah dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor sebagai responden kajian. Data yang diperoleh daripada Guildford Alternatif Users (GAU) disemak menggunakan skema Guilford & Torrance seterusnya dianalisis menggunakan SPSS. Hasil ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini diharap dapat memberi input kepada guru dalam melayan murid berlainan jantina dan merancang pedagogi serta menyebatikan elemen kreativiti dalam P&P. Kata kunci: Personaliti Kreatif, Kreativiti, Jantina ABSTRACT Creativity refers to 21st century skill that can generate innovation and equipped students with other skills in order to compete in the job market or working environment. Past studies indicated, it is found that male students are more creative than female students and vice versa. However, some other studies found that gender does not in contribute to creativity.Hence, this study is carried out to determine the differences creativity of Form Four students based on genders. This study is vital for the teachers to prepare themselves in handling students of different gender in the classroom. To achieve the purpose of this study. A total of a quantitative method is used by giving questionnaires as research instrument were 240 of Form Four students from 4 schools in Hulu Langat, Selangor. are randomly selected as respondents of this study. The data was collected using Guildford Alternative Users (GAU) and assessed using Guilford and Torrance framework of creativity. The result of MANOVA shows there is significant difference in creativity based on genders. It shows that female students are more creative than male students. It is hoped that this research will give the teachers some information to treat the students of different gender and planning their lessons and blend the element of creativity in the pedagogy conducted. Key words: Creative Personality, Creativity, Gender

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

71 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

727

PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN

JANTINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

MENENGAH

Noor Syuhaila Mat Yusup, Saemah Rahman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kreativiti merupakan kemahiran abad ke-21 yang dapat menjana inovasi dan melengkapkan murid dengan

kemahiran lain yang diperlukan bagi bersaing dalam pasaran kerja. Terdapat kajian menyatakan murid lelaki

lebih kreatif berbanding perempuan, malah ada yang menyatakan murid perempuan lebih kreatif. Sebaliknya,

terdapat kajian menyatakan jantina bukan penentu kreativiti. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat

perbezaan kreativiti murid tingkatan empat berdasarkan jantina. Kajian ini penting membantu guru membuat

persediaan dalam melayan murid berlainan jantina. Kaedah kuantitatif dilaksanakan dengan menggunakan

soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 240 orang murid tingkatan empat telah dipilih secara rawak

daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor sebagai responden kajian. Data yang diperoleh

daripada Guildford Alternatif Users (GAU) disemak menggunakan skema Guilford & Torrance seterusnya

dianalisis menggunakan SPSS. Hasil ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan

komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding

murid lelaki. Kajian ini diharap dapat memberi input kepada guru dalam melayan murid berlainan jantina dan

merancang pedagogi serta menyebatikan elemen kreativiti dalam P&P.

Kata kunci: Personaliti Kreatif, Kreativiti, Jantina

ABSTRACT

Creativity refers to 21st century skill that can generate innovation and equipped students with other skills in

order to compete in the job market or working environment. Past studies indicated, it is found that male

students are more creative than female students and vice versa. However, some other studies found that

gender does not in contribute to creativity.Hence, this study is carried out to determine the differences

creativity of Form Four students based on genders. This study is vital for the teachers to prepare themselves

in handling students of different gender in the classroom. To achieve the purpose of this study. A total of a

quantitative method is used by giving questionnaires as research instrument were 240 of Form Four students

from 4 schools in Hulu Langat, Selangor. are randomly selected as respondents of this study. The data was

collected using Guildford Alternative Users (GAU) and assessed using Guilford and Torrance framework of

creativity. The result of MANOVA shows there is significant difference in creativity based on genders. It

shows that female students are more creative than male students. It is hoped that this research will give the

teachers some information to treat the students of different gender and planning their lessons and blend the

element of creativity in the pedagogy conducted.

