kit ujian covid-19 kendiri - apa perbezaan antara …

1
Kit Ujian Pantas Antigen (ART) yang boleh digunakan di rumah untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19 terhadap diri kita sendiri kini sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan kita di tempat kerja, di sekolah dan di rumah. Berikut adalah perbezaan antara lima kit ujian ART yang telah diberi kelulusan untuk digunakan di Singapura. KIT ANTIGEN KENDIRI COVID-19 ABBOT PANBIO Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 5 Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka Perbezaan yang paling besar bagi kit ini adalah cecair penimbalnya (buffer solution) yang disediakan secara berasingan dan ia perlu dipindahkan ke sebuah tiub penitis sebelum digunakan. Arahannya juga menunjukkan bahawa batang swab perlu dipatahkan di garisan pematah dan ditinggalkan di dalam tiub itu sebelum ditutup dan meletakkan titisan cecair tersebut ke dalam alat ujian itu. UJIAN COVID-19 QUIDEL QUICKVUE AT-HOME OTC Masa bagi mendapatkan keputusan: 10 minit Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: Sekurang-kurangnya 4 kali Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka Kit ini paling berbeza kerana langkah yang perlu dijalankan untuk melaksanakan ujian kendiri berbanding kit lain. Selepas melakukan swab, pengguna perlu meninggalkan batang swab itu di dalam larutan selama seminit sebelum alat ujian itu boleh diletakkan di dalam cecair. Tidak seperti kit lain, pengguna tidak perlu menitis cecair dalam alat ujiannya. Sebaliknya, alat itu diletakkan di dalam larutan tersebut. Keputusan ujian juga disampaikan secara berlainan. Sedang kit lain menunjukkan keputusan positif menerusi dua garisan berwarna merah jambu, kit ini menyampaikan keputusan dengan warna yang berlainan. Jika positif, satu garisan merah jambu akan muncul dekat garisan pengawal berwarna biru. Ia juga menghasilkan keputusan pada tempoh yang paling pantas iaitu 10 minit. SD BIOSENSOR SARS-COV-2 ANTIGEN SELF-TEST NASAL Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 4 Boleh didapatkan di: Farmasi tertentu sahaja Kit ini merupakan kit yang paling kecil (compact). Ini termasuk satu pakej bahan pengering di dalam dompet alat pemeriksaan untuk menandakan sama ada kit itu sedia digunakan. Biji-biji di dalam pakej bahan pengering itu berwarna kuning untuk menandakan kit itu sedia untuk digunakan dan ia akan menjadi hijau untuk menandakan ujian itu tidak lagi sah. KIT UJIAN DI RUMAH SD BIOSENSOR STANDARD Q COVID-19 AG Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 10 Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka Kit ini juga mempunyai pakej bahan pengering di dalam dompet yang sama dengan alat ujian untuk menandakan kit itu sah digunakan. Berbanding kit lain, kit ini memerlukan jumlah putaran yang paling banyak di setiap lubang hidung. BD VERITOR AT-HOME COVID-19 TEST DAN KIT BD BAGI MENGESAN PANTAS JANGKITAN SARS-COV-2 Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 5 Boleh didapatkan di: Hanya diagihkan di sekolah dan tidak boleh dibeli dari kedai BD menawarkan dua produk kit ujian kendiri dalam senarai Penguasa Sains Kesihatan (HSA), tetapi syarikat itu berkata kedua-dua kit tersebut adalah kit ujian serupa namun dibungkus secara berlainan bagi tujuan komersial dan penggunaan di rumah. Kit yang mempunyai bungkusan runcit, kit BD Veritor At-Home Covid-19 Test, buat sementara ini tidak boleh dibeli dari kedai. Namun ia sedang diagihkan di sekolah dan juga digunakan di beberapa tempat pemantauan seperti di dormitori hospital dan klinik pengamal perubatan umum (GP). Perbezaan bagi kit ini adalah proses bagi menjalankan pemeriksaan kerana alat swabnya perlu ditinggalkan di dalam setiap lubang hidung dengan tambahan lagi lima saat selepas lima putaran yang dilakukan. Bungkusannya juga paling bersepadu dan paling muda untuk disimpan kerana alat penitisnya sudah dilengkapkan di bahagian tepi tiub pengumpul sampelnya. Kit ini yang diagihkan di sekolah juga menawarkan kertas arahan dalam empat bahasa utama di sini iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina. KIT UJIAN COVID-19 KENDIRI - APA PERBEZAAN ANTARA MEREKA? foto: HILLARY TAN GRAFIK BERITA HARIAN

Upload: others

Post on 14-Nov-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KIT UJIAN COVID-19 KENDIRI - APA PERBEZAAN ANTARA …

Kit Ujian Pantas Antigen (ART) yang boleh digunakan di rumah untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19 terhadap diri kita sendiri kini sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan kita di tempat kerja, di sekolah dan di rumah. Berikut adalah perbezaan antara lima kit ujian ART yang telah diberi kelulusan untuk digunakan di Singapura.

