persamaan dan perbezaan antara tamadun islam

26
Persamaan dan perbezaan antara Tamadun Islam, Cina dan India. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka Dalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup Nilai itu mesti positif seperti dalam ???? Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agama PERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT Kekeluargaan & kemasyarakatan Alam sekitar Idea intelektual Agama Pendidikan Kekeluargaan & Kemasyarakatan Persamaan Kekeluargaan semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):- Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja

Upload: kalaivani

Post on 20-Jun-2015

9.190 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Persamaan dan perbezaan antara Tamadun Islam, Cina dan India.

PERSAMAAN DANPERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara merekaDalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidupNilai itu mesti positif seperti dalam ????Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agamaPERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT

Kekeluargaan & kemasyarakatan

Alam sekitar

Idea intelektual

Agama

Pendidikan

Kekeluargaan & KemasyarakatanPersamaan Kekeluargaansemua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadunAjaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatanAgama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-Anak patuh pada ibu bapaAdik patuh pada abangIsteri patuh pada suamiMurid patuh pada guruRakyat patuh pada raja Islam juga menyeru kepada perkara yang sama – pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawabTamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan Persamaan Kemasyarakatan

Page 2: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana ???Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individuTamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata( egalitarian)Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakanTamadun Cina – pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah pentingSistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina – sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiranTamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketatSistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyangZaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakatPerbezaan Kekeluargaan & KemasyarakatanAjaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t Persamaan Alam SekitarKebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusiaConfusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhanMasyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan – “kami”Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusiaPersamaan Idea IntelektualJuga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masingWalaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, dllFalsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaanPeranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintahRaja – gelaran tertinggi – mesti adil & ada akhlak yang baikKun Fu Tze (Confucius) – perkenalkan kod 17 perkaraTamadun India - Kautilya

Page 3: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Tamadun Islam- penulis-penulis seperti al-Farabi, al-Ghazali dll – tumupan kepada pemimpin & kepimpinanBersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik – berbeza dengan sekularismeAl-Quran * al-Hadis – panduanKeadilan – prinsip utama – cth : Nabi Muhammad s.a.wTamadun Melayu – setia pada raja – zaman tradisional – wujud ungkapan “takkan Melayu menderhaka” Cth ; Hang JebatSistem pemerintahan – Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi – menghapuskan sistem pemusatan kuasa Persamaan Agama (Teologi)Semua agama menekankan konsep ketuhananCth : agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteismeSemua agama mempunyai doktrin & amalan2 tertentuYahudi, Kristian dan Islam – beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti lonsep syurga, neraka, hari pembalasan dllKonsep Buddihisme sama dengan Hinduisme – kelahiran semula & karmaPerbezaan Agama (Teologi)Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbezaWujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiriMempunyai peranan yang sama dalam masyarakatSebagai tempat ibadah & upacara keagamaanPersamaan PendidikanSemua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individuOleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab muliaDimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Ristian, Hindu dan agama-agama lainTransformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya – perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkanIslam- konsep tauhidBudhha & beberapa ajaran Hindu – transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiriRumusanLebih mudah cari perbezaan daripada persamaanBerbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur agama & budaya berbezaPerkara paling asas – AGAMACth : Islam, Barat, CinaPerbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun – misalnya ??????Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat & dasar wujudnya sebuah tamadun – lihat penekanan

Page 4: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur – elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmukOleh itupersamaan & perbezaan memang wujudLihatlah perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoniJangan jadikan perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing & pentingkan diri sendiriJangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun – anggap itu satu keunikanLihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baikPaling penting amalkan sikap hormat-menghormati & mengiktiraf tamadun orang lainCabaran TerhadapKehidupan BertamadunPeperangan Kuat atasi lemahKonflik antara agama dan kaumMasalah / Kegawatan SosialKemuliaan insanKeadilan sosialKeruntuhan institusi kekeluargaanPenyakit kronikKemelesetan Ekonomi Dunia / NegaraPeperanganBerlaku perang – kuat atasi lemah

konflik agama dan kaumBerlaku sejak abad ke -20 – sudah hadapi tiga perang

Perang Dunia Pertama (1914-1919)Perang Dunia Kedua (1939-1945)Perang Dingin (1947-1992)

Kini matlamat perang lebih kejam – penghapusan etnikKenapa ini berlaku ????? Masalah kegawatan sosialKrisis sosial yang merosakkan kehidupan manusiaKehidupan pasca moden – budaya dan nilai negatif semakin merebak – agama dan nilai murni diketepikandilihat dqlam .....Kemuliaan insanUkuran tingkat peradaban sesebuah masyarakatNilai-nilai murni terhakis – nilai indivisualistik & nilai materialistik berkembang – terpengaruh dengan nilai Tamadun Barat – tiada penekanan kehidupan bermasyarakatAncaman kepada hubungan sesama manusiaii. Keadilan sosialTidak seimbang dari segi pengagihan kekayaan – wujud jurang ekonomiKuasa-kuasa besar menindas negara-negara miskin dan eksploitasi kekayaan negara yang ditindas – gunakan kuasa

Page 5: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

iii. Keruntuhan institusi kekeluargaanSemakin lemah diserapkan dengan unsur modenisasiJuga terpengaruh dengan Tamadun Barat Moden – institusi kekeluargaan & perkahwinan tidak lagi pentingDilihat :-