Key words: Creative Personality, Creativity, Gender

Page 2: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

728

PENGENALAN

Pendidikan berkualiti merupakan aset pembangunan sesebuah negara. Melalui pendidikan kemahiran

abad ke-21, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat ditingkatkan. Murid akan dilengkapi dengan

kemahiran lain yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Bagi mencapai kemahiran berfikir aras

tinggi, unsur kreativiti perlu diterapkan kerana kreativiti menjadi tonggak pengupayaan ekonomi negara.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah melancarkan kajian semula yang

diterjemahkan melalui satu pelan pembangunan komprehensif iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan

Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025. PPPM yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan

melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui asas aspirasi murid.

Enam aspirasi tersebut yang digariskan dalam PPPM ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Kesemua aspirasi murid ini

penting bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan pandangan Moon

(2006), yang menyatakan komuniti yang berpendidikan dalam sesebuah negara berupaya mengukuhkan

ekonomi sesebuah negara. Sejajar dengan ini, kepentingan kreativiti perlu dititikberatkan bagi

membangunkan masyarakat dan membentuk sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang (Storm &

Storm, 2002). Kreativiti bukanlah satu subjek yang boleh diajar secara langsung tetapi boleh diterapkan

dalam setiap subjek melalui aktiviti dalam proses P&P. Walaupun KPM melakukan pelbagai transformasi

untuk membantu guru membangunkan kreativiti murid, apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan guru

tidak menyedari bahawa kreativiti bukan hanya ada pada murid yang mempunyai kepintaran sahaja, tetapi

terdapat banyak faktor lain yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan kreativiti murid seterusnya memberi

implikasi positif terhadap pencapaian akademik mereka.

Oleh yang demikian, kajian ini penting bagi membolehkan guru mengetahui adakah faktor jantina

menjadi penentu kepada amalan kreativiti murid. Pengetahuan ini juga akan membolehkan guru meneroka

dengan lebih mendalam faktor yang menjadi pendorong kepada kreativiti murid dalam merancang pedagogi

yang bersesuaian dengan murid. Mayer (1983) menyatakan 'pengajaran kreatif' sebagai salah satu kaedah

merangsang kreativiti murid. Di samping itu, Best & Thomas (2007) menyatakan murid akan memperoleh

ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan nilai serta dapat mengembangkan kreativiti dan inovasi

mereka. Hasilnya, akan dapat membantu guru mengenalpasti pendekatan melayan murid berlainan jantina

dalam usaha memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Di samping dapat merealisasikan PPPM 2013-2025,

dalam salah satu aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir, iaitu setiap murid akan belajar cara memperoleh

ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka iaitu dengan menerapkan perasaan ingin tahu dan

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Sungguhpun terdapat banyak kajian mengenai kreativiti dikaji. Namun, dalam mengupas faktor

yang mempengaruhi kreativiti murid, faktor jantina murid sering diperdebatkan dan menjadi pertikaian oleh

kebanyakan sarjana dalam bidang ini. Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji berkaitan faktor jantina

dan kreativiti. Namun, masih boleh diperdebatkan kerana mempunyai keraguan. (Baer, J., dan Kaufman, J.

C.,2008). Soon Singh (2011) dalam kajiannya mendapati murid lelaki lebih kreatif jika dibandingkan

dengan murid perempuan. Dapatan kajiannya disokong oleh kajian yang dijalankan Fillippo (2000) di

Chicago. Manakala, kajian oleh Kousoulas dan Mega (2009) dan Ming (2000) bertentangan dengan dapatan

Soon Singh (2011) mendapati murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Dapatan oleh Ming

Page 3: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

729

disokong oleh kajian Whonton (2001) yang menjalankan penyelidikannya di Amerika Syarikat. Walau

bagaimanapun, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa faktor jantina sama ada lelaki atau

perempuan tidak menentukan murid itu kreatif atau tidak. Penyataan ini dibuktikan melalui kajian Hamsiah

(2004) dan Matud et. al, (2007) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara murid aliran

sains lelaki dan perempuan bagi kreativiti. Percanggahan dapatan kajian ini menimbulkan persoalan bahawa

adakah faktor berlainan jantina mempengaruhi kreativiti murid dan adakah terdapat faktor lain yang

mendorong kepada dapatan kajian sebelum ini. Oleh itu, fokus kajian hanya satu daripada lima faktor

kreativiti yang diperkenalkan oleh Sternberg (2006), iaitu personaliti. Diharapkan kajian ini akan memberi

input berguna kepada guru khususnya, adakah faktor jantina menjadi penentu kepada personaliti dan

kreativiti murid.

