perbandingan golongan kata kerja

16
3.0 PERBANDINGAN GOLONGAN KATA KERJA Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:119), kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu : a) Kata Kerja Aktif b) Kata Kerja Pasif Pendapat ini turut disokong oleh Tatabahasa Dewan (2008:143) yang menyatakan bahawa kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan utama tersebut. Bagi Ahmad Khair Mohd Nor (2012:119), kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif, dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap, kata kerja aktif tak transitif berpelengkap, dan kata kerja aktif tak transitif berpenerang. Kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja, dan memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat digambarkan seperti rajah yang berikut : Kata Kerja Aktif Tanpa Pelengkap Tak Transitif Aktif Berpelengkap KATA Berpenerang KERJA Kata Kerja Aktif Kata Kerja Transitif Pasif 3.1 KATA KERJA AKTIF

Upload: zakira-hafizah

Post on 25-Nov-2015

199 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kata kerja

TRANSCRIPT

3.0 PERBANDINGAN GOLONGAN KATA KERJAMenurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:119), kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu :a) Kata Kerja Aktifb) Kata Kerja PasifPendapat ini turut disokong oleh Tatabahasa Dewan (2008:143) yang menyatakan bahawa kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan utama tersebut.Bagi Ahmad Khair Mohd Nor (2012:119), kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif, dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap, kata kerja aktif tak transitif berpelengkap, dan kata kerja aktif tak transitif berpenerang. Kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja, dan memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat digambarkan seperti rajah yang berikut : Kata Kerja Aktif Tanpa Pelengkap Tak Transitif Aktif Berpelengkap KATABerpenerangKERJA Kata Kerja Aktif Kata Kerja Transitif Pasif

3.1 KATA KERJA AKTIFMenurut Ahmad Khair Mohd Nor (2008:119), kata kerja aktif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat aktif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau diterangkan. Kata kerja ini lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai penanda aktif, seperti meN-, ter-, ber-, -i, -kan, mempeR-, meN-kan, meN--I, memperR--kan, dan mempeR--i. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor kata kerja aktif ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :a) Kata Kerja Aktif Tak Transitifb) Kata Kerja Aktif TransitifManakala menurut Tatabahasa Dewan (2008:144), kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan Ahmad Khair Mohd Nor dan begitu juga bahagian kata kerja menurut Tatabahasa Dewan mempunyai dua bahagian yang sama jenis dengan pendapat Ahmad Khair Mohd Nor.

3.1.1 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIFAhmad Khair Mohd Nor (2008:120), mendefinisikan kata kerja aktif tak transitif sebagai kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Kebanyakan kata kerja jenis ini adalah dalam bentuk kata tunggal, atau menerima awalan ber- dan ter-. Contohnya :1) Adik sedang tidur.2) Dia belum mandi.3) Bayi itu merangkak.4) Orang itu masih berdiri.Menurut beliau lagi, kata kerja aktif tak transitif ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkapb) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkapc) Kata kerja aktif tak transitif berpenerangManakala bagi Tatabahasa Dewan (2008:144), kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis. Antara dua jenis menurut Tatabahasa Dewan ialah :a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkapb) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkapPerbezaan dapat dilihat di sini di mana Ahmad Khair Mohd Nor membahagikan kata kerja aktif tak transitif kepada tiga jenis berbeza dengan Tatabahasa Dewan yang hanya membahagikan jenis kata aktif tak transitif hanya kepada dua jenis. Jenis-jenis tersebut sama kecuali kata kerja aktif tak transitif berpenerang di mana hanya Ahmad Khair Mohd Nor sahaja yang menyatakan jenis ini.

3.2.1.1 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAPMenurut Ahmad Khair Mohd Nor (2008:120), kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri dalam predikat ayat. Contohnya :1) Nenek sedang tidur.2) Dia sedang mandi.3) Angin bertiup.4) Ayah bersembahyang.Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diberikan keterangan selepasnya. Keterangan ialah unsur tambahan dalam ayat dan berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Keterangan biasanya dalam bentuk frasa sendi nama. Keterangan bagi kata kerja itu boleh digugurkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayat. Contohnya:1) Nenek sedang tidur sejak tadi.2) Dia sedang mandi di kolam.3) Angin bertiup dengan kencang sekali.4) Ayah bersembahyang di masjid.Mengikut Ahmad Khair Mohd Nor lagi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap apabila diperluas dengan kata nama perlu diikuti oleh frasa sendi nama. Jika frasa sendi nama tidak digunakan, binaan frasa yang terhasil tidak gramatis. Contohnya :1) Kami sudah lupa peristiwa itu.*Kami sudah lupa akan peristiwa itu.2) Kami berbincang perkara itu.*Kami berbincang tentang perkara itu.3) Adik berminat muzik.*Adik berminat pada muzik.4) Mereka asyik bercerita kisah itu.*Mereka asyik bercerita tentang kisah itu.Manakala menurut Tatabahasa Dewan (2008:144), kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut :1) Semua orang pulang.2) Adik saya masih tidur.3) Padi sedang menguning.4) Mereka asyik berbual.

