perbandingan tahap pengetahuan pelajar … · perbandingan juga dilakukan di ... sumbangan terhadap...

21
PERBANDINGAN TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR JURUSAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN AKHIR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DAN MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT DI DALAM PENGURUSAN KO-KURIKULUM. MOHD HASROL BIN BAHAROM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungthuan

Post on 05-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR JURUSAN

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN AKHIR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA DAN MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT DI DALAM

PENGURUSAN KO-KURIKULUM.

MOHD HASROL BIN BAHAROM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

PERBANDINGAN TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR JURUSAN

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN AKHIR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA DAN MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT DALAM

PENGURUSAN KO-KURIKULUM.

MOHD HASROL BIN BAHAROM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

PENGASIHANI

Kehidupan merupakan satu perjalanan nan jauh, panduan dan cahaya petunjuk jalan

yang di rahmati.

Bonda ku,

Norhayati Bt Mohd Said

kekuatan dan pengorbanan mu aziamat diriku

Ku sematkan kerinduan kepada ayahanda yang diingati

Baharom Bin Adom,

Ku sematkan kasih dan sayang kepada adikku

Haslina, Haizat dan Haidzil

Ku hargai sokongan insan teristimewa

Mayzura Bt Muhamad

Buat sahabat seperjuangan, sesungguhnya kamu adalah insan yang banyak lalui

bersama suka duka sepanjang tempoh pengajian ini.

Semoga Dirahmati Allah SWT Diatas Segala Pengorbanan Yang Ikhlas Penuh

Pengertian Yang Kalian Berikan. Sokongan Restu Dan Jasa Kalian Tidak

Dipersiakan Demi Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat.

Amin

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

pensyarah pembimbing Pn Rohana Bte Hamzah di atas bimbingan, nasihat, dorongan

dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini

dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan

perjuangan yang semtiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini

berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Johor dan Maktab Perguruan Batu Pahat yang telah memberi kebenaran menjalankan

kajian ini. Begitu juga kepada semua responden yang memberikan kerjasama yang baik

sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa sokongan dan bantuan mereka kajian ini

tidak mungkin akan dapat dijalankan.

Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada insan tersayang

yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan sepanjang tempoh pengajian ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah

diberikan kepada kalian .

Terima kasih, wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk

melihat persediaan bakal-bakal guru Kemahiran Hidup di dalam persediaan

pergurusan ko-kurikulum di sekolah kelak. Perbandingan juga dilakukan di antara

pelajar Universiti Teknologi Malaysia jurusan Kemahiran Hidup dengan pelajar

jurusan yang sama daripada Maktab Perguruan Batu Pahat. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenalpasti tahap persediaan dari segi perancangan, pelaksanaan

dan penyelarasan serta penilaian ko-kurikulum. Populasi kajian ini terdiri daripada

35 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia dan 17 orang dari Maktab

Perguruan Batu Pahat. Semua populasi terlibat di dalam kajian ini. Data mentah

dikumpulkan menggunakan soal selidik dan analisis menggunakan perisian

komputer SPSS ( Statistical Package For Science) serta dilaporkan mengikut

peratusan untuk bahagian A dan min untuk bahagian B. Hasil kajian mendapati

bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi di dalam pengurusan

ko-kurikulum dan pelajar daripada Maktab Perguruan Batu Pahat lebih bersedia

berbanding pelajar daripada Universiti Teknologi Malaysia.

vi

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to see the preparation of future

Kemahiran Hidup teachers in preparing co-curriculum management in school. The

preparation of UTM’s students in Kemahiran Hidup program was compared with

students from the same program from Maktab Perguruan Batu Pahat. The

objective of this study is to identify the preparation level planning, performing,

coordination and co-curriculum evaluation. 35 students from UTM and 17

students from Maktab Perguruan Batu Pahat were chosen as the respondent for

this study. A set of questionnaires were distributed to the respondent. The data

were collected and process using Statistical Packages For Social Science for

windows version 10.0 (SPSS) and the finding are presented by percentage in

Section A and presented by mean in Section B. Result show that the students of

Maktab Perguruan Batu Pahat have higher level of preparation in preparing co-

curriculum management in school compared to the students UTM.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK/ ABSTACT v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Am 5

1.5 Objektif Khusus 5

1.6 Persoalan kajian 6

1.7 Kepentingan 7

1.8 Kerangka kajian 8

1.9 Skop kajian 9

1.10 Batasan kajian 9

1.11 Definasi termonologi 10

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Matlamat ko-kurikulum 13

2.3 Pengurusan organisasi 14

2.4 Kepimpinan 17

2.5 Struktur tugas 22

2.6 Keberkesanan pemimpin 24

2.7 Pengurusan strategik 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Analisis Data 36

3.7 Penutup 37

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Bahagian A 39

4.3 Analisis Bahagian B 43

4.4 Penutup 51

ix

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Rumusan kajian 53

5.3 Perbincangan 55

5.4 Kesimpulan 62

5.5 Cadangan-cadangan 63

5.6 Cadangan kajian lanjutan 65

5.7 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN

Lampiran 70

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Strategi Perlaksanaan Dan Pembangunan

Pendidikan Vokasional

19

2.2 Cadangan Mata Pelajaran Dalam Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan

Tahun Perlaksanaannya.