TINJAUAN LITERATUR

Bahagian ini akan membincangkan konsep kreativiti. Selain itu, turut diperbincangan kajian-kajian lepas

yang berkaitan dengan tahap kreativiti dan kreativiti berdasarkan jantina.

Kreativiti

Kreativiti adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Torrance (1990) menyatakan kreativiti bermaksud kelancaran

menjana sesutau idea, fleksibel dalam penghasilan idea yang berbeza, kebolehan menjana idea yang berbeza

yang bersifat asli dan luar biasa serta mampu menjana idea yang boleh dihuraikan. Lubart (2000) menyatakan

kretiviti adalah satu penghasilan idea atau produk ciptaan yang asli. Di samping itu, kreativiti ditakrifkan

sebagai proses perubahan sesuatu konsep yang melibatkan strategi kongnitif seperti peta konsep dan analogi

(Rezaei dan Katz, 2002). Mohd Azhar (2004) mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan pemikiran dan

kebolehan mengambil tindakan dengan tidak berasaskan logik biasa, kerana logik biasa bersifat penilaian

yang dibuat secara luaran dan tanggapan awal. Batey, M. dan Furnham, A. (2006) menyifatkan kreativiti

sebagai sesuatu penghasilan idea yang mesti memenuhi kriteria kreatif iaitu asli (origin), baharu, berguna

(useful), praktikal (practical), dan kebolehpasaran (marketable). Manakala Starko (2010) mendefinisikan

kreativiti melibatkan perubahan konsep dan idea yang dihasilkan bersifat asli. Bahagian Pembangunan

Kurikulum (BPK 2010), mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang murid mencernakan dan

menghasilkan idea baharu yang bersifat asli. Dalam kajian ini komponen kreativiti yang dilihat ialah :

i. Keaslian (originality) ialah kebolehan mencetuskan idea baharu secara asli dan tulen. Kebolehan seseorang

menghasilkan idea unik dan berbeza daripada yang lain serta menyelesaikan sesuatu masalah mengikut cara

tersendiri.

ii. Kelancaran (fluency) merujuk kepada kemampuan individu menghasilkan idea. boleh berimaginasi,

berfikiran terbuka dan boleh menghasilkan kepelbagaian idea mengikut situasi.

iii. Kelenturan (fleksiblity) Kelenturan atau keluwesan merujuk kepada keupayaan individu menyesuaikan

hasil idea yang dijana dan mengemukakan pelbagai dalam cara atau pendekatan dalam menyelesaikan

masalah melalui pelan tindakan yang dirancang.

Page 4: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

730

iv. Penghuraian (elaboration) Penghuraian merujuk kepada kebolehan seseorang membuat penghuraian,

penghujahan secara terperinci dengan mengemukan rasionalisasi.

Kajian Lepas

Di Malaysia, kajian terawal berkaitan kreativiti dijalankan oleh Yong pada tahun 1989, bertajuk " A

Study creativity & Its Correlates Among Form Four Pupils". Dapatan kajian daripada 397 responden ini

mendapati murid yang terpilih sebagai responden kurang kreatif secara keseluruhannya dan dari segi jantina

menunjukkan murid lelaki lebih kreatif berbanding murid perempuan. Rentetan daripada kajian ini, ramai

sarjana yang berminat mengkaji bidang ini. Mohamad Hussain (1998) dalam kajiannnya "Hubungan antara

Kreativiti dengan Pencapaian Akademik" menggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) sebagai

instrumen kajian menunjukkan perbezaan jantina bagi kajian ini selari dengan Yong (1989) yang menyatakan

pelajar lelaki lebih kreatif berbanding perempuan. Kajian seterusnya daripada Ahamd Daud (2007). Hamsiah

(2003) mendapati tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara lelaki dan perempuan dari segi kreativiti.