Kesemua ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri, iaitu tanpa pengantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat. Contoh-contoh lain kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah :MenangisMenyanyi

PergiBersembahyang

DudukBerdoa

KembaliBangun

HinggapPulang

MemutihBergurau

TumbuhBerdiri

RuntuhBerjalan

MemberontakTercengang

Tatabahasa Dewan turut menjelaskan bahawa kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. Ayat dibawah ini boleh ditambah unsur keterangan seperti yang berikut :1) Semua orang pulang pada waktu petang.2) Adik saya masih tidur di serambi.3) Padi sedang menguning di sawah.4) Pemuda itu tersenyum seorang diri.5) Mereka asyik berbual di kedai kopi itu.3.1.1.2 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF BERPELENGKAPBagi Ahmad Khair Mohd Nor (2012:121), kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksudnya. Pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif. Tanpa pelengkap seperti ayat (1) hingga (3) dibawah ini menerangkan ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna. Oleh itu, fungsi pelengkap seperti ayat (a) hingga (c) menyempurnakan maksud ayat. Contohnya :1) Wanita itu berjual.a) Wanita itu berjual jagung.2) Datuk beransur.b) Datuk beransur sihat.3) Puan Aishah berada.c) Puan Aishah berada di Seremban.Unsur pelengkap tidak sama dengan objek. Objek hadir selepas kata kerja aktif transitif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja aktif tak transitif, dan ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contohnya :1) Maisarah ada wanga) Wang diada oleh Maisarah.2) Nazri menjadi guru.b) Guru dijadi oleh Nazri.3) Anis menyerupai Mastura.c) Mastura diserupai oleh Anis.Manakala bagi Tatabahasa Dewan (2008:145) menyatakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ini ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap adalah seperti yang berikut:1) Keadaan bapanya beransur baik.2) Mereka tidak berbuat jahat.3) Mereka tinggal di Kampung Paya.4) Pengembara itu berselimutkan embun.5) Dia menjadi guru.Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya :1) (a)Keadaan bapanya beransur.2) (a)Mereka tidak berbuat.3) (a)Mereka tinggal.4) (a)Pengembara itu berselimutkan.5) (a)Dia menjadi.Demikian juga, ayat-ayat (1) (5) di atas tidak boleh dipasifkan, seperti yang ternyata dalam contoh berikut :1) (b)Baik diansurkan oleh keadaan bapanya.2) (b)Jahat tidak dibuat oleh mereka.3) (b)Di Kampung Paya ditinggal oleh mereka.4) (b)Embun diselimutkan oleh pengembara itu.5) (b)Guru dijadikan oleh dia.Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012: 122), unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Unsur-unsur ini juga turut disokong oleh Tatabahasa Dewan (2008:146) yang membahagikan unsur-unsur pelengkap kepada tiga bahagian tersebut.Ahmad Khair Mohd Nor (2012:122), menerangkan bahawa pelengkap yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama ini ialah kata kerja aktif tak transitif yang memerlukan pelengkap kata nama terdiri daripada kata kerja berimbuhan ber--kan, kata kerja ada dan menjadi. Namun begitu, ada beberapa kata kerja berimbuhan ber-, ber--an, men--kan, dan men--i juga memerlukan pelengkap. Bagi ayat yang mengandungi kata kerja yang berapitan men--kan dan men-i, ayat itu tidak dapat dipasifkan. Contohnya :1) Abang saya beristerikan orang Johor.2) Mereka juga ada perasaan.3) Kakak menjadi jururawat.4) Mereka berjabat tangan.5) Kedua-dua pengantin itu berbimbingan tangan.6) Aina menyerupai Zura.Bagi Tatabahasa Dewan (2008:147), pula menerangkan kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja aktif tak transitif yang menerima imbuhan ber--kan dan kata kerja menjadi dan ada. Contohnya :1) Kami tidur berbantalkan lengan.2) Pengemis itu berbaring bertilamkan rumput.3) Pokok padi Wan Empuk berbatangkan emas.4) Pengembara itu sungguh nyenyak berselimutkan embun.5) Ali menjadi guru sandaran.6) Abangnya menjadi penulis yang terkenal.7) Pak Samad ada sawah di kampung.8) Mereka ada hadiah yang istimewa.Manakala pelengkap yang terdiri daripada kata adjektif menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:122) ialah kata adjektif yang menjadi pelengkap selepas kata kerja aktif tak transitif berfungsi untuk melengkapkan makna ayat. Contohnya :1) Orang itu bertambah gempal.2) Kita wajar berbuat baik.3) Mereka berterima kasih kepada orang tua itu.4) Dia semakin sihat.Tatabahasa Dewan (2008:146) pula menyatakan bahawa kata adjektif tak transitif ini boleh diikuti oleh kata adjektif seperti baik, lemah, miskin, kukuh, dan sebagainya sebagai pelengkap. Dalam konteks ini, kata adjektif berfungsi sebagai kata adverba. Contohnya :1) Lukanya beransur baik.2) Badannya menjadi lemah.3) Orang kampung itu tinggal miskin.4) Azam kumpulan itu bertambah kukuh.5) Suasana dalam mesyuarat itu menjadi tegang.