24

3.1 Jumlah Populasi Guru Dan Sekolah Yang

Terlibat Dengan Kajian Yang Telah

Dijalankan.

35

3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan

Markah Skor

36

3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan

Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan

Bagi Setiap Persoalan Kajian

37

3.4 Pemerigkatan Skala Likert

39

3.5 Perubahan Markat dan Skala 40

3.6 Markat Skala Likert 3 Mata 40

4.1 Taburan Respondan Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Respondan Mengikut Bangsa

43

xi

4.3 Taburan Respondan Mengikut Bangsa

44

4.4 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata

Pelajaran Lain Selain Membuat Perabot

45

4.5 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata

Pelajaran Lain Sebelum Membuat Perabot

46

4.6 Taburan Respondan Mengikut Tahap

Pendidikan

46

4.7 Taburan Respondan mengikut kelayakan

ikhtisas

47

4.8 Taburan Respondan Mengenai Masalah

Kewangan Mengikut Min dan Peratus

49

4.9 Taburan Respondan Mengikut Min Dan

Peratus Bagi Pelaksanan Mata Pelajaran

Membuat Perabot

51

4.10 Taburan Respondan Mengenai Kemudahan

Kelengkapan Bengkel Mengikut Min dan

Peratus

54

4.11 Taburan Respondan Mengenai Pengurusan

Jadual Waktu Untuk Mengajar Mata

Pelajaran Membuat Perabot Mengikur Min

dan Peratus

57

4.12 Analisis Persoalan Kajian

59

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPBT -Maktab Perguruan Batu Pahat

UTM -Universiti Teknologi Malaysia

KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia.

SPSS - Statistic Package For Sosial Science

EPRD - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara ke arah

mencapai hasrat ini, aktiviti ko-kurikulum adalah salah satu komponen yang

penting. Penglibatan para pelajar akan lebih seimbang sekiranya faktor-faktor

psikologi dan fisiologi itu dititikberatkan selain daripada penumpuan kepada

faktor mental.

Memandangkan kepentingan ko-kurikulum dalam proses pembelajaran

dan alat untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara maka Laporan

Jawatankuasa Kabinet (1979 : 91) menyatakan“Kegiatan ko-kurikulum yang

dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan

2

menanam perasaan kekitaan ataupun spirit de corps di antara murid-murid

berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang

berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap

bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisplin, berdikari

dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”

Oleh itu di dalam konteks pendidikan tinggi terutamanya Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Perseimbangan ini boleh dicapai melalui aktiviti ko-

kurikulum. Namun ketiadaan penekanan terhadap program aktiviti ini menjadi

satu persoalan. Fenomena ini bertentangan dengan prinsip psikologi dan fisiologi

juga kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, ianya menjadi

suatu yang menarik perhatian bagi penyelidik untuk meninjau persepsi pelajar

(bakal guru) terhadap fenomena ini.

Program pendidikan yang terdapat di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia adalah dalam bentuk praktikal dan teori di mana pelajar

diwajibkan mengikut aktiviti-aktiviti kerja praktikal di setiap bengkel dan makmal

yang berkaitan dengan kursus mereka. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan para

lulusan mahir dari segi praktikal dan teori dalam bidang yang mereka ceburi,

mereka diwajibkan menjalani latihan mengajar selama 12 minggu sebelum

mereka dianugerahkan ijazah sarjana muda.

Namun dari segi aktiviti kegiatan ko-kurikulum tidak dititikberatkan.

Buktinya apa yang terkandung dalam Buku Panduan UTM (1992 : 5) “Pelajar-

pelajar Fakulti Penddikan UTM adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam

kegiatan ko-kurikulum .” Berdasarkan daripada petikan ini adalah jelas bahawa

pelajar-pelajar UTM yang hanya diberikan 2 masa kredit untuk terlibat dalam

aktiviti ko-kurikulum dengan tiada apa-apa pengkhususan mengenai ko-kurikulum

dan pelajar juga tidak diwajibkan untuk bergiat dalam aktiviti ko-kurikulum

seperti berpersatuan, kelab, badan beruniform dan sukan.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia merupakan di antara

salah satu universiti yang melahirkan bakal-bakal guru ijazah muda di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia. Fakulti Pendidikan telah menawarkan pelbagai

kursus pendidikan ijazah diantaranya adalah kursus Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) – (SPH).