Dapatan ini juga selari dengan kajian oleh Nurliana (2002) yang menjalankan kajian terhadap 50 orang

kanak-kanak di sekitar Lembah Klang. Soon Singh (2011) dalam kajiannya bertajuk " Perhubungan Antara

Kreativiti Figura Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat " menunjukkan terdapat perbezaan

yang singnifikan bagi kreativiti antara lelaki dan perempuan. Hasil ujian-t menunjukkan murid lelaki lebih

kreatif berbanding murid perempuan. Mohd Yusof Arshad & Siti Hajar Alias dalam kajian bertajuk "Tahap

Kreativiti Di Kalangan Pelajar Program Sains di Fakulti Pendidikan UTM" menggunakan metodologi

berbentuk tinjauan mendapati tidak terdapat perbezaan min yang singnifikan bagi tahap kreativiti antara

jantina lelaki dan perempuan. Berbanding dengan Malaysia, kajian kreativiti di luar negara telah lama wujud.

Guilford (1973) telah menjalankan satu kajian berkaitan perbezaan kreativiti antara individu. Hasil kajiannya

menunjukkan faktor kepintaran membantu mengatasi kesamaan antara individu yang mempunyai kecerdasan

otak dan sebaliknya. Kajian oleh Dharmangandan (1981), Tara (1981) & Khaleefa et. al (1996),

menunjukkan murid lelaki lebih berkreativiti bebanding murid perempuan. Kajian lain oleh Comeau (1980)

faktor jantina bukanlah penentu kepada tahap kreativiti yang dimiliki individu. Dapatan ini disokong oleh

kajian oleh Katiyar dan Jarial (1983) yang mendapati bahawa tidak ada perbezaan yang singnifikan bagi

tahap kreativiti berdasarkan jantina. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Frederick (2005) dari Amerika

Syarikat yang menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap pelajar pra sekolah awam. Dapat

disimpulkan, kebanyakan dapatan kajian yang mengkaji berkaitan perbezaan kreativiti antara jantina

menunjukkan jantina lelaki lebih kreatif berbanding perempuan sama ada dalam kalangan kanak-kanak,

murid sekolah mahupun pelajar universiti. Khalefa et.al (1996), Nurliana (2002), dan Soon Singh (2011).

Kajian terbaharu berkaitan oleh kreativiti oleh Balan & Ivy (2014) menunjukkan tiada perbezaan yang

singnifikan dalam kreativiti antara lelaki dan perempuan. Oleh itu kajian ini akan mengkaji amalan kreativiti

murid berdasarkan jantina. Kajian ini diharap dapat merungkai persoalan adakah jantina menjadi faktor

penentu kreativiti murid.

Page 5: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

731

METADOLOGI KAJIAN

Populasi & Sampel

Seramai 360 orang responden dipilih terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan. Walau

bagaimanapun, hanya 240 reponden yang menjawab soal selidik dengan lengkap. Cohen et. al (2007)

menyatakan pulangan soal selidik melebihi 80 peratus adalah masih boleh diterima.

Profil Respoden Kajian

Seramai 360 orang responden terpilih dalam kajian ini, hanya 240 yang telah melengkapkan intrumen soal

selidik. Demografi responden yang terlibat dalam kajian ini adalah jantina sahaja. Daripada jumlah 240

orang responden yang terlibat dalam kajian ini, 121 orang ialah murid lelaki dan 119 orang murid perempuan.

