perbezaan dan persamaan jurnal

10
Normahidayu Mohd Nordin P 48642 Perbezaan dan persamaan jurnal 1) Nama Jurnal Jurnal 1 Preservice Teachers' Use of Action Research to Implement Alternatives to Round Robin Reading Jurnal 2 Qualitative assessment across language barriers: An action research study Jurnal 3 Moving Science Off the "Back Burner": Meaning Making Within an Action Research Community of Practice 2) Fokus Kajian Jurnal 1 Fokus kajian ini adalah melihat penggunaan kaedah alternatif dalam strategi pembacaan lisan dalam kelas bagi guru novis dan keduanya ialah untuk mengkaji bagaimana guru novis ini mengubah pengajaran mereka dengan mereka sendiri menjadi penyelidik.

Upload: geminipeace864206

Post on 11-Jun-2015

885 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

Normahidayu Mohd NordinP 48642Perbezaan dan persamaan jurnal

1) Nama Jurnal

Jurnal 1 Preservice Teachers' Use of Action Research to Implement Alternatives to Round Robin Reading

Jurnal 2Qualitative assessment across language barriers: An action research study

Jurnal 3Moving Science Off the "Back Burner": Meaning Making Within an Action Research Community of Practice

2) Fokus Kajian

Jurnal 1 Fokus kajian ini adalah melihat penggunaan kaedah alternatif dalam strategi pembacaan lisan dalam kelas bagi guru novis dan keduanya ialah untuk mengkaji bagaimana guru novis ini mengubah pengajaran mereka dengan mereka sendiri menjadi penyelidik.

Jurnal 2Fokus kajian ini ialah bagaimana pengajar menilai secara adil kumpulan yang tidak berkongsi bahasa pertama atau budaya yang sama atau bagaimana pengajar dan pelajar saling memahami walaupun terdapat halangan budaya dan bahasa.

Jurnal 3Fokus kajian penggunaan kaedah penyelidikan diterapkan dalam matapelajaran sains di sekolah rendah kerana matapelajaran ini seakan-akan

Page 2: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

disisihkan dalam kurikulum sekolah.

3) Sampel Kajian

Jurnal 1 Penulis memasukkan Kristen Swope & Ikaika Perreira sebagai penyelidik merupakan pelajar dalam program pendidikan di Universiti Brigham Young Hawaii untuk mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini untuk mengkaji amalan pembacaan lisan. Pelajar-pelajar ini telah menguasai elemen asas dalam memberi arahan secara berkesan dan berjaya menguruskan kelakuan kelas.

Jurnal 2Penulis sendiri sebagai penyelidik.Seramai dua belas pelajar Universiti Sains & Teknologi Sudan terlibat dalam kajian ini. Para pelajar ini diwajibkan mengikuti satu program intensif bahasa Inggeris dan latihan literasi komputer selama enam bulan.

Jurnal 3Seramai enam orang guru: guru gred 1 (Kara), tiga orang guru gred 2 (Jean,May dan Lynn) dan dua orang guru gred 2 (Sharon dan Pam).Seorang pembantu pengetua, seorang pengetua dan seorang penyelidik universiti (penulis) menyertai dalam perancangan sesi persekolahan dan menyokong kumpulan guru dengan pelbagai cara.

Page 3: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

4) Setting KajianJurnal 1

Pada tahun pertama pengajaran, Ikaika menjadi guru sekolah menengah di mana keseluruhan kelasnya adalah pelajar pendidikan khas. Tahap pembacaan pelajarnya dari gred satu hingga sepuluh. Manakala Kristen mengajar di sekolah pendalaman di mana kebanyakan sistem ekonomi sosial pelajar adalah rendah.

Jurnal 2Makmal computer

Jurnal 3May, 4 tahun pengalaman mengajar kelas gred 3 terdiri daripada 7 lelaki dan 12 perempuan; 5 orang menerima program pengubahsuaian.

Sharon, 8 tahun pengalaman, kelas gred 3 seramai 21 pelajar terdiri; 7 orang mengikuti program pengubahsuaian kurikulum.

Kara, 7 tahun pengalaman , guru gred 1 seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada 10 lelaki dan 11 perempuan dengan kebolehan dari biasa hingga tinggi.

Jean, guru gred dua, 21 tahun pengalaman, kelas seramai 18 orang pelajar yang terdiri daripada 10 perempuan dan 8 lelaki dengan kebolehan yang heterogen.