Kefahaman tentang makna perkahwinankehidupan bersedudukanhubungan sonsang

iv. Penyakit kronik munculMengancam kelangsungan kehidupan manusiaKelangsungan tamadun terjejas & masyarakat dalam tamadun akan mundurKemelesetan Ekonomi Dunia / NegaraKemakmuran (century properties) akan terjejas dengan ancaman kemelesetan ekonomi dunia yang akan berlakuNegara-negara industri utama dunia (G-7) – alami kadar pertumbuhan perlahan sejak dekad 80-an – beri kesan secara langusng atau tidak kepada negara lainCth : kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lembap (1995-2000) – aliran perdagangan perlahan antara negara berkenaan dengan rantau AsiaCth : ekonomi Asia Timur belum pulih sepenuhya daripada kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang ( 1996-1998)Cth : Pencerobohan Amerika & Britain ke atas Iraq – beri kesan buruk ekonomi dunia – risiko kenaikan harga minyak & kos pengangkutan – perlu ambil masa panjang bagi mengatasi masalah iniPembangunan ekonomi dan kebendaan tidak bersepadu dengan pembangunan rohaniahPenyakit sosial merebakAspek kemanusiaan tidak lagi menjadi penting

RumusanKehidupan pada abad ini tidak semudah yang dijangkaBanyak cabaran yang dihadapi manusia – semua cabaran menguji ketamadunan merekaDalam masa sama manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang – dalam sekelip mata semua ni boleh dihancurkan oleh manusia

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/persamaan-dan-perbezaan-antara-tamadun.html

1.0 PENGENALANPerkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal

Page 6: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

2.0 CIRI-CIRI TAMADUNUsaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

3.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUNSetiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan.

Page 7: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

4.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUNPersamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Page 8: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

Page 9: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

http://notapismp.blogspot.com/2009/04/tamadun-islam-dan-tamadun-asia.html

PENGENALAN

Setiap tarnadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sarna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agarna, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tarnadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.Jika dilihat dalam pembinaan sesebuah tamadun dan negara, kewujudan interaksi antara tarnadun penting demi kelangsungan dan kemajuannya. Walau perhubungan yang ingin dibina melalui asas perdamaian, keharmonian yang dimanfaatkan antara satu sarna lain, narnun adakalanya hubungan tersebut tidak dapat lari dari sebarang konflik berdarah, peperangan, pencerobohan, peperangan mahupun penjajahan. Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalarn konteks pembinaan negara Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tarnadun yang dominan iaitu tarnadun Cina dan India.

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA

ZAMAN PRA-PENJAJAH BARATHubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144).

Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negerinegeri luar tetapi

Page 10: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005: 145).Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pad a zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146).

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir. (Hasnah, Matdiana, 2000: 155).Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149).

Page 11: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

KESAN INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM TAMADUN MELAYU

Bahasa dan KesusasteraanPengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :(a) Makanan dan buah-buahanBakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.(b) Pakaian dan barang-barang daganganCukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.(c) Rumah dan peralatanLoting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.(d) Manusia dan ehwalnyaApek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.(e) PermainanCeki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong

Budaya dan Kesenian

Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).

Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan. Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di

Page 12: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Kewujudan hubungan yang rap at antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran, permainan mahjong, pakau dan capjeki. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, 2005: 41).

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA

ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT

Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 138).Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500). Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19

Page 13: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.

KESAN INTERAKSI T AMADUN MELA YU DENGAN T AMADUN INDIA

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan.Bahasa dan Kesusasteraan MelayuDalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).

.(a) Pinjaman daripada Sanskrit:Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:Bhumi-bumiBheda-beda/bezaBhasa-bahasaArthah-hartaBhakti-baktiBhudi-budiarghah-harga

.V okal /a/ dalam suku kata pertama digantikan dengan e pepet:Nagaram-negara Panajaram - penjaradanda-denda.V okal e pepet disisipkan di temp at gugus konsonan:

Page 14: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Putrah-putera Cakravala-cakerawala sastram-sasteracakram-cakera.Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal:Akasah-angkasa upama-umpama

.(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:Kendii-kendiKappal -kapalPetti-peti

.Vokal /a/ digantikan dengan e pepet :Kadai-kedaiMampalam - mempelamParicai - perisai.Konsonan /v/ digantikan dengan /b/ atau /w/:Vagai - bagaiKaval-kawalVanali - bende.V okal /u/ digantikan dengan vokal /0/:Mutal-modalKulam - kolam.V okal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis:A yyaa-ayahAkkaa - kakakAmma- - emakJika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit (Ismail, 1985: 111). Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad Masihi lagi. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144).

Page 15: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkanlegimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain (Hashim Musa, 2004 : 141).

Adat Resam dan Hiburan

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. ercanggahan

Page 16: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam onteks melihat perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki. 2002).

ALAM SEKITAR

Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima ~mua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai tmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhismean beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakantmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu lmadUl). atau pengamalan budaya.

KELUARGA

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati. Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

KOMUNITI

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan

Page 17: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

(individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

KERAJAAN

Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

KEGIATAN EKONOMI

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

PENDIDIKAN

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran

Page 18: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

KESIHATAN

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamaduntamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupanyang lebih saksama.

2.5 KESIMPULAN

Pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah", menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza, memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciri-ciri budaya, agama dan bahasa yang berbeza-beza.Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai.

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan

Page 19: Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.

Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British.

http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html