Dari segi komposisi kaum seramai 150 murid berbangsa Melayu dan 57 murid berbangsa Cina manakala

seramai 32 murid berbangsa India dan selebihnya seramai 1 murid berbangsa lain-lain (Indonesia). Kesemua

responden ialah murid tingkatan empat berusia 16 tahun di sekolah menengah harian. Jadual 2 menerangkan

berkaitan profil responden yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Frekuensi Peratus

Lelaki 121 50.4

Perempuan 119 49.6

JUMLAH 240 100

Lokasi Kajian

Lokasi kajian dijalankan di empat buah SMK ( Harian ) di bawah Kementeraian Pendidikan Malaysia dalam

Zon Ampang dan Zon Kajang daerah Hulu Langat, Selangor.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi maklumet demografi responden

terdiri daripada jantina, bangsa dan aliran pengajian. Bahagian B mengukur dimensi Kreativiti

menggunkan instrumen asal Guilford Alternate Uses (GAU). Instrumen soal selidik ini mengandungi tiga

Page 6: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

732

bahagian soalan dan menggunakan soalan respon terbuka. Jawapan disemak menggunakan skema Guilford

& Torrance dan diketegorikan mengikut komponen seperti di bawah.

i. Skor Keaslian (originality) diperoleh hasil daripada respon dan idea unik yang diberikan. Respon idea 5

peratus daripada sampel kajian diberikan 1 markah. Manakala 1 peratus daripada sampel kajian diberikan 2

markah. .

ii. Skor Kelancaran (fluency) diperoleh dengan menjumlahkan semua idea baharu yang dihasilkan

berdasarkan idea asal yang diberi di dalam instrumen. Setiap idea diberikan satu markah.

iii. Skor Kelenturan (fleksiblity) diperoleh diperoleh hasil daripada respon unik yang diberikan. Setiap idea

diberikan dua markah.

iv. Skor Penghuraian (elaboration) diperoleh berdasarkan idea baharu yang ditambah daripada idea asal yang

diberi. Idea berulang tidak akan diberikan markah. Setiap idea ini diberikan dua markah.

ANALISIS DATA

Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) v22.

Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi

Dalam kajian ini, statistik deskriptif merujuk kepada penukaran data kepada angka dan bentuk yang

menyenangkan untuk difahami dan mentaksirkan data-data berkenaan. Statistik ini digunakan bagi

mendapatkan bilangan, min, peratusan dan sisihan piawai.

Statistik inferensi juga digunakan. Andaian-andaian dalam menggunakan statistik inferensi seperti skala

dalam bentuk interval, pemboleh ubah bertaburan normal dan karakteristik sampel menggambarkan ciri-ciri

sebenar populasi telah dipenuhi terlebih dahulu. Oleh kerana, kajian ini ingin menjawab persoalan perbezaan

antara kumpulan dengan lima kategori bagi variabel bersandar, ujian Multi Analysis of Variance (MANOVA)

digunakan bagi menguji pengaruh dua atau lebih daripada dua variabel bersandar yang dianalisis secara

serentak.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan data daripada dapatan kajian daripada semua persoalan yang dinyatakan.

PERSOALAN KAJIAN 1

Apakah kreativiti murid tingkatan empat berdasarkan jantina?

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang akan menjawab persoalan kreativiti murid berdasarkan

jantina. Jadual 2 menunjukkan taburan min dan sisihan bagi empat komponen kreativiti berdasarkan jantina.

Dapatan kajian bahagian ini menunjukkan jumlah min murid lelaki bagi komponen kreativiti keaslian (M=

4.13, SP=4.592) berbanding murid perempuan (M= 4.08, SP=4.648) . Seterusnya, murid lelaki mencatatkan

min komponen kreativiti kelancaran (M=16.45 , SP=8.637) manakala murid perempuan mencatatkan (M=

Page 7: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

733

19.31, SP=11.427) . Murid lelaki mencatatkan min bagi komponen kreativiti kelenturan (M= 2.64,

SP=2.380) berbanding murid perempuan (M= 3.71, SP=3.320) dan bagi komponen penghuraian murid lelaki

mencatatkan (M=11.50 , SP=14.002) manakala murid perempuan mencatatkan (M=16.35 , SP=20.145).

Jumlah keseluruhan keempat-empat komponen kreativiti mencatatkan murid lelaki memperoleh (M=34.72 ,

SP=29.611) dan murid perempuan (M= 43.45, SP=39.54).

Kesimpulannya, daripada empat komponen kreativiti yang diuji, murid lelaki dan perempuan paling

baik dalam komponen kreativtiti kelancaran diikuti komponen kreativiti penghuraian dan keaslian. Kedua-

dua jantina lelaki dan perempuan mencatat skor paling rendah dalam komponen kreativiti kelenturan.