Unsur yang ketiga iaitu frasa sendi nama sebagai pelengkap. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:123), frasa sendi nama sebagai pelengkap ini mendukung makna lokasi atau tempat dan bahagian. Bagi pelengkap yang merujuk kepada tempat, kata sendinya ialah di atau ke. Manakala bagi merujuk kepada bahagia, kata sendinya ialah daripada. Contohnya :1) Cikgu Karim tinggal di rumah itu.2) Kakak Lim bermastautin ke Australia.3) Pelajar-pelajar berada di padang.4) Pera tetamu terdiri daripada orang kenamaan.Pendapat itu turut dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan (2008:146) yang terlebih dahulu menyatakan bahawa kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat yang berfungsi sebagai pelengkap, contohnya :1) Keluarga Encik Ali berasal dari Pahang.2) Kami tinggal di Pangsapuri Seri Bayu.3) Mereka menetap di kampung ini.4) Kereta itu membelok ke kiri.5) Kapal kargo itu singgah di pelabuhan Pulau Pinang.3.1.1.3 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF BERPENERANGKata kerja aktif tak transitif berpenerang ini hanya dinyatakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor (2012:123). Manakala Tatabahasa Dewan tidak menyatakan mengenai kata kerja aktif tak transitif berpenerang ini. Hal ini jelas memperlihatkan perbezaan pendapat yang ketara di antara dua buah buku ini. Ahmad Khair Mohd Nor menjelaskan kata kerja aktif tak transitif berpenerang ini terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif yang diikuti oleh kata nama. Kata nama yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan, dan ayat yang terhasil tetap sempurna. Contohnya :1) Samad berbaju batik.2) Ismail berkereta Proton Saga.3) Munirah berjalan kaki ke situ.4) Kamariah berbaju kurung ke pejabat.Menurut beliau lagi, dari segi kesalahan penggunaan kata kerja aktif tak transitif, kata kerja aktif tak transitif yang berawalan beR-, meN-, atau teR-, tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya :1) Dia tanya kepada saya.a) Dia bertanya kepada saya.2) Jangan lompat.b) Jangan melompat.3) Komathi senyum kepada Ambiga.c) Komathi tersenyum kepada Ambiga.3.1.2 KATA KERJA AKTIF TRANSITIFDalam buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu oleh Ahmad Khair Mohd Nor, beliau menjelaskan dengan terperinci mengenai kata kerja aktif transitif ini. Beliau menerangkan dengan lebih jelas dengan memberikan maksud beserta contoh-contoh yang memudahkan para pembaca lebih memahami mengenai kata kerja aktif transitif ini. Ini berbeza sedikit dengan Tatabahasa Dewan yang hanya menjelaskan mengenai definisi beserta dengan contoh tetapi tidak begitu memperincikan mengenai kata kerja aktif transitif ini.Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:123), kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif. Objek terdiri daripada kata nama, frasa nama atau klausa nama. Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap. Ahmad Khair Mohd Nor menjelaskan salah satu cara untuk mengetahui sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah melalui imbuhan meN-, mempeR-, meN--kan, meN--i, mempeR--kan, dan mempeR--i. Contohnya :1) Nelayan menangkap ikan. (objek dalam bentuk kata nama)2) Orang itu memperbesar rumahnya. (objek dalam bentuk kata nama)3) Ibu menidurkan adik. (objek dalam bentuk kata nama)4) Pekerja itu sedang membaiki atap rumah Siva. (objek dalam bentuk frasa nama)5) Pelajar-pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka. (objek dalam bentuk frasa nama)6) Kami tidak mempercayai kata-katanya lagi. (objek dalam bentuk frasa nama)7) Dia mengakui bahawa perkara itu benar. (objek dalam bentuk klausa nama)Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja transitif boleh mengalami proses pasif. Contohnya :1) Aiman sedang membaca buku.2) Buku sedang dibaca oleh Aiman.3) Lokman mengayuh basikal.4) Basikal dikayuh oleh Lokman.5) Saya belum menyiapkan latihan itu.6) Latihan itu belum saya siapkan.Kata kerja yang mempunyai kata nama atau frasa nama sebagai objek terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja dengan satu objek dan kata kerja dengan dua objek.a) Kata kerja dengan satu objek. Contohnya :1) Kita menentukan nasib kita.2) Pelajar-pelajar menyiapkan latihan itu.3) Lelaki itu sedang menjala ikan.

