perbezaan antara bimbingan

Upload: hasrul-hafiz

Post on 15-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3107

TRANSCRIPT

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPIPERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGKEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Mendengar1. Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.2. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien.3. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.4. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.5. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.6. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik.7. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Kemahiran Membina Hubungan1. Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.2. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.3. Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.4. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.5. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.6. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.7. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.8. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.

JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDUJENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih.

Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan-(Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.

-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.

-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT)

RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga dikenali sebagai Kaunseling Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis, seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks.Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif BehaviouralTerapi dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi satu masalah yang menghantui dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan untuk mengatasi fikiran yang tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa cara berfikir yang tidak logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau dengan kata lain REBT bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti.

TEKNIK-TEKNIK TEORI REBT:

Teknik-Teknik Kaunseling Rational Behaviuoral Emotif

Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu, walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan Teknik-teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 :182).

Teknik-Teknik KognitifTeknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92) menerangkan ada empat teknik besar dalam teknik-teknik kognitif.

Teknik Pengajaran -Dalam RET, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien Teknik ini memberikan keluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan dengan bijaksana.

Teknik Persuasif -Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba meyakinkan,mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.

Teknik Konfrontasi -Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir kliendan membawa klien ke arah berfikir yang lebih logik.

Teknik Pemberian Tugas -Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan suami klien mengengai ketidakpuasan hatinya. Setelah itu klien juga di cadangkan agar mencari ruang untuk bersama suaminya contoh ketika di dalam kereta untuk balik kampong dan menghadiri percutian bersama. Di samping itu klien di galakkan bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.

KEBAIKANDAN KELEMAHAN TEORI REBT

KEBAIKAN

* Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.* Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain.* Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuandari cara berfikir.

KELEMAHAN* Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logik.* Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.* Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.* Ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOKPERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK.Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;

(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja.

(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.

(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.

(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.

(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya.

(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.

Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok.

Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.

Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.

Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan kaunseling individu.

Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah laku individu-individu lain.

DEFINISI PSIKOTERAPIDEFINISI PSIKOTERAPI Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani recovery of adequancy (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, b celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient. Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.

DEFINISI BIMBINGAN Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini. Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku di sekolah dan juga pusat kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDUCIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU

Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.

(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan.Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu, klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan atau sebaliknya.

(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.

(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.

(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan dapat membantu kaunselor untuk membantunya.

(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.

(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai.

(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.

Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;

(a) Kerahsiaan Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.

(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien. Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.

(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien. Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.

(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian Kaunseing dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.

(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.

American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling individu sebagai; Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan persoalan patologikal Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius Kaunseling adalah berdasarkan teori Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.

DEFINISI KAUNSELING INDIVIDUDEFINISI KAUNSELING INDIVIDUGibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan.Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.

Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.

Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.

Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002) mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.

Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu diberikan ialah mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.