Kesimpulannya, dari segi jumlah keseluruhan min bagi empat komponen kreativiti, mencatatkan murid

perempuan lebih kreatif daripada murid lelaki.

Jadual 2 Taburan Kekerapan, Min dan Sisihan Piawai Komponen

Kreativiti Berdasarkan Jantina

Jantina Lelaki Perempuan

Komponen

Kreativiti

N Min SP N Min SP

Keaslian 121 4.13 4.592 119 4.08 4.648

Kelancaran 121 16.45 8.637 119 19.31 11.427

Kelenturan 121 2.64 2.380 119 3.71 3.320

Penghuraian 121 11.50 14.002 119 16.35 20.145

Jumlah 121 34.72 29.611 119 43.45 39.54

Page 8: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

734

Rajah 1 Graf Bar Perbezaan Tahap Komponen Kreativiti Berdasarkan Jantina

PERSOALAN KAJIAN 2

Adakah terdapat perbezaan kreativiti berdasarkan jantina?

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang singnifikan antara kreativiti berdasarkan jantina dalam kalangan murid

tingkatan empat.

Bahagian ini akan membincangkan perbezaan kreativiti berdasarkan jantina. Oleh itu ujian

MANOVA digunakan setelah analisis pertama memenuhi andaian awal. Langkah pertama ialah dengan

melakukan, ujian Box'M menggunakan Homogenity of Covarians Matrices dijalankan bagi memenuhi

kehomogenan varian-kovarian sebelum analisis MANOVA dijalankan. Berdasarkan jadual 3, ujian Box's M

didapati bahawa nilai F = 3.281) df1 = 10, df2 =270635.159 pada aras singnifikan 0.000 Dalam situasi ini,

jika nilai aras singnifikan kecil dari 0.01 maka ini bermakna ujian MANOVA boleh digunakan sekiranya saix

sampel adalah besar dan hampir sama. Stevens (1986). Ini bermakna varian dan kovarian pemboleh ubah

bersandar tidak homogenus merentasi semua pemboleh ubah bebas (jantina). Sehubungan itu, pengujian

boleh diteruskan dengan menggunakan MANOVA.

Jadual 3 Hasil Ujian Box's M

Box's M Nilai F df1 df2 Sig

33.410 3.281 10 270635.1 Sig. 0.000*

0

5

10

15

20

25

Keaslian Kelancaran Kelenturan Penghuraian

LELAKI

PEREMPUAN

Page 9: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

735

Hasil ujian multivariate menjelaskan tiga komponen kreativiti iaitu kelancaran, kelenturan dan

penghuraian mempunyai nilai p < 0.05. Ini bermakna terdapat perbezaan yang singnifikan dalam tiga

daripada empat kompenan kreativiti. Jadual 4 menunjukkan, nilai p bagi hasil analisis ujian MANOVA yang

dijalankan. Keputusan ujian mendapati bahawa aras singnifikan komponen keaslian ( p = 0.936 > p = 0.05),

kelancaran ( p = 0.030 < p = 0.05 ) , kelenturan (p = 0.004 < p = 0.05), dan penghuraian (p= 0.031 < p =

0.05).

Tiga daripada empat komponen yang diuji menunjukkan terdapat perbezaan antara komponen

kreativiti berdasarkan jantina. Komponen penghuraian menunjukkan aras singnifikan paling besar, diikuti

kelancaran dan kelenturan. Manakala hanya komponen kreativiti keaslian menunjukkan terdapat perbezaan

yang singnifikan antara kreativiti dan jantina. Kesimpulannya, tiga daripada empat komponen kreativiti

menunjukkan nilai p < 0.05. Ini bermakana hipotesis nol ditolak. Keputusan ujian MANOVA ini

menunjukkan, terdapat perbezaan yang singnifikan komponen kreativiti berdasarkan jantina.