May, 21 tahun pengalaman, kelas gred dua seramai 21 0rang terdiri daripada 12 lelaki dan 9 orang perempuan dengan 4 orang mengikuti kurikulum pengubahsuaian dan seorang menghadapi masalah lambat.

Lynn berpengalaman 29 tahun, mengajar dalam kelas seramai 18 lelaki dan 4

Page 4: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

perempuan dengan kebolehan heterogen.

5) Reka bentuk Model Kajian

Jurnal 1 Model Stringer’s (1999) yang ringkas dan tidak berbelit-belit merangkumi tiga peringkat iaitu perhati, fikir dan bertindak.

Jurnal 2Penulis kajian ini tidak menyatakan reka bentuk model yang diikuti. Tetapi berdasarkan artikel, didapati penulis membuat tiga kitaran yang menggunakan cara yang berbeza tetapi masih lagi berasaskan sesawang (web)kerana tidak berlaku penambahbaikan.

Jurnal 3Model yang digunakan ialah 4 peringkat oleh Sagor(2004) iaitu perancangan (planning), tindakan (acting), pemerhatian (observing) dan refleksi (reflecting).

6)Pengumpulan Data & Penganalisaan Data

Jurnal 1 Sumber data yang digunakan termasuklah jurnal refleksi yang ditulis secara konstan, rancangan harian yang terperinci yang dilaksanakan semasa projek dan nota dokumen tentang proses yang digunakan.Sebagai tindakan susulan, penulis kemudian menemu bual guru novis ini semasa penempatan tahun pertama pengajaran tentang penggunaan RRR dan kesan ke atas pengajaran baru dalam kajian tindakan semasa pengalaman mengajar.

Jurnal 2Sumber data daripada kajian ini ialah artifaks digital yang dihasilkan oleh para pelajar, temu bual yang dijalankan oleh

Page 5: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

penulis dan rakaman video aktiviti yang dilakukan pelajar. Selain itu, instrumen penilaian dan hasil penilaian yang dihasilkan semasa penilaian

Jurnal 3 1)2) 1) Audiotaped planning meetings

Keseluruhan kumpulan mengadakan 8 kali perjumpaan secara formal (40 jam). Empat daripada perjumpaan berlangsung secara atas talian menggunakan Elluminate Live Versi 5 sementara perjumpaan lain secara bersemuka. Semua perbualan direkodkan dan disalin kemudian.

3)4) 2) Dokumen

Rancangan harian peserta dan bahan-bahan lain diteliti untuk analisis data dan penaksiran.

3) JurnalSetiap peserta projek menyimpan satu jurnal elektronik sepanjang kajian

dijalankan untuk refleksi kumpulan dan individu.

4) Temu bual tidak formalPada permulaan dan akhir projek, temu bual secara tidak formal dilakukan dengan para peserta. Semua temu bual dirakam dan ditulis kemudian.

5) Nota lapangan5) Penulis merekodkan nota lapangan

selepas sesi perjumpaan dan perancangan.

Page 6: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal

7) Prosedur Kajian

Jurnal 1 Lihat (Look)Kedua-dua guru novis membaca Good-bye Round Robin: Twenty-five Effective Oral Reading Strategies yang menjadi sumber utama strategi yang akan mereka gunakan dan kemudian mereka membuat refleksi ke atas pengalaman belajar mereka

Fikir(Think)Kedua-dua guru novis berfikir tentang kesan RRR yang mereka gunakan di dalam kelas.

Tindakan (Act)Kedua-duanya menggunakan kaedah alternatif dan melihat kesan yang positif.

Jurnal 2Bagi menggantikan kaedah memberi kuliah yang digunakan sebelum ini, penulis memberikan tugasan yang melibatkan penggunaan teknologi di mana penulis berharap pelajar dapat membina pengetahuan mereka sendiri. Pelajar disuruh membina satu portfoilio digital mengandungi semua kerja sepanjang kursus.

Jurnal 3Kaedah pengajaran lebih memusatkan pelajar. Antaranya ialah teknik memberi soalan dan guru banyak memberi soalan terbuka, bekerja dalam kumpulan, guru mendengar dengan aktif maklum balas pelajar, pelajar menghasilkan data(jurnal).Selepas itu, guru-guru mengadakan perjumpaan dengan penulis untuk berbincang dan berkongsi idea dan memberi maklum balas terhadap data yang mereka kumpulkan serta menganalisis data mereka

Page 7: Perbezaan Dan Persamaan Jurnal