Program pendidikan di bawah pengkhususan kemahiran hidup adalah

dalam bentuk teori dan amali di mana sistem permarkahan yang diberi kepada

pelajar adalah 60% untuk kerja amali dan kerja khusus serta 40% adalah dari

peperiksaan akhir.Ini merupakan perkaitan mengapa pengkaji ingin mengkaji

mengenai persediaan pelajar jurusan kemahiran hidup dari aspek persedian ko-

kurikulum kerana tiada sebarang subjek yang di wajibkan oleh fakulti yang

berkisarkan mengenai persediaan pengurusan ko-kurikulum Jadi di sini jelas dapat

dilihat bahawa pemberatan ko-kurikulum tidak diberi perhatian.

Buktinya apa yang terkandung dalam Buku Panduan UTM (1992 : 5)

“Pelajar-pelajar Fakulti Penddikan UTM adalah digalakkan untuk melibatkan diri

dalam kegiatan ko-kurikulum .” Berdasarkan daripada petikan ini adalah jelas

bahawa pelajar-pelajar UTM hanyalah diberikan 2 masa kredit untuk terlibat

dalam aktiviti ko-kurikulum dengan tiada apa-apa pengkhususan mengenai ko-

kurikulum dan pelajar juga tidak diwajibkan untuk bergiat dalam aktiviti ko-

kurikulum seperti berpersatuan, kelab, badan beruniform dan sukan.

Lanjutan daripada perkara di atas, adalah berpunca daripada tanggapan

para pelajar bahawa tiada apa-apa kelebihan bagi mereka untuk bergiat dalam

aktiviti ko-kurikulum, hanyalah sekadar untuk menghabiskan masa di waktu

lapang sahaja. Lagi pun mereka tidak diwajibkan untuk bergiat dalam aktiviti ko-

kurikulum di UTM.

4

1.3 Pernyataan Masalah

Para pelajar di Fakulti Pendidikan tidak diwajibkan untuk bergiat di dalam

sebarang aktiviti ko-kurikulum. Oleh yang demikian para pelajarnya tidak begitu

aktif membabitkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang diadakan oleh pihak

universiti atau pun pelajar sendiri. Ekoran daripada itu pengkaji ingin mengkaji

tahap pengetahuan pelajar jurusan Kemahiran Hidup tahun akhir di Universiti

Teknologi Malaysia dan Maktab Perguruan Batu Pahat dalam pengurusan ko-

kurikulum.

1.4 Objektif Am

Objektif am kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar

tahun akhir jurusan Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia dan Maktab

Perguruan Batu Pahat dalam pengurusan ko-kurikulum.

1.5 Objektif Khusus

Kajian ini adalah bertujuan

i) Mengenal pasti faktor latar belakang pelajar jurusan kemahiran

hidup mengenai pengetahuan mengenai pengurusan ko-kurikulum

dari segi jantina, institusi pengajian dan etnik.

ii) Mengenal pasti tahap pengetahuan perancangan ko-kurikulum.

iii) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelaksanaan dan penyelarasan

ko-kurikulum.

iv) Mengenal pasti tahap pengetahuan penilaian ko-kurikulum.

5

v) Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan perancangan ko-

kurikum antara pelajar UTM dengan Maktab Perguruan Batu

Pahat.

vi) Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pelaksanaan dan

penyelarasan ko-kurikulum antara pelajar UTM dengan Maktab

Perguruan Batu Pahat.

vii) Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan penilaian ko-

kurikulum antara pelajar UTM dengan Maktab Perguruan Batu

Pahat.

viii) Apakah terdapat perbezaan persediaan pengurusan ko-kurikulum

berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, institusi pengajian dan

etnik?

1.6 Persoalan / Hipotesis Kajian

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat penyelidik berharap kajian ini

dapat menjawab persoalan kajian seperti berikut :

i) Apakah faktor latar belakang pelajar jurusan kemahiaran hidup

mengenai persediaan pengurusan ko-kurikulum dari segi jantina,

institusi pengajian, dan etnik?

ii) Apakah tahap persediaan pelajar dari segi perancangan ko-

kurikulum?

iii) Apakah tahap persediaan pelajar dari segi pelaksanaan dan

penyelarasan ko-kurikulum ?

iv) Apakah tahap persediaan dari segi penilaian ko-kurikulum?

v) Apakah terdapat perbezaan persediaan dari segi perancangan ko-

kurikulum antara pelajar UTM dengan pelajar Maktab Perguruan

Batu Pahat?

6

vi) Apakah terdapat perbezaan persediaan dari segi pelaksanaan dan

penyelarasan antara pelajar UTM dengan Maktab Perguruan Batu

Pahat?

vii) Apakah terdapat perbezaan dari segi penilaian ko-kurikulum antara

pelajar UTM dengan Maktab Perguruan Batu Pahat?

viii) Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap

pengetahuan pengurusan ko-kurikulum di antara pelajar UTM

dengan Maktab Perguruan Batu Pahat.