Jadual 4 Analisis MANOVA Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina

Pemboleh Ubah

Komponen Kreativiti

Nilai F df Jumkah Kuasa Dua

Aras Singnifikan

Jantina Keaslian 0.007 1 0.139 0.936 Kelancaran 4.783 1 489.5 0.030* Kelenturan 8.246 1 68.6 0.004* Penghuraian 4.701 1 1410.5 0.031*

singnifikan pada aras 0.05

PERBINCANGAN

Kreativiti Murid Berdasarkan Jantina

Perbincangan seterusnya berdasarkan persoalan kajian pertama iaitu kreativiti murid tingkatan empat

berdasarkan jantina. Kreativiti murid pada persoalan ini dilihat berdasarkan skor jawapan murid yang

dikategorikan mengikut empat komponen iaitu keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian.

Jika dilihat dari aspek kedudukan skor min komponen kreativiti secara berasingan. Min keempat-

empat komponen murid lelaki dan perempuan adalah paling tinggi dicatatkan oleh komponen kreativiti

kelancaran, diikuti komponen kreativiti penghuraian, komponen kreativiti keaslian dan komponen kreativiti

kelenturan. Kajian ini menggambarkan murid lelaki dan perempuan gemar kepada penerokaan idea,

berimaginasi serta berfikiran terbuka. Mereka juga dilihat berkemampuan untuk mencetuskan respon dan

idea-idea baharu dalam pelbagai situasi yang diberikan. Hasil dapatan mempunyai persamaan dengan kajian

oleh Soon Sigh (2011) yang menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity Thinking (TTCT). Dalam

kajian beliau dalam kalangan murid tingkatan empat mendapati murid lebih kreatif dalam komponen

kelancaran figura, iaitu murid berkenaan berkebolehan menjana idea dan pengetahuan baharu sekiranya

Page 10: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

736

rangsangan yang diberikan dapat mencabar minda mereka. Selain itu, dapatan ini juga membuktikan murid

mempunyai kelemahan untuk menambah idea-idea baharu.

Manakala jika dilihat perbezaan setiap komponen kreativiti berdasarkan jantina komponen keaslian,

kelancaran, kelenturan dan penghuraian murid perempuan mencatatkan min lebih tinggi daripada murid

lelaki dengan perbezaan min yang tidak ketara. Oleh itu, dapatan ini membuktikan murid perempuan lebih

baik dalam proses penghasilan idea asli (keaslian), kebolehan berimaginasi dan berfikiran terbuka

(kelancaran), lebih berkeupayaan menyesuaikan idea baharu mengikut situasi (kelenturan) dan kebolehan

berhujah serta mngemukakan alasan yang rasional (penghuraian). Torrance (1963). Dapatan ajian ini

bertentangan dengan kajian oleh Ming (2000) di Taiwan serta Whonton (2001) di Selatan Amerika Syarika

yang menyatakan murid lelaki lebih tinggi tahap kreativiti berbanding murid perempuan.

Perbezaan Kreativiti Murid Berdasarkan Jantina

Dari segi perbezaan kreativiti murid berdasarkan jantina, dapatan menunjukkan hipotesis nol ditolak. Ini

bermakna murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini selari dengan dapatan oleh

William (2014) yang turut menyatakan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Ini

bermaksud murid perempuan lebih mudah menghasilkan idea yang berbanding murid lelaki, boleh

menghasilkan idea dan berfikiran terbuka. Murid perempuan juga lebih bersistematik kerana gemar

mengemukan penyelesaian masalah melalui pelan tindakan yang dijana. Selain itu, murid perempuan

berkemampuan berhujah secara terperinci berbanding murid lelaki. Murid lelaki lebih kreatif melalui

penghasilan idea yang bersifat asli dan unik. Walau bagimanapun, kajian ini bertentangan dengan kajian

yang telah dilakukan pada awal kajian kreativiti diperkenalkan oleh Halen (1980) bahawa faktor jantina

bukanlah penentu kepada tahap kreativiti yang dimiliki individu. Kajian terbaru oleh Bala & Ivy (2014)

berkaitan kreativiti turut menyokong penyataan ini. Daripada keputusan kajian ini, dapat disimpulkan

bahawa murid yang mempunyai ciri paling banyak dalam komponen kreativiti berpotensi untuk mempunyai

berkreativiti. Hal ini menunjukkann akan kepentingan komponen kreativiti untuk menjadikan seseorang

murid itu kreatif.