b) Kata kerja dengan dua objek.Frasa nama sebagai dua objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek yang menjadi penyambut langsung selepas kata kerja ialah objek tepat (OT). Objek yang tidak menjadi penyambut langsung kepada kata kerja dan hadir selepas objek tepat ialah objek sipi (OS). Contohnya :1) Kamal mencarikan adiknya pekerjaan. OT OS2) Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih. OT OS

Ada beberapa kata kerja aktif transitif tidak disertai objek. Apabila objeknya tidak disertakan, kata kerja transitif itu dikatakan mengalami pengguguran objek. Kekecualian penggunaan objek bagi kata kerja transitif berlaku apabila ketiadaan objek itu tidak menjejaskan kesempurnaan makna ayat, atau apabila yang ditekankan ialah kata kerjanya semata-mata. Contohnya :1) Murid-murid sedang makan.2) Adik saya suka membaca.3) Orang itu sedang minum.4) Kami akan menunggu di sini sahaja.5) Banyak pelajar melakukan kesalahan bahasa ketika mengarang.Selain imbuhan meN-(-kan/-i), awalan teR- juga boleh menjadi imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang mengandungi awalan teR- ini mesti disertai oleh objek sebagai penyambut. Jika objek tiada, maka ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya :1) Salim tersepak Zaki.a) *Salim tersepak.2) Kanak-kanak itu tertelan biji saga.b) *Kanak-kanak itu tertelan.3) Lori itu terlanggar tembok.c) Lori itu terlanggar.Dari sudut kesalahan tatabahasa, kata kerja aktif transitif tidak diikuti oleh objek, tetapi oleh unsur keterangan yang bermula dengan kata sendi nama. Contohnya :4) *Mereka sedang membincangkan tentang perkara itu.d) Mereka sedang membincangkan perkara itu.5) *Cadangan itu mementingkan kepada aspek kebersihan.e) Cadangan itu mementingkan aspek kebersihan.6) *Kami diminta untuk menghubungi di talian 051234567.f) Kami diminta untuk menghubungi talian 051234567.7) *Pemberita itu melaporkan dari Jakarta berita itu.g) Pemberita itu melaporkan berita itu dari Jakarta.Semua kata kerja aktif transitif memerlukan imbuhan. Tanpa imbuhan, tidak sempurnalah bentuk kata kerja itu. Contohnya :8) *Aiman tendang bola itu.h) Aiman menendang bola itu.9) *Pekerja itu angkat kampit simen.i) Pekerja itu mengangkat simen.10) *Ibu bapa perlu menggalak anak-anak berjimat.j) Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak berjimat.11) *Pekerja-pekerja perbesar jalan kampung itu.k) Pekerja-pekerja memperbesar jalan kampung itu.Bagi Nik Safiah Karim et al, kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh kata kerja aktif transitif dalam ayat :1) Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.2) Saya telah menjawab surat itu.3) Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.4) Kami membaiki kereta kesayangan ayah.5) Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul berdaftar.Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membersihkan, menjawab, mengabaikan, membaiki, dan memasukkan ialah kata kerja transitif. Contoh-contoh lain kata kerja transitif :menendang bolamenghulurkan tali

