perbezaan antara upgrade dan update

Upload: mfk874

Post on 07-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Perbezaan Antara Upgrade Dan Update

    1/2

    Perbezaan antara Upgrade dan Update

    Istilah Upgrade dan Update sering terdengar apabila perkara berkaitan IT

    terutamanya perisian dibincangkan. Namun terlalu ramai pengguna

    menganggap yang kedua istilah ini merujuk kepa

    da perkara yang sama. Iniadalah satu salah anggap.

    Secara ringkasnya Upgrade berlaku apabila keseluruhan sesuatu perisian

    itu digantikan. Apabila sesuatu perisian di Upgrade, adalah biasa ia

    mengalami perubahaan pada nama. Sebagai contoh Windows Vista adalahUpgrade kepada Windows Xp. Perubahan pada nama dibayangi juga oleh

    perubahan pada nombor versi perisian. Sebagai contoh nombor versi

    Windows Xp adalah 500 sementara nombor versi Windows Vista adalah 600

    dan nombor versi Windows 7 yang merupakan Upgrade kepada Vista

    adalah 700.

    Apabila sesuatu perisian di upgrade, sering berlaku juga perubahan besarpada rupabentuk persian. Tatacara penggunaannya juga mungkin

    mengalami perubahan. Jadi Upgrade adalah perubahan besarpada

    perisian.

    Update pula tidak begitu drastik. Update berlaku apabila sesuatu perisianitu ditambah baik tanpa mengubah fungsi dan rupabentuknya secara

    mendadak. Satu cara paling popular perisian di update adalah melalui

    pemasangan Service Pack. Service Pack mengandungi komponentambahan dan baik pulih yang menjadikan perisian sedia ada lebih stabil,cepat dan cekap. Apabila Service Pack di pasang, nama perisian tidakberubah. Namun nombor versi perisian mungkin berubah sedikit. Sebagai

    contoh lihat nombor nombor versi Windows Vista berikut:-

    y Windows Vista asal = 600y Windows Vista Service Pack 1 = 601y Windows Vista Service Pack 2 = 602

    Begitu jugalah keadaannya dengan versi Windows atau perisian yang lain.

    Sebagai contoh Windows Xp Service Pack 3 (sering ditulis sebagai WinXp

    SP3) adalah update kepada WinXp SP2 dan seterusnya.

    Adalah digalakkan anda memasang Service Pack perisian anda setiap kali ia

    dilancarkan. Service Pack sering kali percuma dan boleh dimuat turun terus

    dari laman web pengeluar perisian. Sesetengah perisian boleh di Update

  • 8/6/2019 Perbezaan Antara Upgrade Dan Update

    2/2

    menerusi butang Updateperisian tersebut. Sesetengahnya pula memeriksa

    untuk update secara automatik dan memuat turun dan memasangkannya

    sendiri secara automatik. Setiap pengeluar menggunakan implementasiberbeza untuk menjaga keutuhan perisian keluaran mereka.

    Jadi secara ringkasnya Update bolehlah dianggap seperti anda melakukanubah-suai pada kereta anda untuk menjadikannya lebih cantik, laju,canggih, bergaya dan sebagainya. Tapi apabila anda sudah bosan dengankereta anda, anda akan "upgrade" atau tukar ke kereta baru.Sumber : Compustudies Sdn. Bhd.