KESIMPULAN

Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kreativiti berdasarkan jantina dalam

kalangan murid tingkatan empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Hulu Langat, Selangor.

Maklumat yang diperoleh melalui kajian ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada guru dan

pihak sekolah. Hasil kajian dapat membantu guru mengenalpasti kepelbagaian atau kesamaan kreativiti

murid berlainan jantina, seterusnya dapat menyumbang kepada kesediaan guru dalam melayan murid

berlainan jantina dan menyediakan pedagogi terbaik dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)

mereka. Di samping itu, hasil kajian juga diharap dapat menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dinyatakan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Secara holistiknya, diharapkan kajian ini dapat memberi

nilai tambah serta sumbangan kepada lapangan kajian yang sama pada masa akan datang.

Page 11: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

737

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar

dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International Malaysia Educational Technology

Convention.

Balan Rathakrishnan & Ivy Lim. 2014. Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina Pelajar Tingkatan Empat

Di Kota Kinabalu Sabah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga.

Chua Yan Piaw. 2014. Asas Penyelidikan Statistik. Kaedah Penyelidikan Statistik. Ed. Ketiga. Mc. Graw

Hill Education.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education.

Faizah Othman & Saemah Rahman. Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

(KBKK) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Faridah Mohd Sopah 2015. Amalan Kreativiti, Gaya Kognitif, Pengaruh Faktor Persekitaran dan

Pencapaian Pelajar Pintar Akademik.

Gelede. G. 2000. Creative Style and Divergent Production. Journal Creative Behavior . 29 (1): 36-53.

Hamsiah. (2004). Tahap Kreativiti Guru Sains dan Amalannya Dalam Pengajaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ringkasan Eksekutif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025) Pendidikan prasekolah hingga Lepas Menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. KBAT. Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah (2013).

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015). Laporan Awal.

Mohd Razip, Seth Sulaiman & Lilia Ellany Mohtara. 2013. Pembinaan Instrumen Sikap Kreatif dalam

Kalangan Pelajar Fizik Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor. 2nd International and

Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

Muliha Salma (2010). Aplikasi KBAT Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti Teknologi

Malaysia.

Muhamad Mohsin & Nasruddin Yunus 2008. Halaangan-Halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti Di

Kalangan Pelajar. Prosiding SKIKS. Universiti Tun Hussin Onn Malaysia.

Mohammad Sattar Rasul, Nur Farhana Waheeda & Rose Amnah. (2013), Pembinaan Karektor Pelajar

Kreatif Mengikut Teori Sternberg : Satu Analisis Kandungan dan Pembangunan Kerangka Konseptual.

63.1 (2013) 7-15. ISSN 0127-9696.

Mohd Majid Konting 2014. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazeri Mohamad 2014. Faktor Personaliti Kreatif, Komitmen Pengajaran, Amalan Operasi

Metakongnisi dan Pengajaran Kreatif Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup.

Noraini Idris. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Mc. Graw Hill Education.

Page 12: PERBEZAAN KREATIVITI BERDASARKAN JANTINA DALAM … · komponen kreativiti berdasarkan jantina. Dapatan menunjukkan murid perempuan lebih kreatif berbanding murid lelaki. Kajian ini

738

N. S. Rajendran. 2010. Pengajaran KBAT Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar/ Projek KBKK Poster ‘Warisan

Pendidikan-Wawasan” anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum KP dari 1-2 Ogos 2010.

Rahman, N. A. M. K. S. 2013. Pemupukan Kreativiti Dalam Kalangan Pelajar di Peringkat Sekolah.

Shaheen, R. 2010. Creativity and Education. Creative Education, 1(3), 166-169.

Smith, K. L. P. 2010. Developing Creativity for Learning in The Primary School A Practical Guide For

School Leader.