KIT ANTIGEN KENDIRI COVID-19 ABBOT PANBIO

Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit

Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 5

Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka

Perbezaan yang paling besar bagi kit ini adalah cecair penimbalnya (buffer solution) yang disediakan secara berasingan dan ia perlu dipindahkan ke sebuah tiub penitis sebelum digunakan. Arahannya juga menunjukkan bahawa batang swab perlu dipatahkan di garisan pematah dan ditinggalkan di dalam tiub itu sebelum ditutup dan meletakkan titisan cecair tersebut ke dalam alat ujian itu.

UJIAN COVID-19 QUIDEL QUICKVUE AT-HOME OTC Masa bagi mendapatkan keputusan: 10 minit

Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: Sekurang-kurangnya 4 kali

Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka

Kit ini paling berbeza kerana langkah yang perlu dijalankan untuk melaksanakan ujian kendiri berbanding kit lain.

Selepas melakukan swab, pengguna perlu meninggalkan batang swab itu di dalam larutan selama seminit sebelum alat ujian itu boleh diletakkan di dalam cecair. Tidak seperti kit lain, pengguna tidak perlu menitis cecair dalam alat ujiannya. Sebaliknya, alat itu diletakkan di dalam larutan tersebut.

Keputusan ujian juga disampaikan secara berlainan. Sedang kit lain menunjukkan keputusan positif menerusi dua garisan berwarna merah jambu, kit ini menyampaikan keputusan dengan warna yang berlainan. Jika positif, satu garisan merah jambu akan muncul dekat garisan pengawal berwarna biru. Ia juga menghasilkan keputusan pada tempoh yang paling pantas iaitu 10 minit.

SD BIOSENSOR SARS-COV-2 ANTIGEN SELF-TEST NASAL

Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit

Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 4

Boleh didapatkan di: Farmasi tertentu sahaja

Kit ini merupakan kit yang paling kecil (compact). Ini termasuk satu pakej bahan pengering di dalam dompet alat pemeriksaan untuk menandakan sama ada kit itu sedia digunakan. Biji-biji di dalam pakej bahan pengering itu berwarna kuning untuk menandakan kit itu sedia untuk digunakan dan ia akan menjadi hijau untuk menandakan ujian itu tidak lagi sah.

KIT UJIAN DI RUMAH SD BIOSENSOR STANDARD Q COVID-19 AG

Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit

Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 10

Boleh didapatkan di: Semua farmasi terkemuka

Kit ini juga mempunyai pakej bahan pengering di dalam dompet yang sama dengan alat ujian untuk menandakan kit itu sah digunakan. Berbanding kit lain, kit ini memerlukan jumlah putaran yang paling banyak di setiap lubang hidung.

BD VERITOR AT-HOME COVID-19 TEST DAN KIT BD BAGI MENGESAN PANTAS JANGKITAN SARS-COV-2

Masa bagi mendapatkan keputusan: 15 minit

Jumlah putaran yang diperlukan dalam setiap lubang hidung: 5

Boleh didapatkan di: Hanya diagihkan di sekolah dan tidak boleh dibeli dari kedai

BD menawarkan dua produk kit ujian kendiri dalam senarai Penguasa Sains Kesihatan (HSA), tetapi syarikat itu berkata kedua-dua kit tersebut adalah kit ujian serupa namun dibungkus secara berlainan bagi tujuan komersial dan penggunaan di rumah. Kit yang mempunyai bungkusan runcit, kit BD Veritor At-Home Covid-19 Test, buat sementara ini tidak boleh dibeli dari kedai. Namun ia sedang diagihkan di sekolah dan juga digunakan di beberapa tempat pemantauan seperti di dormitori hospital dan klinik pengamal perubatan umum (GP). Perbezaan bagi kit ini adalah proses bagi menjalankan pemeriksaan kerana alat swabnya perlu ditinggalkan di dalam setiap lubang hidung dengan tambahan lagi lima saat selepas lima putaran yang dilakukan. Bungkusannya juga paling bersepadu dan paling muda untuk disimpan kerana alat penitisnya sudah dilengkapkan di bahagian tepi tiub pengumpul sampelnya. Kit ini yang diagihkan di sekolah juga menawarkan kertas arahan dalam empat bahasa utama di sini iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Tamil dan Cina.

KIT UJIAN COVID-19 KENDIRI - APA PERBEZAAN ANTARA MEREKA?

foto: HILLARY TAN GRAFIK BERITA HARIAN