memukul gendangmemendekkan perjalanan

membuka pintumenjaga keamanan

menaiki basmencipta lagu

meragut begmenternak ikan keli

mencuci pakaianmengeksport getah

menjalankan tugasmendayung sampan

membesarkan rumahmelukis gambar

mengayuh basikalmerujuk surat tuan

menghidangkan makananmemulihara alam sekitar

3.2 KATA KERJA PASIFKata kerja pasif menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012:126) ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Kata kerja pasif menggunakan imbuhan pasif, seperti di-, ber-, ter-, di--kan, di-i, ke--an, ter--kan, ter--I, dan penanda positif kena. Contohnya :1) Bangkai itu ditutup dengan kertas.2) Baju itu belum berbasuh.3) Pintu itu masih terbuka.4) Dia tidak dibenarkan pergi.5) Persembahan tarian diikuti oleh persembahan nyanyian.6) Pelajar itu kepanasan di padang sekolah.7) Keindahan pantai itu tidak tergambarkan oleh saya.8) Hajatnya tidak terpenuhi oleh kami.9) Mereka kena tangkap oleh polis.Kata kerja pasif berawalan ter-, ter-..kan, ter-i dan yang menerima penanda pasif kena apabila diperluas dengan kata nama atau frasa nama, kata sendi nama oleh diperlukan. Ketiadaannya menjadikan ayat itu tidak gramatis. Contohnya :1) Buku itu terkarang oleh A. Samad Said.a) Buku itu terkarang A. Samad Said.2) Keindahan tempat itu tak tergambarkan oleh saya.b) Keindahan tempat itu tak tergambarkan saya.3) Kepandaian Zura tak teratasi oleh pelajar lain.c) Kepandaian Zura tak teratasi pelajar lain.4) Pemandu kereta itu kena tahan oleh polis.d) Pemandu kereta itu kena tahan polis.Selain itu, menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi terdapat satu lagi penanda positif, iaitu singkatan atau klitik ku dank au. Kata kerja yang menggunakan penanda pasif ku dan kau berfungsi sebagai objek. Contohnya :1) Rumahmu sudah kujual.2) Baju adik belum kaukembalikan.3) Duitku kausimpankan di Bank Rakyat.4) Kuih itu sudah kurasai.Pendapat ini tidak mempunyai perbezaan dengan pendapat Nik Safiah Karim et al di dalam Tatabahasa Dewan (2008:148) yang turut menyatakan definisi yang sama dengan Ahmad Khair Mohd Nor. Menurutnya kata kerja pasif ini adalah proses transformasi kepada kata kerja. Contoh ayat yang apabila dipasifkan ialah :1) Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.2) Surat itu telah saya jawab.3) Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.4) Kereta kesayangan ayah kami baiki.5) Surat itu dimasukkannya ke dalam sampul berdaftar.Contoh kata kerja dibersihkan dalam ayat (1), saya jawab dalam ayat (2), diabaikan dalam ayat (3), kami baiki dalam ayat (4) dan dimasukkan dalam ayat (5) ialah bentuk kata kerja pasif. Bentuk ini diperoleh dengan menukarkan ayat berbentuk aktif menjadi ayat berbentuk pasif. Bahkan, salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah dengan melihat sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif atau tidak.Selain imbuhan meN-(kan/i) yang wujud dalam kata kerja transitif aktif, awalan ter- juga boleh hadir dalam kata kerja demikian, misalnya terlanggar, terminum, terpijak, dan tertelan. Contoh dalam ayat :1) Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.2) Pekerja itu terminum racun serangga.3) Saya terpijak tangannya.4) Dia tertelan biji nangka.Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya : terkarang, termaktub, terbina dan ternampak. Contoh dalam ayat :1) Buku itu terkarang oleh Zaba.2) Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.3) Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.4) Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.Kesimpulannya, penjenisan golongan kata kerja menurut Nik Safiah Karim et al, dalam Tatabahasa Dewan dapat digambarkan seperti yang berikut :

Kata Kerja Aktif Tanpa Pelengkap Tak Transitif Aktif BerpelengkapKATAKERJA Kata Kerja Aktif Kata Kerja Transitif Pasif